Tuesday, February 7, 2012

Analisis Tentang Yakjuj dan Makjuj

Dengan eksplorasi inskripsi Yahudi, dapat diperolehi maklumat tentang garis keturunan Yakjuj dan Makjuj. Keturunan Yakjuj dan Makjuj berasal dari garis keturunan Yafits, Yafet atau Japheth bin Nuh, iaitu dalam kitab Kejadian/ Genesis 10:1-2. Begitu juga dalam Inskripsi Laut Mati, terdapat beberapa ayat yang menyebut Magog. (Majuj atau Makjuj) adalah anak daripada Yafet, bin Noah. Bagi mengetahui lebih jauh tentang siapa bangsa Magog ini, perlu dilihat tulisan-tulisan penafsiran Perjanjian Lama serta para sejarawan pada zaman yang lampau.

Bagi memahami apa yang tertulis atau tekstualnya, tentu kita perlu mempelajari juga apa yang pernah terjadi atau kontekstualnya, sejarah yang berlaku pada masa itu. Salah satu Inskripsi Yahudi berupa kitab nabi-bani Bani Israel, khususnya kitab Ezekiel, menyimpan infomasi tentang Gog Magog. Oleh itu, perlu ditelusuri masa kehidupan nabi Ezekiel ( di dalam tradisi Islam disebut Nabi Zulkifli). Berkaitan dengan hal ini, analisis yang digunakan adalah dengan metode Analisis Sinkronik-Diakronik. Analisis Sinkronik adalah bagi mengsinkronisasikan teks-teks Yahudi, kemudiasn dibandingkan dengan Analisis Diakronik, iaitu sejarah yang dilingkupi teks-teks tersebut (sejarah Yahudi dan sejarah Timur Tengah). Dengan analisis itu, baru dapat diketahui dengan jelas rupa sejarah Yakjuj dan Makjuj atau Gog Magog.

Oleh itu, kita perlu telusuri sejarah masa lampau, memasuki lorong-lorong peradaban Mesopotamia dan kawasan Fertile Crescent di Timur Tengah bagi menyingkap kembali sejarah yang terkubur selama berabad-abad lamanya. Hanya dengan menyusuri sejarah, kita mampu membongkar rahsia bangsa barbar Yakjuj dan Makjuj.


Monday, February 6, 2012

Talmud

Inskripsi Yahudi yang lain adalah Talmud. Perkataan “Talmud” ini bermakna pengajaran atau ajaran. Karya- karya yang disebut begitu adalah hasil kerja beberapa penganut mazhab Yahudi. Isinya mengenai kelakuan. Para ahli itu mendakwa mereka memberi kepada Taurat Musa ‘pagar’ supaya ditepati dengan baik. Talmud-talmud itu sebenarnya adalah hasil beberapa angkatan ahli. Oleh kerana tempoh menyiapkannya lama, bahan-bahan itu disampaikan oleh guru secara lisan sahaja lalu dihafalkan oleh murid. Di dalamnya terkandung diskusi-diskusi, keterangan-keterangan, tafsiran serta penerpaan dan contoh yang diberikan oleh ahli-ahli dari zaman dahulu dan terus bertambah banyak. Dapat difahamkan bahan itu umumnya bercorak kasuistri. Ia ditetapkan seperti apa yang boleh dilakukan ataupun tidak boleh dilakukan, perbuatan sah, batal dan sebagainya. Talmud-talmud itu hampir sedikit serupa dengan hadis Islam yang menghuraikan mengenai ilmu fikah. Tetapi kandungannya di dalam Talmud tidak merujuk sumbernya kepada Nabi Musa sebagaimana hadis Islam merujuk semua sumber kandungannya kepada Nabi Muhammad. Di dalamnya terdapat berbagai-bagai pendapat yang pernah dikemukakan oleh ahli tersohor dengan merujuk kepada Kitab Cuci.

