Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Kepada anak cucu nekwan diucapkan selamat menjalani ibadah puasa tahun ini semoga di permudahkan Allah segala urusan dan amalan yang kita lakukan demi kerana-Nya.

AMALAN UMUM BULAN RAMADHAN

Di sunatkan dalam bulan Ramadhan membaca surah al-Qadr pada saat berbuka puasa dan saat sahur. Diriwayatkan dari Imam Shadiq a.s bahawa orang yang mengamalkkannya diberi gajaran sebagaimana orang yang telah menyumbang darahnya di jalan Allah.

Adalah sunat yang ditekankan bagi seorang untuk mandi di malam pertama bulan Ramdhan. Diriwayatkan bahawa waktu mandi yang paling utama dari seluruh malam bulan Ramadhan adalah malam pertama dan diriwayatkan pula bahawa waktu terbaiknya adalah antara Magrib dan Isyak.

Sepanjang bulan Ramadhan ini, semua insan yang telah menjalankan ibadah puasa pada siang harinya dan setelah berbuka puasa, beramai-ramai berjemaah menunaikan solat terawih di surau-surau maupun di masjid-misjid. Selain dari solat terawih ada juga solat-solat sunat pilihan yang boleh menambah ibadah dan pahala pada bulan yang penuh berkah dan keampunan ini.

Seperti yang terhimpun di dalam buku-buku solat-solat sunat yang terjual di kedai, disini nekwan kongsikan bersama anak cucu nekwan yang ingin mencari kekayaan di akhirat.

Setiap solat sunat bulan Ramadhan ini disertai dengan doa-doa tertentu yang mana tak dapat nekwan catitkan disini, dikhuatiri, tidak menepati ejaan yang betul. Sila dapatkan bukunya di kedai buku-buku agama.


SEMBAHYANG MALAM PERTAMA

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatal lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Sesiapa yang sembahyang empat rakaat pada malam pertama bulan Ramadhan dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 25 kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan beri pahala para shiddiqin dan para syahid. Ia juga akan diampuni dan di masukkan ke dalam kelompok orang-orang yang menang di hari kiamat.

Juga disunatkan pada malam pertama bulan Ramadhan untuk sembahyang dua rakaat dengan membaca surah al-An’am, serta meminta kepada Allah untuk mencukupinya atas hal-hal yang ditakutinya.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam


SEMBAHYANG MALAM KEDUA

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Nabi s. a. w. bersabda:
Sesiap yang pada malam ini sembahyang empat rakaat dengan membaca surah al-Fatihah seklai dan surah al-Qadr dua puluh kali, maka Allah akan mengampuninya, meluaskan rezekinya serta memenuhi segal urusannya, dalam satu tahun.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.

Wednesday, July 27, 2011

Melawat Kilang Kristal

Rombongan Cik Kiah pegi melawat kilang kristal. di Rembau Negeri Sembilan, sepanjang perjalan itu... mak tua-mak tua kita bukan main gumbiraaa.. siap nyanyi-yanyi karaoke lagi dalam bus seronok giler... di bawah ini nekwan postkan beberapa gambar kristal-kristal yang menarik, sesuai untuk perhiasan dan cendrahati buat teman-teman.




Kristal Vase yang menarik untuk perhiasan di ruang tamu


Kristal sepasang burung ini sesuai untuk menghiasi meja di pejabat anda.


Doggie...




Apple Kristal buat penghempap surat atau kertas...



Arrr... Kura-kura... dalam bentuk warna biru dan choklet. buat cendrahati, pemberian untuk teman.





Tuesday, July 26, 2011

Solat Sunat Syaaban Malam Ke-28, dan Ke-29

SEMBAHYANG MALAM KE-28

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan dilanjutkan dengan surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Nas masing-masing sekali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan membangkitkannya dari kubur dengan wajah bercahaya bagaikan bulan purnama serta menjauhkannya dari bahaya kiamat.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rekaat, setiap dua rekaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-29

Lafaz niat seperti biasa

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang sepuluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah at-Takathur, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas masing masing sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan memberinya pahala mujtahid, dan memberatkan timbangannya, memudahkan hisabnya, serta ia berjalan diatas shirathal mustaqim laksana kilat menyambar.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rekaat, setiap dua rekaat dengan sekali salam.

