Friday, December 31, 2010

Happy New Year
Selamat Tahun Baru
2011
Yeah Hooooo......

Thursday, December 30, 2010

Hanya tinggal sehari lagi kita akan beraleh ketahun 2011. Mmmm… sekejap ajer dah setahun, masa berlari terlalu pantas… blom sempat complete lagi azam 2010. Dah nak masuk 2011

Tahun ni nekwan tak pasang niat ntuk azam tahun baru, setiap tahun pasang niat ntuk azam tahun baru, tapi, tak pernah tercapai, tahun ni nekwan tak nak pasang… tapi, nekwan nak tanam…. Ha ha ha … tanam niat ntuk tidak melengahkan solat!

Arrr… kita manusia ni memang ramai yang dirikan dan tunaikan solat, tapi, ramai pulak yang tak tunaikan solat pada waktunye, kekadang lambat sampai dah nak masuk waktu lain dan lagi ramai yang tak solat terus, yang mana tak solat tu belajalah dirikan solat. Memula tu memang berat… sebab syaitan menghalang… ntah berape ribu ekor dea bergayut kat lutut, kat buku lali dan kat hati, menyebabkan kita begitu susah dan sukar ntuk bergerak menunaikan solat.

Nekwan pun macam tu jugak dulu… tapi, Alhamdulillah dengan bantuan dan izin-Nya serta petunjuk yang diberikan, maka nekwan terlepas dari belenggu syaitan! bila nekwan mula mendirikan solat. Aarr… menangis dea (syaitan) tonggang tebalik bila umat Islam gagal di tawan. Nekwan bersyukur beribu kali syukur pada Allah yang memberikan hidayah-Nya. Kalau tidaaak!!... Na’uzubilah! Sesatlah… sampai keakhir hayat. Maka tak mencium syurgalah kita Wallahualam bisawab!

Ambil iktibar dari cerita nekwan dalam post bulan July tajuk “Salam Ramadhan dan Iktibar” dalam zaman ni tak de orang yang berani nak nasihatkan kita melainkan ibu bapa kita sendiri, kalau salah cakap nanti… jadi musuh! Tu tak pe jugak! Kalau yang sedang sensitive tu!? Mau berparang pulak! Lagi-lagiii cakap pasal agama.

Dunia hari ni banyak orang pandai bercakap… tapi tak berilmu! Pandai agama… tapi, tak tau hukom! Tu yang berbunuh-bunuhan tu? Sbb salah penerimaan. Fuh!! Banyak pulak nekwan beceloteh!. Fikirlah sendiri, buatlah pertimbangan yang betul, majukan diri dengan mencari rezeki yang halal… demi meningkatkan akonomi Islam.

Ni … nekwan nak lari tajuk siket dan nak ingat pesan Tun Dr.Mahathir pada semua rakyat Malaysia. Supaya menyimpan emas (jongkong emas)

Kata Tun: lebih baik menyimpan emas dari menyimpan wang ringget… kerana emas di terima hingga keperengkat antarabangsa, seluruh dunia. Wang ringget… mengikut pasaran mata wang, yang ada turun naiknya. Lebih kurang begitulah katanya.

Kata-kata Tun ini mengingatkan nekwan pada cerita nenek nekwan dulu, bilamana Malaya ditawan oleh Jepun, kita semua kena pakai duit Jepun. Deorang (Jepun) proses duit kat tepi jalan memane dea suka jeer, duit gamba pokok pisang… aha ha haa. Bila Jepun surrended… masuk perentah British, sumer duit Jepun tak laku… ade orang kita yang kaya dengan duit Jepun sampai boleh wat tilam bantal! Bila dah tak laku, mereka menangis bagai nak gila… ade yang bunuh diri dan mereka yang kaya raya ngan duit Jepun tu! otometik jadi papa kedana… hinggakan tak de duit nak beli makanan.

Orang-orang kampong yang sememangnye miskin, yang hanya menyimpan emas sejanggut udang, boleh dapat makanan dengan tukaran emas yang mereka miliki, yang sebesar janggut udang tu pada pihak Inggeris.

Arrr …. Saranan Tun Dr. Mahathir tu sangat bererti… kita tak tau ape akan jadi dalam masa 10 tahun lagi… bagaimana kehidupan anak cucu kita, generasi kita yang akan datang. Bayangkan…..!! dan fahami nasihat Tun itu.

Beringat sebelum kena....

Wednesday, December 29, 2010

Daun Resam...

Inilah rupa bentuk daun Resam yang tumbuh di tepi-tepi hutan, keujudannya bagaikan tidak diperlukan melainkan menyemakkan mata memandang saja. Akan tetapi, banyak menafaat dan kegunaannya bagi orang tua-tua dulu, sebelum adanya teknologi moden.

Pokok Resam tumbuh berkelumpok, rasmi Resam, hidup setara, berkawan dan berkumpulan.
Resam setia pada tangkainya... tidak boleh diceraikan dari akarnya, resam akan layu dalam masa 10/20 minet bila di ceraikan dari pokoknya.
Daun Resam dan akarnya direbus dengan campuran Serai Wangi serta akarnya,
Halia Bara atau... ada juga yang megatakan Kunyet Bonglai. Direbus dan dibuat mandi
selepas bersalin atau buat bertangas, baik untuk membuang angin dalam badan.
Bagus, jika diamalkan setiap bulan bagi wanita yang selepas suci.
Anak cucu nekwan yang memuda sekarang ni tak buat menda ni! kenal pun tidak! yang mane daun resam, yang mane daun inai! ntah-ntah... pokok cili pun tak tau kot?! al maklumlah!! sumernye di petik dipasaraya jeerr...

Monday, December 27, 2010

Majlis berendoi...

Majlis berendoi dan berselawat di rumah Pn. Maznah. acara potong jambul yang diamalkan oleh orang-orang tua dulu... kini masih lagi di peraktifkan oleh generasi muda. walaupun perbuatan ini tidak didalam Al-Quran, namun adat tetap dipengang.

Subhanaalah! comelnyeeee bayi tu!
Puan Pengerusi sedang mengumumkan sesuatu.... untuk aktiviti akan datang.

Amboi! profeser Pn Azizah tengah membetulkan kacamatanye, bilal wanita kita.

Sunday, December 26, 2010

Al-Wardah di Ampangan Batu, Gombak.