Setelah beberapa kali bahan tradisional itu dikumpulkan dan direkodkan, hanya dua edisi akhir terpelihara dan berpengaruh hingga kini. Kedua edisi ini adalah hasil susah payah dua pusat ilmu perundangan Yahudi, satu di Jerusalem di kenali Talmud Yerushalmi ( Talmud Jerusalem), yang lain di Mosopotamia dikenali sebagai Talmud Bavli (Talmud Babilon). Jadi, ada dua Talmud, yang pertama memuatkan tradisi dari Jerusalem, manakala yang kedua dari tradisi daripada Mesopotamua. Anehnya, di dalam tiga buku tulisan Falvius Josephus yang ditulis pada abad pertama Masihi, tidak ada satu pun sebutan tentang Talmud. Ini menguatkan hujah, tradisi penulisan Talmud hanya bermula jauh melepasi zaman pemberontakan itu.

Talmud mengandungi bahgian diskusi para Rabi Yahudi tentang hukum, etika atau perilaku, tradisi dan sejarah Yahudi. Talmud terdiri daripada dua bahgian, ia itu lisan yahudi, khususnya di kalangan mazhab Farisi. Ia menjadi bahan perdebatan sepanjang tahun 70-200 M. oleh kelompok Rabi Yahudi yang disebut “Tanaim”(Tanakh). Tanakh, adalah rabi yang berugas sebagai guru, pembuat hukum dan penghubung dengan kerajaan Rom pada zaman 70-200 M. kumpulan para Tanakh disebut ‘Tanaim’, begitu juga aman mereka disebut zaman Tanaim.

Gemara tidak lain adalah Mishnah yang dihangatkan kembali, disajikan secara lisan dalam bahasa Aramic, ditimbang dalam bahasa Ibrani dan disamarkan sebagai pindan-pindaan terhadap Mishnah.

Ada dua Talmud yang Berjaya dikumpul; Talmud Jerusalem dan Talmud Babilon yang mendapat kedudukan lebih besar. Walau bagaimanapun, ketetapan yang pasti masih diperdebatkan. Contohnya, Talmud Babilon mempunyai empat tarikh yang berbeza yang perlu diputuskan iaitu 400, 500, 600 dan 700 M. ini bermaksud, tidak ada kepastian dan bukti, meskipun tarikh yang diberikan Neusner adalah benar, penyelesaian pada suntingan akhir ini terjadi pada zaman Peradaban Islam di Iraq dengan bantuan sarjana fikah. Hakikatnya, komentar dan penjelasan tentang Minsah ini terus-menerus berlaku dan berlajutan. Ia sebuah projek penulisan Talmud yang terus berjalan, bahkan pada abad 13 M. projek ini masih belum berhenti. Peradaban Islam yang jelas memainkan peranan yang dominan dalam membantu keupayaan Yahudi ini.

Max I Dimon merekodkan kekhuatiran para Rabi Yahudi semasa pergolakan abad 5 hingga 7 Masihi, iaitu masa perang antara Muslim dengan Parsi dan Rom. Pergolakan ini membawa pengaruh kepada hilangnya tradisi lisan Yahudi. Para Rabi Yahudi saat itu mula mengizinkan penulis-penulis bagi merekodkan bahgian-bahgian Mishnah dan Gemara. Usaha-usaha penyusunan ini diletakkan atas para pelajar yang di kenali sebagai Saboraim. Mereka adalah golongan yang cukup faham bahasa Ibrani dan Aramic. Teks hasil kombinasi mereka ini kemudiannya disebut sebagai Talmud. Tugas ini memakan waktu hingga 200 tahun bahkan lebih.

Daripada keterangan ini,jelas penulisan Talmud bermula setelah berlakunya perluasan Empayer Islam sehingga gaya penulisan Talmud diinspirasikan oleh sistem fikah Islam. Ia adalah kekusutan yang jelas dapat dibuktikan. Maksudnya, pencerahan yang dibawa oleh orang Islam mempergaruhi pada pencerahan bangsa Yahudi. Jadi, adalah tidak logik apabila para Orientalism menuduh al-Quran menciplak kitab-kitab sebelumnya.

