Wednesday, July 21, 2010

Amalan Sya'aban

Salam,

Hari ni dah 9 hari kita lalui bulan Sayaban, ini bererti tinggal 21 hari lagi kita akan menjalani ibadah puasa, sukur kehadrat Ilahi hingga hari ni kita diberikan kesihatan yang baik dan dapat bertemu lagi Ramadhan tahun ini, mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan ibadah kita di bulan mulia ini.

Malam ni malam ke 10 bulan Syaaban, esok… lusa malam ke 13, arrrr!... malam ni elok benarlaa kalau kita dapat buat solat sunat Syaaban 2 rekaat! Anak cucu nekwqan yang ingin melakukannyee! Arrr.. ni cara mengerjakannye.

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatal lillahi ta’ala “ Segaja aku sembahyang dua rekaat sunat kerana Allah Ta’ala

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan di lanjutkan dengan surah at-Tin pada setiap rakaatnya, maka ia seperti telah membebas dua ratus hamba keturunan Nabi Ismail disucikan dari dosanya seperti saat ia baru lahir dari rahim ibunya dan Allah s.w.t. akan membebaskannya dari api neraka serta mengakrabkannya dengan Muhammad s.a.w dan Ibrahim a.s.

Arrr…. Solat ni mesti buat jangan tak buat!
Zaman sakrang ni! Kalau nak akrab ngan artis terkenal atau Yb-Yb tau pun menteri-menteri… kan main lagiii lagi-lagi kalau dapat klua tv! Menyelit muka kat celah-celah pun jadi! Cam tu laa! Punyeee laa nak Nampak akrab….erk! ahak hak.. tersasul la pulak! Ahak…hak…

Sepatutnye semalam nekwan kena postkan solat sunat malam ke 9 yang perlu kita lakukkan! Tapi…. Alaaa… nekwan terlupa lah pulak! Maklum laaa dah tua-tua ni banyak system yang dah lumpuh! He he he… jangka hayat puuunn dah pendeeeek… tapi walau cam mane pun nekwan postkan jugak lah kat sini yerk? Kalau nak lebih lengkap… nekwan dah sediakan lama web yang khas ntuk solat-solat sunat, bukak ajee www.sb.myportal.my kat situ leh dapat solat-solat yang di inginkan.

Lafaz niat sama seperti biasa.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah al-Fath sebanyak sepuluh kali pada setiap rakaatnya; maka Allah s.w.t. akan mengharamkan jasatnya dari api neraka dan memberinya untuk setiap ayat yang dibaca, pahala dua belas syahid Badar dan pahala ulama.
Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.

Jangan lupe bebanyak bersedekah! Besedekah tak semestinyee wang ringget dan pada manusia jeee… nekwan suka bagi air kat pokok-pokok dan bagi haiwan makan!!! ini pun sedekah He he he…

No comments:

Post a Comment