Saturday, December 8, 2012

Majlis Berendoi di Rumah Puan Fadilah Wangsa Maju Sek, 4

Lebih kurang dua puluh ahli muslimah yang hadir di rumah Puan Fadilah, bagi menyempurnakan undangan
jemputan dari Puan Fadilah untuk majlis berendoi cucunya di rumahnya disini pagi tadi. Kami seluruh anggota muslimah mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Puan mengundang kami ke majlis tersebut. Semoga Allah merahmati dan berkati puan seisi keluarga dan dipermudahkan segala urusan Puan didunia dan di akhirat. Amin!







Mengunting rambut bayi sambil berselawat. dan diperhatikan oleh ibunya dengan wajah yang ceria,

Sunday, November 11, 2012

Majlis Berzanji dan Marhaban di Bukit Jalil

Bersyukur dan berdoa untuk tuan rumah yang memasuki rumah baru mereka di Bukit Jalil. Majlis berzanji dan marhaban serta doa untuk tuan rumah berlansung tengahhari tadi selepas solat zohor. Kami kumpulan Muslimah Al Wardah Wangsa Maju mengucapkan terima kasih yang tak tehingga kepada tuan rumah yang sudi menjemput kami sekumpulan seramai 17 orang untuk menyempurnakan permintaan tuan rumah. Semoga tuan rumah En. Norhisham dan isteri Pn.Nurhafizawati serta seluruh seisi keluarga di rahmati Allah dan mendapat berkat dunia dan akhirat. Amin.

 Bersantai. seketika, sementara menunggu kenderaan tiba untuk menghantar kami pulang.

Alhamdulillah syukur, rezeki dari Allah. macam2 adaaa... 

The hero among the roses. kiutttt... 

 Ini doa makan ke doa selamat? apepe jeerr lah! yanag penting! Aaaamiinnnn.
..


 Inilah keluarga tuan rumah. Puan Nurhafizawati.
Sempena masuk rumah baru, sambut hari lahir si comel ni sekali tahun kedua. "Selamat Hari Lahir" 

Saturday, October 27, 2012

Qurban Yang di Lakukan di Surau Al Ridwaniah Sek, 4 Wangsa Maju.

4 ekor lembu tumbang untuk Qurban tahun ini. murah rezeki orang2 di Wangsa Maju, yang membuat qurban maupun yang menerima daging qurban. semoga berlimpah ruah dan berganda-ganda lagi lah hendaknya.Amin!

Friday, October 26, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

SELAMAT HARIRAYA HAJI PADA SEKELIAN PEMBACA DAN PENGIKUT2 BLOG NEKWAN NI. AMPUN MAAF SERTA SEMBAH SALAM DARI NEKWAN UNTUK ANAK CUCU NEKWAN YANG BERADA DI MANA SAJA YANG SEMPAT MEMBACA DAN MENJENGOK LAMAN BLOG NEKWAN NI.

MUDAH2AN DI PANJANGKAN UMUR HINGGA BERTEMU LAGI DI TAHUN AKAN DATANG  DAN SEMOGA KITA SEMUA DAPAT PELUANG DAN BERKESEMPATAN MENUNAIKAN HAJI RUKUN ISLAM YANG KELIMA. INSYAALLAH. AMIN!

Sunday, October 21, 2012

Majlis Berendoi di Rumah Pn. Saripah, Wangsa Maju ..

Terima Kasih kepada tuan rumah yang sudi menjempuit kami semua ke maljlis puan untuk menjayakan majlis Marhaban dan berendoi untuk cucu Puan.
Mereka mendoakan kesejahteraan dan kebahgian keluarna Puan Saripah.
Hati yanag tenang wajah yanag ceria...

Setelah selesai berzanji berselawat dan bermarhaban...

Sunday, September 16, 2012

Musim Rumah Terbuka....