Daripada cara menyusun kaedah-kaedahnya, juga jelas penyusunan bentuk akhir Talmud oleh Rabi Yahudi diilhamkan oleh metode penyusunan fikah Islam didalam Talmud, ada bab tentang Tohoroth (Bersuci), Nashim (Kewanitaan), Sabbath (Peribadatan Hari Sabtu), Kodashim (Ritual Haiwan Korban), Nazikim (Kehancuran) dan lain-lain. Hanya di dalam penyusunan Talmud, tidak diperkenalkan kaedah-kaedah dalam mengeluarkan sesuatu hukum. Akibatnya, banyak ayat Talmud bertentangan dengan sumber asli, iaitu kitab Taurat dan kitab para nabi Bani Israel. Hal ini pernah dikritik Nabi Isa ribuan tahun yang lampau.

Beberapa bahgian Talmud dalam tradisi lisan memang sudah ada sejak zaman Nabi Isa (jesus). Terdapat banyak kesalahan Rabi Yahudi dalam mengeluarkan kesimpulan hukum-hukum Nabi Musa yang mana hal ini dikritik oleh Nabi Isa pada waktu itu. Misalnya tentang aktivi pada hari Sabtu atau Sabat.

Sunday, February 5, 2012

Macam Mane Rupa Yakjuj dan Makjuj


Yakjuj dan Makjuj makhluk perosak di akhir zaman.



Inikah rupa Yakjuj dan Makjuj?


Apakah spesis Yakjuj dan Makjuj itu? Haiwan ataupun manusia?
makhluk ini di kurung di dalam sebuah gua ghaib hingga sampai waktunya, spesis makhluk ini akan keluar merusakkan dunia.


Saturday, February 4, 2012

Naskah Laut Mati ‘The Dead Sea Scroll'

Ketika Jerusalem di hancurkan oleh tentera Rom, beberapa kumpulan moderat Essenes selamat dan mereka dikatakan berlindung di dalam gua-gua di Qumran. Mereka kemudiannya membentuk komuniti Yahudi di Qumran. Mereka juga mungkin daripada kalangan Yahudi murid-murid Nabi Yahya atau John Pembabtis.

Naskah-naskah Laut Mati adalah kumpulan naskah-naskah agama koleksi kaum Essenes, yang tinggal di Qumran dan berasal dari abad 1SM. Naskah ini mengandungi antara lain salinan-salinan naskah Perjanjian Lama, tafsiran nas-nas Perjanjian Lama dan naskah-naskah komuniti itu sendiri. Gua Qumrah berkait rapat dengan tinggalan Khirbet Qumran yang dihancurkan pada tahun 68 M pada Pemberontakan Yahudi Pertama. Penelitian ahli arkeologi tentang baranag-barang peninggalan yang di dapati di dalam gua secara umum menunjukan Fasa Zaman; contohnya, sepotong linen yang diuji mengunakan carbon-14 menunjukan tarikh antara 167 SM dan 233 M. Peninggalan-peninggalan di tempat itu menyimpul sebuah tarikh yang memungkinkan manuskrip- manuskrip di Qumran ditempatkan pada zaman Pemberontakan Yahudi Pertama ini, 66.70 M.

Rangkaian gua yang kedua, di Wadi Murabba’at memiliki sejarahnya tersendiri. Kisah ini bermula pada musim gugur 1951, ketika orang Badwi menemui empat gua di sebuah kawasan hampir 20 kilometer dari selatan gua Qumran. Penggalian berikutnya mengungkapkan, “Gua-gua itu dihuni beberapa kali sejak tahun 4000 SM hingga zaman Arab.”Beberapa dokimen-dokimen yang ditemui di dalamnya mengidintifikasikan gua-gua itu berfungsi sebagai tempat perlindungan dan pemberontakan sepanjang tempoh Pemberontakan Yahudi Kedua. Petikan-petikan skrol Perjanjian Lama juga ditemui disini. Walaupun tulisannya lebih maju daripada yang ditemukan di Qumran; secara kebetulan, teks di dalam skrol-skrol ini sama dengan teks Masaro (sejenis teks yang pada akhirnya menggantikan seluruh teks yang lain lalu membentuk dasar bagi Perjanjian Lama seperti yang ada sekarang ini). Sarjana Barat bersetuju menetapkan manuskrip-manuskrip ini dapat ditentukan tarikhnya dengan pasti pada zaman Pemberontakan Yahudi Kedua (132-135 M). berkait dengan ketetapan ini, ada beberape pendapat yang masih meragukan ketepatannya.