Seramai 30 ahli Al-Wardah menerima undangan dari Pn. Putri Nur Salwa, atas jemputan membaca Yassin dan bertahlil. dikediamannya di Ampangan Batu, Gombak.
Meriah!! terasa suasana kampong! disekelilingnya masih banyak pepohon hijau yang menyegarkan pandangan serta udara yang nyaman.

Kami mengucapkan terima kasih kerana sudi mengundang kami untuk menjayakan majlis tersebut.

Meriah! dan seronok... ada pulak yang pandai belawak! Amboi!! cik zai kita senyum sempoi!

tengok si Radiah tu! dari tadi tak berenti makan.. ha ha ha..
hah! si Saripah ni nape dok mengereng jeerrr... Overflow ke?? ha ha ha...

Thursday, December 23, 2010

Aktiviti Muslimah Al-Wardah

Jamuan bubur Asyurah yang dimasak secara gotong royong oleh ahli-ahli kumpulan Muslimah Al-Wardah. Suasana beginilah yang diamalkan oleh Muslimah Al-Wardah, berkumpul, bermesyuarah dan bersiratlrahim.
Apalah yang dibualkan oleh amy dan Fatimah tu?! Sesekali berkumpul.. tentu banyak yang di bualkan ye?

Ni mesti dah telalu kenyang kot? dah tak larat nak senyum! he he....
Muslimah Al-Wardah yang hadir pada malam tadi.

Arr... yang ni! ahli jawatan kuasa Al-Wardah
No. 5 dari kanan tu la pengerusinye
Pn Sa'adiah name glamernye Gee

Tuesday, December 21, 2010

Ketumbit, Sakit tengkok dan Canggu

Salam,

Disini ade beberape Petua yang boleh digunakan untuk anak cucu nekwan sebelum mendapat rawatan doktor.

KETUMBIT

Ketumbit ni selalu berlaku pada hujung atau pangkal mata kiri atau kanan, memula akan terasa radang mata, pedeh miang dan gatal ditempat yang tumbuh ketumbit kalau dibiarkan ketumbit akan membesar dan menghalang pandangan dan membuatkan sekeliling mata bengkak. Petua ni memang berkesan walaupun cara rawatannye … macam tak logic.

Cara merawatnya:

Ambil sepanjang 20, 30 cm benang hitam jadikan 2 lembar dan lilit di jari tangan kanan atau kiri. Kalau ketumbit tumbuh di mata kiri, ikan jari manis tangan kanan, begitulah sebaliknya, dan selawat setiap lilitan, buat tiga kali lilit dan ikat simpul mati. Biarkan lilitan itu dijari anda hingga mata terasa reda dan pulih seperti sediakala, Insyaallah dengan izinNya jua.

TERKEHEL BANTAL

Sakit tengkok bila bangun pagi, pangkal leher terasa sakit bila memaling ke kiri atau kekanan.
Ade yang kata salah bantal atau terkehel bantal! Memane lah! Yang penting bagaimane nak pulih seperti sedia kala?

Cara merawatnya:

Dirikan bantal yang dipakai waktu anda tidur tadi, di tempat yang anda tidur, biarkan hingga petang, berselawatlah waktu nak dirikan bantal. Insyaallah! Segalanye kuasa Allah yang mengizinkannya.

CANGGU (Kuku Bernanah)

Kuku bernanah disebabkan. Pertumbuhan kuku yang tidak setara, mencengkam isi. disebabkan kuku kering. Ini di panggil Canggu, ia kan bernanah dan akhirnye kuku akan tanggal dari jari dan tumbuh kuku yang baru.

Cara merawatnye:

Sediakan kemenyan putih dan sebiji pasu tembikar, asahkan kemenyan putih di belakang buntut pasu dan titikkan beberapa titik air bersih, kemudian berselawat sambil menyapukannya pada jari yang terkena Canggu, buat berulang kali pagi dan petang. Insyaallah, dengan izin-Nya jua Canggu akan sembuh.

Kita hanya berusaha dan berikhtiar, Allah jua yang menentukannya segalanya.

Saturday, December 18, 2010

Kenduri secara gotong royong.

Ade ke lagi kenduri cara gini? setahu nekwan... skarang ni sume main order jerr... tak penat! rumah tak kecah! kan? tapi kemeriahannye sangat berbeza dengan kenduri secara gotong royong... selain mengakrabkan hubungan sesame insan! juga menyambung dan merapatkan siratulrahim.


Tengok tu!.. Pn Zaharah dan Pn. Zainon. beghape punya mesra daaa...
Dah penat buat keja.. lepak bawah pokok! borak borak...

Amboi! ape yang deorang borak tu?!


Cik kak oii!! mata ketempat lain! kang pisau makan tangan...

Arr... ni bab membungkus plak! Wah! bukan main lagi deorang ni! ade yang menumis, ade yang memotong dan menyiang, ade yang membungkus... dan ade pulak yang menyakat!! he he he... good... good... good! well organise!


Tuesday, December 14, 2010

Petua pilihan

RAMBUT GUGUR

2 Cawan akar pokok ara(fig tree)
1quart minyak kelapa atau minyak zaitun (lebih kurang 1.136litter)
Cara menyediakan: keringkan (jangan dijemur) akar itu selama 3 hari. Kemudian tumbuk dan rendam dalam minyak selama 15hari. Tapis dan simpan dalam botol.
Cara mengunakan: Urutkan pada kulit kepala semasa hendak masuk tidur biarkan semalaman.

KEGEMUKAN (Mengurangkan selera makan)

1 sudu akar 'valerian'1 sudu teh buah pala
Cara menyediakan: Kisar dua jenis herba Itu hingga menjadi serbuk
Dos: Minum dengan1/6 sudu teh campur dengan air 30 minit sebelum makan.

TIDAK BOLEH TIDUR

1/2 sudu teh biji popi
1/2 sudu teh biji salad

Cara menyediakan:
Rebus dalam 1 cawan air selama 15 minit, tapis dan maniskan dengan madu lebah.
Doa: minum 2 kali sehari.

SELSEMA

Bersin, hidung berair, sakit kepala, batuk, panas badan, kadang kala demam sidikit.
1/2 sudu teh kulit kayu manis ditumbuk.

Cara menyediakan: Rebus dalam 1 1/2 cawan air selama 10 minit, tapis dan maniskan dengan madu lebah.
Dos: dua kali sehari

BATUK SERTA SEMPUT

Batuk dan semput, yang disertai dengan nafas yang berbunyi bila waktu malam dan menganggu keselesaan tidur.