Sunday, July 24, 2011

Ke Ladang Buah Dragon Fruits.

Rombongan Mak Kiah, meninjau Ladang Buah Mata Naga.





Beginilah rupa putik bunga buah Mata Naga sebelum bunganya berkembang.




Putik buah menjadi bunga dan berkembang... kelopak putihnya akan gugur dan tampok bunga akan menghasilkan buah Mata Naga



Buah isi merah yang sudah matang dan dipetik untuk dijual, khasiat buah Mata Naga ini boleh merawat kanser dari isinya hingga ke kulitnya.


Amboi!! Mak Ngah lah balik... sempat jugak membelek durian dan ada yang sempat memjamahnya... Hmmmm.. yumm... yumm..

Saturday, July 23, 2011

Solat Sunat Syaaban Malam Ke-25, Ke-26 dan Ke-27

SEMBAHYANG MALAM KE-25

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang sepuluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah at-Takathur sekali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan memberinya pahala orang-orang yang melakukan amal makruf nahi munkar serta pahala tujuh puluh Nabi.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rekaat, setiap dua rekaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-26

Lafaz niat seperti biasa

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan dilanjutkan dengan ayat Amanar-Rasul sampai akhir surah al- Baqarah sebanyak sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan menyembuhkannya dari penyakit dunia mahu pun akhirat, serta memberinya enam cahaya di hari kiamat.


SEMBAHYANG MALAM KE-27

Lafaz niat seperti biasa

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan surah al-A’la sebanyak sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan menuliskan untuknya sejuta kebaikan, menghapuskan darinya sejuta keburukan, mengangkatnya beribu-ribu darjat dan memakaikannya mahkota yang dibuat dari cahaya.


Friday, July 22, 2011

Solat Sunat Syaaban Malam Ke-22, Ke- 23 dan Ke-24

SEMBAHYANG MALAM KE-22


Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah al-Kafirun dan al-Ikhlas masing-masing lima belas kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan menulis namanya dalam nama-nama para shiddiqin dan di hari kiamat ia akan digabungkan dengan para Rasul dalam naungan Allah s.w.t.

SEMBAHYANG MALAM KE-23


Lafaz niat seperti biasa


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang tiga puluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan surah al-Zilzalah pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan menghapuskan kekejian dan kekacauan dari hatinya, ia akan dimasukkan ke dalam kelompok orang-orang yang melapangkan hatinya bagi Islam dan ia akan dibangkitkan dengan wajah seperti bulan purnama.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rekaat dengan sekali salam.

SEMBAHYANG MALAM KE-24


Lafaz niat seperti biasa


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah an-Nashr sebanyak sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan memuliakannya dengan menjauhkannya dari api neraka, membebaskannya dari azab dan seksa kubur, memudahkan hisabnya, dan membuatnya dapat berziarah kepada Nabi Adam,Nabi Nuh dan para Nabi lainnya.

Thursday, July 21, 2011

Rombongan Cik Kiah....

Wah! mak datin-mak datin kita ni... tak mo ketinggalan nak bergaya sakan tu!


Bergambar depan Masjid Selat, ni dah tunai solat ke belom?



Arrrr... yang ni! macam nak pegi haji jeeerr... Oooo... naik kapal Samudra ke?

Gambar kenangan di Diorama Paglia Awang.


Inilah kampung Morten yang terletak di pinggir Sungai Melaka, rumah tradisional.

Malam tak nampak jelas laa..




Pokok Melaka yang tumbuh di tepi rumah-rumah tradisional.

Sayang tak dapat ambil dari dekat.


Wednesday, July 20, 2011

Keindahan Bandar Melaka

Pamandangan-pemandangan ini nekwan ambil dari menara Taming Sari.


Masjid Selat dibena diatas penambakan laut Selat Melaka.


Cantik! menarik! bersih dan aman.

Tiada satu stall atau gerai menjual makan di tepi-tepi jalan dalam Bandar melaka ini.

