Friday, February 4, 2011

Rumusan Ilmu Perubatan kesufian. Kecing Manis, Sengal-Sengal Sendi

Penyakit Sengal-Sengal Sendi
Sakit dan/atau kaku anggota, bengkak pada sendi-sendi dan kadang-kadang demam

Arahan: Hindarkan makanan masam dan berempah. Buat senaman (berjalan) di waktu pagi tetapi hindarkan daripada terdedah pada udara yang sangat sejuk.

Rawatan luar: Sapu dengan minyak ambar atau narwastu.

Formula:

6 sudu tea halia
6 sudu tea ‘caraway seeds’
3 sudu tea lada hitam

Cara menyediakan: campur ketiga-tiga bahan dan kisar menjadi serbuk dan simpan dalam botol.
Dos: ½ sudu tea dengan air, dua kali sehari.


Kencing Manis

Terlalu kerap buang air kecil, terlalu dahaga, kurang selera makan, lemah badan. Tanda-tanda ini menunjukkan, gula dalam darah atau kecing, melebihi had yang sepatutnya, keujutan gula dalam darah maupun kecing, hendaklah di tentukan oleh ujian yang dilakukan oleh doctor.

Arahan: Hindarkan pengambilan manisan dan buah-buahan yang manis. Hindarkan karbohidrat, seperti kentang, beras dan ubi. Dinasihatkan supaya membuat senaman ringan.

Fomula:

8 Sudu biji ‘cumin’ yang ditumbuk halus-halus.
Dos: ½ sudu tea di campur dengan air, minum dua kali sehari.


Buah Delima (rumman)

Buah Delima manis lebih baik dari yang masam. Air buahnya menyembuhkan batuk. semua jenis Delima meredakan debaran jantung (hati).

Saidina Ali berkata bahawa cahaya Allah terletak dalam hati orang yang makan Delima. Dikatakan juga barangsiapa memakan 3 biji buah Delima dalam setahun akan terhindar daripada sakit mata bagi tahun itu. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Delima membersihkan anda daripada syaitan dan daripada ilham-ilham yag jahat swelama 40 hari.”

Pistachio’ (fustaq)

Adalah dikatakan bahawa memakan fustaq ini dengan kuning telor membuatkan hati kuat. Kulitya yang kemerah-merahan itu menghapuskan cirit-birit dan muntah-muntah.


Samb: ke8 Pertemuan Kedua Dengan Seorang Agung (Nabi) dalam Hidup Dajjal.

[CATITAN: ‘Ightalama’ (menghebat). Kata ini digunakan untuk orang yang memiliki syahwat kuat. Demikian pula, kata ini digunakan pada anak remaja (ghulam) ketika muncul syahwatnya yang menggelora]. Kemudian kami berlabuh di pulaumu ini.

Maka kami duduk-uduk dekat perahu, lalu memasuki pulau ini. Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahgian muka dan mana bahgian belakangnya. Kami bertanya:

“Celaka kamu, binatang apa kamu ini?”

“Saya adalah mata-mata.”

“Mata-mata apa?”

“Pergilah kepada orang yang ada di gua ini, kerana ia sangat merindukan berita dari kamu semua.”

Maka kamipun bersegera menjumpaimu. Kami takut pada binatang itu, dan kami tidak tenang, jangan-jangan ia adalah syaitan betina. Orang itu berkata: “Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan?”

[CATITAN: Baisan ialah negeri yang terkenal sejak zaman dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam lama dan merupakan salah satu kota Palestin].

“Tentang apanya yang engkau tanyakan?”

“Aku bertanya kepadamu, apakah kurma berbuah?”

“Ya” “Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah.”

Lalu ia berkata lagi: “Beritahukan kepadaku tentang tasik Tabariyyah!”

“Tentang apanya yang engkau tanyakan?”

“Apakah tasik itu masih berair?”



Bersambong….

Thursday, February 3, 2011

Samb: ke7 Pertemuan Kedua Dengan Seorang Agung (Nabi) dalam Hidup Dajjal.

Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang berbulu lebat, yang mereka tidak dapat membezakan mana bahgian depan dan mana bahgian belakangnya. Mereka berkata:

‘Celaka kamu, apakah kamu ini?’

Binatang itu menjawab: ‘Aku adalah mata-mata.’

Mereka bertanya: ‘Mata-mata apa?’

Ia menjawab: ‘Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.’

Tamim ad-Dari berkata:

‘Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan.’

[CATITAN: Dalam sebuah buku yang diterbitkan di Stickholm, karangan seorang Sweeden, yang berjudul “Bahkan Binatang Memiliki Syaitan” disebut bahawa kelompok kebatinan di Eropah dapat mengeluarkan syaitan dari sebahgian binatang. Zaman lampau telah menyaksikan penjelmaan syaitan dalam rupa binatang aneh, di antaranya dalam bentuk rupa babi besar bersayap atau binatang berkepala tikus dan bertubuh seperti biri-biri serta berekor seperti beruang.

Pengarang itu tidak mengaitkan pemikiran-pemikiran seperti ini dengan orang-orang Arab. Padahal, mereka kaya dengan warisan pemikiran semacan itu. Orang Arab sebelum Islam menyebutkan bahawa ada beberapa lembah yang disebut ‘Lembah Pergi Tak Kembali”, kerana jarang ada orang memasukinya lalu dapat keluar dalam keadaan hidup. Orang yang keluar pun mempersembahkan korban untuk para dewa, patung-patung, sebagai rasa terima kasih atas keselamatannya. Di antara hikayat aneh dari mereka yang kembali dari lembah maut itu adalah adanya gambar-gambar syaitan yang nampak dalam bentuk binatang berbulu lebat, memiliki mata panjang yang menakutkan dan memiliki tubuh seperti biri-biri jantan. Semuanya memiliki ekor aneh yang sulit digambarkan. Di antaranya , ada yang memiliki ekor seperti kera berwajah seperti keldai dan memiliki tiga tanduk seperti kambing hutan, namun juga berbulu lebat. Barangkali, inilah yang menyebabkan Tamim ad-Dari dan kawan-kawannya mengira bahawa binatang mata-mata itu adalah syaitan betina. Padahal, binatang itu diperentah dan diberi berkah kerana ia mendorong, menasihati, dan memperingatkan Dajjal akan murka dan azab Allah.]

Selanjutnya ia berkata:

‘Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi hingga kedua mata kakinya. Kami katakan:

‘Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Ia menjawab: ‘Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?’

Mereka menjawab: ‘Kami adalah manusia dari Arab. Kami belayar perahu lalu dipukul gelombang laut besar,’ dan ombak mempermainkan kami selama sebulan.

Bersambong….

Wednesday, February 2, 2011

Samb: ke 6 Pertemuan Kedua Dengan Seorang Agung (Nabi) dalam Hidup Dajjal.

Fatimah pun pindah kepadanya. Ketika masa ‘iddah-ku berakhir, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah s.a.w.:

“Marilah solat berjemaah!”

Maka aku pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w., pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah s.a.w. duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau berkata: ‘Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya.’ Selanjutnya beliau bersabda ‘Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?’ Mereka menjawab:

“Hanya Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”

Beliau bersabda:

‘Sesungguhnya aku, demi Allah, tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu semua adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. Ia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepadaku bahawa ia mengenderai sebuah perahu bersama tiga puluh orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu.
[CATITAN: Kata aqrub adalah jamak dari qarib (sampan). Boleh juga jamaknya menggunakan kata qawarib, dan inilah yang banyak digunakan. Tetapi yang pertama pun benar. Tamim ad-Dari dan teman-temannya datang ke pulau itu dengan sejumlah perahu yang dibawa dalam kapal, kerana hal itu lebih memudahkan untuk menempuh di laut yang dangkal untuk sampai ke darat. Kisah ini membidas anggapan sebahgian orientalis, yang di antaranya adalah M. Hartman. Mereka mengingkari kemampuan berlayar orang-orang Arab sebelum datangnya Islam dan pada masa awal Islam.


