Sunday, August 1, 2010

Ditipu dan tertipu

Salam

Dunia sibuk ngan penipuan disana… sini… kalau kita tak tipu orang! Orang tipu kita, camacam penipuan … menipu harta benda orang, menipu dalam perniagaan dan perkongsian perniagaan, menipu dan mempermainkan perasaan orang, menipu dan mungkir janji…dan banyak lagi cara penipuan yang berusur kepentingan dan keuntungan.

Ape ikhtiar ntuk mengelakkan diri kita dari kena tipu? Senang ajeee… jangan ade sifat tamak dalam diri kita dan sifat petingan diri sendiri, selain tu! Jangan mudah percaya dengan mulut yang manis tanpa ade apepe perjanjian yang sah dan bertulis!

Kelemahan orang-orang kita! Cepat percaya ngan janji-janji mulut jeee… zaman ni janji mulut dah tak leh pakai lagii… kena ade aggrement letter yang boleh dibawa ketengah! Tu baru save! Tu pun ade gak yang bersifat belut! Yang pandai keleceh! Maksud nekwan! mengelat la tu… orang cam ni tak penah senang idupnyeee…

Penipuan yang paling banyak! Dalam perniagaan… penipu dari segi timbangan, kualiti barang, harge, lebih-lebih lagii kalau ade promosi! Contohnye…Beli satu percume satu, harge terendah discount #@#% tu sume helah jee! Lagi-lagi yang kerap sangat ade sales, hati-hati jadi pembeli dan penguna, selidik siasat dulu sebelum membeli dan jangan ikut mata, hati dan nafsu! Berfikir sebelum terjebak dalam penipuan.

Menipu perasaan ngan pujuk rayu lelaki asing, yang kini sibuk diperkatakan ngan lelaki lombok dan afrika, nekwan tak salahkan deorang! Sebab deorang ni UMPAMA HELANG yang datang nak menyambar anak ayam peliharaan kita ntuk dijadikan mangsa… jadi! Cammane nak selamatkan diri? Tak kan larat kita nak menghalau helang setiap kali dea datang menyerang? Sanggup ke? Atau mampu ke nak buat gitu? Arrr… kita kena lah kawal dan kurung ntuk keselamatkan anak ayam peliharaan kita, walau dengan ape cara skali pun!

Dengan hal yang demikian, kita berbalik kepada ajaran agama dan sunat Rasulullah s.a.w. ah haaa… ni nekwan nak cakap bab agama lah pulok?! Walaupun ilmu tak setakad mane punnnn… Booleh lah bagi tau sikit-sikit setakat yang nekwan tau… selainye kita serahkan pada pentafsiran dan pertimbangan akal fikiran kita sendiri atau pun merujuk pada yang arif.
Dalam sifat insan… adam dan hawa yang Allah kurniakan dengan penuh kesempurnaan, kecantikkan, kelembutan dan keunikan yang menghairahkan dari hujung pale sampai ke hujung kaki, mata adalah penyuluh yang paling kreatif menilai sesuatu yang di lihat, peranan mata sangat besar…

Bila pandangan mata bertentangan antara adam dan hawa… akan terbit suatu kuasa yang boleh melemahkan atau menakutkan dan mata mampu membaca serta memahami isi hati setiap insan yang berhadapan dengannya, kuasa mata boleh menundukkan sesaorang.. kuasa mata juga boleh menceritakan ape yang terkandung dihati sanubari insan, lebih-lebih lagi dengan niat yang salah, syaitan berkuasa dimata dan di hati jika kurang pegangan…

Maka dengan itu Islam melarang kepada anak adam yang bukan muhrim duduk berduaan dan bertentangan mata atau menatap wajah pasangan yang berhadapan dengan mereka sehingga boleh menimbulkan perasaan keghairahan dan mendorong kearah maksiat! Ape tah lagiiii..kalau pemuda Lombok tu memang datang dengan tujuan yang jahat! Mereka datang ntuk mencari kepentingan dan kesenangan diri sendiri dengan mempergunakan wanita-wanita dan anak gadis kita, kerana mereka tau dimana kelemahan kita.

Kelemahan wanita dan anak gadis kita, adalah kerana kurang mendapat kasih sayang dan perhatian serta kesunyian, pengalaman lampau juga membuat mereka lebih ingin pergi kepada orang asing, sebab orang asing ni ayat deorang power… boleh lentok abissss dan kaum hawa pulak! Bila kena puji… mudah cair cam lilin kena baka… si sang helang pulak bila nengok anak ayam dah lentok liuk! Pe lagi terus bawak serkap, tangkap masuk sangka bawak balik ke Lombok! jadi hamba…

Kalau difikirkan… ape kurang kaum adam di Negara kita ini? Sehingga kaum hawa tertarik dengan orang luar? Jawabnye seperti yang nekwan nyatakan di atas tadi! Telah terpukau dengan kuasa mata yang mana syaitan bertenggek! menggamit iman dan menghairahkan nafsu, kalau si Lombok tu hodoh cam mane pun … Nampak handsome gak! Ade yang tak leh tido malam resah gelisah kalau tak jumpa… tak kuat iman! Lari bawak bungkus! Ahak.. hak… maafkan nekwan… bukan nak kondem! Tapi rasa kecewa dengan ape yang berlaku… sewenang-wenangnye saje kaum hawa Negara kita tertipu dan ditipu.

No comments:

Post a Comment