Saturday, August 27, 2011

Kueh Raya

Kueh-kueh tradisional untuk perayaan dan majlis-majlis, seperti hantaran pertunangan atau perkahwinan, pemberian hamper dan sebagainya. Hasil usaha Ibu-ibu tunggal Wangsa Maju.


Kueh Putu Kacang, diperbuat dari kacang hijau dan gula.

Harga sebalang RM15.00, isi kandungan 50biji
Samperit zaman dulu ternyata, rasanya yang berlainan dari samperit yang ada di pasaran


Harga sebalang RM20.00 Isi kandungan lebih kurang 50keping lebih.


Pineapple Roll, tart kegemaran ramai dari zaman dulu hingga sekarang.

Harga sebalang RM32.00. Isi kandungan lebih kurang 50biji.


Kepada yang berminat boleh buat pesanan kepada melalui E-mail:


Nekwan


H/P -16-3158487


Friday, August 26, 2011

SEMBAHYANG MALAM KE-30 MALAM TERAKHIR BULAN RAMADHAN

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang dua belas rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas dua puluh kali pada setiap rakaatnya, kemudian setelah salam ia berselawat kepada Nabi dan keluarganya seratus kali, maka hidupnya akan diakhiri dengan rahmat

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.

Malam ini adalah malam terakhir bulan Ramadhan tahun ini, semoga segala amal ibadat yang telah kita kerjakan disepanjang bulan-bulan mulia lagi berkah ini diterima Allah, malah setiap hari yang kita lalui itu akan mendapat rahmat dan keampunana dari-Nya. Amin.

Subhanallah walhamdulillah walaillaha illallah wallahuakbar.

Ya Allah ya Tuhanku, Kau ampunilah segala dosa-dosa kami seluruh umat Islam yang ada diatas muka bumi ini. Terimalah segala amal ibadah dan taubat kami. Berilah petunjuk kepada kami yang lalai dan lupa. Tetapkanlah iman kami dan kekalkan kami dalam agama islam hingga ke akhir hayat kami.
Amin, Amin, Amin ya rabbal ‘alamin.

Salam Aidilfitri dan selamat berhariraya, untuk semua anak cucu nekwan dimana jua berada.
Pada akhir malam bulan Ramadhan ni, seluruh keluarga anak cucu dan menantu nekwan, akan berkumpul bersama dan bebuka puasa dan meraikan malam Aidilfitri dengan juadah rendang dan ketupat.

He he heheeee… dah raya dulu dah! Setiap tahun beginilah keluarga nekwan, meriah dan seronok, keluarga nekwan ni tak besar hanya dua anak lelaki saja, dua menantu dan dua cucu, tapi… riuh kecoh dengan dua cucu nekwan ni… lepas bebuka masing-masing bawa diri buat apa yang patut! esok awal pagi berkumpul lagi untuk tunai solat Aidilfitri. Arrr.. gitu lah setiap tahun!

Disini nekwan ucapkan “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin”
Semoga di tahun hadapan kita di panjangkan umur dan bertemu lagi.

Assalamualaikum.


Thursday, August 25, 2011

Fesyen kanak-kanak perempuan


Fesyen pakaian kanak-kanak untuk Raya Tahun 2011. Inilah model kecil molek nekwan. Shirah.






Gaya spontan!

Senyum ceria

Melaram dengan baju kurungnya. "tengok ni nek Pah! cantek tak shirah ni?"

Gaun labuh ala-ala English

Wah! ada bakat jadi model ye? lagak dan gaya model kita yang beusia 2tahun 9 bulan.




Monday, August 22, 2011

Surat Al-Baqara ~ Shaikh Saad Al-Ghamidi


Solat Sunat Ramadhan Malam Ke-27, ke -28 dan Ke-29.

SEMBAHYANG MALAM KE-27

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatal lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Disunatkan dengan kuat (mu’akkad) untuk mandi. Nabi s.a.w bersabda:
Sesiapa sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah Tabarak dan al-Ikhlas 25 kali, maka Allah akan mengampuninya dan kedua orang tuanya.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-28

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Disunatkan untuk mandi. Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang enam rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan Ayat Kursi dan surah al-Kauthar masing-masing sepuluh kali pada setiap rakaatnya, kemudian setelah salam ia berselawat seratus kali, maka akan diampuni segala dosanya.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-29

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas dua puluh kali pada setiap rakaatnya, maka ia termasuk ke dalam kelompok orang-orang yang dikasihi Allah dan kitabnya akan diangkat setinggi-tingginya


Sunday, August 21, 2011

BERITA TERKINI TENTANG BULAN....

Drpd Dato Mazlan d astrology. To night at 3.25am Macca time & Malaysian Barat time will be round 8.25am. The moon will circle around Kaabah this will have an effect on the sky. The sky will have blue light. This will be the time of the time of acceptance of prayers. this is happening after ten million years. Pls inform everyboday by passing this. 3.25am Macca time. Singapore time will be 8.25am, so is Malaysian barat.

Friday, August 19, 2011

Solat Sunat Ramadhan Malam Ke-24, ke -25 dan Ke-26.

SEMBAHYANG MALAM KE-24

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatal lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Disunatkan mandi dan sembahyang lapan rakaat dengan membaca surah al-Fatihah dan surah apa saja yang mudah baginya. Diriwayatkan dari Nabi s.a.w. bahawa barangsiapa mengerjakan sembahyang ini, maka ianya seperti orang yang berhaji dan berumrah.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-25

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Disunatkan mandi dan sembahyang lapan rakaat dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas sepuluh kali diriwayatkan Nabi s.a.w. bahawa barangsiapa melaksanakan sembahyang ini, maka Allah akan menulis untuknya pahala orang-orang yang beribadah.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-26

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Disunatkan mandi dan sembahyang lapan rakaat dengan membaca surah al-Fatihah dan surah apa saja yang mudah baginya. Diriwayatkan dari Nabi s.a.w. bahawa barangsiapa mengerjakan sembahyang ini, maka akan dibukakan baginya pintu-pintu langit.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.