SEMBAHYANG MALAM KE-22
Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang lapan rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Kafirun tujuh kali pada setiap rakaatnya, setelah itu membaca selawat untuk Nabi s.a.w. dan keluarganya sepuluh kali, di teruskan dengan beristighfar sepuluh kali, maka ia tidak akan keluar dari dunia ini sebelum melihat tempatnya di syurga, wafat dalam keadaan islam dan mendapat pahala tujuh puluh Nabi.
Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat sekali salam.
SEMBAHYANG MALAM KE-23
Lafaz niat sebagaimana biasa.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah adh-Dhuha lima kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan memberinya darjat di syurga sebanyak jumlah huruf yang dibacanya dan pahala tujuh puluh kali haji, pahala orang yang menghantar seribu jenazah dan yang menjengok seribu orang sakit dan pahala orang yang memenuhi seribu hajat orang muslim.
SEMBAHYANG MALAM KE-24
Lafaz niat sebagaimana biasa.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang empat puluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas dan ayat Amanar-Rasul sampai akhir surah al-Baqarah sekali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan menulis untuknya seribu kebaikkan dan menjauhkan seribu keburukan, menaikkannya seribu darjat dan turun seribu malaikat dari langit seraya mengangkat tangan mereka untuk mendoakannya, Allah mengurniakannya keselamatan di dunia dan akhirat dan seakan-akan ia telah mendapat malam al-Qadr.
No comments:
Post a Comment