Kota Mekkah sibuk dengan pembenaan bangunan-bangunan baru dan ada juga yang mengubahsuai bangunan dengan menambah jumlah bilik hotel-hotel mereka bagi menampung kedatangan jemaah-jemaah di setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun. Jemaah yang datang dari seluruh pelusuk dunia.
Allahu Akbar, betapa Agungnya Maha Suci Tuhan yang mencipta sekelian alam dan sekelian makhlukNya.
Pembenaan sedang beroperasi.
Seluruh jemaah yang melalui jalan ini dilindungi dengan plastik yang berwarna-warni ini
bagi mengelakkan dari terkena habuk dan serpihan-serpihan benaan.
Dikiri jalan ini sebuah bangunan sedang di bena.
10 Tahun yang lampau kawasan ini, hanya kelihatan bukit bukau sahaja dan beberapa buah rumah-rumah kecil yang agak jauh jaraknya. Kini telah dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang tinggi. Begitu pesat Kota Makkah membangun. Akan datang Masjidil Harram akan bertambah luas lagi, bagi menampung kedatangan jemaah yang kian bertambah dari masa kemasa. Alhamdulillah! Sesungguhnya Allah itu Maha Besar lagi Maha Kaya.
rindunyaa nak kesana lagi...
ReplyDelete