Tuesday, June 28, 2011

AMALAN PADA BULAN SYAABAN

Bismillahirahman nirrahim

Allahummasali’ala saiidina muhammad, wa‘ala alihi wasahbihi wasalam.

Sambil bertawakal kepada s.w.t. dan beramal dengan amalan-amalan pada bulan Syaaban ini, dan sebagaimana yang telah disebut pada bahgian sebelum ini, bulan Syaaban adalah bulan yang mulia, bulan yang dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. di mana beliau mengisi bulan mulia ini dengan berpuasa hingga Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Syaaban adalah bulanku. Sesiapa berpuasa sehari sahaja dalam bulanku ini, ia berhak mendapat syurga.”

Diriwayatkan pula dari Imam Ja’far Shadiq a.s bahawa jika mulai terlihat hilal bulan Syaaban maka Rasulullah menyuruh seorang itu menyerukan diMadinah, “Wahai warga Madinah, Syaaban adalah bulanku, Allah merahmati orang yang membantuku dalam bulanku.”

Imam Shadiq selanjutnya meriwayatkan bahawa Imam ‘Ali a.s mengatakan: “Sejak adanya seruan dari Rasulullah tersebut, aku tidak pernah meninggalkan puasa pada bulan Syaaban dan aku tidak akan meninggalkannya sepanjang hidupku, Insya-Allah.”

Para pembaca yang budiman, amalan-amalan dalam bulan Syaaban berdasarkan riwayat-riwayat yang ada, terdiri atas dua macam. Pertama, amalan umum, yang berlaku untuk seluruh hari-hari dibulan Syaaban. Kedua, amalan khusus yang berlaku untuk hari-hari dan malam-malam tertentu dari bulan Syaaban.


AMALAN UMUM

1. Membaca: Astaghfirulah waasluhu aluhu taubat.
Ertinya: Aku meminta ampunan dari Allah dan aku betaubat kepada-Nya.

2. Membaca: Astaghfirulah allazii lailaahailla huwarrahman nurahimul haiyulqayyum waatubuilayhi.

Ertinya: Aku mohon ampunan dari Allah Yang tiada tuhan selain Dia, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang Tegak dan Hidup, dan aku bertaubat kepada-Nya.

Tujuh puluh (70) kali setiap hari. Riwayat-riwayat menyebutkan bahawa beristighfar lebih utama daripada membaca doa dan zikir di bulan ini, dan barangsiapa beristighfar tujuh puluh kali setiap hari di bulan ini, maka ia seperti beristighfar tujuh puluh ribu di bulan lainnya.

3. Bersedekah, walaupun dengan separuh biji kurma, agar dapat mengharamkan jasadnya dari api neraka.

4. Membaca: laailaahaillallahu wala na’bud illaa eiyahu muhklisiinaalahuddiin walau karihal mushrikun.

“Tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dengan mengikhlaskan agama bagi-Nya, walaupun orang-orang kafir benci.”

Seribu kali, dan pahalanya bagaikan beribadah seribu tahun.

5. Mengerjakan sembahyang dua rakaat setiap hari Khamis dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan membaca al-Ikhlas seratus kali pada setiap rakaatnya. Setelah salam, berselawat keatas Nabi dan keluarganya seratus kali. Dengan amalan ini, Allah akan memenuhi keperluan agamanya dan dunianya.

Dianjurkan untuk berpuasa. Dalam hadis disebutkan:

“Langit mendandan dirinya pada setiap Khamis bulan Syaaban, dan para malaikat mengatakan: ‘Wahai Tuhan kami, ampuni dosa orang yang berpuasa di dalamnya dan kabulkanlah doanya.’

6. Memperbanyakkan selawat atas Nabi s.a.w. dan keluarganya.


Marilah kita lakukan amalan-amalan mulia ini dan merebut peluang yang diberikan pada kita diatas muka bumi ini sebelum kita di panggil pulang. Jangan menangguh-naggguhkan lagi, kerana pada tahun hadapan, belum tentu kita akan ketemu lagi. Lakukanlah semampu kita dan buatlah pilihan yang terbaik untuk bekalan kita disana nanti.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.

