Saturday, October 30, 2010

Masaalah warga emas

Salam,

Selamat sejahtera kapada semua anak cucu nekwan yang berada dimana saja yang membaca blog nekwan ni! Kita merasa beruntung menjadi rakyat dinegara ini kerana Malaysia jauh dari gempa bumi dan letupan gunung berapi sebagaimana yang terjadi di negara jiran kita di Indonesia.

Nekwan rasa sungguh dukacita akan nasib saudara kita disana dan juga saudara-saudara kita yang berada di lain-lain negara yang menghadapi musibah dan bencana banjir dan juga peperangan serta ribut taufan yang melanda..

Dini nekwan mengambil kesempatan untuk menyedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa koban bincana alam. Al- Fatihah…………. Amin!

Hari ni bukanlah subjek ini yang nekwan nak cakapkan! tapi….arrr.. ade tapi tu! Ha ha ha.. Nekwan hanya nak dapatkan pendapat dari semua gulungan anak cucu nekwan tentang nasib ibu tunggal yang terpinggir dari perhatian anak-anak mereka! Malah tidak lansung dipedulikan… apekah cara ntuk meringankan penderitaan dan kesunyian ibu-ibu tungal ini mentelah lagi yang berusia emas.

Sebagai insan yang bergelar manusia, kita memerlukan penghidupan yang sempurna, tidak kira dari ape jua bentuk penghidupan, yang miskin, yang kaya, raja, yang berhormat dan manusia biasa, semuanye memerlukan kasih sayang, kerana kasih sayang itu makanan rohani, dari kasih sayang lahirnye semangat untuk hidup sempurna, kasih sayang yang dikurniakan oleh Allah yang benar-benar ikhlas, suci dan murni yang tertanam dihati sanubari setiap insan.

Bukan kasih sayang yang lahir dari harta kekayaan, wang ringget, nafsu dan keinginan. Kasih sayang yang berupa penjagaan, belaian, ambil peduli, perhatian dan lebih-lebih lagi tanggung jawabkan yang diberikan.

Hidup warga emas hari ini sering di pinggir, dalam perbualan ia dipandang sepi, dalam perbincangan ia diketepikan, dalam kumpulan ia seperti tidak ujud. Dimanakah letaknye nilai anak muda yang menghormati orang tua? Mentang –mentanglah dah tuaaa, dah tak berseri lagiii, kulit dah keeeedut, bercakap pun dah tak seGah dulu, maka ia tak layak diberi penghormatan?.

Perkara-perkara beginilah membuatkan orang tua yang berusia emas merasa jauh hati dan terpinggir! Dimanakah tempat mereka disisi masyarakat? Kemana mereka harus membawa diri? Adakah orang tua tiada tempat didunia ini? Melainkan menunggu hari matinye saja? Hinggakan anak-anak mereka sendiri pun sudah tak mampu memberi perhatian, apetah lagi ntuk melapangkan masa untuk bersamanye, walaupun seketika. Ade juga anak-anak yang tak mengenang budi yang lansung tiada masa ntuk menghubungi orang tua mereka jauh sekali ntuk menghantar sms…

Ade diantara ibu tunggal dan warga emas ini dilamar oleh lelaki yang sanggup bertanggung jawab dirinye dan menjadikannye pasangan hidup, ade pula anak-anak yang membentak! Tak boleh terima yang ibu mereka dilamar… banyak pulak pikiran pikiran yang negative…

Jika anak-anak tak mampu melapangkan masa dan memberi perhatian sepenuhnye pada ibu bapa mereka yang telah tua! ape salahnya restui lamaran yang bakal diterima oleh ibu mereka.

Masaalah masa depan, ape jua rintangan dan keburukan yang akan dilalui oleh ibu bapa yang bakal mendirikan rumahtangga, itu bukan urusan manusia, kerana jodoh pertemuan, rezeki, ajal dan maut itu urusan Allah, kita tidak behak mengatasi kuasa Allah! Yang masih dalam keraguan lakukan solat istikharah! Mohon petunjuk dariNya. dan berserahlah padaNya. Jika tidak dapat membuat keputusan Jangan menginayai ibu bapa kita, sedang mereka masih ujud dan hidup seperti insan yang lain yang memerlukan kasih sayang, perhatian, penghormatan sebagai orang tua dan berkeinginan.

Disini nekwan ingin berkongsi topik ini dan harap boleh kita bincangkan bersama demi memahami kesulitan dan tekanan perasaan yang di alami bagi mereka yang hidup bersendirian.

Ape pendapat anak cucu nekwan jika saorang ibu tunggal / balu yang berusia melebihi 50tahun keatas, tinggal bersendirian tanpa perhatian penjagaan dan tanggungan anak-anak?

Ape pandangan anak cucu nekwan jika ibu ini dilamar oleh sesaorang yang jauh lebih muda dari usianye sendiri?

Ape fikiran anak cucu nekwan bagi keluarga yang membantah dan tidak menerima kehadiran orang baru dalam hidup ibu bapa mereka?

Nekwan berharap setiap pandangan dan comment yang anak cucu nekwan akan berikan boleh membantu meringankan dan menyelesaikan masaalah yang di hadapi oleh warga ibu tunggal dan warga emas ini. Sama-sama lah kita membantu, selain daripada menyumbang tenaga dan wang ringget, pandangan dan nasihat juga satu amalan kebajikan dan sedekah.

Sekurang-kurangnya berikan comment disalah satu topic diatas ini. untuk di manafaatkan bersama. T. k

Friday, October 29, 2010

Menakluki Puncak Kinabalu

Salam untuk semua anak cucu nekwan.

Hari ni nekwan nak kongsi pengalaman nekwan sewaktu nekwan mendaki gunung kinabalu.
Nekwan pegi kesana atas aktiviti persatuan… persatuan ARDG (Anak Rantau Dipuncak Genting), sekumpulan seramai 19 orang, bergabung dari setiap department, masa tu nekwan keja di Genting, Resort Hotel.

Nekwan buat aktiviti ni untuk sume pekerja yang under stress, pegi released tenssiooonn… maklumlah! Keja hotel ni banyaka tekanan! Macam roti sandwich, tekanan dari bosss tekanan dari pekerja… kekadang cam nak kena hestria pun ade! Sebab tahan marah! Tak heran la zaman ni banyak orang muda kena highblood pressure.

Untuk kebaikkan sumeorang, nekwan pun buat aktiviti panjat gunuunggg.. yang sememangnyee hobby nekwan gak! Bila nekwan cadangkan aktivitini.. banyak pulak yang berminat dan sokong! So, nekan on la program ni! Pilihan nekwan Gunung Kinabalu.

Sebelum ke Gunung Kinabalu.. group nekwan buat latihan setiap hari berjalan kaki dari Kisang, iaitu digerbang kaki bukit jalan nak masuk ke Genting hingga ke port point di Genting Hotel, kami sume turun ngan bas, percuma! Dari bawah sana kami naik bejalan kaki lebih kurang kul 2.30pm sampai ke port point jam 9mlm. Bayangkan…! Orang-orang yang tak penah exercise! kejanyee dok lam aircond jee… sekali gi exercise! Cam nak tanggal tempurung lutut! Arrr… ambik ko! Rasakan… cam mane susah senang tenaga buruh bekerja seharian! Ade yang yang tak larat dah! Cam nak pengsan! Kena tumpangkan deorang ni ngan keta yang lalu lalang kat situ, seb baek ade yang offer nak tumpangkan…

Lepas mengesahan doctor dan dapat cuti pelepasan kami pun berangkat ke lapangan terbang. Program kami selama 8 hari, semua urusan kenderaan dan penginapan di Kota Kinabalu atas urusan nekwan, wah! seronok jugak organize menda-menda gini, rasa cam ade agency sendiri kayak nyaa… he he he..

Siap buat banner dan T.shirt lagiii!!! Lambang gunung Kinabalu LAND BELOW THE WIND. Huh! Seronok giler… Happy like a dog….he he he. Tuka tajuk siket! memula perkataan ni nekwan protes! Tak de ke ayat lain nak guna selain dari dog? Kata teman nekwan yang memula kenalkan ayat ni, hanya anjing saje yang begitu… bila dea happy, dea goyang ekornye ligat! sampai punggung dan kepalanye boleh bertemu… kalah goyang penari dangdut! He he he… maaf ye yang menari dangdut tu! Nekwan bukan menghina sesape tapi menceritakan al kisahnyeee…
Berlepas ngan MAS ke Kota Kinabalu, disana kami disambut oleh tuan punya kenderaan yang bertindak sebagai Tour Guide kami, menginap di hotel Kinabalu, di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu berhampiran ngan pasa Philipine, malamnye kami gi makan seafood dipantai yang berdekatan, wow! memang cantik pandangantepi laut waktu malam, kami makan malam di tepi pantai dipingger kota kinabalu, Best!! Syiok! Makanan nyaa bagus ba! Fresh! Baru dari laut itu!

Lepas makan kami bersiar di pasa Philipine, wow! Banyak mutiara yang cantik! Ade yang hitam.. yang kekuningan… yang putih! Hmmm nekwan pun tak ketinggalan beli gak wat souviner…. Sampai lewat malam baru kami balik kehotel!

Keesokan harinye kami menaiki bas kekaki gunung Kinabalu, tiba di Timpohon Gate disini kami berdaftar dan ntuk aktiviti seterusnya dan overnight di camp. Pagi esoknye lepas breakfast kami mulakan pendakian kami dengan diiringi oleh tour guide dan beberape orang pembantu ntuk membawa barang-barang kami naik ke Laban Rata.

Dalam pendakian kami bertemu dengan Kandis Shelter dan Ubah Shelter, yang jauhnye 1 batu dari camp kami, selepas mendaki 1½ batu kami berehat sebentar di Mempeting Shelter, berehat minum dan makan sediket kekacang kemudian kami meneruskan pendakian.