Daripada petikan Naskah Laut Mati yang berjudul ‘Ratapan untuk Zion’ (4Q179) jelas mengandungi puisi ratapan tentang kehancuran Jerusalem tahun 70 M oleh kerana dosa-dosa Israel sendiri. Dari sini, jelas inskripsi ini serta Naskah Laut Mati lainnya dibuat setelah tahun 70 M.

Dalam kedudukan serba mencengkam ini, Kristian pun berpecah kepada Kristian Pauline yang bermahzab Helenis yang di pelopori Paulus, dan Kristian Yahudi ysng dipelopori saudara Nabi Isa yang bernama Yakobus bin Yusuf. Dalam perkembangannya, Kristian Yahudi (Yudeo Kristian) di kalahkan oleh Kristian Pauline yang hampir dengan penguasaan. Hingga sekitar tahun 300-an Kaisar Rom menjadikan agama Kristian mahzab Pauline menjadi agama rasmi. Dalam latar belakang dunia yang seperti ini, terbentuk kitab Perjanjian baru.


Friday, February 3, 2012

Kenapa Kita Perlu Mengkaji Yakjuj dan Makjuj Melalui Inskripsi Yahudi?

Sejarah Islam melaporkan sebab turunnya ayat-ayat al-Quran tentang Yakjuj dan Makjuj adalah jawapan balas Allah kepada soalan orang Yahudi Madinah tentang Zulqarnain. Orang Yahudi melalui orang kafir Quraisy Makkah menguji bukti kenabian Muhammad dengan soalan tentang Zulqarnain.

Allah pun menjawab pertanyaan Yahudi tentang Zulqarnain sekaligus menceritakan cabaran Zulqarnain mengatasi bangsa Yakjuj dan Makjuj. Kisah ini boleh dirujuk dalam al-Quran surah al-Kahfi ayat 83-98.

Merujuk kepada pertanyaan pendeta-pendeta Yahudi itu, dapat diduga pengetahuan mereka tentang Zulqarnain cukup mendalam. Oleh sebab itu, jejak Yakjuj dan Makjuj perlu diterokai di dalam kitab-kitab Yahudi, adakah di dalamnya dicatatkan kisah Yakjuj dan Makjuj serta Zulqarnain.

Setelah dikaji secara mendalam, ada beberapa perbezaan antara huraian al-Quran menyatukan kisah Yakjuj dan Makjuj dengan episod pemgembaran Zulqarnain. Sementara sumber-sumber Bible hanya menceritakan tentang Yakjuj dan Makjuj atau Gog Magog sahaja tanpa mengaitkan dengan kisah pengembaraan Zulqarnain. Kedua, di dalam Bible tidak mengesahkan secara jelas tentang sifat dan peribadi Zulqarnain. Padahal turunnya al-Quran surah al-Kahfi kepada Nabi Muhammad, menjelaskan sifat perlakuan Zulqarnain. Ia sebagai jawapan kepada pertanyaan orang Yahudi. Logiknya adalah semestinya para pendeta atau Rabi Yahudi cukup kenal tentang sifat peribadi Zulqarnain yang kisahnya terkubur sebelum kelahiran Nabi Isa lagi. Tentu infomasi ini bukan sekadar dari mulut ke mulut, bahkan di rekodkan secara teks di dalam kitab-kitab Bani Israel, sebagaiman disebut di atas. Di dalam Bible, sama ada di dalam Perjanjian Lama (Old Testament) ataupun Baru (New Tastament), tidak di jumpai sedikitpun tentang sifat Zulqarnain. Yang ada di dalm Bible hanya kisah Gog dan Magog.

