insan... adalah hamba Allah yang hidup diatas muka bumi ini sementara menanti hari kepulangan masing-masing. Dunia ini hanya untuk tempat persinggahan bagi mereka yang mencari jalan pulang... jalan menuju ke akhirat. Perjalan hidup bagi setiap insan yang penuh dengan pacaroba, yang menduga keimanan dan ketaqwaan hambaNya.
Sunday, August 18, 2013
Monday, June 17, 2013
Long Dress atau Gaun Labuh untuk muslimah.
Gaun Labuh yang sesuai untuk para muslimah. Gaun labuh yang direka dari kain jenis Korean Cotton, potong serong.
Monday, June 3, 2013
Majlis Berzanji, Mahaban dan berselawat..
Undangan daripada Puan Umi Salamah untuk majllis pertunangan anak perempuan Puan Umi dan majlis bercukur jambul cucu lelaki Puan Umi, di kediamannya di Wangsa Maju seksyen 4, yang berlansung pada Sabtu lalu 1 Jun 2013.
Sunday, June 2, 2013
Bertemasha di Bora Ombak.
Disini kami bertemu dan bersiratulrahin bersama muslimah2 dari Perkasa, Al-Muttaqim, Gombak, Wangsa Maju Sek. 1, 2, dan 4. Program aktiviti muslimah 2013 yang mengadakan perjumpaa Budi Mu di Kenang di Bora Ombak pada 19 Mei yang lalu.
Nie deorang nyanyi lagu ape yerk? tak ingat laa.
SEROJA, persembahan dari muslimah al muttaqim.
Wah! bukan main enjoy lagi depa ni dengan lagu Pabila Larut Malam.
bergamba kenangan bersama muslimah2 dari Perkasa. Masjid Al Muttaqim dan muslimah dari wangsa maju sek. 1,2,4 dan muslimah dari gombak
Huiiiyoooo... Poco poco laaa beb! boleh tahan makcik2 kita nie..
bila lagi nak realese perasaan kan? tak pe? kita sume serupa...
Hentam saja lah labu... asalkan ko bahagiaa...
Bergambar kenangan bersama ahli jawatan kuasa dan penganjur program Budi Mu Di Kenang.
Terima kasih kepada yang bertungkus lumus bagi menjayakan program ini. memang best! terhibur... lega...
hari2 cikgu main bola....kami? hari2 jaga cucu.. he he he hee...
Saturday, June 1, 2013
Aktiviti Muslimah Bulan Mei 2013
Majlis perkahwinan dan disertai dng majlis berendoi Puan Ruby di Dewan serbaguna Wangsa Maju. Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Ruby dan keluarga kerana sudi menjemput kami kumpulan Muslimah dari Wangsa Maju bagi menyempurnakan majlis tersebut.
Puan Ruby bergambar kenangan bersama Puan Shida.
Persada Santapan raja sehari.
Buaian yang indah untuk cucu sulong Pn Ruby.
Para Muslimah yanag hadir di majlis tersebut.
Alhamdulillah! dah dapat hadiah.. dah dapat makan... huh! dapat tapau laggiiiiiii...
Monday, April 22, 2013
Jom! Memborong di Nekwan Store.
Jualan sempena menyambut Hari Raya tahun ini Nekwan Store memberi potongan harga dengan jumlah belian sebanyak RM300.00 Dan hadiah-hadiah percuma menanti anda.
Nekwan Store menyediakan tukang jahit untuk tempahan hari raya yang akan datang ini.
Baju kurung RM45.00 - RM70.00
Baju Maxi RM45.00 - RM70.00
Langsir biasa RM02.50 skp
Harga tempahan bergantung pada jenis kain dan fesyen.
Tempahan di tutup pada 30June 2013.
Sila hubungi kami 016-3158487 untuk pertanyaan selanjutnya.
Nekwan Store menyediakan tukang jahit untuk tempahan hari raya yang akan datang ini.
Baju kurung RM45.00 - RM70.00
Baju Maxi RM45.00 - RM70.00
Langsir biasa RM02.50 skp
Harga tempahan bergantung pada jenis kain dan fesyen.
Tempahan di tutup pada 30June 2013.
Sila hubungi kami 016-3158487 untuk pertanyaan selanjutnya.
Saturday, March 23, 2013
Nenas Batu Ubat Batu Karang
Nenas Batu yang ditanam dalam pasu dan bertangkai lebih kurang 18 inci dari pangkal pokoknya, buahnya hanya sebesar genggaman bayi yang baru lahir, atau lebih jelas, besar sidiket dari ibu jari kaki manusia.
Khasiatnya, baik untuk orang yang mengidap penyakit Batu Karang, nenas batu ini bila sudah cukup matang baru boleh dipetik dan dibuang jambulnya dan rumbai2nya yang seperti rambutan tu! kemudian rebus sampai lembut tanpa membuang kulitnya dan makanlah serta minum airnya, In Shaa Allah dengan izin-Nya akan beransur pulilh.
Yang ini masih muda lagi, memang keras macam batu.
Yang ni dah cukup matang, dah boleh dipetik, lihat! jambulnya lebih besar dari buah. jambulnya ini boleh ditanam semula. tempoh matangnya mengambil masa beberapa bulan. dan warnanya pun keputihan
Subscribe to:
Posts (Atom)