1cawan air halia (tak perlu ditapis)
2 sudu teh madu lebah

Cara menyediakan:
Bancuh bahan-bahan hingga sebati
Dos: dua hingga tiga kali sehari dan sebelum masuk tidur

Sunday, December 12, 2010

Majlis perkawinan...

Majlis Perkahwinan anak lelaki En Norden dan isterinya Pn. Saadiah. Pengerusi Muslimah Al-Wardah, Wangsa Maju.

Semoga berbahgialah hendaknya hingga akhir hayat dan di kurniakan Allah anak cucu yang soleh dan beriman. Amin!





























Tuesday, December 7, 2010

Sup sawi masin dan taufu

Hmmm… sedap! Baik untuk yang mengamalkan diet! tidak mengunakan minyak... rebus jeerrr !


Ni lah rupenyee sup sawi masin campo tahu dan cendawan.


Senang jerr nak memasaknyee, sediakan bahan-bahan ni.

1 ekor ayam di ambil bahgian tulangnya. Seperti, kaki, leher, tulang belakang dan kepak.
½ peket sawi jeruk dicuci bersih
2 keping tahu dibelah enam
5 biji cendawan kering di rendam supaya lembut
2 inci halia di buang kulit dan diketuk saja
5 ulas bawang putih diketuk dan buang kulit
½ sudu tea serbuk lada sulah
¼ sudu tea serbuk lada hitam
1 lite air dan garam secukupnya.
1 tangkai saun bawang dihiris

Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk, rebus dengan api yang sederhana hingga ayam lembut, kecuali tahu dan daun bawang.

kemudian sekali baru masukkan tahu didihkan selama 1minet, taburkan daun bawang bila menghidang.

Sup ini sedap dimakan sewaktu masih panas, jika suka titiskan sedikit minyak sesame oil.
Bagi mereka yang tidak suka sawi jeruk boleh juga diganti dng tomato.


cuba!!! jangan tak cuba!

Monday, December 6, 2010

Rempeyek kacang tanah

hmmmm... yum...yummm... ranggup dan sedap!

orang yang bermasaalah gigi pun boleh makan! arrr... gitu laa ranggupnyeee ... produk ni hasil usaha salah seorang ahli anggota Muslimah Al-Wardah. Wangsa Maju, K. L



Sunday, December 5, 2010

Kumpulan Marhaban Wangsa Maju.

Kumpulan Marhaban Al-Wardah, Wangsa Maju yang diketuai oleh Pn Sa'adiah.
Pengerusi Wanita Muslimah. dan anggotanya yang terdiri dari 40 ahli.

Yang ni.. baru balik dari jemputan majlis selawat dan tahlil di rumah Puan Azizah Adam

Selawat dan salam keatas Nabi junjungan s.a.w. kumpulan ni aktif jugak!! dapat jemputan kesana sini lagi...

Saturday, December 4, 2010

Salam,

Tiga hari lagi kita akan berhijrah ketahun baru Islam 1 Muharram 1432 bersamaan 7 Dis 2010. Anak cucu nekwan yang nak berpuasa sunat tu bolehlah mula bersahur pada hari Isnin malam Selasa ni! Selain dari puasa wajib iaitu Ramadhan! Banyak lagi hari-hari dan bulan yang boleh kita berpuasa selain dari Isnin dan Khamis.
Di bawah ni nekwan senaraikan, Jika ada anak cucu nekwan yang berhajat ntuk melakukannya.

Puasa sunat:
1. Hari ‘Arafah (dalam bulan Zulhijah)
2. Hari ‘Ashura
3. 10 hari pertama bulan Zulhijah
4. 10 haro pertama bulan Muharram
5. Seberapa banyak hari bulan Rejab dan Sya’aban
6. Hari awal bulan
7. Hari pertengahan bulan (13,14 dan 15 haribuan)
8. Hari akhir bulan
9. Hari Khamis, Jumaat dan Isnin
10. Puasa selang sehari sepanjang tahun

Dilarang berpuasa pada hari-hari Aidil Fitri dan Aidi Adha serta setiap hari sepanjang tahun.

Puasa: Ubat paling baik – Setiap amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu dilakukan untuk AKU. AKU akan beri ganjaran kepadanya sebanyak mana yang AKU sukai. Allah Yang Maha suci dan Maha Tinggi.

Lagipun puasa ni adalah diet yang paling baik untuk kesihatan, selain dari niat kita berpuasa kerana Allah dan mendapat pahala.

Cakap pasal tahun baru hijrah ni! Ape pembaharuan yang akan dilakukan untuk masa depan kamu sekelian? Tambah pendapatan dan kekayaan? Tingkatkan keimanan dan ketaqwaan? Atau berubah menjadi yang terbaik dan bertanggungjawab pada diri sendiri? Pada negara, bangsa dan agama? Buatlah kesimpulan dan jangan bazirkan masa… kerana masa tu dah telalu singkat, dan dah semakin dekat ngan hari kiamat.

Disini nekwan nak sentuh siket pasal tingkah laku anak-anak akhir zaman, anak-anak yang tidak menghormati jiran dan agama orang lain tiada pengangan hidup sebagai manusia… orang begini nekwan anggap sudah dirasuk syaitan! Kerana, setahu nekwan tiada agama yang mengajar pengikutnya menjadi yang tak baik…menghina dan meperlekehkan agama lain walau ape pun ikutan mereka, melainkan suruhan dan hasutan iblis dan syaitan serta finah dajjal.

Agama itu datang dari satu… yang diturunkan Allah kepada Nabi-nabi kita sebelun ini, untuk di lengkapkan dan disempurnakan sebagai agama Islam. Disebabkab tipu muslihat iblis dan syaitan serta fitnah dajjal yang mendorong dan menyesatkan pengangan umat-umat dizaman itu. Maka, seperti yang kita tahu adenye agama Hindu, Yahudi dan Kritian. Yang terakhirnye agama Islam, yang telah dilengkapkan oleh Nabi besar kita Rasulluah s.a.w. seperti yang diwahyukan Allah keatas Nabi junjungan kita Rasulullah s.a.w.

Dengan itu tak perlulah kita mengutuk, menghina dan mencaci setiap agama itu. Ianya seperti sungai aliran datang dari satu punca… setiap agama mempunyai ajaran yang baik dan menghalang kejahatan! Mereka juga mempercayai syurga dan neraka, mereka juga tahu akan dosa dan pahala. Akan tetapi nekwan amat kesal dan kecewa dengan tingkah laku tindakan sebahgian dari remaja-remaja yang tak pasti dari mane? Yang jelas, bahasa dan loghatnye menunjukkan mereka orang dari seberang yang mengejek dan mempersendakan agama Islam! Boleh dilihat dalam Facebook! Nekwan akan cuba upload ke sini. Insyaallah!