Kalau nak cari makan atau minum kena pegi ketempat yang dikhaskan untuk menjual makanan.



Sungai Melaka yang bersejarah dan dipinggir sungai Melaka ini terdapat beberapa buah rumah traditional peninggalan zaman berzaman serta jambatan-jambatan yang mengandungi cerita dan sejarah silam.



Monday, July 18, 2011

Solat Sunat Syaaban Malam Ke-19, Ke- 20 dan Ke-21

SEMBAHYANG MALAM KE-19


Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan delanjutkan dengan Ayat ke 25 dari surah Ali Imran sebanyak lima kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosanya yang lalu mahu pun yang akan datang dan sembahyangnya setelah itu akan selalu diterima, dan jika ia mempunyai dua orang anak penghuni neraka maka Allah akan mengeluarkan keduanya.

Subhanallah …

SEMBAHYANG MALAM KE-20


Lafaz niat seperti biasa


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surahan-Nashr sebanyak lima kali pada setiap rakaatnya, maka demi Yang mengutusku sebagai Nabi, ia tidak akan keluar dari dunia ini kecuali telah melihatku dalm mimpinya dan melihat tempatnya di syurga, serta ia akan di bangkitkan beserta al-Kiramil Bararah.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali.

SEMBAHYANG MALAM KE-21


Lafaz niat seperti biasa


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang lapan rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Nas masing-masing sekali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan memberinya kebajikan sebanyak bintang di langit, memberinya darjat sebanyak itu, dan mengangkat darinya keburukan sebanyak itu pula.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali.

Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang, diberikan banyak peluang untuk kita memperbaiki segala kekhilapan dan kekurangan dalam diri kita, dengan itu ambillah peluang sebegini untuk kita menebus setiap dosa yang kita lakukan, tanpa disedari maupun tidak.

Melaka Yang Bersejarah...

Beginilah imej pedagang-pedagang zaman dulu ye? sama macam dalam filem-filem melayu lama tu!

Berniaga di Melaka dengan rempah ratus yang dibawa dari India.


Diorama Panglima Awang - Magellan Melayu.


Khazanah harta karunyang berkubur di perut laut.


Rangka kapal yang tenggelam di dasar laut Selat Melaka


Terkubur bersama barang dagangan pinggan mangkok antik dari China


Inilah pusaka bangsa negeri Melaka, Beca roda tiga masih kekal hingga sekarang menjdi penarikan pelancung luar negara.


Di China pun ada jugak beca roda tiga ni! tapai rodanya dua dibelakan dan bangian depan di tengah-tengah dan di pandu oleh tuannya dengan berlari. itu kita panggel dengan nama lanca.


Semua gambar ini nekwan dapatkan dari dalam kapal besar yang terdampar di tengah-tengah bandar Melaka. Kapal Samudra.


Sunday, July 17, 2011

Lawatan Ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

Para Muslimah Al-Wardah dan Wanita Umno Wangsa Maju bersama membuat kunjungan ke Melaka, ini bukan jalan-jalan cari makan! Tapi.. jalan-jalan cuci mata, melihat kesan-kesan sejarah yang di tinggalkan oleh pejuang dan pemerintah zaman dulu.

Disinilah pertemuan diantara pedagang- pedagang dari China dan India yang telah bermastautin dan menetap di Melaka memperhambakan diri sebagai hamba rakyat Sultan Melaka pada masa itu.

Dan di bumi Melaka ini juga, mulanya agama Islam dan berkembang hingga keseluruh Persekutuan Tanah Melayu, agama Islam yang dibawa oleh pendakwah dan ulama-ulama dari Aceh dan Masai. Mereka menetap sebagai warga negara dengan kerakyatan Malaya.

Di sini, lahirnya Hang Tuah pahlawan terbilang negeri Melaka, di Melaka ini juga terhimpunnya sejarah kesultanan dan agama Islam. Di bumi Melaka ini lahirnya satu bangsa yang di gelar bangsa Malaysia. Cina, Melayu, India dan Portugis, bernaung di bawah satu bendera 1 Malaysia.

