Tuesday, September 21, 2010

Ziarahi pusara dan ingatilah mereka.





Ni pemandangan satu hari raya ari tuh! Di taman abadi, tanah perkuburan Cheras, indah! Meriah! Dikunjungi oleh sanak saudara dan disertai dengan bacaan Yassin dan doa dari yang tercinta…
Assalamualaikun Yaa ahli kubuurrrr. Al-Fatihah…





Memandang pusara yang tersusun dan dihiasi batu nisan yang putih membuat hati nekwan sayu bila mengenangkan… satu hari nanti nekwan akan kesini bersemadi.. dan apekah bekalan yang telah disediakan… untuk menempah tiket kesini nanti…





Subhanallah! Allahu akbar! Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa mereka yang terdahulu peliharakan meraka dari azab api nurakaMu Ya Allah! dan tempatkan mereka dalam gulungan orang-orang yang beriman. Amin


Mengingati yang tiada dan menyedekahkan Al-fatihah dan doa serta bacaan Yassin kepada arwah-arwah... amatlah dituntut. semoga anak cucu nekwan dirahmati dan diberkati dari dunia hingga keahkirat, Amin!























Kentang bakar Bosnia

Salam untuk semua,


Haaa… ari ni nekwan nak share satu resepi ntuk ari raya nih!resepi ni nekwan belaja dari teman nekwan Rossa dari Bosnia name nyeee nekwan tak ingat sebab susah nak sebut, nekwan bagi nama sendiri laaa… Kentang bakar Bosnia resepi ni memang dah jadi makanan harian deorang dan resepi ni memang kesukaan keluarga nekwan. Arrrr… cuba lah! .



Bahan-bahan nya:

2 peket daging kisar (lebih kurang 800gm)
3 biji kentang sederhana besarnya potong memanjang
3biji bawang bangla potong dadu
250gm butter
10biji telor
4,5 ulas bawang putih
½ sudu tea serbuk lada sulah
½ sudu tea sebuk lada hitam
1 tangkai daun ketumbar di hiris ( jika suka)
Goreng kentang dan bawang dengan butter berasingan separuh masak.
Tumis bawang putih dengan butter hingga naik bau, masukkan daging, serbuk lada putih dan lada hitam dan sedikit garam.

Sediakan bekas pembakar lapiskan setiap bahan dalam tempat pembakar, lapis pertama daging kemudian atur kentang, lepas tu tabur bawang dan daun ketumbar, akhir sekali tuangkan telor yang sudah dipukul keatasnye, begitulah seterusnye hingga bahan-bahan tadi habis.
Baka dalam suhu 180cc selama 30 minit. Pas tu ready for serve .

Saladnya resepi asal:

Kobis , tomato, cili bangla, timun, batang salary di potong dadu
Gaulkan bersama minyak zaitun, lemon, sedikit garam, serbuk lada dan… arrr… ape name tu? Daun herbal dari perancis… alaaa boleh beli kat giant… ishk! Lupa lak namenyee!
Nampaknya salad ni kurang menarik ntuk keluarga nekwan , jadi… nekwan gantikan dengan salad yang bermayonis.
Salad ni biasa je, kobis keret dan sedikit bawang merah dihiris semuanye dan gaulkan dengan mayonis, senang jeerrr! Sajian ni amat sesuai di hidangkan bersama minuman lemon atau limau nipis dengan tujuan mengurangkan kolestrol.

Saturday, September 18, 2010

Banjir Pakistan Hancurkan Panen

BANJIR BESAR DI KOTA JEDDAH ARAB SAUDI TAHUN 2009

Ade yang bersedeh menyambut lebaran..

Assalamualaikum,

Hari ni hari yang ke11 kita merayakan hariraya Aidilfitri, suasana hariraya masih berbahang! Kita merayakannye dengan penuh kegembiraan, makanan melimpah ruah untuk hidangan hari raya. Kita ebas kesana kemari dan berpakai yang indah serta berkumpul bersama sanak saudara. Alangkah
besarnye kurniaan rahmat Ilahai kepada hambaNya. Yang berada dalam ketenteraman dan keamanan.

Tapi , tidak dinegara-negara yang ditimpa musibah! Seperti di Pakistan. Satu-satunya Negara yang ditimpa bencana yang membuatkan ramai rakyatnye yang menderita dan seksa daripada banjer yang melanda negaranya, yang kini masih memerlukan bantuan dari segi perubatan, pemakanan, pakaian dan perlindungan.

Musnah segala harapan dan pencarian rezeki mereka… ternakan dan pertanian rusak binasa. Inilah ujian Allah pada hambaNya… dan pada yang senang lenang dan yang hidup bebas dari bencana dan mewah mencari rezeki. Tidakkah terfikir oleh kita.. sekiranya perkara itu terjadi di tempat kita? Siapakah yang akan menyumbang pada kita dan bagaimana sumber hidup kita yang akan kita perolehi dan bagaimana untuk kita lalui semua ini?

