Tuesday, August 21, 2012

Jamuan Malam Raya

Berbuka puasa di malam akhir Ramadhan dan menyambut 1 Syawal... malam ni kami sekeluarga dah menjamu juadah raya.. he he he...Ketupat Lemang, rendang daging, rendang ayam, kuah kacang dan kuah lodeh! Huh! dah raya dulu!...







Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri 

Kepada semua pembaca-pembaca budiman dan pengikut-pengikut Blong Nekwan, di serata dunia , dimana jua anak cucu Nekwan berada, Salam 1 Syawal dan Selamat Hari Lebaran, Maaf Zahir Bathin dari segala sudut yang terpamir di blog Nekwan ini, dari pertuturan dan gurau senda serta nasihat maupun ilmu2 yang dikongsikan bersama, sekiranya terdapat susunan ayat yang sumbang, ejaan yang salah dan pendapat yang kurang tepat. minta di maafkan dan halalkan ilmu2 yang Nekwan petik dari buku maupun pendapat orang perseorangan yg dipostkan disini. Begitu jugak dengan Nekwan, Nekwan halalkan segala ilmu pengetahuan petua dan segala info yang bermanfaat untuk kita amalkan dan kongsikan kepada semua yang diluar sana.

Terima kasih Nekwan kepada para pembaca yang setia melayari bolg Nekwan ini, dari mla hingga kehari ini.

Terima Kasih dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 
dari Nekwan untuk semua anak cucu Nekwan yang di kasihi.