Saturday, January 28, 2012

Menyusu dan Menghentikan Anak daripada Menyusu

Allah berfirman: “Ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun sekiranya mereka mahu menyusukan anak secara sempurna.” Surah al-Baqarah, ayat 233.

Nabi Muhammad berkata, “Sesungguhnya kamu sentiasa menginginkan kuasa dan menjaga padahal ia kelak berubah menjadi penyesalan dan kesedihan pada hari kiamat. Sebaik-baik wanita adalah yang menyusukan anaknya dengan sempurna dan seburuk-buruk wanita adalah yang memisahkan susu daripada anaknya sebelum waktunya.” Hadis laporan Bukhari.

Dalam mengulas hadis di atas, sebahgian ulama berkata, ‘Seorang ibu yang tidak menyempurnakan tempoh masa menyusukan anaknya adalah memisahkan susu sebelum waktunya mengakibatkan anaknya membesar menjadi orang yang cenderung pada kekuasaan. Tindakan memisahkan susu anak awal menyebabkan anak memiliki akhlak yang tidak baik seperti suka pada kekuasaan. Sebaliknya, wanita yang baik adalah yang menyempurnakan tempoh penyusuan anaknya iaitu selama dua tahun penuh. Tempoh penyusuan itu mampu menjauhkan anak daripada sikap buruknya.”

Pada zaman moden ini. Pelbagai hasil penyelidikan yang dilakukan oleh ilmuan barat yang membuktikan perkara ini memang benar.



Wednesday, January 25, 2012

Ibu Bapa sebagai Tauladan

Ibu bapa mahupun pendidik perlu berusaha memberikan dorongan ataupun motivasi kepada anak-anak didikannya bagi melaksanakan hal-hal yang perlu dilakukan dan menjadikan hal-hal itu kelihatan mudah pada mata seorang anak. Ibu bapa mahupun pendidik mampu melakukannya dengan memberikan contoh yang jelas kepada anak-anak supaya mereka dapat menirunya. Maksudnya, ibu bapa dan pendidik perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.

Peranan mereka tidak terbatas dalam hal diatas saja. Ibu bapa juga perlu memberi contoh kepada anak-anak cara-cara yang benar dalam mempratikkan suatu teori ataupun ajaran. Kewujutan teladan mutlak diperlukan supaya seorang anak dapat mencontohi teladan yang benar, mudah-mudahan dia memiliki keinginan dan berusaha membina sifat-sifat yang baik dalam dirinya. Dengan demikian seorang anak menjadi bersemagat dan bersungguh-sungguh dalam uasahanya mencontohi apa yang dia lihat berbanding seorang anak yang tidak memiliki teladan.

Dalam hal ini, peranan ibu sangat penting. Oleh itu, nabi memerintahkan umatnya memilih calon isteri yang memiliki sifat seperti yang beliau sebutkan dalam hadis di bawah. Nabi berkata: “Nikahi wanita atas dasar agamanya supaya kamu memperolehi keuntungan.”


Monday, January 23, 2012

Mendidik Anak Perempuan Bermula Sejak Memilih Calon Isteri – Bahgian ke2

Assalamualaikum,

Maafkan nekwan, kerana lama tertanggung sambungan tajuk ni...

Ada seorang penyair berkata, Seorang ibu umpama sekolah. Sekiranya kamu membenanya dengan baik, bererti kamu membena satu masyarakat yang memiliki akar yang baik.”

Allah berkata, “Kami wahyukan kapadamu Muhammad,’Ikut agama Ibrahim iaitu orang yang hanif. Dia bukan termasuk golongan orang yang mempersekutukan Tuhannya’.”Surah an-Nahl, ayat 123.

Allah memberikan teladan kepada kita secara umum dan khusus melalui para nabi serta para pengikutnya. Allah berkata: “Sesungguhnya pada Ibrahin dan orang-orang yang bersamanya, terletak suri teladan yang bagimu, Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berkata pada kaum mereka ’Sesungguhnya kami melepaskan diri daripadamu dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah. kami mengingkari kekafiranmu dan diantara kami dan kamu, wujud permusuhan dan kebenbcian sehingga kamu beriman kepada Allah’.” Surah al-Mumtahinah, ayat 4.