Thursday, June 23, 2011

Solat Sunat Rejab Malam Ke - 28, 29 dan 30

SEMBAHYANG MALAM KE-28 DAN 29


Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang dua belas rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah Ala sekali, al-Qadr sepuluh kali pada setiap rakaatnya, setelah selesai sembahyang, berselawat seratus kali dan beristighfar seratus kali, maka Allah s.w.t. akan memberinya pahala ibadah para malaikat.

Sembahynag ini dilakukan dengan dua-dua rakaat setiap rakaat sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-30


Lafaz niat sebagaimana biasa.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang sepuluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas sebelas kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t akan memberinya tujuh kota di syurga Firdaus, ia keluar dari kuburnya dengan wajah bagaikan bulan purnama , ia berjalan di shirath laksana peter yang menyambar dan ia bebaskan dari api neraka.

Berkenaan dengan sembahyang hari terakhir. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada Salman:

Sembahyanglah engkau di hari itu sepuluh rakaat dengan membaca surah surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah al-Ikhlas dan surah al-Kafirun masing-masing sebanyak tiga belas kali pada setiap rakaatnya. Setelah salam, angkatlah kedua tanganmu dan bacalah:

Laaillahaillallahu wahdahu laasyariikalahu lahulmulku walahul hamdu yuhyiy wayumiitu wa huwahai layamutu biyadihil khairu wahuwa ‘ala qulli syaiin qadir wasallallahu ‘ala muhammaden wa’aalihidhahireen wala haula wa quwatta illabillahil’aliyilazim.

Ertinya: Tiada tuhan selain Allah satu-satunya. Tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya pujian. Dia yang menghidupkam dan mematikan sedang Dia hidup dan tidak akan mati. Segala kebaikan di tangan-Nya, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Semoga Allah melimpahkan selawat atas Muhammad s.a.w dan keluarganya yang suci dan tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Kemudian usapkan kedua tangan pada wajahmu dan mintalah hajatmu, kerana doamu akan dikabulkan. Dan Allah akan menjadikan antara engkau dan jahanam tujuh parit, setiap parit berjarak seperti langit dan bumi, mencatat untukmu sejuta rakaat untuk setiap rakaat yang engkau dirikan, menetapkan untukmu kebebasan dari api neraka dan melalui shirath dengan lancar.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.

Monday, June 20, 2011

Solat Sunat Rejab Malam Ke - 25, 26 dan 27

SEMBAHYANG MALAM KE-25


Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang dua puluh rakaat pada malam ini antara Magrib dan Isyak dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan di lanjutkan dengan Ayat Amanar Rasul sampai akhir surah al-Baqarah sekali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan menjaga dirinya, keluarganya, agamanya, hartanya, dunia dan akhirat, serta dosa-dosanya akan di ampunkan Allah saat ia bangun dari tempatnya.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat setiap dua rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-26


Lafaz niat sebagaimana biasa.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang dua belas rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas sebanyak empat puluh kali pada setiap rakaatnya, dalam riwayat lain disebutkan empat kali pada setiap rakaatnya, maka malaikat-malaikat akan menyalaminya dan barangsiapa disalami malaikat , maka ia akan aman saat melalui shirath, dan saat dihisab, saat ditimbang. Kemudian Allah akan mengutus tujuh puluh malaikat yang memintakan ampunan untuknya dan mencatat pahalanya dan setiap kali ia bergerak dari tempatnya, mereka merdoakannya Tuhan, "ampunilah hamba-Mu ini” sampai pagi.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat setiap dua rakaat sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-27


Lafaz niat sebagaimana biasa.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sembahyang dua belas rakaat bila-bila sahaja malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah an-Nas, al-Falaq, dan al-Ikhlas masing-masing empat kali, setelah selesai, sebelum berpindah tempat, ucapkan bacaan berikut sebanyak empat kali:

Laaillahaillallahu wallahu akbar wasubhanallahi walhamdulillahi walailla haulawala quwatta illabillahil ’aliil ‘azim.

Ertinya: “Tiada tuhan selain Allah. Allah Maha Besar. Segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah. tiada daya dan upaya melainkan dari Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Selanjutnya membaca empat kali:

Allahu Allahurabbi laausyriku birabbii laausyriku bihi syaian.

Ertinya: Allah, Allah Tuhanku. Aku tidak akan menyekutukan Tuhanku. Aku tidak akan a dengan apa pun.