Peristiwa ini menjadi satu tanda tanya yang besar yang memerlukan jawapan. Pada satu sudut Rabi Yahudi pada zaman Nabi Muhammad adalah orang Yahudi, melalui lidah orang kafir Quraisy, mereka menguji bukti kenabian Muhammad dengan persoalan tentang Zulqarnain, penjelajah dunia yang jarak masanya dengan Nabi Muhammad melangkau ribuan tahun.namun, pada sisi yang lain, sifat Zulqarnain ini tidak disebut secara jelas dalam Old Testament dan New Tastament. Hal ini menimbulkan persoalan, adakah hanya kerana Zulqarnain bukan daripada keturunan Israel, maka ia terus direkodkan dan diabadikan dalam inskripsi-inskripsi Yahudi? Suatu hal pelik yang memerlukan jawapan yang tidak mudah.

Terdapat beberape tujuan dalam eksplorasi inskripsi Yahudi tentang Yakjuj Makjuj iaitu:

1. Mengetahui dan memahami teks-teks Yahudi tentang Yakjuj Makjuj.

2. Mengetahui kronologi sejarah bangsa Yakjuj dan Makjuj. (Siapakah mereka? Di Mana lokasi kediaman mereka? Bilakah mereka keluar menyerang?).

3. Mengetahui hubung kait sejarah antara bangsa Yahudi dengan bangsa Yakjuj dan Makjuj.

4. Menjawab tuduhan Orientalis dan Evangelis yang menuduh kisah Yakjuj Makjuj dalam al-Quran adalah plagiat daripada kitab-kitab Yahudi dan kitab sejarah.

5. Menjawab tuduhan Orientalis, Evangelis (misionaris) dan Zionis yang menuduh Gog dan Magog atau Yakjuj dan Makjuj adalah suatu bangsa dari negara-negara Islam.

Thursday, February 2, 2012

Ini Nama-Nama Nabi Dalam Inskripsi Yahudi

Anak cucu nekwan yang ingin memilih nama bagi bayi mereka atau pun remaja ramaji yang nak tuka nama glamer, hati2 jangan sampai guna nama yang sebutannya dalam inskripsi Yahudi.

Senarai Nama Nabi-Nabi dan Sebutannya Di dalam Inskripsi Yahudi.

1. Adam (Adam)

2. Idris (Enoch)

3. Nuh (Noah)

4. Saleh (Shelah)

5. Ibrahim (Abraham)

6. Lut (Lot)

7. Ismail (Ishmael)

8. Ishak (Isaac)

9. Yaakub (Jacob)

10. Yusuf (Joseph)

11. Aiyub 9Job)

12. Syuaib ( Jethro)

13. Hud (Eber)

14. Musa (Moses)

15. Harun (Aaron)

16. Daud (David)

17. Sulaiman (Solomon)

18. Ilyas (Elijah)

19. Ilyasa’ (Elisha)

20. Yunus (Jonah)

21.Zulkifli (Ezekiel)

22. Zakaria (Zechariah)

23. Yahya (John the Baptist)

24. Isa (Jesus)

25. Muhammad

Mengenali Inskripsi Yahudi

Hingga detik-detik waktu ketika pembaca membaca buku ini, persoalan Yakjuj dan Makjuj masih diselimuti oleh kabus misteri. Kitab-kitab Samawi yang diturunkan dari langit seperti Taurat, Injil dan al-Quran, masing-masing menyebut mengenai Yakjuj dan Makjuj. Al-quran menyebut Yakjuj dan Makjuj adalah bangsa yang membuat kerusakan di atas muka bumi. Dengan tercatatnya nama Yakjuj dan Makjuj di dalam ketiga-tiga kitab Samawi ini, kehadiran Yakjuj dan Makjuj dalam panggung sejarah dilihat begitu menggemparkan dunia.

Banyak buku yang ditulis membahaskan tentang bangsa yang kejam. Ini isu-isu yang sering menjadi persoalan misteri adalah, apakah sepsis Yakjuj dan Makjuj ini? Haiwan atau manusia? Dimana kediaman mereka? Sejak bilakah kali pertama mereka di temui? Negeri-negeri manakah yang pernah diserang oleh Yakjuj dan Makjuj? Benarkah mereka akan keluar lagi bagi merusakkan dunia?.


