Salam 1 Rejab buat anak cucu nekwan dan para pembaca budiman sekelian, sempena bulan rahmat yang penuh berkat ini, nekwan suka nak berkogsi ilmu amalan - amalan bulan Rejab untuk kita lakukan demi kerana Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.
Dalam bulan Rejab iaitu pada hari Khamis minggu pertama disunatkan sembahyang 12 rakaat. Dianjurkan berpuasa pada siang hari Khamis dan sesudah Isyak dirikan sembahyang sunat tersebut.
Dan pada bulan Rejab ini, dianjurkan memperbanyakkan doa dan zikir dengan ketentuan sebagai berikut:
Menurut riwayat Ibnu ‘Asyakir, dari Abu Umamah, sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
“Lima malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha.”
Sebab itu di anjurkan:
1. Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab syurga bahgiannya. ( Al-Baqarah)
2. Bahawa di syurga ada sungai, dinamai “Rejab” yang lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, lebih manis daripada madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah mengurniakannya minuman dari sungai itu (al-Hadis).
3. Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kaffarah (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Al-Jaami’us Shagir)
4. Pernah Nabi Adam bertanya kepada Tuhan mengenai hari-hari apa yang disukai Allah firman-Nya: “Nisfu Rajab! Sesiapa yang menghampirkan diri dengan berpuasa, sembahyang sunat, bersedekah, beristigfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya diampuni dengan bersedekah dan berzikir dan menjaga diri dari berbuat maksiat. Syurga bahgiannya.”
SEMBAHYANG AWAL BULAN REJAB
Lafaz niatnya seperti berikut:
Usalli sunnata rajabin rak’ataini lillahi ta’ala
Ertinya: “Sengaja aku sembahyang sunat rejab dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Membaca surah Al-Fatihah pada rakaat pertama dan diikuti dengan surah Al-Qadr 3 kali.
Pada rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah, sesudah itu surah Al-Ikhlas.
Dirikanlah Sembahyang Sunat Rejab hingga cukup 12 rakaat.
SEMBAHYANG MALAM PERTAMA
Adalah sembahyang yang disunatkan di hari pertama pada setiap bulan Rejab adalah dua rakaat dengan cara sebagai berikut:
Lafaz niat: Usalli rak’ataini solata awwali syahri qurbatan ilallahi ta’ala.
Ertinya: “Sengaja aku sembahyang dua rakaat hari pertama di bulan ini untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala”.
Mula dengan Takbiratul Ihram
Rakaat pertama: membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas sebanyak 30 kali.
Rakaat kedua: membaca surah Al-Fatihah dan surah al-Qadr sebanyak 30 kali.
Berdoa selepas salam.
Sangat di anjurkan pada setiap awal bulan untuk bersedekah, demi keselamatan sepanjang bulan itu.
SEMBAHNYANG MALAM KEDUA
Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya: “Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala".
Rasulullah bersabda:
"Sesiapa mengerjakan sembahyang sepuluh rakaat pada malan ini dengan membaca surah al-Fatihah dan dilanjutkan dengan surah al-Kafirun pada setiap rakaatnya, Maka Allah akan mengampuni seluruh dosanya, menjadikan ia seorang yang selalu sembahyang sampai tahun yang akan datang dan menjauhkannya dari segala kemunafikkan. "
salam.sebaiknya sertakan sumber2 yg sahih dan benar, meskipun artikel ini mungkin sekadar "copy paste".
ReplyDelete