Gambaran begini… pihak yang berkuasa mesti ambik tindakan tegas! Kerana ini melibatkan maruah orang Islam! Kalau hari ni kita mengambil sikap “tak peeee!” satu hari nanti mereka akan lebih berani membuat hal-hal yang lain. Nekwan harap pihak yang berkuasa jangan pandang rengan akan hal demikian. Kalau kita terlalu sabar… takut nanti orang pijak pale… kalau kita tegas! Memang ramai orang tak suka… tapi biaq pi laa… depa suka ka! Tak suka ka? Ni ghomah kita… dia mai sini dia kena ikut undang-undang kita… kalau depa tak suka.. pi balik tempat meika.

Nekwan harap anak cucu nekwan harus berusaha lebih… dan jangan kita bergantung dengan kudrat dan usaha orang lain, bila kita terlalu bergantung dan berharap pada orang lain. kita akan jadi lemah!! Buat sendiri!!! Ini negeri kita! Hasil usaha nenek moyang kita! Tanah tumpah darah kita! Jangan bagi orang asing overight kita!! Bukan kita tak suka deorang datang kesini…. ini bumi Allah, sape saja boleh mencari rezeki disini… tapi deorang ni harus tahu menyesuaikan dan membawa diri ke tempat orang! Jangan nak beraja dan berkuasa di tempat orang! Kalau mereka rasa mereka tidak mendapat layanan yang baik disini… jangan datang!! Nekwan tak nafikan mereka2 yang kena dera dan mereka-mereka yang mendera… nekwan tak ambik pusing pasal tu? Sebab dua belah pihak ade sifat aggressive! Tu yang kena balun tu… kalau dua-dua pihak sabar dan berbudi bahas … perkara cam tu! tentu tak belaku…

Wallahualam!

Sunday, November 28, 2010

Wang Ringget Dan Maruah.

Salam,

Musim Haji baru berlalu, lepas ni kita sibuk pulak ngan jemputan kawin sana sini! Sebelum akhir tahun, banyak pulak yang dah menunggu… aar… sekolah anak-anak, uniform, kasut sekolah, buku , yuran dan cam macam lagiii, tu satu bab! Income tax, insuran dan road tax. Yang paling berat… persekolahan anak-anak lah! Kalau sorang dua tu boleh tahan! Tengok pulak! sekolah darjah bape? Tu pun kalau income bulanan lebih dari 3, 4 ribu! Kalau lebih dari dua anak ngan gaji bulanan sebanyak 3, 4 ribu? Arrrr… pening! Pening pale!

Hantar anak gi tusyen pun sebulan dah berape? Yang kecik antar tadika pun dah beratus! Lain pulak yang bagi pengasuh anak! Sekarang ni penjagaan bayi pun dah 2,3 ratus hengget! Tengok pada umo lah!! Heiiii… kalau dipike-pike…. Rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana ni pun susah jugak nak hidup senang. Nama ajerrrr gaji 3, 4, 5 ribuuuuu… bila sampai kat tangan! Cair…baya keita, umah, belanja sekolah anak, tusyen anak, pembantu rumah, petrol, tol, barang dapo, pasar, utility bill. Tu tak masuk ubat, doctor, kenduri kawin, kematian, mak ayah di kampong yg perlu dibantu? Tolak itu… tolak ini… dah abeh! Kalau yang pandai berjimat tu! Alhamdulillah, bolehlah cukup! Tapi nak enjoy sana sini tu! Wallahualam! Kalau yang suka belagak tu!? Kaput lah jawabnyeeee. (kaput tu maksudnye pokai, gaji tak penah cukup)

Apa akan jadi kepada rakyat Malaysia 20tahun akan datang nanti? Masih ade lagi ke yang akan tinggal di K.L ni? Sekarang ni pun muka-muka rakyat asing lebih banyak dari orang kita, peluang kerja sambilan pun, lebih banyak dimonopoli oleh pendatang asing. Yang menjadi penjaga bayi dan kanak-kanak pun digajikan pada orang asing!

Kenape rakyat Malaysia terlalu murah hati dan sangat prihatin? adakah kita ni prihatin atau pemalas??? Sampaikan anak jati negeri ini susah nak cari rezeki disebabkan kebanjiran pendatang asing yang berleluasa. Arrr… sape nak jawab tu? Bak kata Tun Dr. Mahadhir: “ Jangan sampai kita menumpang dalam negeri sendiri” ishk!! Nampak gayanye… macam nak jadi cam tu lah! Sana sini kita nampak orang asing, segala peluang kerja, deorang rebut! Sebab…. Deorang boleh kerja masa yang panjang dan bayaran yang siket! perniagaan pun deorang yang monopoli!... mane orang kita???

Semalam nekwan pegi pasa malam di Jalan Rejang, disana nekwan nampak ramai orang Indonesia dan…. Ntah bangsa ape ntah! Cam bangla… tapi bukan! Myamar kot? rupa cam mamak, tapi tak leh cakap bahasa Malaysia, ternyata dea bukan rakyat negeri ini. Dea jual ayam panggang madu, dan ada yang jual bebuahan… yang kekal kat situ peniaga Cina. Orang kita yang dulunya ramai! Kemane yerk? Yang bertambah penjaja asing!

Beginilah yang berlaku di Jalan Chow Kit, dulu pada tahun 1960an, semua peniaga di situ rakyat Malaysia, orang Kelantan, orang Perak, orang Kedah, Johor, Singapura dan semua negeri ade kat Chow kit tu..jualan makanan pun ikut special negeri masing-masing… rojak Singapore, laksa Penang, laksa Johor, Mee sup Utara dan segala nikanya ade disitu. Keharmonian berbagai bangsa dan daerah srta loghat bahasa mereka yang membuatkan Chow Kit dikenali semua orang. Tapi, bila nekwan balik menetap di K.L, dan nekwan pegi ke Chow kit…. Pada masa tu tahun 1980an. boleh dikatakan semua penjaja asal sudah diambil aleh oleh orang Indon! Sehinggakan penjual nasi berlauknye pun sudah jadi makanan nasi belauk cara Indon.