Dan kemudian baca doa yang diinginkan. Untuk siang harinya( hari ke 27).

Thursday, June 16, 2011

Solat Sunat Rejab Malam Ke - 22, 23 dan 24

SEMBAHYANG MALAM KE-22


Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang lapan rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Kafirun tujuh kali pada setiap rakaatnya, setelah itu membaca selawat untuk Nabi s.a.w. dan keluarganya sepuluh kali, di teruskan dengan beristighfar sepuluh kali, maka ia tidak akan keluar dari dunia ini sebelum melihat tempatnya di syurga, wafat dalam keadaan islam dan mendapat pahala tujuh puluh Nabi.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-23


Lafaz niat sebagaimana biasa.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah adh-Dhuha lima kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan memberinya darjat di syurga sebanyak jumlah huruf yang dibacanya dan pahala tujuh puluh kali haji, pahala orang yang menghantar seribu jenazah dan yang menjengok seribu orang sakit dan pahala orang yang memenuhi seribu hajat orang muslim.


SEMBAHYANG MALAM KE-24


Lafaz niat sebagaimana biasa.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang empat puluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas dan ayat Amanar-Rasul sampai akhir surah al-Baqarah sekali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan menulis untuknya seribu kebaikkan dan menjauhkan seribu keburukan, menaikkannya seribu darjat dan turun seribu malaikat dari langit seraya mengangkat tangan mereka untuk mendoakannya, Allah mengurniakannya keselamatan di dunia dan akhirat dan seakan-akan ia telah mendapat malam al-Qadr.

Tuesday, June 14, 2011

Solat Sunat Rejab Malam Ke - 19, 20 dan 21


SEMBAHYANG MALAM KE-19


Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

Barangsiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan Ayat kursi dan surah al-Ikhlas masing-masing sebanyak lima belas kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan memberinya pahala sebagaimana pahala yang diberikan-Nya kepada Nabi Musa, memberinya pahala seorang syahid untuk setiap huruf yang dibacanya, tidak mendedahkan kesalahannya dan tidak memperhitungkannya dan ia masuk syurga tanpa hisab.

Sembahyang ini di lakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat satu salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-20


Lafaz niat sebagaimana biasa.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Qadr lima kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan memberinya pahala Nabi Ibrahim, Musa, Yahya dan Isa a.s. ia tidak akan tergoda dengan jin ataupun manusia dan Allah melihatnya dengan pandangan rahmat-Nya


SEMBAHYANG MALAM KE-21


Lafaz niat sebagaimana biasa.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang enam rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Kauthar dan al-Ikhlas masing-masing sebanyak sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan memerintahkan malaikat mulia untuk tidak mencatatkan keburukan baginya dalam jangka masa setahun, dan hanya mencatatkan untuknya kebaikan sampai setahun berikutnya.

Saturday, June 11, 2011

Solat Sunat Rejab Malam Ke-16 dan 17

SEMBAHYANG MALAM KE-16 DAN 17


Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang sebanyak tiga puluh rakaaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka baginya pahala tujuh puluh syahid.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat setiap dua rakaat sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-18


Lafaz niat sebagaimana biasa.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas masing-masing sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka setelah ia mengerjakan sembahyang tersebut. Allah berkata kepada malaikat-malaikat-Nya: “Andaikata dosa orang yang mengerjakan sembahyang ini lebih banyak dari dosa puluhan orang. Aku tetap mengampunkannya.”

Friday, June 10, 2011

Amalan Pertengahan Bulan Rejab


SEMBAHYANG MALAM KE -13, 14 DAN 15


Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah s.a.w. bersabda:


Di riwayatkan dari Imam Jaafar ash-Shadiq a.s. bahawa sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ketiga belas dengan membaca surah al-Fatihah dan dilanjutkan dengan surah Yasin, al-Mulk, dan al-Ikhlas pada setiap rakaatnya.
Empat rakaat pada malam empat belas dengan bacaan surah-surah yang sama dengan malam ketiga belas.
Enam rakaat pada malam kelima belas dan surah yang sama juga, maka ia akan mendapat keutamaan-keutamaan dibulan ini serta akan di ampuni segala dosanya selain dosa syirik.