Dr. Anwar’Abdul ‘Alim menguatkan adanya kemampuan berlayar dan mengharungi lautan bagi orang Arab sebelum masuknya Islam, sebagaimana disebutkan dalam bukunya yang sangat bagus al-Milahah wa’Ulum-Bihar ‘inda al-Arab. Ia berkata:

“Jika orang-orang Hijaz dan Najd kurang berpengalaman dalam kelautan, kami melihat bahawa orang-orang Arab selatan adalah orang-orang yang banyak pengalaman dalam seluk-beluk kelautan dan sekitar seribu tahun sebelum mereka. Bahkan mereka mengetahui rahsia angin musim yang diambil oleh orang-orang Yunani. Demikian pula, para pelaut Arab telah menyingkap daerah-daerah tidak dikenali di samudera Hindia hingga Cina. Kita lihat Fa-hian, seorang Cina yang mengun jungi Sailan pada tahun 414 M, mengatakan: “Sesunggunya, rumah-rumah pedangang Arab Saba’ di Sailan dihias dengan perhiasan-perhiasan indah.”

Sebahgian orang menegaskan bahawa para pelaut Arab telah sampai ke Cina pada kira-kira separuh pertama abad ke 5 M.

Freankel berpendapat bahawa orang-orang Arab kuno memperkirakan bahawa negeri mereka dikelilingi lautan dari tiga sisi. Maka mereka harus mengharungi lautan untuk perniagaannya yang memiliki peranan penting bagi mereka.]


Bersambong….

Tuesday, February 1, 2011

Samb: ke5 Pertemuan Kedua Dengan Seorang Agung (Nabi) Dalam Kehidupan Dajjal

Dalam keadaan jiwanya, otot-ototnya yang kaku, batinnya yang lemah dan membisu, binatang itu berkata:

“Wahai Dajjal masa depan, dewa kekufuran dan kejahatan, sekarang engkau berada di zaman penutup para nabi, kekasih Allah, Muhammad s.a.w. Ia telah lahir beberapa hari yang lalu ketika engkau berada ditengah lautan seraya melalaikan ketentuan yang berjalan. Engkau berada di penghujung akhir zaman di bumi. Janji Allah telah datang masanya. Engkau tidak akan terlepas dari rantai yang membelenggumu kecuali setelah wafatnya kekasih Allah, Muhammad s.a.w. yang berpulang kehadirat Yang Maha Tinggi. Tanda telah dekatnya masa keluarmu dari gua adalah hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w. ke tanah suci (Madinah al-Munawarah) setelah orang-orang Arab memeranginya dan mengusir pengikutnya dari Makkah, dan kemenangan atas mereka. Sedangkan tanda keluarmu sebagai orang sombong di dunia adalah terputus pohon kurma Baisan, berkurangannya air di tasik Tabary, keringnya mata air Zughar, dan banyak terjadi gempa bumi dasyat sebelum keluarnya musuhmu yang akan memarahimu.”

Sambil berusaha melepaskan diri dari belenggu, Dajjal berkata kepada binatang itu:

“Bagaimana aku dapat meyakini bahawa perkataanmu itu benar? Mengapa engkau tidak mencabut sihirmu dan menjauhi syaitan-syaitanmu? Sungguh aku ingin keluar untuk memerentah dunia. Dunia ini tidak ada rajanya kecuali aku. Sedangkan engkau berusaha menghalangi hakku? Aku adalah manusia paling tua kerana waktu tidak berpengaruh kepadaku. Seluruh dunia di sekitarku telah berubah, tetapi aku tidak pernah berubah, tidak beruban dan tidak menjadi tua. Jadi, aku adalah anak para dewa.”

Binatang itu ingin menutup dialog dengannya, lalu ia berkata:

“Engkau bersabar atau tidak, janji Allah pasti benar. Engkau dilaknati, diusir dan dilemparkan seperti Iblis terkutuk yang telah diperingatkan kepadamu melalui tulisan-tulisan utusan kepadamu.”