Arrr.. panjang celoteh nekwan! Ini dari pengetahuan nekwan yang tak seberape jeee.. selebihnya kena rujuk di Mazium Negara dan Arkib sejarah….

Nekwan amat bangga dan berterima kasih dengan kerajaan Negeri Melaka yang memelihara khazanah-khazanah peninggalan sejarah yang sangat berharga, untuk generasi akan datang
Nekwan lihat setiap inci bumi Melaka di selimuti dengan kesan-kesan sejarah.
Hanya sejarah ini yang akan mengenalkan bangsa kita dan kemartabatan Melayu pada generasi-generasi akan datang.




Inilah gambaran sungai Melaka di zaman dulu.



Gambaran Kapal Samudra kepunyaan Portugis sewaktu mereka datang untuk menjajah Tanah melayu, besar kapal ini bersaiz tiga kali ganda besarnya dari apa yang dilihat yang terdampar di tengah-tengah bandar Melaka ini.



Inilah bentuk senjata-senjata yang digunakan oleh Portugis menyerang Melaka


Thursday, July 14, 2011

Solat Sunat Syaaban Malam Ke-16, Ke-17 dan Ke-18

SEMBAHYANG MALAM KE-16


Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan Ayat Kursi sekali dan surah al-Ikhlas15 kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan memberikan kepadanya seperti yang diberikan-Nya kepadaku atas kenabianku dan membangunkan untuknya seribu istana di syurga.

SEMBAHYANG MALAM KE-17


Lafaz niat seperti biasa


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 71kali pada setiap rakaatnya, lalu setelah selesai solat ia beristighfar kepada Allah 70 kali, maka ia tidak akan bangun dari tempatnya melainkan Allah telah mengampuninya dan tidak akan menulis kesalahan-kesalahannya.

SEMBAHYANG MALAM KE-18


Lafaz niat seperti biasa


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang sepuluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas lima kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan
mengabulkan apa pun yang dimintaya pada malam itu. Andainya ia dicipta sebagai orang yang malang, Allah akan mengubahnya menjadi bahagia, jika ia mati di saat itu, ia dianggap mati syahid.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.


Solat malam ke-18 ni elok! untuk sesiap yg nak berubah! tak payah laaa nak pegi buat benda-benda yang di murkai Allah! arrr.. tengok tu! kalau yang malang tu Allah tukarkan jadi bahagia.. betapa besar menafaatnya... jangan buat perkara-perkara yang melibatkan dengan penipuan dan syirik!. Insyaalah! Allah itu Maha Pennyayang.


Wednesday, July 13, 2011

Solat Sunat Syaaban Malam Ke-13, Ke-14 dan Ke-15

SEMBAHYANG MALAM KE-13


Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah at-Tin pada rakaatnya, maka ia seperti telah membebaskan dua ratus hamba keturunan Nabi Ismail, tersuci dari dosanya seperti saat ia baru lahir dari tahim ibunya, dan Allah s.w.t. akan membebaskannya dari api neraka serta mengakrabkannya dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan Ibrahim a.s.

SEMBAHYANG MALAM KE-14

Lafaz niat seperti biasa

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah al-Ashr sebanyak lima kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan menuliskan untuknya pahala orang-orang yang sembahyang dari Nabi Adam sampai Hari Kiamat, membangkitkannya dengan wajah yang lebih bercahaya daripada matahari dan bulan dan mengampuni dosa-dosanya.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat sekali salam.

SEMBAHYANG MALAM KE-15


Lafaz niat seperti biasa

Rasulullah.s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat antara Magrib dan Isyak pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah al-Ikhlas sepuluh kali, dalam riwayat lain sebelas kali pada setiap rakaatnya, lalu setelah selesai sembahyang ia membaca :

Ya rabbi ighfirli Ertinya; Ya Tuhan ,ampunilah kami (10 kali)

Ya Rabbi irhamna Ertinya: Ya Tuhan, rahmatilah kami (10 kali)

Ya Rabbi tub’alaina Ertinya: Ya Tuhan, terimalah taubat kami. (10 kali)

Dan membaca sutah al-Ikhas dua puluh satu kali, kemudian dilanjutkan dengan membaca:
Subhanallazi yuhyi mauta wayumiitu ahyaa wahuwa ‘ala qullisyai inkadir.