Sekarang ni kalau pegi kesitu… dah jadi 100% orang dea…hal begini amatlah menyedihkan nekwan! Tempat pencari rezeki orang kita sudah di tawan oleh warga asing! Tak dapat dipersalahkan sesiapa dalam soal mencari wang! Semua orang memerlukan wang! Tapi… janganlah sampai mengadaikan hak kita orang Melayu! Mengapa orang Cina boleh bertahan hingga kehari ini di tempat tu? dari zaman nenek moyangnye yang berniaga di tempat tu hingga sekarang ke anak bcucu cicit mereka masih menyambung perniagaan nenek moyang deorang dan ade jugak yang telah menjual tapak perniagaan mereka disebabkan hal yang tertentu, tapi, mereka menjualkannya kepada sesama bangsa mereka.

Disinilah kemundurnye orang kita… kalau pasal duit sanggup gadai maruah! Sedangkan tanah… tapak kedai, sawah ladang dan kampung halaman itu adalah maruah bangsa kita, semakin ramai orang asing memiliki tanah dinegara ini dan menamakannya atas hak mereka semakin terhakislah hak orang melayu dan lama kelamaan kita kan di singkirkan atau di usir terus dari negara kita. kalau ini terjadi! kemana kita nak pegi? maka, jadilah cam Paleeetiiin... heiii.. na'uzubillah!
Inilah yang harus dipertahankan, jika tidak… alamat tergadai dan terkuburlah nama dan bangsa kita. Bak kata Hang Tuah: “ Tidak melayu hilang di dunia” tapi Maruah Melayu boleh hilang didunia… jika kita mementingkan diri sendiri dan bertuhankan wang ringgit… Aarr … lu pikee laa sendiri!!

Eeeeh!! Tengok?? Nekwan ni dah melaut ntah kemane? Memula tadi nekwan ceita pasal perbelanjaan hujung taun!? Ni dah pegi ke maruah pulok eh?!!! Tapi masih dalam topic lagi kaaan? haaa... tu lah Duuiiitt… wang ringgit penguasa besar yang boleh mengubah sikap, fikiran dan kehidupan seseorang! Tapi, maruah tidak boleh dibeli dengan wang ringgit! maruah plastic boleh kot?

Sunday, November 21, 2010

Tahu Berinti Sayur

Bahan-bahan untuk membuat Tahu Berinti Sayur
Ini bahan-bahan kulitnya, tahu kering di tebalikkan isinye keluar,
telur, daun kucai dan tepung untuk saduran.

Beginilah rupanya bila sudah ditebalikan kulit tahu itu.

Ini cucur tepung yang sudah dibancuh dengan telur dan sedikit garan dan air yang secukupnya.

Bahan-bahan membuat intinya, sengkuang, keret, daun kucai, isi ayam, cili padi dan bawang putih untuk menumis.

Inti sayur yang sudah dimasak dan sejukkan sebelum di isian ke kulit tahu.

Tahu berinti yang sudah di goreng.


Beginilah rupa tahu berinti sayur, boleh di makan dengan cili cuka jika suka lebih pedas. Tahu beriniti ini boleh di intikan dengan sayuran lain seperti kacang panjang dan uadang segar nau pun daging dan kentang terserah pada selera masing-masing. ianya lebih sedapa lepas di goreng toskan dalam oven, supaya menjadi garing.

Selamat mencuba untuk menjamu suami dan anak-anak sekeluarga.



























































































Friday, November 19, 2010

Gaya si kecil comel...

Anak-anak zaman millinium... lebih advance dan bijak!
Gayanyee bukan main lagi! fuhh!!

Yang ni belagak cam autraman pulak!

Sampoi!! pemalu dan tersipu-sipu...

Wah! ni nak mara sape lak ni!?! cam nak pukul orang jeerrr...

Ni laa gaya-gaya si kecil comel nekwan... penglipur lara papa dan mama.






Saturday, November 13, 2010

Juadah raya

Juadah pagi raya...

kueh tart nenas

Kueh semperit

Gulai daging

Rendang daging makan dengan lemang atau ketupat

Atau paling rengkas sekali goreng mee ajeerrr


Arrr... ni mudah nak masaknyeee... senang dan rengkas!

Friday, November 12, 2010

Assalamualaikum,

Dah hamper dua minggu nekwan tak berkunjung ke blog ni disebabkan nekwan tak sehat baru hari ni nekwan rasa kebah siket! Hmmm.. biasa lah! Hightblood naik tahap gaban! Nyaris tak tido di hospital lagiii…

Alhamdulillah syukurrr.. Allah Maha Mengasehani… diberikan kelagaan pada diri nekwan dan sembuh kembali macam sedaia kala, mudah-mudahan Allah jadikanlah nekwan ni hambaNya yang mengenang budi dan selalu bersukyur serta taat akan perentahNya. Amin!

Tinggal lagi 5 hari lagi kita seluruh umat Islam akan menyambut Aidiladha, hari raya haji! Nekwan berharap semua anak cucu nekwan berada dalam kesihatan yang baik. Walaupun raya haji ni tak disambut secara besar-besaran macam raya puasa, tapi disetengah negeri dalam Negara kita ni masih meraikannye dengan penuh persiapan… macam persiapan raya pusa jugak!
Kepada anak cucu nekwan yang tinggal dalam keadaan kekurangan akibat banjir dan sebagainyee, semoga tabah dan sabar dalam apejua dugaan dan ujian Allah, kerana setiap bencana yang di datangi ade hikmahnye.

Saturday, October 30, 2010

Masaalah warga emas

Salam,

Selamat sejahtera kapada semua anak cucu nekwan yang berada dimana saja yang membaca blog nekwan ni! Kita merasa beruntung menjadi rakyat dinegara ini kerana Malaysia jauh dari gempa bumi dan letupan gunung berapi sebagaimana yang terjadi di negara jiran kita di Indonesia.

Nekwan rasa sungguh dukacita akan nasib saudara kita disana dan juga saudara-saudara kita yang berada di lain-lain negara yang menghadapi musibah dan bencana banjir dan juga peperangan serta ribut taufan yang melanda..

Dini nekwan mengambil kesempatan untuk menyedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa koban bincana alam. Al- Fatihah…………. Amin!

Hari ni bukanlah subjek ini yang nekwan nak cakapkan! tapi….arrr.. ade tapi tu! Ha ha ha.. Nekwan hanya nak dapatkan pendapat dari semua gulungan anak cucu nekwan tentang nasib ibu tunggal yang terpinggir dari perhatian anak-anak mereka! Malah tidak lansung dipedulikan… apekah cara ntuk meringankan penderitaan dan kesunyian ibu-ibu tungal ini mentelah lagi yang berusia emas.

