Saturday, September 18, 2010

Ade yang bersedeh menyambut lebaran..

Assalamualaikum,

Hari ni hari yang ke11 kita merayakan hariraya Aidilfitri, suasana hariraya masih berbahang! Kita merayakannye dengan penuh kegembiraan, makanan melimpah ruah untuk hidangan hari raya. Kita ebas kesana kemari dan berpakai yang indah serta berkumpul bersama sanak saudara. Alangkah
besarnye kurniaan rahmat Ilahai kepada hambaNya. Yang berada dalam ketenteraman dan keamanan.

Tapi , tidak dinegara-negara yang ditimpa musibah! Seperti di Pakistan. Satu-satunya Negara yang ditimpa bencana yang membuatkan ramai rakyatnye yang menderita dan seksa daripada banjer yang melanda negaranya, yang kini masih memerlukan bantuan dari segi perubatan, pemakanan, pakaian dan perlindungan.

Musnah segala harapan dan pencarian rezeki mereka… ternakan dan pertanian rusak binasa. Inilah ujian Allah pada hambaNya… dan pada yang senang lenang dan yang hidup bebas dari bencana dan mewah mencari rezeki. Tidakkah terfikir oleh kita.. sekiranya perkara itu terjadi di tempat kita? Siapakah yang akan menyumbang pada kita dan bagaimana sumber hidup kita yang akan kita perolehi dan bagaimana untuk kita lalui semua ini?

Jadikan iktibar kepada apa jua yang berlaku disekeliling kita… bencana… kezaliman… pembunuhan … dan macam-macam lagi yang tidak kita sedari … namun berape ramaikah insan yang bergelar manusia diatas muka bumi ini sedar dan insaf akan segala petanda dari musibah yang diturunkan ? Semua ini adalah petunjuk Allah! Supaya manusia sentiasa mengagungkan Allah dan sujud padaNya , bertaubat dan selalu besyukuran atas kurniaan Yang Maha Esa. Bukan mengagungkan dan berebut kuasa , harta, wang ringget hingga berlaku pembunuhan yang kejam…

Allah menguji hambaNya… dalam senang atau susah, dalam sakit atau sehat, tapi ternyata… manusia akan taat dan mengingatiNya bila berada dalam kesakitan dan kesusahan, tapi… lupa bila berada dalam senangan …

Lihat betapa sedehnyeee penduduk-penduduk di Pakistan melalui hari-hari mendatang ….

No comments:

Post a Comment