Ertinya: maha Suci Dia Yang menghidupkan yan mati dan mematikan yang hidup, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

Maka Allah s.w.t. akan mengabulkan dosanya, memenuhi keperluannya di dunia dan akhirat, memberikan kitabnya pada tangan kanannya dan ia akan selalu dalam penjagaan Allah hingga tahun depan.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat sekali salam.

Monday, July 11, 2011

Solat Sunat Syaaban Malam Ke-10, Ke-11 dan Ke-12

SEMBAHYANG MALAM KE-10

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan Ayat Kursi sekali dan surah al-Kauthar tiga kali pada setiap rakaatnya maka Allah s.w.t. akan memerintahkan para malaikat-Nya untuk menuliskan baginya seratus ribu kebajikan, mengangkatnya seratus ribu darjat, dan membukakan untuknya seratus ribu pintu syurga yang tidak akan ditutup selamanya, serta memberikan ampunan untuknya, dan untuk orang tuanya dan tetangganya.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.

SEMBAHYANG MALAM KE-11

Lafaz niat seperti biasa

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang lapan rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah al-Kafirun sebanyak sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka demi yang mengutuskan aku dengan hak sebagai Nabi, tidak ada yang mengamalkannya kecuali ia seorang mukmin yang sempurna imannya dan Allah akan memberinya taman di syurga sebanyak yang dikerjakannya .

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.

SEMBAHYANG MALAM KE-12


Lafaz niat seperti biasa

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua belas rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah at-Takathur sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosanya selama empat puluh tahun, mengangkatnya empat puluh darjat seta 40 ribu malaikat memintakan ampunan untuknya dan baginya pahala orang yang mendapat Lailatul Qadr.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.


Tuesday, July 5, 2011

Solat Sunat Syaaban Malam Ke-7, Ke-8 dan Ke-9

SEMBAHYANG MALAM KE-7

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas seratus kali pada rakaat yang pertama dan pada rakaat kedua, membaca al-Fatihah sekali dan di lanjutkan dengan Ayat Kursi sebanyak seratus kali, maka Allah s.w.t. akan mengabulkan doanya, memenuhi hajatnya, menuliskan baginya pahala syahid setiap hari dan ia tidak akan pernah melakukan kesalahan lagi.

SEMBAHYANG MALAM KE-8

Lafaz niat seperti biasa

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan ayat Amanar-Rasul sampai akhir surah al-Baqarah dan surah al-Ikhlas lima belas kali pada rakaat pertama, dan pada rakaat kedua bacalah al-Fatihah sekali dan ayat terakhir surah al-Kahfi sekali dan al-Ihlas lima belas kali pada seyiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. tidak akan mengeluarkannya dari dunia ini , kecuali ia suci, sekalipun dosanya lebih banyak daripada buih di lautan, dan seakan-akan ia telah membaca Taurat, Injil Zabur dan Furqan (al-Quran).

SEMBAHYANG MALAM KE-9

Lafaz niat seperti biasa

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Fath sebanyak sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan mengharamkan jasadnya dari api neraka dan memberinya untuk setiap ayat yang dibacanya pahala dua belas syahid Badar dan pahala ulama.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.


Arrr… solat sunat malam ke 9 ni boleh buat, 4 rakaat jeer…

Monday, July 4, 2011

Solat Sunat Syaaban Malam Ke-4, Ke-5 dan Ke-6

SEMBAHYANG MALAM KE-4


Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang empat puluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 25 kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan menuliskan untuknya setiap rakaat yang di lakukan pahala beribu-ribu tahun, membangunkan untuknya setiap surah yang di bacanya beribu-ribu kota dan memberinya pahala beribu-ribu syahid.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat setiap dua rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-5


Lafaz niat seperti biasa


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas lima ratus kali pada setiap rakaatnya, setelah salam ia membaca selawat tujuh puluh kali, maka Allah s.w.t. akan memberinya kota di syurga sebanyak jumlah bintang di langit.