Jadikan iktibar kepada apa jua yang berlaku disekeliling kita… bencana… kezaliman… pembunuhan … dan macam-macam lagi yang tidak kita sedari … namun berape ramaikah insan yang bergelar manusia diatas muka bumi ini sedar dan insaf akan segala petanda dari musibah yang diturunkan ? Semua ini adalah petunjuk Allah! Supaya manusia sentiasa mengagungkan Allah dan sujud padaNya , bertaubat dan selalu besyukuran atas kurniaan Yang Maha Esa. Bukan mengagungkan dan berebut kuasa , harta, wang ringget hingga berlaku pembunuhan yang kejam…

Allah menguji hambaNya… dalam senang atau susah, dalam sakit atau sehat, tapi ternyata… manusia akan taat dan mengingatiNya bila berada dalam kesakitan dan kesusahan, tapi… lupa bila berada dalam senangan …

Lihat betapa sedehnyeee penduduk-penduduk di Pakistan melalui hari-hari mendatang ….

Wednesday, September 15, 2010

Duti Raya...

Salam,


Wah! Sejak dari satu hari raya hingga kini kanak-kanak sibuk mencari duit raya, kesana kemari … dan ketuk pintu kepintu, nekwan perhatikan satu kumpulan bebudah lebih kurang 10, 15 orang yang berusia diantara 5 hingga ke 13 tahun berjalan dari satu rumah kesatu rumah sambil memberi salam dan nak berhari raya… tapi bila diajak masuk ! mereka tak nak! Katanya: “Kami nak duit raya..”

Tiba di depan rumah nekwan, nekwan ajak masuk deorang kata :

Bebudak “ tak yah lah nekwan! Kami nak beraya jee…

Nekwan “ Eh! Kalau nak beraya kena masuk laa makan ketupat dan kueh !? Minum sume baru lah dikatakan raya! ni nak raya cam mane? "

Salah seorang budak tu jawab: “kami nak duit raya je nekwan!”
Nekwan "Ooooo… gitu kisahnyeee…

Sebelum nekwan bagi duit raya nekwan bersyarah dulu ngan deorang ni! Tentang tujuan dan erti berhariraya… kalau datang dengan tujuan ntuk kutip duit raya jee… tu amalan yang tak sehat duit raya tu pemberian dari hati yang ikhlas dari tuan rumah! Kalau diminta.. tu bukan pemberian yang ikhlas! Adeke korang sume nak jadi pemimta-minta pada musim raya ni? Jika korang nak sesuatu korang kena buat dengan ikhlas… masuk kerumah orang beraya dengan memberi salam… sambut tangan tuan rumah dan ucap selamat hari raya.. pas tu dudok makan … paling kurang jamah sedikit hidangan juadah tuan rumah ntuk mengembirakan hati tuan rumah, jika ade pemberian duit raya dari tuan rumah! Alhamdulillah! Rezeki laa tu… kalau tak de.. jangan meminta-minta, hingga tuan rumah merasa kurang senang ntuk memberikannye tanpa keikhlasan… niiii tak? Bagi salam depan pintu.. tuan rumah pun dah paham.. ulur duit raya… Eiiii!! Nekwan rasa sungguh tak sopan! Macam datang kutip utang jeeerr… lain lah kalau tuan rumah itu sendiri membenarkan…

Dalam musim raya ni memang ramai tetuan rumah yang telah menyediakan pemberian duit raya pada kanak-kanak yang datang, tetapi… kalau dah sampai melampau tuan rumah akan rasa terpaksa… sedangkan tuan rumah sibuk melayan tetamu yang datang… Nekwan rasa, perlakuan begini tidak harus diamalkan,

Bila dah dapat duit! Masa tu gak bukak sampul raya tu dan buang sampulnye depan rumah dan depan rumah jiran tetngga yang lain… kalau dapat seringget dua… siap pulak mengumpat pada si pemberi! “ Alaaaa .. dua hengget ajeerr? Kedekut la orang nih! Arrr… sakit telinga nekwan denga…

Datang beraya di umah nekwan! Nekwan tak bagi duit! Nekwan dah siapkan satu plastic yang berisi makanan seperti jelly, chocolate, walfer kerepek atau kacang. Nekwan bagi duit raya kepada yang benar-benar nak beraya dengan nekwan, tujuan nekwan buat begini semata-mata ingin mengajar mereka erti keikhlasan dan jujur dalam perbuatan.

Mereka yang datang dengan niat ntuk beraya… bila mereka bagi salam, nekwan pun sambut salam dan buka pintu pagar bagi mereka masuk, bebudak ni masuk duk depan kueh dan menjamahnye walauppun setenagh keeping, nekwan siapkan air dan mereka minum sambil berbual sesame mereka , bila mereka nampak ade tamu datang mereka minta diri sambil bersalam dan nekwan sediakan duit raya ntuk deorang ni! Kalau bagi salam, diri kat pintu jeee… nekwan ulurkan 1 paket plastic… dan pesan! Dah makan sampah jangan buang merata tau?! ahaa haa…

Ape yang nekwan lakukan ini semata-mata mau anak cucu nekwan kenal erti budi pekerti dan dan bersopan santun serta menghormati orang lain, bukan ntuk melegkapkan misi sendiri jeer, lagipun … peranan duit ni banyakl bahaya nyee… Jangan tau belaja duit tapi tak tau cana mane nak cari duit… sbb tu laa banyak anak cucu nekwan diluar sana malas bekerja dan sanggup lakukan kerja-kerja yang di larang agama demi memenuhi keperluan hidup diri sendiri dengan cara mudah!.