Hari ni rumah terbuka di surau Al Ridhwaniah Sek 4 Wangsa Maju, Wakil BN bahgian Wangsa Maju pun datang jugak! Ahaaa...ha .. haa.... meriah lu wa cakaaapp!
Semalam kita gi serang Masjid Al Mutaqqim! sebelum tu... gi rumah terbuka RELA di Wisma Rampai.. HuH!!! makan tak berenti!! jangan makan sampai tak leh kawal nafsuuu,.... Arrr.... nanti tido umah besar katil berderet!! ar... nekwan tak tauuu!?






 Possing menawan tuu...
 Ooooo la adek! dari mane ko tetiba muncul lak ni??
 Pengerusi Muslimah dan Vokalist utama kumpulan Muslimah Al Wardah.

 Hajah! sapa yang disebelah tu? 
 Cik Yati! Cik Ina! ahli jawatan kuasa muslimah, sibuk melayan tamu dan menghidang. 
Oh hooo hoo hoo... mari kita lawan! perut sapa yang tinggi... he he he.... jangan maraaa arrr...!?!

Rumah Terbuka di Masjid Al Muttaqqim.

Jamuan rumah terbuka di Masjid Al Muttaqqim Melawati, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang melimpahkan rezeki yang tak terhingga dengan juadah-juadah yang lazat2 kepada kami Rakyat Malaysia. Sukran Ya Allah!. dengan rezeki ini, yang kami makan, jadikanlah kami hambaMu yang selalu bersyukur disetiap saat, setiap masa dan setiap waktu, walau dimana jua Hamba Mu ini berada. Amin!



 Muslimah dari Masjid Usamah dan Masjid Al Muttaqqim.
 AJK Masjid Al Muttaqqim dan pengetuanya Puan Salasiah berdiri di kanan sekali.
 Wah! Pok Megak pong ade jugok weh!
 Yang ni ... di kiri sekali Puan Hamidah Pengasas rumah anak-anak Yatim di AU4 Keramat.
 AJK kumpulan Muslimah Masjid Usamah, kecuali yang berpakaian hitan tu!
 Yang ni pulak!... Pengetua kumpulan Muslimah dan AJK surau Al Ridhwaniah Sek 4 Wangsa Maju.
Tipah ko tengok ape tu??

Ramai jemputan yang hadir meraikan majlis rumah terbuka disini, bermacam2 juadah! sampai termegah2 makcik- makcik kita ni makan semuanya sedap2 belaka, kambing bakar, satay, nasi lemak, pizza, mee kari, mee soto, cendol, abc dan macam2 lagi... Alhamdulillah Nikmat dari Allah! 



Sunday, September 2, 2012

Majlis Berendoi di Bukit Setiawangsa 9.

Kami dari pihak kumpulan marhaban Masjid Al- Mutaqqin Taman Melawati,  mengucapkan sertingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami kerpada tuan rumah yang telah sudi menjemput kami meyempurnakan majlis marhaban dan berendoi untuk baby Aisah Nabilah Khalis. Putri kepada Puan Ema dan suami. Semoga menjadi anak yang pintar dan bijaksana di dunia dan di akhirat.Amin! 

Puan Ema bersama putrinya, Aisah Nabilah Khalish
Cooomeyyyy nyeee Aisah Nabilah Khalis niiee... subhanallah! ciptaan Allah yang Maha cantik!
Pelamin buaian Putri Aisah Nabilah
Wah! sibuk susun meja untuk para tamu jemputan 
 Arrr... ni ape pulak ni? baca mesej ke ambik gamba? he he he he....
Wajah ceria tuan rumah Puan Ema yang sentiasa senyum.
 Para ahli kumpulan marhaban dijamu dengan sarapan pagi sebelum memulakan majlis.
 Puan Salasiah Pengetua kumpulan Marhaban Al- Mutaqqim
Bergambar kenangan bersama tuan rumah dan kumpulan marhaban yang hadir pada majlis tersebut.