Sepanjang pendakian kami itu, ramai kenalan dari luar Negara yang datang melakukan aktiviti tyang sama, sempat gak lah nekwan bergamba dan bekenalan ngan deorang tu! Tapi sayangnye.. nekwan tak dapat nak postkan gamba tu kat sini, sebab nekwan tidak menyimpan gamba-gamba tesebut.

Di Layang-Layang Hut kami berhenti lagi kali ni terasa sangat letih, semakin tinggi kami mendaki semakin tak berdaya terasa sangat letih! Mengikut kata TG kami “Ya memang begitu laa… sebab semakin tinggi kita pergi semakin kurang oxigennya… “memang betul kata TG kami tu! semakin tinggi mendaki semakin rendah pokok-pokok yang ade situ. Mungkin sebab tak cukup oxygen! jadi… pokok-pokoknye pun terbantut pembesarannye. Dah macam pokok bongsai jeee.

Lagi satu nekwan nak pesan pada anak cucu nekwan yang perempuan! Kalau ade sesape yang berhajat nak mendaki Gunung Kinabalu tu! Arrr… tolong bawa persiapan peribadi wanita (towel wanita) kalau badan tak kuat! Boleh berlaku pengeluar haid, walaupun sudah berakhir rotine bulanan.

Pendaki yang turut beserta bersama group nekwan kebanyakannye dari Eropah dan korea, ade sepasang suami isteri dari Australia, si suami saorang doctor dan isterinye saorang pencinta alam, boleh dikatakan setiap tahun dea datang mendaki gunung Kinabalu. Dea suka dengan udara suasana dan cuaca di Sabah.

Nekwan difahamkan gunung Kinabalu akan tumbuh hidup setiap tahun setinggi ¾ cm dan berlaku salji pada bulan Disember, turun salji tu tak lah selebat di Eropah! Tapi boleh Nampak laaa di hujung-hujung puncak Kinabalu. Kesahihan gunung tu tumbuh hidup! Adalah dari hasil penelitian saorang kaji selidik dari Eropah! gitu la ceitanyeee…

Sebelum nekwan pegi ke Gunung Kinabalu nekwan telah disarankan oleh penal doctor, supaya tidak menyertai aktiviti ini, sebab nekwan telah dihinggapi hightblood pressure! Dah hamper setahun berdamping dengannye, disebabkan semagat yang mengatal… nekwan insist jugak nak pegi! Kata doctor Chong yang memegang fail peribadi nekwan: kalau u nak pegi jugak u mesti ada cukup stamina, kalau tak de baik jangan pegi! Nanti sape mau tanggung resiko? Haa… tu yang nekwan wat axercise bejalan dari kisang ke puncak genting! Memang sakit lutut! Semput! nafas tak cukup! Mata bepina-pina.. nampak banyak warna pelangi dan berbintang dipandangan nekwan! Nekwan dok tepi jalan… pengang dahi…peluh sejuk menitis, jantung bedengut sampai boleh nampak! Bila, baju yang nekwan pakai tu pun bergerak ikut rytham debaran jantung! Hari ni bila nekwan bayangkan balik! Eiii!! Takut gak! Kalau lah dibuatnyee padam kat situ!?!nayeee je tak pasal-pasal nekwan mati katak! Tu laa… ada bidalan orang tua-tua “ ikut hati mati.. ikut rasa binasa.

Kalau nak kira…mendaki Gunung Kinabalu ni lebih senang! Dari mendaki gunung Tahan dan gunung Ledang, Sebab tracknye dah memang sedia ade, jalan pun tak susah! Tapi … kesukarannye .. kerana kita bertarung dengan haba udara yang semakin menipis, oxygen akan menjadi nipis bila kita berada ditempat yang tertinggi seperti Gunung Kinabalu nih! Bila tak cukup oxygen. Kita akan menjadi lemah dan kurang tenaga ntuk mendaki. Mendaki beberape langkah saja dah behenti rehatkan tenaga… camtu laa sampai keatas di Laban Rata.

Pendakian tu mengambil masa lebih kurang 8 jam bagi nekwan, bagi mereka yang muda-muda tu lebih kurang 6 atau 7 jam dah sampai! Yang paling mengejutkan nekwan! Orang-orang Sabah yang badannye kecil molek dan dah berusia pulak! Boleh bejalan cam lipas kudung! Masa nekwan dalam pendaki sebelum melintasi Villosa Shelter, nekwan nampak seorang wanita yang berusia lingkungan penghujung 40an membawa tong gas yang berisi naik bejalan kaki ke Laban Rata, dea bejalan selamba jeer… cam kita jalan kat psaraya, bila nekwan sampai ke Paka Shelter lebih kurang ½ batu lagi ke Laban Rata… nekwan nampak dea dah turun memikul tong gas yang kosong lak! Tercengang!! Nekwan dibuattnyee, cam tak pecaya… yang turun tu wanita yang naik pikul gas tadi… kata hati nekwan! Uuii!! Dea pakai tenaga ape yerk? Ligat betul! Aku baru sampai kasini dea dah turun!. Begitu lah kuat dan gigihnye orang Sabah nih! Selute laa ngan deorang ni! Rajin dan cekap buat keja.

Sampai keLaban Rata kul 6 lebih dah nak hamper magrib, sampaije dicauter pendaftran nekwan dah nak hamper pengsan! Dah tak boleh bukak mata, bila bukak mata nekwan nampak tempat ru berpusing cam dok dalam kapal angkasa! Teman nekwan bawakan nekwan milo panas dan gosok minyak angin! Nekwan pulak memang tak suka bau minyak angin! Boleh membuatkan nekwan loya dan mutah! Sekejap jee.. pas tu nekwan dah ranggi semula.

Malam lepas makan malam group nekwan dok besantai di dewan tamu, disini nekwan berbual ngan pasangan suami isteri dari Australia, yang nekwan kata tadi, pasangan ni peramah dan suaminye amat prihati dan mengambil berat tentang nekwan, suaminye memeberi rawatan pada nekwan semasa nekwan nak hamper pengsan tadi, dea memereksa tekanan darah nekwan, dea menasihatkan nekwan supaya tidak mengikut kumpulan naik kepuncak esok! Aduh! Nekwan sedeh sebab dah sampai kesini tak boleh pulak nak ikut naik kepuncak Kinabalu, atas sebab kesihatan nekwan. Nekwan Tanya: if I still follow them.. what happen? You will bleeding! Jawab dokto tu. Dea minta nekwan tinggalkan Laban Rata malam tu jugak! Dalam pemereksaanye, nekwan berada dalam keadaan berisiko jika nekwan masih berada diLaban Rata tengahari esok, nekwan mesti turun kekaki Gunung sebelum jam 9 pagi, bila dah tengah hari oxygen dah menjadi nipis, akan menyebabkan tekanan dan berlakunye pendarahan bagi pesakit cam nekwan ni! Bilamana doctor tu buat pemereksaan didapati sukar mencari urat nadi nekwan ntuk menentukan degupan jantung nekwan.

Teramatlah sedehnyeeee…. Jam 2.30am group nekwan sume dah bersedia ntuk mendaki ke puncak Kinabalu, nekwan terpaksa dok dalam hostel tunggu ceita dari teman-teman nekwan. Apabila group nekwan turun dari puncak! Sume mereka datang peluk nekwan dan menangis… mereka menceritakan pengalaman mereka yang tak di sangka-sangka dapat balik kehostel, kata sahabat karib nekwan Halimah: “eiii…. Sab! Ingat kita tak jumpa lagi dah! “Sambil teresak-esak nangih! “Nak naik tu tak de masaalah!, sebab malam kan? Gelap.. tak nampak apepe pun! yang kita nampak! jalan yang kita suluh ngan lampu suluh jee! Tapi bila hari dah terang… nak turun tak de jalan ngko!!! Cam kita dok atas sebiji telooooo… kat mane nak jalan!?... cam mane nak turun! Nampak langit dan kabus jeee… kami dah mula nangisssss… TG bawak kita ikut arahan dea, pegang tali kuat dan jangan telepas dan jalan pelahan-lahan!! jalan atas batu tu licin! jalannye curammm kebawah…..kasut kalau takde bunga memang menggelunsor turun tak betangga koooo… naseb baek aku pakai kasut ni!” Sambil tunjuk kasut yang dea pakai kat nekwan, kasut khas ntuk manjat gunung. “dah la tu! Sejuk nak mampoih! Sampai tangan pun terasa kebas! Pakai sarung tangan poun tak membantuuu…masa tu laa pulak selsema! Tak terasa bila dea meleleh sampai kat mulut! Idung ni ! kalau di jentik pun tak terasa..”

Begitulah kisahnye yang diceritakn oleh sahabat nekwan Halimah. Pukul 7.40am, lepas minum pagi kami sume beredar turun dari puncak gunung ke destanasi program kami yang seterusnye. Sambil turun tu Halimah sambung ceita lagi, “ heeeii .pemandangan diatas sana tu memang cantik! Lebih-lebih lagi dapat tengok matahari terbit waktu pagi! Caaanteeek!! Saaangat cantek! Rugi ko tak dapat naik Sab!.” Hmmm… nekwan benganggggg dan cemburuuuuu….

Ketinggian Gunung Kinabalu 13,455ft atau 4101m, dari paras laut bererti 5 ½ batu bejalan kaki. Gunung yang tertinggi di Asia.