Sebagaimana yang dicadang kan oleh Fidtri Yahya dalam MHI pagi semalam, supaya duit raya di ganti dengan buku atau minyak wangi dan sebagainya.. nekwan sangat setuju! Kerana duitlah banyak kerusakan berlaku…

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
Dari Nekwan

Disini nekwan memohon jari sepuluh dan memohon ampun atas segala kata-kata yang terukir disepanjang penulisan nekwan dilaman ini dan jika berlaku bicara diluar bahasa, teguran yang menyinggung atau gurauan yang terlampau, nekwan mohon maaf kepada sekelian anak cucu nekwan dan seluruh pembaca yang budiman.
Semoga berpanjangan perhubungan siratulrahim seluruh umat Islam didunia.

Saturday, September 4, 2010

Sedekah.. perbuatan dan niat

Salam,

Mencari malam laitatul Qadar dengan beramal dan beribadah sepenuh hati dengan solat teraweh, membaca Al Quran dan berkiamulai, semoga kita dipertemukan dengan malam Laitul Qadar.

Dah hamper kepenghujung Ramadhan dan dah banyak pulak persiapan nyambut raya yang diatur dan ade jugak yang dah siap, arrr… zakat Fitrah cam mane? Dah baya?
Mak ayah dikampung tu dah anta belanja raya ke? Atuk , Wan, opah dan tok ayah jangan dilupakan! arrr… kecik ati orang tua tu nanti!
Sepanjang bulan Ramadhan ni dah banyak buat sedekah? Sedekah yang paling baik sekali, mulakan ngan ibu bapa kita sendiri dulu, kaum keluarga dan jiran-jiran terdekat yang tak berupaya dan tak berkemampuan.

Nekwan sarankan, kalau nak besedekah ngan ibu bapa, boleh bagi telekung, kain pelekat songkok, baju melayu, sejadah… dan banyak lagi benda-benda yang boleh di bawa beramal oleh mereka, setiap kali mereka beramal dan mengunakan pemberian kita tu? Selagi itu lah anak cucu nekwan mendapat share dari pemberian tu… arrr tu konsider pelaburan la tu?! Kat dunia ni tak Nampak! Disana nanti.. baru tau berapa banyak saham yang di laburkan, bia lah kat dunia ni kita miskin! Dan kaya di akhirat… kaya didunia ni tak kekal nyerrr… di sana jugak akan sungguhnye …

Yang setahu nekwan! Ade ibu bapa yang menerima pemberian berupa wang ringget dari anak-anak mereka, meraka laburkan ke saham akhirat..dengan memberi sedekah dan sumbangan bantuan bagi pihak yang benar-benar memerlukan, seperti bantuan bencana Pakistan dan Palestin.
Bantu sedemikan berupa jihat kita pada perjuangan hidup mereka yang ditimpa bencana dan bencana itu ujian Allah. Meringankan kesengsaraan mereka bererti meringankan kesengasaraan diri sendiri di akhirat nanti. Wallahualam bisawab!

Ade juga diantara anak cucu nekwan ni tak suka memberi sumbangan ke Negara lain! Kononnye.. kita kena bantu orang dalan kampung kita atau negeri kita dulu baru bantu orang lua.. tu betul! Tapi … tengok pada bentuk bantuan yang di perlukan! Kalau jiran kita membela anak yatim dan cukup makan dan tempat perlindungan, dan saudara seagama kita di seberang laut sana berperang dengan maut ntuk meneruskan hidup mereka, arrr… pikekan sendiri yang mane lebih berkepentingan… sanggupkah kita tengok deorang tu mati kebuluran, kesejukan tanpa ubat dan perlindungan.

Ade jugak yang beranggapan negative. Buat ape bagi sumbangan derma!~ menda-menda tu bukannyeer sampai kat deorang puunn! Banyak buaya yang menelannye dulu sebelum sampai ketangan deorang kalau sampai pun… ntah! Kita bagi sumbangan beratus ribu, berjuta-juta… rakyat Malaysia prihatin! Yang sampai seciput jeeerr… cam ne tuh!?

Hm… nekwan takde comment tentang ni! Tapi… setiap niat atas sumbangan yang kita berikan tu! sudah tertulis segala pahalanye oleh Malaikat yang di tugaskan oleh Allah, sama ade banyak mane yang sampai kepihak yang berkenaan… itu urusan Allah, buruk baik setiap perbuatan itu pasti ade balasan dan ganjarannye. Yang penting niat mesti betul! Buat lah sesuatu kebajikan itu kerana Allah. Bukan kerana name dan pandanga serta pujian manusia.
Wallahualam!