Sebagai insan yang bergelar manusia, kita memerlukan penghidupan yang sempurna, tidak kira dari ape jua bentuk penghidupan, yang miskin, yang kaya, raja, yang berhormat dan manusia biasa, semuanye memerlukan kasih sayang, kerana kasih sayang itu makanan rohani, dari kasih sayang lahirnye semangat untuk hidup sempurna, kasih sayang yang dikurniakan oleh Allah yang benar-benar ikhlas, suci dan murni yang tertanam dihati sanubari setiap insan.

Bukan kasih sayang yang lahir dari harta kekayaan, wang ringget, nafsu dan keinginan. Kasih sayang yang berupa penjagaan, belaian, ambil peduli, perhatian dan lebih-lebih lagi tanggung jawabkan yang diberikan.

Hidup warga emas hari ini sering di pinggir, dalam perbualan ia dipandang sepi, dalam perbincangan ia diketepikan, dalam kumpulan ia seperti tidak ujud. Dimanakah letaknye nilai anak muda yang menghormati orang tua? Mentang –mentanglah dah tuaaa, dah tak berseri lagiii, kulit dah keeeedut, bercakap pun dah tak seGah dulu, maka ia tak layak diberi penghormatan?.

Perkara-perkara beginilah membuatkan orang tua yang berusia emas merasa jauh hati dan terpinggir! Dimanakah tempat mereka disisi masyarakat? Kemana mereka harus membawa diri? Adakah orang tua tiada tempat didunia ini? Melainkan menunggu hari matinye saja? Hinggakan anak-anak mereka sendiri pun sudah tak mampu memberi perhatian, apetah lagi ntuk melapangkan masa untuk bersamanye, walaupun seketika. Ade juga anak-anak yang tak mengenang budi yang lansung tiada masa ntuk menghubungi orang tua mereka jauh sekali ntuk menghantar sms…

Ade diantara ibu tunggal dan warga emas ini dilamar oleh lelaki yang sanggup bertanggung jawab dirinye dan menjadikannye pasangan hidup, ade pula anak-anak yang membentak! Tak boleh terima yang ibu mereka dilamar… banyak pulak pikiran pikiran yang negative…

Jika anak-anak tak mampu melapangkan masa dan memberi perhatian sepenuhnye pada ibu bapa mereka yang telah tua! ape salahnya restui lamaran yang bakal diterima oleh ibu mereka.

Masaalah masa depan, ape jua rintangan dan keburukan yang akan dilalui oleh ibu bapa yang bakal mendirikan rumahtangga, itu bukan urusan manusia, kerana jodoh pertemuan, rezeki, ajal dan maut itu urusan Allah, kita tidak behak mengatasi kuasa Allah! Yang masih dalam keraguan lakukan solat istikharah! Mohon petunjuk dariNya. dan berserahlah padaNya. Jika tidak dapat membuat keputusan Jangan menginayai ibu bapa kita, sedang mereka masih ujud dan hidup seperti insan yang lain yang memerlukan kasih sayang, perhatian, penghormatan sebagai orang tua dan berkeinginan.

Disini nekwan ingin berkongsi topik ini dan harap boleh kita bincangkan bersama demi memahami kesulitan dan tekanan perasaan yang di alami bagi mereka yang hidup bersendirian.

Ape pendapat anak cucu nekwan jika saorang ibu tunggal / balu yang berusia melebihi 50tahun keatas, tinggal bersendirian tanpa perhatian penjagaan dan tanggungan anak-anak?

Ape pandangan anak cucu nekwan jika ibu ini dilamar oleh sesaorang yang jauh lebih muda dari usianye sendiri?

Ape fikiran anak cucu nekwan bagi keluarga yang membantah dan tidak menerima kehadiran orang baru dalam hidup ibu bapa mereka?

Nekwan berharap setiap pandangan dan comment yang anak cucu nekwan akan berikan boleh membantu meringankan dan menyelesaikan masaalah yang di hadapi oleh warga ibu tunggal dan warga emas ini. Sama-sama lah kita membantu, selain daripada menyumbang tenaga dan wang ringget, pandangan dan nasihat juga satu amalan kebajikan dan sedekah.

Sekurang-kurangnya berikan comment disalah satu topic diatas ini. untuk di manafaatkan bersama. T. k

Friday, October 29, 2010

Menakluki Puncak Kinabalu

Salam untuk semua anak cucu nekwan.

Hari ni nekwan nak kongsi pengalaman nekwan sewaktu nekwan mendaki gunung kinabalu.
Nekwan pegi kesana atas aktiviti persatuan… persatuan ARDG (Anak Rantau Dipuncak Genting), sekumpulan seramai 19 orang, bergabung dari setiap department, masa tu nekwan keja di Genting, Resort Hotel.

Nekwan buat aktiviti ni untuk sume pekerja yang under stress, pegi released tenssiooonn… maklumlah! Keja hotel ni banyaka tekanan! Macam roti sandwich, tekanan dari bosss tekanan dari pekerja… kekadang cam nak kena hestria pun ade! Sebab tahan marah! Tak heran la zaman ni banyak orang muda kena highblood pressure.

Untuk kebaikkan sumeorang, nekwan pun buat aktiviti panjat gunuunggg.. yang sememangnyee hobby nekwan gak! Bila nekwan cadangkan aktivitini.. banyak pulak yang berminat dan sokong! So, nekan on la program ni! Pilihan nekwan Gunung Kinabalu.

Sebelum ke Gunung Kinabalu.. group nekwan buat latihan setiap hari berjalan kaki dari Kisang, iaitu digerbang kaki bukit jalan nak masuk ke Genting hingga ke port point di Genting Hotel, kami sume turun ngan bas, percuma! Dari bawah sana kami naik bejalan kaki lebih kurang kul 2.30pm sampai ke port point jam 9mlm. Bayangkan…! Orang-orang yang tak penah exercise! kejanyee dok lam aircond jee… sekali gi exercise! Cam nak tanggal tempurung lutut! Arrr… ambik ko! Rasakan… cam mane susah senang tenaga buruh bekerja seharian! Ade yang yang tak larat dah! Cam nak pengsan! Kena tumpangkan deorang ni ngan keta yang lalu lalang kat situ, seb baek ade yang offer nak tumpangkan…

Lepas mengesahan doctor dan dapat cuti pelepasan kami pun berangkat ke lapangan terbang. Program kami selama 8 hari, semua urusan kenderaan dan penginapan di Kota Kinabalu atas urusan nekwan, wah! seronok jugak organize menda-menda gini, rasa cam ade agency sendiri kayak nyaa… he he he..