Wednesday, February 1, 2012

Yakjuj Makjuj Bencana Di Sebalik Gunung.

Bismillahirahmanirahim

Allahummasolli ala saidina Muhammaden wa’ala alihi wasahbihi wasalim.

Segala puji bagi Allah yang memberikan kasih dan sayangnya berupa iman dan Islam kepada kita semua. Selawat serta salam kepada nabi junjungan Muhammad Rasulullah salallah alaihi wasalam.

Tradisi Islam mencatatkan turunnya ayat al-Quran tentang Yakjuj dan Makjuj adalah sebagai jawapan Allah kepada pertanyaan orang Yahudi Madinah tentang Zulqarnain. Orang Yahudi melalui orang kafir Quraisy Makkah bertanya tentang Zulqarnain (pemilik dua tanduk) dalam rangka bagi menguji kenabian Muhammad. Allah pun menjawab pertanyaan tentang Zulqarnain dan sekali gus menjawab kaitan Zulqarnain dengan bangsa Yakjuj dan Makjuj. Kisah tentang hal ini terdapat dalam al-Quran iaitu surah al Kahfi.

Dengan pertanyaan yang diajukan oleh para pendeta Yahudi ini, dapat diduga orang Yahudi cukup arif tentang watak Zulqarnain. Oleh sebab itu, perlulah jejak Yakjuj dan Makjuj diteroka di dalam kitab-kitab Yahudi seperti Bible, The Dead Sea Scroll, Talmud dan buku tulisan Flavius Josephus. Adakah di dalamnya terdapat kisah tentang Yakjuj dan Makjuj serta Zulqarnain.

Setelah dilakukan explorasi terdapat beberapa hal yang membezakan antara al-Quran dan Bible tentang Yakjuj dan Makjuj. Al-Quran menyatukan kisah Yakjuj Makjuj dengan pengembaraan Zulqarnain. Sedangkan sumber-sumber Bible hanya menceritakan tentang Yakjuj dan Makjuj atau Gog Magog sahaja tanpa mengaitkannya dengan Zulqarnain. Bible tidak mengisahkan secara jelas tentang watak Zulqarnain. Padahal turunnya surah al-Kahfi kepada Nabi Muhammad tentang watak Zulqarnain adalah dalam rangka menjawab pertanyaan orang Yahudi. Logiknya, sudah tentu para Rabi Yahudi tahu banyak hal tentang Zulqarnain yang kisahnya terkubur selama berabad-abad. Tentu infomasi ini bukan sekadar di sampaikan dari mulut kemulut, bahkan tercatat di dalam kitab-kitab Yahudi. Kitab atau Inskripsi Yahudi disini adalah sumber-sumber tekstual kitab-kitab Bani Israel, sebagaimana di sebut di atas. Di dalam perjanjian Lama dan Baru tidak dijumpai sedikit pun tentang watak Zulqarnain, yang ada hanya Gog Magog.

Dengan turunnya kisah Zulqarnain dan Yakjuj Makjuj itu, seakan-akan al-Quran menyingkap kembali peristiwa bersejarah yang terkubur selama lebih kurang 900 tahun. Tiba-tiba, nabi yang ummi dari padang gurun dan pergunungan Paran Arab membuka tabir rahsia ini. Hal ini yang membuatkan para pendeta Yahudi pada masa itu terperanjat dan takjub, “Bagaimanakah seorang yang buta huruf mampu menceritakan kisah Zulqarnain dan Gog Magog dalam satu kisah? ” Hal ini tidak dijumpai di dalam kitab-kitab mereka sendiri. Mereka takjub, hairan tetapi pada akhirnya mereka tetap tidak beriman kepada kenabian Muhammad. Semuanya ini bukti betapa al-Quran adalah wahyu dari Allah, bukan karangan Muhammad, bukan pula hasil plagiat sebagaimana yang dituduhkan para Oriantalis dan Evangelis salama ini.