Tuesday, October 26, 2010

Goreng peria dengan udang basah

Peria baik ntuk mengurangkan gula dalam darah, amalkan selalu dalam sayuran maupun minuman.Hmm.... yum.. yummm... sedap! goreng peria belada campur udang basah

senang je masaknyee...
ini resepinye:

3 biji peria di potong dan rendam ngan garam ntuk hilangkan pahitnye.
10 ekor udang basah (udang hidup)
5biji cili masak ( boleh gak campo cili padi kalau suka pedas)
1 labu bawang besar.
sedikit ,inyak ntuk menumis.
garam secukupnye
kisar sume bahan dan panaskan minyak .
bila minyak dah panas masukkan bahan tadi dan goreng hingga naik bau .
masukkan peria dan garam.
kemudian sekali masukkan udang. janagn masak udang terlalu lama, isinya akan menjadi keras, sebaik udang berubah warna dan aggaran 5,6 saat bolehlah di angkat dan disajikan.
selamat mencuba.

Monday, October 25, 2010

Daun Sepuleh

Nni laa daun sepuleh, banyak kegunaannyee... ia diperlukan dalam majlis-majlis tertentu jeee,
majlis perkahwinan, cukur jambul dan pemulihan rumah baru... tapi, la ni orang dah tak pakai lagiii cara cam tu! jadi.. daun i pun tak diperlukan lagi! ade gak anak cucu nekwan yan tak kenal daun sepuleh.

Petua

KETUMBIT

Rasa sakit, gatal, pedih dan radang sebelum ketumbit menjadi. ia berlaku di hujung atau di pangkala mata.

Cara Merawatnya:

Lilit benang hitam di jari manis 3kali lilitan dan disertai dengan selawat keatas Nabi pada setiap lilitan dan ikat mati, jika ketumbit di mata kiri ikat benang hitam di jari manis tangan kiri, jika ketumbit di mata kanan, ikatlah jari tangan kanan , InsyaAllah dengan izin Allah akan sembuh.

TERKEHEL BANTAL

Sakit tengkuk bila memaling kekiri atau kekanan, disebabkan tidur salah bantal.

Cara merawatnya:

Tegakkan atau dirikan bantal dikepala katil dimana tempat anda tidur, lakukan setiap pagi selepas bangun tidur, InsyaAllah sakit akan beransur sembuh, Dengan IzinNya juga.

Friday, October 22, 2010

Teman setia nekwan.

simanja nekwan! nampak tak tulang kaki nye lekok!
akibat jatuh dari tingkat 5 blakang umah nekwan.
Bonie ku sayang penghibur hati nekwan

Lena di buai mimpi...



Bonie ku sayang...

Salam.

Sejak beberape hari ni nekwan diliputi mendung kesedehan…. Teman setia nekwan Bonie telah hilang selama 2 minggu, dah tak balik-balik keumah! Setiap malam nekwan sediakan makanannye didepan muka pintu dan setiap subuh nekwan lihat makanan tak dijamah! Menandakan Bonie tak balik malam tadi! Hati nekwan sayu bila terkenang dan tebayangkan bonie, yang selalunye subuh pagi dah datang mendakap nekwan dengan manjanye siap picit -picit lagiiii..

Dea suka makan ikan pelaling rebus! Kalau newkan dok depan computer dea akan duduk sebelah key board nekwan belunjur belanja nak tarik perhatian nekwan, kekadang menghalang nekwan nak buat keja… malam, kalau nekwan sedang tido, dea datang kebirai katil nekwan dan meletakkan tangannye kepipi nekwan beberape kali hingga nekwan bangun dan bukakan pintu ntuk dea kelua, selagi nekwan tak bangun bukak pintu ntuk dea… dea akan naik kedada nekwan mengiau manja… berape kali air mata nekwan menitis bila teingatkan dea.

Bonie teman setia nekwan yang sangat memahami nekwan! Sedeh! Sayu dan pilu hati nekwan atas kehilangannye. Entah digiget anjing liar? Anjing liar yang sentiasa bekeliaran di malam hari dikawasan tempat tinggal nekwan ni! Ntah dilanggar kereta ke? Puas nekwan cari merata.. tapi tak jumpa…

Bonie dilahirkan pada November 2007, dea dibawak kepada nekwan oleh anak lelaki nekwan ntuk jadi teman… sewaktu usia bonie setahun, bonie jatuh dari tingkat 5 belakang umah nekwan ni, sebab mengejar burung gagak, bila burung gagak tu terbang, dea pun ikut terbang kebawah, mengakibatkan tulang pinggul kaki kirinye patah, hingga disaat kehilangnye bonie bejalan tak lurus, bila usianye 1 taun 8 bulan, bonie jatuh di kaki lima depan umah nekwan dari tingkat lima kebawah, mulutnye pecah dan lelagitnye retak! luka teruk, darah berbueh-bueh kelua dari idung dan mulutnye, nekwan meraong melihat keadaannye yang parah, kesakitan yang ditanggung bonie hingga menyebabkan tekelua najis dan kencing sebab telalu sakitnyeee…

Nekwan bawak dea kedoktor dan dokto berikan suntikan ubat tahan sakit dan penenang. Bonie terbaring tak begerak, nekwan nampak air matanye meleleh… matanye memandang nekwan seakan mengadu atas kesakitan yang di alaminye, masa tu nekwan pun ikut menangis, nekwan dapat rasakan kesakitan yang di tanggung oleh bonie, walaupun dea hanya sekor haiwan yang tidak boleh berkata-kata! Pada nekwan bonie adalah anggota keluarga nekwan juga.

Hamper 3 bulan bonie tak leh makan dan minum! Nekwan suntikkan jus ikan, susu yang becampur madu dan jelly gamat kemulutnye, bonie nak menjilat air pun dea tak mampu… nekwan menjaganye seperti anak nekwan, walaupun bonie dah sembuh tapi, tulang tengkorak kepalenye senget sediket, akibat keretakan lelagitnye.

Sehingga hari ni nekwan masih terpandang-pandang dan terbayang-bayang gelagat bonie yang manja. Pandai tarik perhatian… pandai memahami… pandai begurau dan pandai ngadu gak! Kalau jiran sebelah usir dea dari tido dimuka pintu jiran, dea mengiau panjang seakan-akan nak begaduh! Pas tu! datang ngadu ngan nekwan, kuuuat dea mengiau, muka dan matanye menghala ke pintu jiran yang memarahinye. Ekornya begerak ligat, menunjukkan dea sedang marah! Tapi hari ni! Bonie dah tiada… dea dah tinggal dalam kenangan nekwan.


Tengok! matanye sedang memandang nekwan!

Tuesday, October 19, 2010

Salam,

Selamat pagi anak cucu nekwan sume? Nekwan minta maaf sebab tak dapat post artikal ni pada petang dulu semalam sebagaimana janji nekwan, ganguan teknikal laaa, ntah nape blog ni tak leh bukak lak sampia bepuloh kali cuba pun gagal! Alhamdulillah! Hari ni dah o .k

Arrr… ni nekwan nak ceita pasal bab kematian dan bagaimana ngerinye, bila roh meninggalkan jasad. Bagi yang beriman dan banyak amalan! Mungkin satu nikmat bagi mereka, wallahualam!
Ape yang nekwan tuliskan disini nekwan petik dari Dari kitab Tanbihul Ghafilin Peringatan Bagi Yang Lupa Bab Siksa Kubur dan dasyatnya.

Bismillahi rahman nirahim.

Abul-Lait meriwayatkan dengaln sanadnya dari Albaraa’bin Aazib r.a berkata: kami bersama Nabi s.a.w keluar menghantar jenazah saorang sahabat anshar, maka ketika sampai ke kubur dan belum masuk keliang lahad, Nabi s.a.w duduk dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung di atas kepala kami, sedang Nabi s.a.w mengorek-ngorek dengan dahan ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksa kubur, 2,3 kali diulang lalu bersabda: Sesungguhnya orang mu’min jika meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati) turun padanya Malaikat yang putih – putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kain kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malakulmaut dan duduk dekat dikepalanya dan memanggil. Wahai ruh yang tenanag baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan redhoNya.Nabi s.a.w bersabda: maka keluar ruhnya mengalir bagaikan titisan air darimulut kendi, maka lansung diterima dan lansung dimasukkan kafan dan dibawa keluar semerbak bau bagaikan kasturi yang harum diatas bumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan Malaikat, melainkan ditanya:Ruh siapakah yang harum? Dijawab: Ruh fulan bin fulan, sehingga sampai kelangit dan disana dibukakan pintu langit, dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap langit dihantar oleh Malaikat Muqarrabun dibawa naik kelangit yang atas hingga sampai kelangit yang ketujuh. Maka Allah berfirman: catatlah suratnya di Illiyyin, kemudian kembalikan ia kebumi, sebab daripadanya kami jadikan dan kedalamnya aku kembalikan dan daripadanya pula akan aku keluarkan pada saatnya. Maka kembalilah Ruh kejasad dalam kubur,kemudian datang padanya dua Malaikat untuk menanya: siapakah Tuhanmu, maka jawab: Allah Tuhanku.lalu ditanya: Apakah agamamu? Dijawab: Agamaku Islam. Ditanya: Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutus di tengah-tengah kamu itu? Dijawab: Dia utusdan Allah. Lalu ditanya: Bagaimana kau mengetahui itu.Dijawab: Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya. Maka terdengar suara: Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju syurga supaya ia mendapat bau dan hawa syurga, lalu duluaskan kuburnya sepanjang pandangan mata kemudian datang kepadanya saorang yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata: Terimalah kabar gembira, ini saat yang tlah dijanjikan Allah kepadamu lalu ditanya: siapakah kau? Jawabnya: saya amalmu yang baik, lalu ia berkata: Ya tuhan segerakanlah hari Qiamat supaya segera aku bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku.

Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Abuhurairah r.a berkata: mRasulullah bersabda:

Saorang mu’min jika sakaratimaut didatangi oleh dua Malaikat dengan membawa sutra yang berisi misik (Kasturi) dan tangkai-tangkai bunga, lalu dicabut Ruhnya bagai mengambil rambut didalam adunan tepung sambil dipanggil: Ya ayyatuhannafsul muth ma’innatur ji’i ita robbiki rodhiyatan mardhiyah. ( Hair uh yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan perasaan rela dan di redhoi. Kembalilah kepada rahmat dan keredhohan Allah . Maka jika telah keluar ruhnya lansung ditaruh keatas misik dan bunga-bunga itu dan dilipat dengan sutra lalu dibawa ke illiyin.

Adapun orang kafir jika sakarulmaut didatangi oleh dua Malaikat yang membawa kain bulu didalamnya ada api, maka dicabut ruhnya dengan kekerasan sambioldikatakan padanya: Hai ruhyang jahat keluarlah menuju murka Tuhanmu ketempat rendah hina dan siksaNya. Maka bila telah keluar ruhnya diletak keatas api dan bersuara seperti sesuatu yang mendidih kemudian dilipat dan dibawa ke sijjin.

Sampai sini dulu, ada waktu nekwan sambung lagi, ok? Insyaallah!

Sunday, October 17, 2010

Kursus semalam...

Salam,

16th October nekwan dan beberape orang teman nekwan berpeluang menghadiri kursus pengurusan jenazah di masjid Syedina Hamzah di Kg. Batu Muda di sini semalam, wah! Ramai gak yang berminat ngan kursus ni! Lebih kurang 500 peserta dari segenap kawasan seluruh Wilayah Persekutuan temasuklah lelaki dan perempuan.

Nekwan nampak ramai gak anak cucu nekwan yang masih remaja turut mengambil bahgian dalam kursus ni! Alhamdulillah, lebih ramai lagi anak muda seperti ini yang mau melibatkan diri dalam urusan keagamaan, akan lebih aman lagi dunia ni dari perkara-perkara yang terlarang oleh agama. Nekwan bangga dengan mereka yang mempunyai rasa tanggung jawab pada masyarakat sekeliling dan keluarga.

Ceramah yang diberikan amat mudah dan senang difahami, penceramah pun pandai menarik perhatian peserta ntuk mendengar ceramah yang disampaikan, sebagaimana yang dikatakan oleh penceramah. Mengambil tugas sebagai pengurus jenazah, mestinya saorang yang sabar dan amanah! Amanah dalam penyimpan rahsia keburukkan dan kekurangan simati, dalam masa pengurusan memandikan jenazah, urusan memandikannye dengan berlemah lembut dan bersopan dan tidak mengasari jenazah. Banyak lagi perkara-perkara yang tak dapat nekwan huraikan kat sini.

Cakap pasal kematian. Nekwan tingat…. Bagaimana roh yang kelua dari jasad sewaktu ajal menemui kita! Arrr…nak denga tak? Ni yang nekwan nak ceita! Tapi…. Nekwan nak kelua gi pasa dulu dan siap-siap keja umah dulu yerk? Kalau sume dah siap baru leh dok lame siket depan P.C ni!

Petang nanti nekwan ceita yerk? Bye! Bye! Jumpa lagiiiii assalamualaikuuuummm.
BB

Saturday, October 16, 2010

Kursus Pengurusan Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PERDANA 2010
Anjuran Bersama JAIS dan YAYASAN TAQWA
Bertempat di Masjid Syedina Hamzah Kg. Batu muda, Kuala lumpur

Ustazah Hjh.Siti Razhiyah Bt.Rejab tenaga pengajar pegurusan jenazah.
Peserta dari kawasan Wangsa Maju yang turut menyertai kursus tersebut.
Perserta-peserta dari seluruh kawasan Wilayah Persekutuan, KualaLumpur yang menghadiri kursus tersebut,dan dari semua peringkat usia.

Lebih kurang 500 perserta yang mengambil bahgian dalam kursus pengurusan jenazah yang diadakan di Masjid Syedina Hamzah Kag. Batu Muda K.L

Alhamdulillah! anak cucu nekwan yang muda-muda ni pun turut serta... masih studdy, dan mempunyai semagat dan rasa tanggung jawab untuk mempelajari dan menjalankan fardu kifayah dalam masyarakat hari ini. satu contoh yang patut anak cucu nekwan yang lain ikuti.



Wednesday, October 13, 2010

Kemalangan yang berlaku...

Salam,

Kemalangan yang berlaku baru-baru ni di Seremban N9 sungguh mengerikan, bas dan keita tu hanco remok! ni bukan kemalangan biasa, kalau bukan… ade yang mengganggu perjalan tu! Tentu tak sedasyat ini, kematian berderet skali gus dan keadaan kematian pun amat mengerikan, nekwan terasa sayu bila melihat gamba yang tersiar di youtube dan blog-blog maupun facebook.

Ade yang terhimpet dibawah bas, ade yang hanco bahgian kepala, ade yang putus angota badan, eiiiiiii… Na’uzubillah! ngerinyeee!!. Dalam berita tv, kata bas tu melambung dan menghempap keita yang ade kat situ, cam mane leh melambong? Kalau tak de yang mengacau!? Kalau terjun kejurang? Boleh la kata hilang kawalan! Terbabasss!! Ni! Melambung? Diangkat atau terangkat atau pun ditendang! Baru boleh objek tu melambung! Kalau normal jee, tak akan boleh lambungan! Kalau bas tu nak elakkan sesuatu pun! Tak kan sampai melambong, kalau moto tuuu… mungkinlah leh melambong! Hmmm.. ntah laa! Banyak orang.. banyak ceita yang belainan, ade yang gini, ade yang kata gitu, tak tau la nekwan nak kata! Hanya Allah saja yang tau setiap yang berlaku. Kita Cuma melihat dengan pelbagai anggapan.

Dunia hari ni memang banyak ganguan makhluk halus, syaitan dan iblis ataupun hantu puaka, menda-menda ni kekeliaran di mane-mane jee! dea pun dah jadi sebahgian dari kita yang menghuni kotaraya dan banda! Kalau kita dok lam keita atau tengah mandu … mungkin dea pun sama dok kat kita kot? Mane tauuuu… sebab kita tak nampak dea! Kalau kita nampak dea…. Mau terciret agaknyeee, he he he heee… alamak! Nekwan ni berimegenasi pulak! Ha ha ha..

Ape yang nekwan kata ni memang ade kebenaranye, tengok ajee penempatan mereka dan haiwan-haiwan yang menghuni hutan beluka, sumenye dah terang jadi tempat kediaman manusia… dimane lagi mereka nak pegi? penempatan dan kawasan mereka dah diceroboh! Sebab tu laa mereka merayau-rayau di jalan raya.. tu tempat yang terbaik! Orang tak dudok dan buat rumah di jalan raya… kalau kebetulan dea ade dok kat situ dan kebetulan pulak kenderaan lalu… hamm… tu yang nampak cam macam tu? tentunya pemandu akan mengelak dari melanggar objetif yang dilihat!? Arr.. jadilah kemalangan jalan raya yang di katakana terbabas atau hilang kawalan. Wallahualam!

Disebabkan kemajuan zaman, negara kita belumba-lumba nak buat menara pencakar langit dan mengondolkan bukit bukau… pada hal tu sume hiasan alam dan penyelamat makhluk Allah yang tinggal atas muka bumi ni, kita musnahkan! semata-mata kerana mengejar kemajuan… kepentingan diri sendiri.. dan RM…! Arr.. sape nak jawab tu?!

Kesian pada makhluk-makhluk Allah yang ghaib maupun yang melata… mentang-mentang laa mereka tu tak baya cukai dan tak membebankan kerajaan!. Kita terlepas pandang akan hak-hak asasi mereka… sedangkan mereka pun berhak mendiami muka bumi Allah ini dengan tenteram. Kita ni! yang dilahirkan dengan seribu darjat kemulian, overight hak mereka… mane taknye mereka sergah kita…! Tu baru kemalangan yang kita dapat lihat! Amokan, pembunuhan, dan cam macam lagi laa! Tu sume kerana hasutan syaitan dan iblis! Sekutu-sekutu hantu puaka laa tu… he he..

Eiii! kalau nak ceita… sampai esok pun tak abeh! Yang penting, kalau nak kelua umah tu baca laa doa-doa yang kita tau, lebih-lebih lagi kalau nak memandu tak kisah la jalan jauh ke! Jalan dekat ke! Baca la Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 4 Qul, tu peninding tu? Melindungi kita dari ganguan syaitan dan iblis maupun makhluk-makhluk jahat, dan baca la doa naik kenderaan dan sebagainye, kalau pemandunye bangsa asing, yang naik menumpang tu! baca la ntuk diri sendiri.

Pesan nekwan, walau dalam ape keadaan sekali pun! Jangan kita lupa pada Allah! Segala yang berlaku… adalah disebabkan kerusakkan dari tangan-tangan manusia itu sendiri. Dari itu “Berhati-hati di jalan raya” pesan kementerian kerjaraya, dan “Jangan telalu suka nanti dapat luka” pesan nenek moyang. “Lu pike laa sendiri” pesan Nabil. Arrr… pas tu! Tepok dada tanya selera.

Salaaaam…

Monday, October 11, 2010

Kenangan silam part 3

Pagi cam biasa.. lari 5 kilomete dalamasa 15minet, pas tu minum sarapan pagi, tea O dan sekeping roti canai, pas tu siap-siap nak gi wat aktiviti rock climbing, memanjat batu setinggi 20mete lebih kurang.. panjat ngan keupayaan sendiri dan dipakaikan tali pinggang keselamatan denga kawalan kengkawan yang menjaga dan menarik dari atas, kalau geng-geng kat atas tu lalai menjaga tali pinggang tu! bekecai laa kami ke bumi… alamat arwah laa jawab nyeee… disinilah letaknye tanggungjawab, kerjasama dan pengurusan diantara kami sekumpulan, group nekwan memang berat siket! Partner nekwan yang berbadan besa ni… sume orang pange the monster! dea pun… nyahut pulak tu! dea ni kena panjat naik giliran yang last skali, kalau setakat 3,4 orang yang nak mengawal tali pinggang keselamatnye! Naye punya kes!! Mau mengelonsor kami turun ngan dea dea skali… kalau nak turun pun dea yang teakhir.

