SEMBAHYANG MALAM KE -13, 14 DAN 15
Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Di riwayatkan dari Imam Jaafar ash-Shadiq a.s. bahawa sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ketiga belas dengan membaca surah al-Fatihah dan dilanjutkan dengan surah Yasin, al-Mulk, dan al-Ikhlas pada setiap rakaatnya.
Empat rakaat pada malam empat belas dengan bacaan surah-surah yang sama dengan malam ketiga belas.
Enam rakaat pada malam kelima belas dan surah yang sama juga, maka ia akan mendapat keutamaan-keutamaan dibulan ini serta akan di ampuni segala dosanya selain dosa syirik.
SEMBAHYANG MALAM KE-15
Lafaz niat: sebagaimana biasa.
Amalan pada malam pertengahan bulan Rejab ini, menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Shadiq ialah: mengerjakan sembahyang dua rakaat dengan membaca surah al-Fatihah dan dilanjutkan dengan surah apa saja pada setiap rakaatnya. Selesai sembahyang baca surah al-Fatihah, al-Ikhlas, an-Nas, al-Falaq dan Ayat Kursi masing-masing empat kali. Setelah itu bertasbih empat kali dan membaca:
Allahu Allahu rabbi wala usyriqu bihi syaiaan masyaa allahu laa quwatta illa billahil ‘aliyil’zim
Ertinya: Allah adalah Tuhanku dan aku tidak akan menyekutukan-Nya dengan apa pun. Dilah yang Maha Menghendaki dan tiada kekuatan kecuali milik-Nya yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Berkenaan dengan hari ke15 Rasulullah s.a.w. berkata kepada Salman:
Sembahyanglah kamu di hari ini sepuluh rakaat dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan al-Kafirun masing-masing tiga kali pada setiap rakaatnya. Setelah salam, angkatlah kedua tanganmu lalu ucapkan:
Laaillahaillallahu wahdahu laasyarikalahu lahulmulku walahulhamdhu yuhyii wayumiitu wahuwa haiy layamuthu biadihil khairu wahuwa ‘alaqullisyain qadiir illahan wahidan aahadan fardan somadha lamyattakhidan sohibatan wala waladan.
Ertinya:
Tiada tuhan selain Allah satu-satunya. Tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya pujian. Ia meghidupkan dan mematikan, sedang Ia hidup tanpa mati. Di tangan-Nya kebaikan dan Ia berkuasa atas segala sesuatu. Dialah Tuhan yang satu. Tunggal. Esa. Dan Tempat bergantung. Ia tidak mengambil sahabat dan tidak beranak.
Selepas itu usaplah kedua tangannya ke wajahmu. Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat setiap dua rakaat sekali salam.
salam, malam ni ke -9, solat ni elok dibuat! banyak kelebihannya.
ReplyDelete