Wednesday, February 29, 2012

Samb: Yakjuj dan Makjuj dalam Sumber Islam

Teks inskripsi hadis tentang pertanyaan orang Yahudi direkodkan seperti berikut:

Dikemukakan oleh Ibnu Jarir melalui Ibnu Ishak daripada seorang Syeikh dari Mesir daripada Ikrimah yang bersumberkan daripada Ibnu Abbas yang berkata, “Orang Quraisy mengutuskan an-Nadlr bin al-Harith dan Uqbah bin Mu’ith kepada pendeta-pendeta Yahudi di Madinah. Mereka berkata, “Tanyakan kepada mereka (para pendeta Yahudi) tentang Muhammad, cerita kepada mereka tentang sifat-sifatnya dan bertahu kepada mereka segala sesuatu yang dikatakan olehnya. Mereka adalah ahli kitab yang memahami kitab yang diturunkan lebih dahulu dan mempunyai ilmu pengetahuan tentang tanda-tanda kenabian yang kita sendiri tidak mengetahui!”

Kedua orang itu pun berangkat. Sesampai di Madinah, mereka bertanya kepada pendeta Yahudi tentang Rasulullah, dan menceritakan sifat-sifat yang ada pada beliau dan sebahgian apa yang dikatakan oleh beliau. Maka berkatalah pendeta-pendeta Yahudi itu kepada utusan Quraisy, “Tanyakan kepadanya tentang tiga perkara. Jika dia dapat menceritakan kepada kalian akan tiga perkara itu, maka dialah seorang nabi yang diutus, tetapi jika dia tidak dapat menjawabnya, maka dia adalah orang yang mengaku-ngaku diri sebagi seorang nabi.

Lalu kedua utusan itu kembali. Sesampai di tempat orang Quraisy kedua-duanya berkata, “Sesungguhnya kami pulang dengan membawa sesuatu yang dapat membezakan antara kalian dengan Muhammad”. Lalu mereka pun berangkat menuju Rasulullah (selawat dan salam keatasnya) lalu bertanya kepada beliau tentang tiga perkara itu. Rasulullah menjawab, “Aku akan beritahu kamu tentang apa yang kamu tanyakan itu esok (beliau tanpa menyebut Insyaallah)’. Lalu mereka semua pulang.

Rasulullah menunggu datangnya wahyu hingga 15 malam, tetapi malaikat Jibril masih tidak kunjung datang, sehingga mengoyahkan penduduk Makkah. Rasulullah berasa sedih kerananya. beliau tidak tahu apa yang akan dikatakan bagi menjawab pertanyaan orang Quraisy tadi. Kemudian datanglah Malaikat Jibril daripada Allah dengan membawa surah al-Kahfi, yang isinya menegur Rasulullah atas kesedihannya kerana perbuatan orang Quraisy itu, dan menerangkan tentang pemuda-pemuda yang berpergian yang di tanyakan kepadanya tadi, iaitu ayat sebagai berikut:

Lebih lengkap tentang hadis itu, Imam Fakhrurrazi, di dalam tafsir Al-Kabir, XXI/82, menyebut sebagai berikut:

Nadhr bin Harith, salah saeorang pembesar Quraisy menyakiti Rasulullah (selawat dan salam keatasnya) dan memusuhinya. Dia pergi ke Hirah dan disana dia belajar perkataan-perkataan Rustum dan Asfandiyar. Ketika Rasulullah duduk di suatu majlis yang di dalamnya tersebut nama Allah dan berbicara kepada kaumnya tentang apa yang menimpa kaum-kaum terdahulu. Tiba-tiba Nadhr mengantikan majlisnya lalu berdiri seraya berkata, “Demi Allah wahai orang Quraisy, perkataan saya lebih baik daripada perkataanya. Kemarilah, saya ceritakan kepada kamu cerita yang lebih baik daripada ceritanya. Kemudian mereka bercerita kepada mereka tentang raja-raja Parsi.

Selepas itu orang Quraisy mengirimnya bersama Uqbah bin Abu Mu’id kepada pendeta-pendeta Yahudi di Madinah dan mereka berkata kepada kedua-duanya , “Tanyakan kepada pendeta-pendeta itu tentang Muhammad dan sifatnya. Beritahu kepada mereka, menurut Muhammad mereka adalah Ahlul Kitab pertama dan mereka memiliki pengetahuan tentang para nabi yang tidak kita miliki.” Kemudian, kedua-duanya keluar hingga sampai di Madinah, lalu mereka bertanya kepada para pendeta Yahudi itu tentang keadaan Muhammad. Para pendeta Yahudi itu berkata, “Tanyakan kepadanya tentang sekelompok pemuda yang pergi pada masa pertama yang mereka tidak ketahui perkaranya, kerana peristiwa mereka itu menakjubkan. tanyakan kepadanya tentang seorang yang mengembara hingga mencapai timur dan barat bumi, yang ia tidak tahu beritanya dan tanyakan kepadanya tentang roh, apa itu roh? Jika dia mampu menjawabnya, maka dia adalah nabi. Jika tidak, terserah kepada kamu apa yang kamu katakan.