Waktu nak turun lagii dasyat! Kalau tak pandai seimbangkan badan .. abeh lutut di sagat batu… seronok gak masa nak turun tu… ade yang terhumban kekiri dan terhumban kekanan… he he he… ade yang tergantung… menjerit mintak tolong… he he he… slalunye pompuan laa…

Lepas rock climbing dan selling kiat gi Giant leader, huhh! Ni lagi satu tangga kayu yang diikat ngan tali jee, jarak setiap satu tangga lebih kurang 3 atau 4 kaki, terkangkang- kangkang nak mendakinye.. terhoyong haying kedepab kebalakang… nak hamper satu jam ntuk melepasi satu anak tangga, bagi tubuh badan yang tinggi agak senang sikeett… activity ni memerlukan pemikiran minda dan keseimbangan badan, tenaga dan kekuatan. Setelah melepasi giant leader tangga bersambung pulak ngan bejalan diatas seutas tali setebal 2 inci sepanjang 50mete dan setinggi 10mete… gayat engko!!.. tali pemenggang kiri dan kanan jaraknya sejauh semete, sampai dipenghujung tali kami meneruskan activity menyeberang sungai dengan melalui jaring-jaring tali yang di ikat pada pokok… arr ni memang susah! Banyak peserta menangis ntuk menjalani activity ni temasuk lelaki, banyak perserta tersangkut di tengah-tengah tali kerana kekurangan tenaga ntuk bergayut dan ade pulak yang tersangkut kaki kedalam jaring tali dan susah nak dilepaskan… begitu gak ngan nekwan .. hamper sedikit lagi ke garisan penamat nekwan dah nak putus asa.. tak betenaga lagi dan sakit tangan di bahgian ketiak… pedeh! melecet! Kaki pun dah hamper-hampe lemah! Nyaris lagi nak terhumban lam sungai! Aduh! Penat sungguh ari tuh! Malam tu kami sume tido awal, sebab terrrlaaalulah penatnye, sampai tak lalu makan. Kami balik ke quates terus bergelimpangan di atas katil masing-masing, tak larat nak becakap! Ade yang tetido sampai tak mandi.

Keesokan harinye, sume berkumpul didewan melakukan activity rengan, mendengar kata-kata semangat dari Course Director dan menyayi… nyanyi lagi-lagu OBS laaa…

Hari terakhir kami buat activity tentera belari atas titi kayu seleba 6 inci, sape jatuh lam air buat semula pas tu menyusup dibawah dawai berduri dengan cepat terus panjat diding simen setinggi 20 kaki. Tengok! group mane yang paling cepat sampai dengan masa yang diberikan. Malamnye, diadekan BBQ ntuk mengakhiri program dan bersurai pada esoknya.

Pagi- pagi lagi kami sume dah bersedia untuk pulang, selapas minum pagi dan penyerahan sijil serta begamba kenangan, lepas tu kami sume naik bas menuju banda sitiawan, kat sini sume orang lepas geram… nak makan makan idaman… masa tu nekwan tengok perangai kita sume… cam baru kelua dari penjara! Ade yang beli makanan sampai tak cukup tangan nak pegang…mulut pulak penuh nagn makanan! Heeiii… buruknye laku??? Cam jakun baru masuk pekan! Hisk!! Tu baru 2minggu… kalau bebulan !?! tak tau lah cam mane? Kami berenti makan di sebuah restoran kami makan sampai mengah! Pas tu dok lam bas tido… sampai lah ke Genting.

Melalui program ini memang banyak yang boleh dipelajari bagi mereka yang memahami alam sekeliling. Setiap satu activity itu penuh dengan pelajaran dan pengetahuan. Program yang menekankan! betape perlunya muafakat, bekerjasama, menghormati, meneliti kelemahan sendiri dan perlunye kumpulan dalam menyempurnakan kerja-kerja sendiri dan misi- misi syarikat.

Hari ni, bila nekwan kenang kembali waktu ituuu… memang nekwan senyum sendiri… tapi bila sedang menghadapi peristiwa tersebut! Sesak nafas… kerana semua yang berlaku dalam keadaan tertekan…Nekwan harap pengalaman nekwan ni boleh dikongsikan bersama ntuk dijadikan perbandingan dan pegajaran, jika ianye berguna…

Inilah kenangan silam nekwan yang tak dapat dilupakan.

Wassalam.

Friday, October 8, 2010

Kenangan Silam Part 2

Berkayak dan Solo Camping

Lepas makan malam, jam 8.00 forum bermula dengan peserta lelaki dulu, macam-macam soal jawab diantara peserta dan pengkritik, wah! seronok nekwan tengok peserta mempertahankan diri dari serangan soalan pengkritik, temasuklah nekwan! He he he….

Bila tiba giliran nekwan disoal! Ha haa.. merah padam muka nekwan dibuatnye, kebanyakkan perserta mempertikaikan kelemahan nekwan yang suka naik angin, panas baran! bising! belete tak berenti… ahaks..haks.. terkedu gak nekwan nak menjawabnyee.. nekwan kena tepis serangan soalan dari deorang tu! kata nekwan: “ kalau saya tak bising kerja tak jalan! Korang buat kerja tak sungguh-sungguh… sambil lewa.. tu yang buat saya naik angin!” Bagi contoh! Kata salah saorang peserta sambil pandang pada instructor.

“Contohnye!?! kenape pelayaran kita gagal kepulau Sembilan? coused u’ll tak bagi kejasama ngan sepenuhnye! Tak mendayong dengan sungguh-sungguh.. kita saling harap mengharap… ko harap aku dayung sekuatnye dan aku pun harap gitu gak pada ko! u’ll expect..! We are the few person to do for u… right!?! And all of u never done your part!! u’ll just play the paddle on top of water surface! Tu pasal I naik angin! ” kata seorang lagi pengkritik pada nekwan: “ no… no…nooo…we don’t like U… coused U are bad tempered!” Jawab nekwan: “ Ya!!!.. I think... in this group... u need the person like me…!” Wah! betegang urat la pulak sekejap, Instructor dan Coure Director dan ade beberape pemerhati yang lain pandang dan dengar sajeee. Lepas habis berforum, Coure Director buat kesimpulan dan bagi keputusan! Rasanye tak yah la nekwan nak terangkan ape keputusannye yerk? Korang pike laa sendiri!

Keesokan harinye kumpulan nekwan gi activity berkayak! Nekwan ni memang jenis takut air! Nak berkayak tu punyalah seksanyee nak naik atas sampan sempit tu… terjongkang jongkit nekwan nak masuk dalam tempat dudoknye.. maklumlaa …lobang tempat dudoknye kecik hanya muat seorang dudok jee.. benda tu ringan… beguling-guling nekwan lam air tu! Ntah bape gallon air dah masuk ke perut nekwan, instructor dah bagi tunjuk aja… kena naik dari hujung dan bukan cara memanjatnye! pasangan kita kena pegang di bahgian ujung dan kita naik cara kangkangkan kaki di ujung lagi satu! Setiap satu kayak tu ade dua tempat dudok … maksudnye dua pendayong ntuk dua orang, ade gak yang ntuk seorang, bagi kami yang baru kenal ngan kayak ni mesti ade dua orang, pasangan nekwan tu saiz besa… macam the monster… kalau dea gerak sikit kayak kami tebalik… sebab tak pandai control pegerakan.. pas tu nak balikkan sampan semula bukan senang! Pasangan nekwan tu berat! Nak moving lambat! Nekwan gak yang tercungap-cungap lam air tu! Bila nak naik kedalam sampan tu bukan main susah lagi… nekwan suh dea pengang ujung sampan bia nekwan naik dulu… kemudian dea lak naik! Kayak tu tejongkit! ngan nekwan skali tejongkit kelangit! sebab dea telalu berat.. kalau dea pulak naik dulu…nekwan aseek tertunggeng lam air… sepanjang berkayak tu kami betelagah tak henti-henti, sebab dea tak nak kongsi idea! dah lah berat tak seimbang! 150kg ngan 52kg, berat sebelah! Pas tu dea ni nak tunjuk terrer nak gi ketengah-tengah laut.. macam lah brani sangat! di tengah-tengah kuala diantara pulau sebatik dan pulau pangkor… di bantai dek ombak besar… hanyut kayak ngan nekwan skali… seb bek boat pengawas sentiasa ade kat situ.. ntuk menjaga keselamat kami sume… nekwan rasa cam dah meninggal!! uiii!!!tooobaaaat rasanye tak nak wat lagi dah! Kenyang nekwan nelan air laut tu…

Lepas tamat activity berkayak esoknye kami gi betapa di utan selama dua hari, (Solo camping) kena dok sensorang.. setiap kemah jaraknye 100 mete. Tak leh becakap-cakap.. anggap kita hidup sendirian lam utan besa tu… dalam activity ni kita di bekalkan 15 batang macis api, 1 litter air minum, 2 mete plastic ntuk alsa tido dan buat kemah, siket beras, biscout, dan 1tin kecik sardine, sebilah pisau lipat, lapu suluh, sebatang lilin dan tali raffia, bekalan ini ntuk dua hari… cari sendiri kayu ntuk buat unggun api, anak sungai atau mata air ntuk mandi dan memasak, pilih tempat sendiri ntuk buat kemah, kawasan dah ditetapkan.