SEMBAHYANG MALAM KE-15


Lafaz niat: sebagaimana biasa.

Amalan pada malam pertengahan bulan Rejab ini, menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Shadiq ialah: mengerjakan sembahyang dua rakaat dengan membaca surah al-Fatihah dan dilanjutkan dengan surah apa saja pada setiap rakaatnya. Selesai sembahyang baca surah al-Fatihah, al-Ikhlas, an-Nas, al-Falaq dan Ayat Kursi masing-masing empat kali. Setelah itu bertasbih empat kali dan membaca:

Allahu Allahu rabbi wala usyriqu bihi syaiaan masyaa allahu laa quwatta illa billahil ‘aliyil’zim
Ertinya: Allah adalah Tuhanku dan aku tidak akan menyekutukan-Nya dengan apa pun. Dilah yang Maha Menghendaki dan tiada kekuatan kecuali milik-Nya yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Berkenaan dengan hari ke15 Rasulullah s.a.w. berkata kepada Salman:

Sembahyanglah kamu di hari ini sepuluh rakaat dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan al-Kafirun masing-masing tiga kali pada setiap rakaatnya. Setelah salam, angkatlah kedua tanganmu lalu ucapkan:

Laaillahaillallahu wahdahu laasyarikalahu lahulmulku walahulhamdhu yuhyii wayumiitu wahuwa haiy layamuthu biadihil khairu wahuwa ‘alaqullisyain qadiir illahan wahidan aahadan fardan somadha lamyattakhidan sohibatan wala waladan.

Ertinya:

Tiada tuhan selain Allah satu-satunya. Tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya pujian. Ia meghidupkan dan mematikan, sedang Ia hidup tanpa mati. Di tangan-Nya kebaikan dan Ia berkuasa atas segala sesuatu. Dialah Tuhan yang satu. Tunggal. Esa. Dan Tempat bergantung. Ia tidak mengambil sahabat dan tidak beranak.

Selepas itu usaplah kedua tangannya ke wajahmu. Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat setiap dua rakaat sekali salam.

Wednesday, June 8, 2011

Solat Sunat Rejab Malam Ke - 12, 13 dan 14

SEMBAHYANG MALAM KE-12

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan diikuti dengan ayat Amanar-Rasul sampai akhir surah al-Baqarah sebanyak 10 kali pada setiap rakaatnya, maka Allah memberinya pahala orang-orang yang menyeru pada kebaikkan dan melarang kejahatan dan memberinya tujuh puluh rahmat .


SEMBAHYANG MALAM KE-13


Lafaz niat sebagaimana biasa.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang sepuluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan dilanjutkan dengan surah al-Adiyat pada rakaat pertama. Dan pada rakaat keduanya membaca al-Fatihah dan surah ay-Takathur, dan begitulah seterusnya untuk setiap setiap dua rakaat selanjutnya. Maka Allah s.w.t. akan mengampunkan dosa-dosanya, merdhainya, ia tidak akan didekati oelh malaikat Munkar dan Nakir dan tidak dibuat takut oleh keduanya, dan ia akan melalui siratal mustaqim seperti kilat menyambar.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat dan sekali salam .


SEMBAHYANG MALAM KE-14


Lafaz niat sebagaimana biasa.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang tiga puluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihaha dan surah al-Ikhlas sekali dan ayat terakhir surah al-Kahfi yakni:

Qul innamaa aanna bassyar mithlukum yuha illaiyya annama illahukum illa wahid faman kana yarju liqaa rabbihi falyakmal ‘amalan solihan wala usyriq bi’ebadati rabbihi aahadan.
(Untuk sebutan dan tajuit yang betul sila semak dalam Al-Quran, surah al-Kahfi ayat yg terakhir)

Sekali pada setiap rakkaatnya, maka demi Tuhan, andainya dosa-dosanya lebih banyak daripada bintang di langit, ia akan menjadi suci saat selesai dari sembahyangnya dan seakan-akan ia telah membaca seluruh kitab yang diturunkan Allah s.w.t.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat sekali salam.