SEMBAHYANG MALAM KE-6


Lafaz niat seperti biasa


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas lima puluh kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan menempatkan rohnya dalam kebahgian dan meluaskannya dalam kubur, serta ia keluar dari kuburnya dengan wajah bagaikan bulan purnama seraya berkata: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.”

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.

Friday, July 1, 2011

Solat-solat Sunat Syaaban Malam Pertama, Ke-2 dan ke-3A

SEMBAHYANG MALAM PERTAMA

Lafaz niat: Ussalli rak’ataini sunnatan lilliahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah s.a.w bersabda:


Sesiapa mengerjakan sembahyang dua belas rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah al-Ikhlas sebelas kali. Dalam riwayat lain, lima belas kali pada setiap rakaatnya. Maka Allah s.w.t. akan memberinya pahala 12 ribu syahid, menuliskan untuknya ibadah 12 tahun, membersihkannya dari dosa-dosanya sebagaimana ia baru lahir dari rahim ibunya.

Sabdanya lagi:

Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam pertama di Syaaban dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah al-Ikhlas sebanyak tiga puluh kali pada setiap rakaatnya. Setelah salam ia berdoa:

Allahumma haazihi ‘ahdii ‘indaka iila yaumil qiamah.
Ertinya: Ya Allah, ini adalah janjiku sampai hari kiamat.

Maka ia akan dipeliharakan dari iblis dan parajuritnya, dan Allah akan memberinya pahala para shiddiqin.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.
Disunatkan berpuasa pada hari pertama bulan Syaaban maka ia berhak mendapat syurga.

Nabi s.a.w bersabda:
Sesiapa berpuasa tiga hari pada awal bulan Syaaban, beribadah di malamnya dan sembahyang dua rakaat dengan membaca al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas sebelas kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan menghalau darinya kejahatan penghuni langit dan bumi, kejahatan iblis dan pasukannya dan kejahatan penguasa yang zalim. Demi Yang mnegutusku sebagai Nabi dengan kebenaran, Allah mengampunkan 70 ribu dosa besarnya antara dia dan Allah, dan Allah menghalau darinya azab dan seksa kubur.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.

Subhanallah! Maha Suci Tuhan yang mencipta sekelian alam dan demi kebesaran-Nya , Allah menjadikan dan mencipta segala sesuatu untuk hambaNya menebus segala kekhilafan dan dosa yang dilakukan dari kealfaan dan kejahilan makhluk insan yang bernama manusia di dunia ini.

Buat! Jangan tak buat peluang hanya datang setahun sekali… itu pun jika kita dipertemukan pada tahun- tahun yang akan datang.

SEMBAHYANG MALAM KE-2 DAN KE-3

Lafaz niat dan solat sunat sama seperti malam pertama. Berpuasa tiga hari pada awal Syaaban dan sembahyang dua rakaat pada malamnya, dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas sebelas kali pada setiap rakaatnya. Maka Allah akan menghalau darinya kejahatan makhluk di langit dan dibumi, kejahatan ilbis dan tenteranya, kejahatan seluruh penguasa yang zalim. Serta menghalau darinya azab dan seksa kubur.

Sabda Nabi s.a.w berkenaan dengan malam ketiga:

Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 25 kali, maka Allah akan membuka baginya di hari kiamat lapan pintu syurga dan menutup untuknya tujuh pintu neraka serta memakaikannya seribu mahkota.

Aarrr… apakata kita lakukan solat-solat sunat, 3 malam pada awal Syaaban ni? Kalau didunia kita miskin, biarlah di akhirat kita kaya.. tapi nak dapat kekayaan tu kena usaha siket lah! Hmmm .. tak pakai modal puuun, hanya perlu sedikit masa dan tenaga.
Nekwan cadangkan, kita buat secara beramai-ramai, kalau buat seorang diri … mungkin tak bersemagat kot! Jom! Kita meriahkan bersama. Lagipun bukan sepanjang bulan ni kita nak kena buat kan? Boleh buat pilihan yang mana kita mampu.