Kami sampai dikawasan yang di tetapkan kul 11pagi, setelah di bagi taklimat dan syarat-syarat, kami sume bersurai ketempat pertapaan masing-masing, servive la sendiri cam ne nak idup… sebelum hari gelap.. nekwan gi cari air dan kayu api atau dahan-dahan dan ranting ntuk wat unggun api… dan dirikan kemah.
Malam petama, memang tak leh tido… kul 5.30pm jee nekwan dah dok lam kemah, kemah beatapkan plastic yang dibena berbentuk hurup C, atap, diding dan lantai.. kiri kanan tak betutup! Nekwan buat kemah tu rendah jeerr, supaya leh tutup depannye skali dan bahgian depannye nekwan buka sikit jee lebih kurang 1kaki… sebab nekwan ni penakut! Kalau ujan! Nasib laa….

Dah masuk kul satu pagi nekwan masih tak leh lelap… tedenga cam macam bunyi… sesekali nekwan nampak Instructor kami melintasi kemah kami.. nak pange .. takut! Kalau dea tak jawab nanti… benda lain lak yang menyahut… arrr… mau tekencing lam selua … kul 2.30am, tedenga bunyi bedesus- desus, nekwan intai dari bawak plastic yang menutupi bahgian depan kemah, tak nampak apepe pun? kejap lagi… denga tapak kaki orang belari… nekwan intai lagi… tak jugak nampak apepe… meremang bulu roma nekwan, mengeletarrrr… nekwan pun baca laa apepe yang tingat! Agaknye kalau ade makhluk yang mendenga bacaan ayat suci nekwan tu… jangan katakan nak takut! Lari pun tidak! bila ari dah mula cerah! nekwan pegi ke anak sungai yang jauhnye lebih kurang 50mete dari kemah nekwan, kat sini ade geng - geng kitorang yang suci muka dan mandi… masa tu takde yang ikut arahan lagi supaya jangan becakap sesame sendiri… sumenye ceita pasal kes malam tadi sume orang denga dan bepengalaman yang sama..
Malam kedua, banyak kemah dah kosong! deorang gi share ngan kengkawan yang laen.. sebab takut nyer hal… dua orang kawan nekwan si Bahren dan Daud.. kemah dea tul betul di tepi kubu cina.. dan ade lak yang kena kacau ngan babi utan… ade beberape kemah jee yang still tinggal sendiri.. temasuk lah nekwan.. ari kedua ni terasa boring betul! Nekwan mula laa becakap sorang.. cakap ngan semut … cakap ngan pokok… ni semata-mata nak ilang kan rasa bosan.. masa ni nekwan tepike…melihat haiwan-haiwan di dalam utan ni, mereka bekerja berkumpulan, seperti semut yang megusung sebutir nasi beramai-ramai ke penempatannye ntuk di makan bersama yang laen…seperti monyet! Bergayut dari satu dahan kedahan yang laen bersama anak kecil yang terdakap didadanye, membawa kemane saje ia pergi dan memberi makan pada anaknye, betape mulia dan bertanggung jawabnye haiwan ini, beburung yang terbang kesana kemari mencari rezeki, riuh berkicau memanggil kengkawannye bila terjumpa buah yang masak ranum ntuk dimakan bersama, semua ini nekwan perhatikan…hanya orang yang berkelapangan dan mempunyai waktu terluang seperti kami yang tinggal bersolo camping di sini yang mampu melihat semua ini. Nekwan pelajari dengan pengajaran yang nekwan dapati dari haiwan-haiwan ini.

Tapi… malam kedua tu memang nekwan kena kacau!. unggun api nekwan yang sedang marak menerangi kawasan kemah nekwan tetiba padam! Tinggal baranye jee.. nekwan ni kalau dah masuk lam kemah ! dah tak klua lagi… jadi, nekwan biakan jee api tu padam.. dalam kul 3.00am, nekwan denga bara api yang teletak hampe ngan kemah nekwan tu di tiup orang… nekwan intai dari dalam kemah! Tak de sesape pun!!... bara api tu kejap terang .. kejap malap… memang ade yang meniupnyee bunyinyee seakan-akan orang yang sedang meniup api di dapo kayu! Nekwan besakan mata ntuk melihat ngan jelas, tapi, tak nampak apepe pun! Nekwan terasa seram dan keras, kejong tak begerak gerak..Tuhan saje laaa yang tau cam mane jantung nekwan bedegup kencang… macam marathon! nekwan pejam mata dan baca… ntah apepe yang nekwan baca…tak brani nak buka mata… takut nampak benda yang tak ingin di lihat…

Subuh pagi hampe jam 7, dah denga bising geng-geng nekwan yang menyanyi dan besiul dan masing-masing menuju anak sungai, walaupun dah dekat kul 7, hari masih gelap! Sebab suasana utan…banyak pepohon yang melindungi langit cerah! Jadi… kalau hari dah cerah pun nampak gelap! Kami sume gi ke anak sungai, cuci muka mandi dan basuh kain atau ambik air ntuk dimasak, masing-masing becerita pengalaman mereka semalam, ade yang nak balik kekemah tak jumpa jalan… arrr … tu bahana cakap lepas laaa.. dok lam utan pun ade syarat! Jangan sampai menggangu makhluk rimba, kita ni datang numpang! Kalau lebih-lebih… nanti!... arrr… tak kenal orang lak!

Pagi pukul 11 lebih, sume bersiap packing dan bekumpul di port 1, dimana kami sampai sebelum masuk ke station kemah masing-masing sebelum ni, keadaan kami sume tak bermaya, letih lesu tak makan dan tak tido… muka pucat dan tak betenaga, bila sampai di port 1 sumenye tedampar bebaringan sementara menugggu yang lain tiba.

Nekwan dok besanda di sebatang pokok sambil menutup muka ngan towel kecil, dalam fikiran nekwan… nape aku datang kesini? Dok di Genting kan elok? Tak payah nak lalui sume ni? Hmm.. ini adalah pengajaran bagi kami sume, yang sombong! Yang hidup tak bemasyarakat dan tidak menghargai jasa dan kebaikan orang laen? Yang mementingkan diri sendiri! Hidup cam kera sumbang! Disini baru nekwan sedar betapa pentingnyee pekerja bawahan kita ntuk menyiapkan kerja kita… dan tentunye kita tak mampu ntuk melakukan seorang diri dan betapa besanye jasa baik yang harus di beri pada orang yang menyempurnakan misi kita sedangkan penghargaan itu menjadi milik kita. Setiap jabatan yang mendapat penghargaan dalam pengurusan yang terbaik adalah bosnye, sedang yang melakukan dan menyempurnakan kerja tu adalah pekerja bawahan kita, dan berape ramai boss-boss yang pandai beterima kasih kepada pekerja bawahan mereke? Jangan kata nak ambil hati pekerja? Untuk mendengar masaalah mereka pun boss tak senang manjang… siket-siket warning latter! Memotivasikannye… kuureeenggg… maklumlah! Boss always right! Tapi… ngadap customers? Tak penah pun pike… Customers Always Right? hah!!... jauhnye nekwan melamun! tersentak nekwan! bila teman nekwan menarik tangan nekwan ntuk ajak pulang.

Jam 2pm kami makan tengahari di kem dan melakukan kerja-kerja rutine, malamnye kami ade jungle night walk, bejalan malam dihutan tanpa lampu, jalan bederet.. jangan terpisah! Alamat hilang … ramai yang jatuh tersungkur… biasa laa! kalau dah biasa jalan di tempat yang rata dan terang! Tetiba jalan lam gelap gellita dan besemak samun… maunyeee tak tunggang langgang! Kami bejalan berantai pegang blakang baju member ntuk memudahkan perjalan kami, kalau satu tersungko! Yang laen ikut sama tegolek-golek lam semak tu! kebanyakkan activity ni sume bekenaan bekerja dalam kumpulan dan perlunye bekerjasama, membuat keputusan berdasarkan perundingan, buka ikut hati atau kuasa yang ade pada kita.kalau kita keja sendiri pun! Ape salahnye minta pandangan dan pendapat orang laen! Bukannye jatuh status atau turun pangkat?

Tunggu sambungan nyeeee………..

Tuesday, October 5, 2010

Kenangan Silam

Salam,

Bila ingatkan pasal makanan yang nekwan cakap ari tu…! Nekwan teringat masa nekwan bekeja dulu, makan la apepun! hentam ajerr.. tolak kayu ngan batu.. yang lain sapu abeh! Tak pulak berpenyakit? Makan banyak tak pulak gemok? Tapi…. Ye laa… masa tu muda laa sikeeeet, waktu tu nekwan pun suka buat out door activitie, gi ngan group pekeja-pekeja nekwan di Genting Highland, gi panjat gunung, berkayak, berkemping di hutan, yang paling nekwan suka menjalani activity OBS (Out Bond School) di Lumut Perak. Arr… ni nekwan nak kongsikan ngan anak cucu nekwan…

Nekwan dan sembilan belas lagi rakan-rakan nekwan di anta oleh Resort World Berhad ke Lumut Perak, selama dua minggu ntuk menjalani latihan bena semangat dengan tujuan untuk memantapkan lagi pengurusan dalam management. Maklum laa.. banyak orang banyak ragam dan banyak macam perangai, ade yang suka keja mengarah jee, tapi tak suka kena arah! Ade yang suka tunjuk pandai, tapi habok pun taraak… dan ade yang suka berwayang kulit… bermuka dua laa tuuu… dan yang paling bahaya skali! Sikap pilih kasih, kalau boss - boss dah berperangai gini! Cam mane pekerja nak buat keja ngan baik! Sengasara laa pekerja bawahan yang menjalankan tugas mereka. Maka berlaku laa turn over, pekerja silih beganti … lum sempat nak latih yang ni .. yang ni dah brenti.. masaalah gini menjejaskan operasi… arr.. disebabkan banyak executive yang suka main ping pong… dan berwayang kulit! Maaakaaa… orang-orang ni dianta ke OBS, temasuk laa nekwan yang selalu naik angin dan hot temper. HOT SUP…!!!