Tuesday, June 7, 2011

Solat Sunat Rejab Malam Ke - 9, 10 dan 11

SEMBAHYANG ALAM KE - 9

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan di lanjutkan dengan surah at-Takathur sebanyak lima kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan mengampuninya, memberinya pahala seratus kali haji dan umrah, menurunkan beribu rahmat untuknya, menjauhkannya dari api neraka sebelum ia bangun dari tempatnya dan jika ia wafat sebelum berlalu lapan puluh hari sejak ia mengamalkannya maka ia dinyatakan mati syahid.


SEMBAHYANG MALAM KE - 10

Lafaz niat seperti biasa.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang dua belas rakaat setelah Magrib pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas tiga pada setiap rakaatnya, maka Allah akan membuat untuknya Istana yang tiang-tiangnya di buat dari batu yagut merah di syurga.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE - 11

Lafaz niat seperti biasa.

Rasullullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang dua belas rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan dilanjutkan dengan surah Ayat Kursi sebanyak dua belas kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan memberinya pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab samawi dan dikatakan padanya, “Sempurnakanlah amalmu, kerana Allah telah mengampuni dosa-dosamu.”

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat setiap dua rakaat sekali salam.



Monday, June 6, 2011

Solat Sunat Rejab Malam Ke - 6, 7 dan 8

SEMBAHYANG MALAM KE – 6

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala.
Ertinya : Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.


Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan diikuti dengan Ayat Kursi sebanyak tujuh kali pada setiap rakaatnya, maka ia akan dipanggil dari langit dengan panggilan “Wahai hamba Allah, engkau adalah wali Allah yang sesungguhnya. Untuk setiap huruf yang engkau baca, engkau mendapat syafaat dari kaum Muslimin dan bagimu 70,000 kebaikan yang lebih baik di sisi Allah daripada gunung- ganang yang ada di dunia".


Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, sekali salam.


SEMBAHNYANG MALAM KE – 7

Lafaz niat seperti biasa.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas tiga kali dan dilanjutkan lagi dengan surah an-Nas dan al-Falaq sekali setiap surah pada setiap rakaatnya, kemudian selesai sembahyang ia membaca selawat sebanyak sepuluh kali dan membaca:

Subhanallah walhamdulillah walaillaha illallah wallahu akhbar.
Ertinya: Maha Suci Allah, segala puji bagi-Nya, tiada Tuhan selain Allah, Maha Besar Allah.

Sebanyak sepuluh kali juga, maka Allah akan menaunginya dengan ‘Arasy-Nya, memberinya pahala orang yang berpuasa di bulan Ramadhan, para malaikat meminta ampun untuknya sampai sembahyangnya selesai, Allah meringankan tekanan-tekanan dan seksaan dalam kuburnya, ia tidak akan keluar dari dunia ini sebelum melihat tempatnya di syurga dan Allah memberinya keamanan di hari yang paling menakutkan.

Sembahyang ini di lakukan dua-dua rakaat dengan sekali salam.



SEMBAHYANG MALAM KE - 8

Lafaz niat seperti biasanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang dua puluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan diikuti dengan surah al-Ikhlas, al-Kafirun, an-Nas dan al-Falaq masing-masing tiga kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan memberinya pahala orang-orang yang bersyukur, yang sabar serta memasukkannya ke dalam kelompok shidiqqin.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, sekali salam.

Saturday, June 4, 2011

Solat Sunat Rejab malam ke – 3, 4 dan 5

SEMBAHYANG MALAM KE - 3


Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala.

Ertinya: “Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah ta’ala”.


Rasulullah s.a.w. bersabda:


Sesiapa mengerjakan sembahyang sepuluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan diikuti dengan surah an-Nashr sebanyak lima kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga. Lalu terdengar panggilan: "Berikanlah khabar gembira bagi wali Allah bahawasanya mereka dikurniai dengan kerahmatan”.


Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.


Sabda Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan sembahyang hari ke -3:


Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat di hari ketiga bulan Rejab dengan membaca surah al-Fatihah dan dilanjutkan dengan membaca surah, maka Allah akan memberinya ganjaran yang tidak dapat digambarkan oleh orang yang ingin mengambarkannya.


Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat sekali salam.