Siap buat banner dan T.shirt lagiii!!! Lambang gunung Kinabalu LAND BELOW THE WIND. Huh! Seronok giler… Happy like a dog….he he he. Tuka tajuk siket! memula perkataan ni nekwan protes! Tak de ke ayat lain nak guna selain dari dog? Kata teman nekwan yang memula kenalkan ayat ni, hanya anjing saje yang begitu… bila dea happy, dea goyang ekornye ligat! sampai punggung dan kepalanye boleh bertemu… kalah goyang penari dangdut! He he he… maaf ye yang menari dangdut tu! Nekwan bukan menghina sesape tapi menceritakan al kisahnyeee…
Berlepas ngan MAS ke Kota Kinabalu, disana kami disambut oleh tuan punya kenderaan yang bertindak sebagai Tour Guide kami, menginap di hotel Kinabalu, di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu berhampiran ngan pasa Philipine, malamnye kami gi makan seafood dipantai yang berdekatan, wow! memang cantik pandangantepi laut waktu malam, kami makan malam di tepi pantai dipingger kota kinabalu, Best!! Syiok! Makanan nyaa bagus ba! Fresh! Baru dari laut itu!

Lepas makan kami bersiar di pasa Philipine, wow! Banyak mutiara yang cantik! Ade yang hitam.. yang kekuningan… yang putih! Hmmm nekwan pun tak ketinggalan beli gak wat souviner…. Sampai lewat malam baru kami balik kehotel!

Keesokan harinye kami menaiki bas kekaki gunung Kinabalu, tiba di Timpohon Gate disini kami berdaftar dan ntuk aktiviti seterusnya dan overnight di camp. Pagi esoknye lepas breakfast kami mulakan pendakian kami dengan diiringi oleh tour guide dan beberape orang pembantu ntuk membawa barang-barang kami naik ke Laban Rata.

Dalam pendakian kami bertemu dengan Kandis Shelter dan Ubah Shelter, yang jauhnye 1 batu dari camp kami, selepas mendaki 1½ batu kami berehat sebentar di Mempeting Shelter, berehat minum dan makan sediket kekacang kemudian kami meneruskan pendakian.

Sepanjang pendakian kami itu, ramai kenalan dari luar Negara yang datang melakukan aktiviti tyang sama, sempat gak lah nekwan bergamba dan bekenalan ngan deorang tu! Tapi sayangnye.. nekwan tak dapat nak postkan gamba tu kat sini, sebab nekwan tidak menyimpan gamba-gamba tesebut.

Di Layang-Layang Hut kami berhenti lagi kali ni terasa sangat letih, semakin tinggi kami mendaki semakin tak berdaya terasa sangat letih! Mengikut kata TG kami “Ya memang begitu laa… sebab semakin tinggi kita pergi semakin kurang oxigennya… “memang betul kata TG kami tu! semakin tinggi mendaki semakin rendah pokok-pokok yang ade situ. Mungkin sebab tak cukup oxygen! jadi… pokok-pokoknye pun terbantut pembesarannye. Dah macam pokok bongsai jeee.

Lagi satu nekwan nak pesan pada anak cucu nekwan yang perempuan! Kalau ade sesape yang berhajat nak mendaki Gunung Kinabalu tu! Arrr… tolong bawa persiapan peribadi wanita (towel wanita) kalau badan tak kuat! Boleh berlaku pengeluar haid, walaupun sudah berakhir rotine bulanan.

Pendaki yang turut beserta bersama group nekwan kebanyakannye dari Eropah dan korea, ade sepasang suami isteri dari Australia, si suami saorang doctor dan isterinye saorang pencinta alam, boleh dikatakan setiap tahun dea datang mendaki gunung Kinabalu. Dea suka dengan udara suasana dan cuaca di Sabah.

Nekwan difahamkan gunung Kinabalu akan tumbuh hidup setiap tahun setinggi ¾ cm dan berlaku salji pada bulan Disember, turun salji tu tak lah selebat di Eropah! Tapi boleh Nampak laaa di hujung-hujung puncak Kinabalu. Kesahihan gunung tu tumbuh hidup! Adalah dari hasil penelitian saorang kaji selidik dari Eropah! gitu la ceitanyeee…

Sebelum nekwan pegi ke Gunung Kinabalu nekwan telah disarankan oleh penal doctor, supaya tidak menyertai aktiviti ini, sebab nekwan telah dihinggapi hightblood pressure! Dah hamper setahun berdamping dengannye, disebabkan semagat yang mengatal… nekwan insist jugak nak pegi! Kata doctor Chong yang memegang fail peribadi nekwan: kalau u nak pegi jugak u mesti ada cukup stamina, kalau tak de baik jangan pegi! Nanti sape mau tanggung resiko? Haa… tu yang nekwan wat axercise bejalan dari kisang ke puncak genting! Memang sakit lutut! Semput! nafas tak cukup! Mata bepina-pina.. nampak banyak warna pelangi dan berbintang dipandangan nekwan! Nekwan dok tepi jalan… pengang dahi…peluh sejuk menitis, jantung bedengut sampai boleh nampak! Bila, baju yang nekwan pakai tu pun bergerak ikut rytham debaran jantung! Hari ni bila nekwan bayangkan balik! Eiii!! Takut gak! Kalau lah dibuatnyee padam kat situ!?!nayeee je tak pasal-pasal nekwan mati katak! Tu laa… ada bidalan orang tua-tua “ ikut hati mati.. ikut rasa binasa.

Kalau nak kira…mendaki Gunung Kinabalu ni lebih senang! Dari mendaki gunung Tahan dan gunung Ledang, Sebab tracknye dah memang sedia ade, jalan pun tak susah! Tapi … kesukarannye .. kerana kita bertarung dengan haba udara yang semakin menipis, oxygen akan menjadi nipis bila kita berada ditempat yang tertinggi seperti Gunung Kinabalu nih! Bila tak cukup oxygen. Kita akan menjadi lemah dan kurang tenaga ntuk mendaki. Mendaki beberape langkah saja dah behenti rehatkan tenaga… camtu laa sampai keatas di Laban Rata.