Ketika Nadhr dan temannya sampai ke Makkah, mereka berdua berkata, “Kami datang kepada kamu membawa pemisah antara kami dan Muhammad. Mereka menyampaikan maklumat tentang apa yang dikatakan oleh orang Yahudi itu. Mereka pun bertemu Rasulullah dan bertanya kepadanya. Rasulullah (selawat dan salam keatasnya) menjawab, :Saya akan menjawab soalan kamu esok tanpa terkecuali. Kemudian mereka meninggalkannya dan Rasululah (selawat dan salam keatasnya) belum memberikan jawapan hingga, menurut penjelasan mereka, lima belas malam, hingga orang Makkah mengejek. Mereka berkata “Muhammad berjanji kepada kita esok dan sekarang sudah 15 hari!” masalah ini menjadi beban berat baginya, kemudian datanglah Jibril dari sisi Allah dengan surah al-Kahfi yang di dalamnya ada teguran Allah kepadanya atas kesedihannya kerana mereka, yang dalamnya ada berita tentang pemuda-pemuda itu dan berita seorang lelaki pengembara itu.”

Tuesday, February 28, 2012

Yakjuj dan Makjuj dalam Sumber Islam

Yakjuj dan Makjuj di dalam al-Quran dan Tafsir.

Sebelum menelusuri Yakjuj dan Makjuj dalam inskripsi Yahudi, ada baiknya sumber-sumber Islam dikaji terlebih dahulu. Al-Quran menyebut bangsa Yakjuj dan Makjuj di dalam surah al-Kahfi 18:94 dan al-Anbiyak 21:96. Di dalam hadis, ada banyak sekali perkataan “Yakjuj dan Makjuj” Kisah Yakjuj dan Makjuj di dalam al-Quran dipertemukan dengan kisah Panglima Muda Pembebas Dunia, iaitu Zu-al-Qarnain “pemilik dua tanduk” di dalam surah al-Kahfi ayat 83-88.

83. Zulqarnain. Katakanlah, ‘Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya’.

84. Sesungguhnya Kami berikan kepadanya kuasa di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

85. Lalu ia menurut jalan yang menyampaikan maksudnya.

86. Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam sebuah mata air yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum. Kami berkata,‘Wahai Zulqarnain! kamu boleh menyeksa mereka atau kamu bertindak secara baik terhadap mereka’.

87. Ia berkata, ‘Adapun orang yang melakukan kezaliman, kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya’.

88. Adapun orang yang beriman dan beramal soleh, maka baginya balasan baik; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah kami yang mudah’.

89. Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

90. Sehingga ia sampai ke daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang Kami tidak menjadikan bagi mereka perlindungan darinya.

91. Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi segala yang ada padanya.

92. Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

93. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

94. Mereka berkata, ‘Wahai Zulqarnain, sesungguhnya Kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerusakan di bumi; Maka setujukan kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membena sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

95. Ia menjawab, ‘Kekuasaan yang Tuhanku jadikan daku menguasainya lebih baik; oleh itu bantulah daku dengan tenaga kamu beramai-ramai, aku akan bena antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup dan kukuh.’

96. ‘Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, iapun berkata, “Tiuplah dengan alat-alatmu, sehingga apabila ia menjadi api berkatalah ia, ‘Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan ke atasnya.’

97. Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak akan dapat menebuknya.’

98. Berkatalah ia, ‘Ini ialah suatu rahmat daripada Tuhanku; maka apabila datang janji Tuahnku, ia akan menjadikannya hancur, dan janji Tuhanku itu benar.

99. Kami (Allah) biarkan mereka pada hari itu bercampur aduk (yamuuju) antara satu dengan yang lain, kemudian ditiup lagi sangkala, lalu kami kumpulkan mereka itu semuanya.

Di dalam al-Quran surah al-Kahfi disebut, ”Mereka bertanya kepadamu (Muhammad tentang Zulqarnain).” Pertanyaan yang dinyatakan di dalam ayat ini berasal daripada orang kafir Makkah. Mereka meminta orang Yahudi supaya mendatangkan masalah kepada Muhammad yang mengaku sebagai nabi dan rasul, dan mereka diminta menyebutkan sifat-sifatnya yang ada di dalam Taurat, apakah memang Muhammad dikhabarkan di dalam Taurat dan Injil? Orang Yahudi dan kafir Makkah pun mengirim utusan kepada beliau supaya menanyakan tiga soalan. Jika memang dia dapat menjawab tiga pertanyaan itu, bererti beliau benar-benar seorang nabi yang diutus. Jika tidak, bererti beliau hanya mendakwa semata-mata, membuat dusta kepada Allah. Orang Yahudi berkata kepada utusan itu, “Tanyakan kepadanya tentang beberapa pemuda yang pergi pada zaman dahulu (pemuda Ashabul Kahfi), bagaimana cerita tentang mereka itu? Sesungguhnya mereka mempunyai cerita yang menarik.tanyakan pula tentang seorang lelaki yang suka mengembara hingga mencapai belahan bumi di timur dan di barat, bagaimana ceritanya? Tanyakan pula kepadanya tentang roh, bagaimana ia? Jika dia memberikan jawapan kepada kalian, maka dia benar-benar seorang nabi, maka ikutilah dia.”