Kemudian binatang itu pergi darinya. Binatang itu senantiasa mendatanginya dengan buah-buahan untuknya tanpa berbicara kepadanya. Ia berusaha membuka pembicaraan, tetapi binatang itu tidak menjawab kecuali dengan pandangan-pandangan keperhatinan kepadanya.

Pada suatu hari, binatang itu melihat seorang lelaki bersama teman-temannya berlabuh dengan perahu kecil di tepi pantai pulau itu. Binatang itu menghampirinya untuk mengingatkan bahawa ada seseorang di gua yang sedang menanti khabar gembira darinya. Laki-laki itu mendekatinya dengan rasa takut. Maka binatang itu berkata:

“Hilangkan rasa takutmu dan orang-orang yang bersamamu. Aku bukan syaitan. Aku di perentahkan oleh Allah ke pulau ini untuk melindungi seseorang yang mempunyai kaitan dengan masa depan dunia. Aku adalah suruhan utusan Allah untuk mengucapkan selamat kepadamu dan berbicara kepadamu mengenai orang itu.”

Orang baru itu tidak lain adalah seorang sahabat Rasulullah .s.a.w. Tamim ad-Dari bersama kawan-kawannya (CATITAN: Tamim ad-Dari adalah seorang sahabat agung yang masuk Islam pada tahun 9 H. sebelumnya, ia alah seorang pendita dan ahli ibadah terkenal dalam agama Kristian di Palestin. Ia wafat pada tahun 40 H. hadis tersebut termasuk keutamaan Tamim ad-Dari, kerana Nabi sallallah ‘alaihi wasalam meriwayatkan kisah ini darinya. Di dalam hadis ini terkandung riwayat dan penerima khabar wahid (hadis yang melalui satu periwayat).

Berikut ini peristiwa mengenai Tamim ad-Dari yang disebutkan dalam Sahih Muslim: Telah menyampaikan kepada kami Ibnu Buraidah dari ‘Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah Hamdan, bahawa ia pernah bertanya kepada Fatimah binti Qais, saudara perempuan adh-Dhahhak bin Qai dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama.’Amir berkata: ”Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rsulullah s.a.w. yang tidak engkau sandarkan kepada sesiap pun selain beliau” Fatimah berkata: “Jika engkau mahu, nescaya aku lakukan.” ‘Amir berkata: “Tentu, sampaikan kepadaku.”

Fatimah berkata:

“Aku menikahi Ibnu al-Mughirah. Ia termasuk pemuda pilihan kaum Quraisy ketika itu. Lalu ia terkena musibah pada permulaan jihad bersama Rasulullah s.a.w. Ketika aku telah menjadi janda. Aku dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah seorang sahabat Rasulullah.s.a.w. Sementara itu, Rasulullah s.a.w. melamarku untuk mawlanya, Usamah bin Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barang siapa mencintaiku, maka hendaklah ia mencintai Usamah. ”Maka Rasulullah s.a.w berbicara kepadaku, aku berkata:
“Urusanku ada di tangan anda. Nikahkan aku kepada siapa saja yang anda suka. ”Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Pindahah kamu ke Ummu Syarik.’ Ummu Syarik adalah perempuan kaya dari kalangan Ansar yang telah banyak memberikan sumbangan di jalan Allah, dan disinggahi banyak tamu. Aku berkata:

“Aku akan melakukannya,” maka beliau bersabda:

“Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang banyak tamunya. Aku tidak suka tudungmu jatuh atau bajumu tersingkap dari kedua betismu, sehingga kaum itu akan melihat auratmu. Tetapi, pindahlah ke putera pakcikmu, ‘Abdullah bin ‘Amr bin Ummi Maktum, seorang lelaki dari Bani Fihr.”

Bersambong…..