Hari pertama kami sampai, kami di beri taklimat rengkas dan di letakkan dalam group dan melantik ketua group, kumpulan nekwan 10 orang di beri name group GADING dan lagi satu group TAHAN, seronok giler… nampak sekeliling kawasan penuh ngan hutan hijau… huiii! Lapang dada dan minda.

Nekwan di tempatkan rumah Gading! Rumah kosong selari jeee.. tak de bilik yang ade extra bed berderet cam wad hospital dan lima unit kipas bediri, tali ampaian sepanjang-panjang rumah ntuk gantung baju, tak de almari. Sebuah cermin panjang di gantung melintang dan dua bilik mandi. Bag pakaian di letakkan disisi tempat tidur masing-masing, ubat nyamok beli sendiri!
Lepas makan tengahari kami berkumpul di dewan untuk sesi kenalsuai bersama Instructor, Waden dan Course Director, mereka memberikan sepatah dua kata, dan tujuan kami dianta kesini dan sedikit pesanan DOs & DON’T menerangkan program-program ntuk seterusnye.
Hari kedua: Jam 5.00pg suma orang pi bediri kat padang berkawat… pas tu di suruh lari 5 kilo meter dalam masa yang di tetapkan, amboi mak! Nak putus nyawa belari tak berenti… al maklum… dok di puncak bukit Genting tu buka ade exercise cam gini..banyak keja yang pakai otak jee. Tenaga! hmmm… kuuureeengggg… skali buat exercise gini mane tak nyeee nak tersemput! Pas belari… balik ke kem tenang diri pas tu baru deorang bagi minum pagi… masa ni memang nak nangih! Kopi O cair dan tak manis ngan nasi goreng atau mehoon goreng kosong tak bekicap atau becili.. telo rebus sebiji sorang.. banyak yang protes tak nak makan… tapi nak wat cam mane! Kalau tak makan lapa.. ngan sape kita nak komplan! Kat situ yang ade…hanya Instructor ! dea pun makan makanan yang sama gak! Mau tak mau .. telan gak lah! Malam kul 10 malam lampu sume dipadam kan tak leh becakap-cakap.. mesti tido, esok paginye kul 430pg dah bising suh bangun! Eiiii… cam gini yang buat sume orang tension… dah penat waktu siang malam tido nak bangun lewat siket pun tak leh! Arrr… rasakan ko…ha ha ha padan muka aku!
Hari-hari seterusnyee… makanan yang ala kada .. yang boleh makan ntuk mengelakkan dari mati kebuluran.. tepaksa makan, tujuannyee ntuk mengajar erti hidup, dan memahami erti kesusahan.. tak de can nak minum cola, pepsi, oren dan apepe minuman bergas, melaikan kopi O, tea O. kalau ade tea, kopi susu poun seminggu sekali! Tu pun tak macam susu… takde can nak denga radio.. Tv? Jauh sekali, surat kaba? Hmmm.. tak nampak rupa! Basuh baju sendiri, kemas tempat tido sendiri, memang azab bagi orang - orang yang dah biasa idup senang dan manja… ah haa ha.. disini baru ko tau.. langit itu tinggi atau rendah!

Perkara yang menarih bagi nekwan, melayari bahtera ke Pulau Sembilan. Pagi kul 8.00 group nekwan dah bersedia ntuk belayar ke Pulau 9, sume bekalan dah bawa masuk perahu yang seberat 70tan… haaa… bape besa tu? Pendayungnyee jeer sebatang 30kg beratnye, tak pakai jentera .. guna tenaga kami yang 10 orang ni! Bila angin bertiup kuat kami pasa laya.. kalau tak de angin! Arrr.. nangis laa… bukan senang nak mendayung ni! Lebih-lebih lagi kalau tak de kejasama dalam group! Biasa laa… kalau dah penat ade yang ambik kesempatan! Bila turn deorang mendayong… perahu tu tak begerak! Mane nak begerak?! Pedayong tak cecah kedasar air! Deorang penat ! tak guna tenaga sepenuhnyee… mendayong di atas permukaan air! Cam mane perahu nak bergerak? Cam ni buat nekwan naik angin!! Dah kul 1pm masih di tengah laut lagi.. kiri kanan dah tak Nampak pulau.. hanya langit dan laut bertaut! Masa tu laa rasa nak wat pelaboran besar… kalau pelaboran kecil tu lepas gitu jee dalam perahu, budak lelaki dah hilang malu melepas lam perahu tutup ngan topi besa yang deorang pakai… instructor suh dea turun ngan tali dan begayut lam air kalau nak melepas.. ade lak yang takutkan dea… “ kita ni di tengah-tengah kuala lautan mesti ade Jaws kan? Ko turun ngan tali ni … nanti ilang punggung nko? Arrr.. hilang punggung tak pe? Ngan nko ko skali ilang” sampok sorang lagii, tak jadi lah hamba Allah ni nak pakai tali.. dea dah tak leh tahan… terus bentang pepa .. buat business.. dalam keadaan cam tu…kami tak de masa nak tengok… kami dah telalu leteh! Di bawah sinaran matahari yang terik, kulit dah mula rasa terbakar.. dah kul 4pm tak makan, tak minum.. tak de sape complain.. lapa.. masing-masing rasa takut dan bimbang! Masing-masing sibuk tanya.. bila nak sampai ni? Instructor matikan diri lansung tak besuara, hanya memerhatikan gelagat kami sume.. ni lah executive-executive… dah sampai dalam keadaan gini! Masing-masing cam samseng… tek de lagi gentelment… politeness… courtesy… abeh hancusss.. sumenya dah balik keasal, disini lah kita kenal sikap asal sesaorang tu!

Nekwan ni memang kuat belete dari sejak dulu lagi…nekwan memang bising hingga menyebabkan deorang marah ngan nekwan, nekwan pun naik angin gak! Cam mane tak nyeee.. sibuuuuk tanya bila nak sampai! Tapi tangan simpul kat dada! Kalau masing-masing tak nak mendayong cara yang betul! Nak amik kesempatan pada yang betul-betul mendayong! Tentu kita tak kan berjaya sampai bebila! Bayangkan 70tan perahu yang mendayong bebetul dua tiga orang jee, cam mane perahu nak begerak? Kalau sume nye wat bebetul tentu dah sampai ke pulau 9.

Nekwan yang paling bimbang dan takut! Sebab… nekwan ni tak pandai berenang! kalau di landa ombak! Mati katak lah jawabnyee! Kul 9 malam… kami masih disitu, tak begerak seinci pun, nampak beberape perahu nelayan berkeliaran… kami cuba beri isyarat minta bantuan… nampak mereka cam tak peduli jee ngan isyarat yang kami bagi. Dalam hati nekwan terasa cam deorang ni dah tauu activity kami dan deorang pun tak ambik pot lansung! Cam dah biasa belaku agaknyeee.

Jam 11 malam baru nampak boat OBS sampai dan tarik perahu kami ke pulau Sembilan… Ahhhh… lega rasanyee.. masa tu terasa lapa dan dahaga. Banyak betul Instructor kami study kelemahan kami selama 15jam kami berada di atas perahu.

Dari sini nekwan belajar kesedaran.. betapa pentingnye bermuafakat dan kerjasama. Sesuatu kerja tidak akan berjaya jika salah saorang dalam kumpulan yang bersikap penting diri sendiri, disini juga nekwan terfike dalam satu kumpulan mesti ade yang berani bercakap dan tidak mementing penghormatan atau takut ade orang tak suka kalau kita cakap gini….
Hmmmm ni lah OBS?! Tempat ORANG BODOH SAJA kah kah kah…

Sampai ajee kepulau 9 yang gelap gelita tu! Kami mula cari air ntuk mandi dan minum.. kami perasan… pulau ni tak de berpenghuni… tiba lak rasa takut ntuk terus kedalam utan cari air.. Walau cam mane pun kena gi gak! Kalau tak…kebulo la kami malam ni! tetiba jumpa laa kelopak air bentuk cam kolam tapi kecik jee dan tak dalam, air nye jernih tapi penuh ngan anak berudu dan seko anak ular lidi dok relax kat situ , dah kekenyangan kot ? nekwan dan dua tiga orang teman nekwan pun ceduk ait ngan plastic yang kami bawak masuk lam botol… tengah –tengah menceduk ngan ati- ati… kami berempat tedenga bunyi sesuatu kat hutan tu! Bunyi cam satu lembaga besa tengah bejalan kat kami… kami sume bepadangan… muncung nekwan menunjukan bunyi … BERUANG !!! wah! Apelagi kami berempat cabut lari lintang pukang menyasau dan tak tentu arah… redah ajee semak samun dan belukar yang gelap gelita tu! Masa tu tak pike ape pun yang penting selamatkan diri … abeh luka-luka kaki tangan kena duri dan ranting-ranting. Tong plastic isi air pun ntah kemane ilangnye, tak de sape yang berani masuk kehutan ambik air yang jauhnye… kira-kira 10minit pejalanan,

Malam tu kami sume bermalam di tepi pantai, ngan tak mandinyee ..masak nasi guna air laut .. bekalan yang kami bawak pagi tadi abeh basi.. masa ni kami rasa sungguh straggle… ade yang mengalikan air mata. Bagi nekwan ini adalah satu pengalaman hidup yang tak dapat di beli dan dipelajari dimane-mane university.

Jam 2pg kami makan nasi, roti dan sardine mentah minum tea O masin air yang dicampo ngan air laut, sebab bekalan air tak mencukupi.. Disebabkan terlalu letih dan tak berdaya.. tak de sape pun yang nak pasang khemah.. sume dok begelimpangan, terlantar di atas pasir pantai… masa tu… itulah tempat yang paling best skali.. sume lena.. kalau ade pak belang ke! pak panjang ke! dah tentu kami jadi jamuan mereka… aha haa.. kenduri besa lah mereka.