Teladan yang khusus bagi kita adalah Nabi Muhammad. Allah menyatakan: “Sesungguhnya pada diri Nabi Muhammad itu terdapat suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat serta banyak menyebut nama Allah.” Surah al-Ahzab,ayat 21.

Teladan yang khusus juga terdapat pada sahabat-sahabat nabi. Allah berkata: ”Bagi orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redho kepada mereka dan mereka juga redho kepada Allah.” Surah al-Taubah, ayat 100.

Nabi berkata: Bepegang teguh kamu kepada sunahku dan sunah para khalifah ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selapas ku. ”Hadis laporan Ahmad dan Abu Daud.

“Ikuti orang-orang yang ada selepasku iaitu Abu Bakar dan Umar.” Hadis laporan Ahmad,at-Tarmizi dan al-Hakim.

“Mereka tidak bersepakat dalam kesesatan “. Hadis laporan Abu Daud dan Ibnu Mjah.

Islam melatakkan teladan bagi anak perempuan pada kedua-dua orang tuanya, terutamanya pada ibu. Hadis nabi berikut menjelaskan,”Setiap anak lahir dalam keadaan suci.kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nesrani, ataupun Majusi. Bayi yang baru lahir sama dengan anak haiwan yang lahir dalam keadaan sehat. Adakah kamu melihat apa-apa kecacatan pada haiwan itu?

Bakr bin Abdullah Abu Zaid berkata,”Hadis agung itu menjelaskan mengenai pengaruh ibu bapa pada anak mereka. Ibu bapa yang menyebabkan seorang anak menyeleweng, keluar daripada jalan yang benar dengan fitrahnya dan jatuh dalam kesesatan serta kefasikan.”

Daripada hadis itu, kita dapat membuat kesimpulan seandainya seorang ibu memiliki sikap dan perilaku yang tidak terpuji seperti tidak menutup aurat, tidak tahu malu, suka berjalan-jalan keluar rumah, memakai pakaian yang tidak sesuai dengan tuntutan agama,suka bergaul dengan lelaki asing dan mempunyai perilaku negative yang lain, semua itu adalah sikap menyeleweng dan mempegaruhi anak perempuannya. Ia juga menyebabkan seorang anak perempuan terpesong jauh daripada pendidikan yang baik, yang sesuai dengan fitrah yang menuntut seorang perempuan menutup aurat, menjaga maruah diri dan kehormatannya.

Hadis itu juga secara tidak lansung menjelaskan kesan yang besar, baik positif maupun negatif yang dibawa oleh seseorang pembantu rumah kepada anak-anak. Oleh sebab itu, para ulama melarang orang kafir ataupun orang fasik mengasuh anak-anak kaum muslimin kerana ia mampu membawa pengaruh negatif pada akhlak dan perilaku anak-anak.

Berdasarkan penjelasan di atas, kita dapat membuat kesimpulan, mendidik anak perempuan perlu bermula sejak awal. Ia bermula dengan memilih calon isteri yang diharapkan mampu menjadi teladan dan memberikan bimbingan yang baik kepada anak-anak. Baik dan bururk perilaku anak perempuan banyak bergantung ada ibunya. Seorang ibu yanag baiak dan bijaksana dalam mendididk anaknya tentu mampu menghasilkan anak perempuan yang baik, sesuai dengan pendidikan yang diberikan kepadanya sejak kecil. Kebaikan yang ditanamkan sejak kecil itu menjadi darah daging dalam diri seseorang anak.

Saturday, January 7, 2012

Jemputan Berselawat di Dewan Tasik A mpang

Aktiviti Muslimah yang pertama di tahun 2012, jemputan untuk berselawat di majlis perkahwinan anak Puan Cik Dah dari Wangsa Maju.

Pemandangan yang menenangkan jiwa

Inilah sekumpulan Ahli muslimah Al Wardah yang hadir pada majlis tersebut.

Ceria bergambar kenangan...

Sunday, January 1, 2012