Saturday, May 19, 2012

Majlis Kenalsuai Dengan Ahli Baru...

Majlis kenalsuai kumpulan Marhaban bersama ahli jawatan kuasa dan ahli baru, petang tadi di surau seksyen 4, Wangsa Maju.
Selamat datang dan kami mengalu-alukan kedatangan puan2 kedalam kumpulan kami ini, semoga berpanjangan hubungan siratulrahim di antara kita .Amin!

Ahli Jawatan Kuasa kumpulan.
Ahli Jawatan Kuasa Induk
Dari kiri Pn Zaleha Bhg Biro Dakwah, Pn Salasiah Pembantu Pengetua dan Pn Saadiah Pengetua kumpulah. 
Puan Zalina  Hussin Bhg, Biro keraian, yang sedang membincangkan sesuatu...
Duduk ditengah, Pn Saripah bertindak sebagai Setiausaha, Pn Noor Khasanah Bendahari kumpulan.
Ahli-ahli yanag hadir pada hari ini.
Sebahgian dari ahli-ahli kumpulan Marhaban, yang turut serta pada petang tadi. 
Beberapa orang ahli baru yang diraikan kedatangannya...
Selepas majlis, semua ahli dijamu dengan minuman petang.
Hmmm.... menjamu selera dengan khusyuknya...mesti sedapkan??

Setakad ini kumpulan Marhaban Muslimah Al Wardah Wangsa Maju Sek. 4, seramai lima puluh satu ahli. kesemuanya, termasuk dengan ahli jawatan kuasa. Alhamdulillah! bertambah berkembang lagi dan menjalankan aktiviti yang diterima Allah mudah-mudahan, beramal dan berkebajikan demi kerana Allah swt.
Amin! Amin! Amin Ya rabbul 'Alamin. 

Monday, May 7, 2012

Kota Makkah Pesat Membangun....

Kota Mekkah sibuk dengan pembenaan bangunan-bangunan baru dan ada juga yang mengubahsuai bangunan dengan  menambah jumlah bilik hotel-hotel mereka bagi menampung kedatangan jemaah-jemaah di setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun. Jemaah yang datang dari seluruh pelusuk dunia.
Allahu Akbar, betapa Agungnya Maha Suci Tuhan yang mencipta sekelian alam dan sekelian makhlukNya.


Pembenaan sedang beroperasi.


Seluruh jemaah yang melalui jalan ini dilindungi dengan plastik yang berwarna-warni ini
bagi mengelakkan dari terkena habuk dan serpihan-serpihan benaan.


Dikiri jalan ini sebuah bangunan sedang di bena.







10 Tahun yang lampau kawasan ini, hanya kelihatan bukit bukau sahaja dan beberapa buah rumah-rumah kecil yang agak jauh jaraknya. Kini telah dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang tinggi. Begitu pesat Kota Makkah membangun. Akan datang Masjidil Harram akan bertambah luas lagi, bagi menampung kedatangan jemaah yang kian bertambah dari masa kemasa. Alhamdulillah! Sesungguhnya Allah itu Maha Besar lagi Maha Kaya.

Wednesday, May 2, 2012

Umrah bersama jiran dan Keluaga Part 3

Madinah Al Munawarah, Bumi Anbiya yang penuh barkah, Disni hati ku tertinggal... walaupun jasad tubuh  telah pulang ke Malaysia,  tapi hati ini masih disana. Semangatku masih di Baitullah. 


Pemandanagn Masjid Nabawi menjelang Magrib.

    
Berkembang selepas subuh dan menguncup sebelum Magrib.


Pintu masuk bagi jemaah wanita untuk ke Raudhah dan ke Makam Rasululluah s.a.w.


Keunikkan payung di Masjid Nabawi. 
Yang melindungi ribuan jemaah yang bersolat Dzohor dan Asar di bawahnya, dari panas  matahari.  


Bukit Rumah, disini ramai peniaga yang berniaga buah tamar dan bermacam-macam jenis akar kayu, untuk berbagai jenis penyakit. 


Bukit Uhud



Rindu Tanah Harram........ Rindu Makam Rasulullah........
Pada anak cucu nekwan yang sehat dan segar bugar... pergilah berUmrah jika berpeluang...
Kenikmatan dan Roh Beramal disini tidak dapat dirasa nikmatinya semasa kita berada di tanah air sendiri.

Tuesday, May 1, 2012

Umrah bersama jiran dan keluarga part 2



Menara jam besar di hadapan Masjidil Harram



Pintu  masuk Ke Baitul Harram


Bukit Thur


Bukit Rahmah


Pasar Tamar 


Tamar segar dari ladang

Di sebabkan kesihatan yang tak mengizinkan, Nekwan tak dapat naik ke gua Hira' dimana tempat persembunyian Rasulullah s.a.w dari orang-orang kafir.
Jika Siti Khadijah, dalam usianya 50an sanggup sampai ke gua hira' untuk menghantar makanan untuk suaminya Rasulullah s.a.w., mengapa tidak kita... umat yang dikasihinya. Menziarahi tempat sejarah baginda dan bersolat dua rakaat di sana.