SEMBAHYANG MALAM KE-4


Lafaz niat seperti biasa.Rasulullah s.a.w. bersabda:


Sesiapa mengerjakan sembahyang seratus rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan dilanjutkan dengan surah al-Falaq pada rakaat pertama. Kemudian membaca surah al-Fatihah dan dilanjutkan dengan surah an-Nas pada rakaat kedua, dan begitulah seterusnya untuk setiap dua rakaat selanjutnya. Maka turunlah malaikat-malaikat dari setiap langit dan mencatit pahalanya sampai hari kiamat, ia akan dibangkitkan dengan wajah bagai bulan purnama, kitabnya akan diberikan ketangan kananya dan hisabnya dimudahkan.


Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.



SEMBAHYANG MALAM KE -5


Lafaz niat sebagaimana biasa.Rsulullah s.a.w bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang enam rakaat pada malam ini dengan membawa surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 25 kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan memberinya pahala empat puluh Nabi, empat puluh shidiq dan empat puluh syahid serta ia akan berjalan di shiratal mustaqim bagaikan kilat yang terang dengan mengenderai kuda dari cahaya.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, dengan sekali salam.

Friday, June 3, 2011

Amalan Bulan Rejab

Assalamualaikum,


Salam 1 Rejab buat anak cucu nekwan dan para pembaca budiman sekelian, sempena bulan rahmat yang penuh berkat ini, nekwan suka nak berkogsi ilmu amalan - amalan bulan Rejab untuk kita lakukan demi kerana Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.


Dalam bulan Rejab iaitu pada hari Khamis minggu pertama disunatkan sembahyang 12 rakaat. Dianjurkan berpuasa pada siang hari Khamis dan sesudah Isyak dirikan sembahyang sunat tersebut.


Dan pada bulan Rejab ini, dianjurkan memperbanyakkan doa dan zikir dengan ketentuan sebagai berikut:


Menurut riwayat Ibnu ‘Asyakir, dari Abu Umamah, sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:


“Lima malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha.”


Sebab itu di anjurkan:
1. Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab syurga bahgiannya. ( Al-Baqarah)
2. Bahawa di syurga ada sungai, dinamai “Rejab” yang lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, lebih manis daripada madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah mengurniakannya minuman dari sungai itu (al-Hadis).
3. Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kaffarah (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Al-Jaami’us Shagir)
4. Pernah Nabi Adam bertanya kepada Tuhan mengenai hari-hari apa yang disukai Allah firman-Nya: “Nisfu Rajab! Sesiapa yang menghampirkan diri dengan berpuasa, sembahyang sunat, bersedekah, beristigfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya diampuni dengan bersedekah dan berzikir dan menjaga diri dari berbuat maksiat. Syurga bahgiannya.”


SEMBAHYANG AWAL BULAN REJAB


Lafaz niatnya seperti berikut:


Usalli sunnata rajabin rak’ataini lillahi ta’ala
Ertinya: “Sengaja aku sembahyang sunat rejab dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”


Membaca surah Al-Fatihah pada rakaat pertama dan diikuti dengan surah Al-Qadr 3 kali.


Pada rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah, sesudah itu surah Al-Ikhlas.
Dirikanlah Sembahyang Sunat Rejab hingga cukup 12 rakaat.

SEMBAHYANG MALAM PERTAMA


Adalah sembahyang yang disunatkan di hari pertama pada setiap bulan Rejab adalah dua rakaat dengan cara sebagai berikut:


Lafaz niat: Usalli rak’ataini solata awwali syahri qurbatan ilallahi ta’ala.
Ertinya: “Sengaja aku sembahyang dua rakaat hari pertama di bulan ini untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala”.


Mula dengan Takbiratul Ihram
Rakaat pertama: membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas sebanyak 30 kali.
Rakaat kedua: membaca surah Al-Fatihah dan surah al-Qadr sebanyak 30 kali.
Berdoa selepas salam.


Sangat di anjurkan pada setiap awal bulan untuk bersedekah, demi keselamatan sepanjang bulan itu.

SEMBAHNYANG MALAM KEDUA


Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya: “Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala".


Rasulullah bersabda:
"Sesiapa mengerjakan sembahyang sepuluh rakaat pada malan ini dengan membaca surah al-Fatihah dan dilanjutkan dengan surah al-Kafirun pada setiap rakaatnya, Maka Allah akan mengampuni seluruh dosanya, menjadikan ia seorang yang selalu sembahyang sampai tahun yang akan datang dan menjauhkannya dari segala kemunafikkan. "