Pendakian tu mengambil masa lebih kurang 8 jam bagi nekwan, bagi mereka yang muda-muda tu lebih kurang 6 atau 7 jam dah sampai! Yang paling mengejutkan nekwan! Orang-orang Sabah yang badannye kecil molek dan dah berusia pulak! Boleh bejalan cam lipas kudung! Masa nekwan dalam pendaki sebelum melintasi Villosa Shelter, nekwan nampak seorang wanita yang berusia lingkungan penghujung 40an membawa tong gas yang berisi naik bejalan kaki ke Laban Rata, dea bejalan selamba jeer… cam kita jalan kat psaraya, bila nekwan sampai ke Paka Shelter lebih kurang ½ batu lagi ke Laban Rata… nekwan nampak dea dah turun memikul tong gas yang kosong lak! Tercengang!! Nekwan dibuattnyee, cam tak pecaya… yang turun tu wanita yang naik pikul gas tadi… kata hati nekwan! Uuii!! Dea pakai tenaga ape yerk? Ligat betul! Aku baru sampai kasini dea dah turun!. Begitu lah kuat dan gigihnye orang Sabah nih! Selute laa ngan deorang ni! Rajin dan cekap buat keja.

Sampai keLaban Rata kul 6 lebih dah nak hamper magrib, sampaije dicauter pendaftran nekwan dah nak hamper pengsan! Dah tak boleh bukak mata, bila bukak mata nekwan nampak tempat ru berpusing cam dok dalam kapal angkasa! Teman nekwan bawakan nekwan milo panas dan gosok minyak angin! Nekwan pulak memang tak suka bau minyak angin! Boleh membuatkan nekwan loya dan mutah! Sekejap jee.. pas tu nekwan dah ranggi semula.

Malam lepas makan malam group nekwan dok besantai di dewan tamu, disini nekwan berbual ngan pasangan suami isteri dari Australia, yang nekwan kata tadi, pasangan ni peramah dan suaminye amat prihati dan mengambil berat tentang nekwan, suaminye memeberi rawatan pada nekwan semasa nekwan nak hamper pengsan tadi, dea memereksa tekanan darah nekwan, dea menasihatkan nekwan supaya tidak mengikut kumpulan naik kepuncak esok! Aduh! Nekwan sedeh sebab dah sampai kesini tak boleh pulak nak ikut naik kepuncak Kinabalu, atas sebab kesihatan nekwan. Nekwan Tanya: if I still follow them.. what happen? You will bleeding! Jawab dokto tu. Dea minta nekwan tinggalkan Laban Rata malam tu jugak! Dalam pemereksaanye, nekwan berada dalam keadaan berisiko jika nekwan masih berada diLaban Rata tengahari esok, nekwan mesti turun kekaki Gunung sebelum jam 9 pagi, bila dah tengah hari oxygen dah menjadi nipis, akan menyebabkan tekanan dan berlakunye pendarahan bagi pesakit cam nekwan ni! Bilamana doctor tu buat pemereksaan didapati sukar mencari urat nadi nekwan ntuk menentukan degupan jantung nekwan.

Teramatlah sedehnyeeee…. Jam 2.30am group nekwan sume dah bersedia ntuk mendaki ke puncak Kinabalu, nekwan terpaksa dok dalam hostel tunggu ceita dari teman-teman nekwan. Apabila group nekwan turun dari puncak! Sume mereka datang peluk nekwan dan menangis… mereka menceritakan pengalaman mereka yang tak di sangka-sangka dapat balik kehostel, kata sahabat karib nekwan Halimah: “eiii…. Sab! Ingat kita tak jumpa lagi dah! “Sambil teresak-esak nangih! “Nak naik tu tak de masaalah!, sebab malam kan? Gelap.. tak nampak apepe pun! yang kita nampak! jalan yang kita suluh ngan lampu suluh jee! Tapi bila hari dah terang… nak turun tak de jalan ngko!!! Cam kita dok atas sebiji telooooo… kat mane nak jalan!?... cam mane nak turun! Nampak langit dan kabus jeee… kami dah mula nangisssss… TG bawak kita ikut arahan dea, pegang tali kuat dan jangan telepas dan jalan pelahan-lahan!! jalan atas batu tu licin! jalannye curammm kebawah…..kasut kalau takde bunga memang menggelunsor turun tak betangga koooo… naseb baek aku pakai kasut ni!” Sambil tunjuk kasut yang dea pakai kat nekwan, kasut khas ntuk manjat gunung. “dah la tu! Sejuk nak mampoih! Sampai tangan pun terasa kebas! Pakai sarung tangan poun tak membantuuu…masa tu laa pulak selsema! Tak terasa bila dea meleleh sampai kat mulut! Idung ni ! kalau di jentik pun tak terasa..”

Begitulah kisahnye yang diceritakn oleh sahabat nekwan Halimah. Pukul 7.40am, lepas minum pagi kami sume beredar turun dari puncak gunung ke destanasi program kami yang seterusnye. Sambil turun tu Halimah sambung ceita lagi, “ heeeii .pemandangan diatas sana tu memang cantik! Lebih-lebih lagi dapat tengok matahari terbit waktu pagi! Caaanteeek!! Saaangat cantek! Rugi ko tak dapat naik Sab!.” Hmmm… nekwan benganggggg dan cemburuuuuu….

Ketinggian Gunung Kinabalu 13,455ft atau 4101m, dari paras laut bererti 5 ½ batu bejalan kaki. Gunung yang tertinggi di Asia.

Tuesday, October 26, 2010

Goreng peria dengan udang basah

Peria baik ntuk mengurangkan gula dalam darah, amalkan selalu dalam sayuran maupun minuman.Hmm.... yum.. yummm... sedap! goreng peria belada campur udang basah

senang je masaknyee...
ini resepinye:

3 biji peria di potong dan rendam ngan garam ntuk hilangkan pahitnye.
10 ekor udang basah (udang hidup)
5biji cili masak ( boleh gak campo cili padi kalau suka pedas)
1 labu bawang besar.
sedikit ,inyak ntuk menumis.
garam secukupnye
kisar sume bahan dan panaskan minyak .
bila minyak dah panas masukkan bahan tadi dan goreng hingga naik bau .
masukkan peria dan garam.
kemudian sekali masukkan udang. janagn masak udang terlalu lama, isinya akan menjadi keras, sebaik udang berubah warna dan aggaran 5,6 saat bolehlah di angkat dan disajikan.
selamat mencuba.