Esoknye kul 9pg kami sume belaya balik ke pulau sebatik.. pelayar kami mudah jee dan cepat sampai.. kami makan tenggahari di kem.. lepas makan .. seperti biasa cuci pinggan sapu lantai dan mop, sapu longkang dan buang sampah, kul 4.30pm kami di beri minum petang, roti dan biscout kering serta kopi susu yang tak macam kopi susu.. lepas minum kami adekan perbincangan di dewan bersama kumpulan kami dan malamnye kami ade forum bersama Instructor dan Course Deirector.

Forum ni bagus! Comment tentang kelemahan dan kekuatan peserta dalam kumpulan.semua orang kena bagi pendapat dan orang yang berkenaan kena protect diri sendiri, sebelum forum bermula.. setiap orang dinasihatkan tentang tujuan beforum.. jika peserta itu tak leh terima kritikan dea boleh tarik diri, forum ni terbuka! bukan nak mencari kelemahan atau dendam. Dari sini kita boleh baiki kelemahan dan kekurangan dirisendiri. Group nekwan sume masuk menyertai forum tu.

Esok nekwan sambung lagi yerk?

Sunday, October 3, 2010

Tanggung jawab...

Salam,

Hari ni nekwan nak cakap pasal keje…
Orang-orang yang bekeje ngan swasta ke! kerajaan ke! Apepe jeer lah! Sibuk betul deorang ni sampaikan hari kelepasan pun deorang ni kena keje! Nekwan tak paham laaa… sama ade deorang ni tak pandai mengatur keja deorang ke? atau masa tu berlalu telalu cepat sampaikan masa 24jam tu tak cukup ntuk sehari! Satu hari kena ade 48 jam! Baru boleh selesai sume keja kot? Ntah lah! Paniang den!!

Tu sume tak kisah lah! Kalau single mingle… deorang tak nak balik umah pun tak pe! Nak bawak tika bantal dok betungku leka pun tak pe! Tak de anak bini atau laki yang nak diberi perhatian, ni yang bini orang…! laki orang…! Tak ingat nak balik sebab nak selesaikan keja yang gajinye tetap sama setiap bulan! Ape Kes??

Boss-boss dan majikan-majikan yang mengaji pekerja-pekerja bawahan mereka? Tepaksa meningal anak isteri dan suami demi mencari rezeki dengan masa yang panjang! Semata-mata nak menyempurnakan kerja-kerja yang diarahkan pada mereka? Nak membantah! takut tak lama bekeje…mau tak mau tepaksa laa pihak keluarga mengalah… tapi ape kesannye pada anak-anak yang sedang membesar? Yang diserahkan dalam jagaan pengasuh… dan bagaimana kasih sayang dan perhatian serta didikan yang diterima oleh anak-anak ini? Yang sepatutnye didapati dari ibu bapanye? Ditinggalkan dalam jagaan pengasuh dengan jangka masa yang panjang, menjadikan anak-anak lebih rapat dan mendapat kasih sayang dari pengasuh! Tak kira lah bentuk kasih sayang yang macam mane? Didikan yang seperti mane? hidup dan pembesaran anak-anak di warnai oleh pengasuh dan penjaga!

Kalau dibandingkan…nilai wang ringget tak dapat di beli dan disamakan dengan cara hidup dan masa depan anak-anak. Dalam hal begini tak dapat di salahkan pada satu pihak saje, ade gak pekeje yang tak tau cam mane nak susun atur keja, organize… banyak cakap dari kerja… becakap menda-menda yang tak berfaedah! Bercampo aduk tugasan dan hal peribadi… terutamanye yang sempat curi masa….wat business lagi! Arrr… ni kalau kita balik pada hukum hakam, memang salah! Mencuri masa syarikat, yang mana sudah diamanahkan pada pekerja. Menda-menda begini orang tak pertikaikan halal haramnye! sebab dah terbiasa… tunggu jee lah soal jawab disana nanti…

Cakap pasal tanggung jawab! Haraplah ibu bapa yang bekeja tu…pandai-pandai lah bagi masa ntuk anak-anak, lebih-lebih lagi yang dah besekolah! Jangan sampai mereka mengikut contoh tingkah laku ibu bapa yang sering kesibukan dan mementingkan kerjaya hingga ntuk melapangkan masa bersama anak-anak mereka, anak-anak membesar dan mengulangi segala perbuatan ibubapa mereka bila ibubapa telah tua nanti.

Ibubapa hari ni sungguh pemurah dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka, tetapi gagal ntuk mendidik dan mendisplinkan anak-anak, ini kerana masa ntuk mencurahkan kasih sayang padan anak-anak terlalu singkat! Banyak masa terluang di tempat kerja.. jadi masa yang sedikit tu di penuhi dengan menberi kasih sayang pada anak-anak yang dah di tinggalkan seharian hingga tidak tergamak menegor dan memarahi anak-anak dengan tujuan pendidikan dan mendisplinkan mereka ditakuti anak-anak akan tersinggung dan jauh hati, anak-anak pula akan bermanja dengan berkelakuan lebih aggressive. Ape saje yang dibuat oleh anak-anak… ibubapa akan turutkan! Sehingga anak-anak bekelakuan melebihi batasan! Ini boleh membuatkan orang lain kurang senang atau ertikata sebenarnye benci! Meluat!

Untuk mendidik dan mendisplinkan anak-anak ianya memerlukan ketegasan dan hubungan berkomunikasi sehala! Bila usia meningkat 5 keatas perlulah ade perbincangan dua hala. Beri mereka peluang ntuk buat keputusan dan keputusan muktamad tetap di pihak ibubapa. Mungkin ramai ibubapa yang kurang setuju atau tak setuju dengan pendapat nekwan! Itu terserah pada pemikiran dan keadaan masing-masing.

Menjadi manusia yang dihormati adalah manusia yang berdisplin! Orang yang berdisplin memang tak ramai kawan… sebab orang tak suka dan tak leh ikut rentak dea…ha haa.. pilihlah yang mane satu idaman kalbu.

Saturday, October 2, 2010




Salam,



Sibuk! Letih! Sana sini umah tebuka, makan tak berenti… tak makan nanti… tuan umah kecik ati! kalau dijamah sikit… ramai lak yang kiri kanan suh tambah! Last!last.. perut aku gak yang meragam! Hmmm.. dah tua-tua ni bukan leh makan tak menentu! Arr .. silap-silap kang… tido hospital jawabnyeee… he he he … biasa laa orang yang umo sebaya cam nekwan ni memang banyak masaalah! Sakit lutut…dah duduk tak leh bangun! sakit urat! Kencing manis! Arrr… ni yang paling bahaya, makanan yang sedap-sedap dan manis tak leh makan! Teliur lah nampaknye… kalau nak dikira rezeki Allah semuanye boleh makan! Yang penting halal, tapi… manusia selalu makan ikut nafsu, selagi tak termengah-mengah tak berenti! Hilang amalan sunat Nabi! Berenti makan sebelum kenyang dan makan sewaktu lapa… cam mane tak bepenyakit! Pas tu salahkan rezeki… pasal makan ni aku jadi gini… gini laa orang kita temasuk lah nekwan sekali.

Lepas raya ni… nampaknyee klinik-klinik kerajaan dan klinik swasta pasti full house! Cam nak check In hotel! Keputusan dokto pun bagus! Sume naik! Gula dalam darah naik! Tahap kolestrol dalam darah naik! Darah tinggi naik! ha ha ha haaa…

Nekwan pun bimbang gak nak mengadap kilinik ni nanti! Tapi… nekwan mengseimbangkan makanan nekwan… kalau hari ni nekwan ambik banyak makanan yang memngandungi gula!~ nekwan buat minuman air peria ngan apple hijau! bland dan ambik jusnyee minum pagi petang.. kalau time raya ni… memang tak leh control… maklum laa gi beraya umah sahabat handai.. hidangan nye bolek dikatakan sama jee, rendang, kuah kacang, kueh lode, nasi impet, cam macam biscout, air… sume nye megandungi gula…

Nekwan amalkan makan buah tunjuk langit. Tiap malam sebelum tidur nekwan makan sebiji, kalau makanan yang nekwan makan siang tadi mengandugi gula yang lebih dari 10 sudu… nekwan makan dua biji kapsul buah tunjuk langit, nekwan hanya berusaha ntuk menstabilkan tahap gula dalam darah, yang lain nyee terserahlah pada Yang Maha Esa, hanya Allah saja yang menetukannya… Kita ni hamba yang lemah! Lemah dalam segala hal… oleh kerana kurang iman. Lemah megawal nafsu.. lemah melawan godaan syaitan yang sentiasa berbisik ntuk melalaikan dan memesongkan kita dari jalan yang benar.

Ini lah kapsul Buah Tunjuk Langit

Satu tube ni 40biji, bagi nekwan kapsul ni amat berkesan.

Friday, October 1, 2010

Resepi Ayam Halia Hokkean


Ayam halia berkicap cara orang hokian.


nak buatnye senang jeee..


Ayam 1/2 ekor potong ikut suka

Halia 200gm dihiris nipis

Serbuk lada hitam 1/2 sudu tea
Serbuk lada sulah 1/2 sudu tea

kicap pekat 3 dudu makan

Garam dan mimyak secukupnye


Panaskan mimyak dan goreng halia hingga kekuningan.

Masukkan ayam yang sudah dipotang bersih, kacau rata hingga separuh masak.

Masukkan sedikit air, serbuk lada dan garam serta kicap.

Masak lah hingga kuah menjadi pekat dan angkat untuk dihidangkan.


Jika suka boleh juga dimasukkan beberape kuntum cendawan kering yang di rendam terlebih dulu sebelum di masak.

Selamat mencuba