Al Masih Dajjal - Cintai dunia

Sunday, January 30, 2011

Samb: ke 4 Pertemuan Kedua Dengan Seorang Agung (Nabi) Dalam Kehidupan Dajjal

Ia mulai menjelajah lautan, tanah-tanah tandus, padang pasir dan daratan. Ia bergaul dengan berbagai kehidupan dan makhluk-makhluk yang hidup. Ia mempelajari berbagai pengalaman tanpa batas.

Tetapi, ia belum melihat kerajaan. Anehnya, ia melakukan banyak kejahatan, menumpahkan darah, mencuri, merampas, merompak seperti lanun dilaut ulung. Tetapi ia tidak memiliki lebih dari kenderaannya.

Dajjal telah tergila-gila dengan pemikiran untuk menguasai dunia. Ia berfikir untuk kembali ke pulaunya yang dulu dilaut Yaman. Ia ingin mengasingkan diri dari segala urusan dunia. Ia berfikir dan merancanakan untuk menguasai seluruh negeri yang pernah dilaluinya. Ia menaiki perahunya beserta para pengikutnya menuju ke Yaman. Di situ ia turun menuju salah seorang pengikutnya. Lalu ia membawa sejumlah besar perhiasan emas di dalam perahu besar yang dikemudikannya sendiri menuju pulau yang ditujunya.

Setelah ia berlabuh dan berjalan menuju gua, tiba-tiba binatang raksasa itu merintangi jalannya. Binatang itu bersama dua puluh orang yang berwajah seperti matahari yang bersinar dan bercahaya, tubuh mereka tinggi melebihi pohon-pohon yang tinggi. Pada tangan mereka yang besar terdapat rantai besi besar berlapis baja pengilat seperti emas yang bukan dari dunia ini. binatang itu juga memanggil ikan yu. Orang yang cacat kedua matanya ini mengigil. Dengan ketakutan, ia berkata:

“Apa ini? Siapa mereka? Bagaimana mereka dapat sampai kesini? Bukankah telah aku katakan bahawa engkau adalah syaitan betina yang mempunyai pelayan?”

Mendengar perkataanya, binatang itu merasa ketakutan lalu berteriak:

“Wahai orang paling bodoh, engkau telah mensia-siakan dua kesempatan, dan tidak tersisa bagimu kecuali janji terakhir.”

Sebelum binatang itu menyelesaikan perkataannya, atau sebelum orang itu bertanya lagi, tiba-tiba dua puluh orang itu menyerangnya. Ia pengsan kerana ketakutan.

Setelah Dajjal siuman, ia mendapati dirinya telah berada di dalam gua, sementara binatang itu ada di depannya. Ketika ia ingin mengerakkan kedua kaki dan tangannya, ia merasa berat sekali. Ia mendengar bunyi loceng ang menakutkan. Sementara itu, cahaya pagi telah menyinari guanya melalui celah-celah diatas, di samping pintunya yang selalu terbuka. Ia mendapati dirinya terikat. Kedua tangan dan kakinya terbelenggu dengan rantai yang sangat panjang agar dapat bergerak, berdiri, duduk dan berjalan atau buang air di belakang yang jauh dari gua itu yang disiapkan sebelumnya dan disiapkan pula telaga di sampingnya. Binatang itu sangat memerhatikan kebersihan dan pengurusan badannya.

Ia diliputi ketakutan yang tidak pernah ia rasakan sebelumnya. Ia mencuba melepaskan ikatan dirinya. Tetapi, bagaimana mungkin ia dapat melakukan itu, sementara belenggu yang mengikat kedua kaki dan tangannya sangat kuat. Hal seperti itu belum pernah ia lihat sebelumnya. Bahkan. Ia tidak pernah mendengarnya di berbagai penjara dinasti para fir’aun atau dari para penguasa lain yang pernah ia lihat. Semua badannya terbelenggu dan hujungnya diikatkan ke dinding gua yang dibuat dari batu.

Kalaupun ia dapat melepaskan rantai itu dari batu maka bagaimana ia dapat melepaskan rantai yang mengikat kedua kaki dan tangannya keadaannya menjadi lebih sukar daripada menemukan burung gagak di atas samudera yang luas.


Bersambong….