Bersambung….

Monday, February 27, 2012

Cendrahati Dari Pengantin Hj Megat dan isteri.

Diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua pasangan mempelai yang baru melansungkan pernikahan mereka pada 2hb March lepas. Semoga berkekalan dan berbahgia hingga ke akhir hayat hayat.

Seutas rantai tangan dan sebentuk cincin sebagai membatal air sembayang.

Wah! banyaknye gula-gula!?... Ar???... Ooooo.. duit Mas kawiiiiiinnn....

Bergambar kenangan bersama Imam besar masjid Usamah bin Zaid di Wangsa Maju K L

Ayah bonda kepada pengantin perempuan. Puan Salmiah yang kini bergelar isteri.

Gubahan mengikut saiz bunga dan bergantung kepada saiz tualanya, kecil atau besar dan terhasil bunganya.
Keris, cendrahati untuk kaum adam.

Warna-warna pilihan...

Tanda kegagahan pahlawan Melayu.

Sekuntum mawar yang tidak bertangkai, kerana... telah di petik tangan.

Gubahan bunga mawar dan keris ini dihasilkan dari kain tuala tangan (Hand Towel) sebagai pemberian cendrahati untuk tetamu yang hadir, dalam majlis pernikahan Tuan haji Megat Ali.



Sunday, February 26, 2012

Orang Yahudi Rela Tinggal di Padang Paran.

Berita-berita purba ini memberi semagat kepada orang Yahudi bagi mendiami padang pasir Semenanjung Tanag Arab. Terbuai dengan janji-janji, ditambah pula dengan terusirnya mereka dari Jerusalem oleh tentera Rom, membuatkan orang Yahudi berpindah menuju tanah yang dijanjikan, iaitu padang Paran. Seorang anak manusia akan lahir dari padang Paran ini. Namanya begitu terkenal, begitu melekat bahkan dihafal dari hari kehari, yang dalam bahasa Ibrani sehari-hari adalah ‘mhmd;’ dibaca MaHMad, yang bererti “Orang yang terpuji” Mereka kenal nama ini seperti mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Namun sayang, kerana pena palsu menulis Kitab-kitab Yahudi membuatkannya hilang hingga diubah menjadi ‘barang yang indah-indah’ seperti yang disebut dibawah,

Sebab beginilah kata Tuhan semesta alam, sedikit waktu lagi maka Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, laut dan darat; Aku akan goncangkan segala bangsa, sehingga barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa datang mengalir, maka Aku akan penuhi Rumah ini dengan kemegahan, kata Tuhan semesta alam. KepunyaanKulah perak dan kepunyaanKulah emas, demikinlah kata Tuhan semesta alam. Adapun Rumah ini, kemegahannya yang kemudian akan melebihi kemegahannya yang semula, kata Tuhan semesta alam, dan di tempat ini Aku akan memberi damai kesejahteraan, demikianlah kata Tuhan semesta alam.”(Hagai 2:7-10).

Mengenai ayat ini, Rev. David Benjamin Keldani menyebut, ‘barang yang indah-indah’ berasal daripada kata ‘Himada’; dan kata ‘damai sejahtera’ daripada kata’ Syilom’ Hal ini dilakukan berdasarkan terjemahan Bible berbahasa Asyur.

Di dalam teks Ibrani, Hagai 2:7 tertulis “ver ra’ash go’ –ee khem daw’ –ee bo…” Hagai 2:9 tertulis”… maw-kome’ nawthan’ show-lome’ aw-mar’ yeh-ho-vaw’ tsaw-baw’. Terdapat dua kata kunci yang paling berhubung erat, iaitu ‘khemdaw’ dan ‘showlome’ yang sama ertinya dengan Ahmad dan salam. (Islam).

Setelah mengetahui semua kenyataan ini, para ahli penyusun al-kitab meminima erti kata huruf dalam Hagai 2:7/8 dengan nota kaki sebagai berikut:

“Kata khedam di dalam Hagai 2:7 dalam konteks ini tidak mempunyai sandaran lansung tentang datangnya Mesias.

Seakan takut sekiranya kata itu tentang ramalan kedatangan Muhammad, maksud kata khedam itu dengan sengaja dihadkan kepada perkataan diatas. Namun,daripada tulisan Rev. David Benjamin Keldani, dapat diketahui maksud kata khedam secara jelas dan ilmiah. Rev. David Benjamin Keldani menganalisis teks Hagai di atas dengan pendekatan etimologi sebgai berikut:

a. Himda. Kalau saya tidak salah, klausa aslinya dalam bahasa Ibrani berbunyi “ve yayu himdath kol haggoyim”. Yang secara literal bererti ‘dan akan datang Himda bagi semua bangsa’. Akhiran hi dalam bahasa Ibrani, sebagaimana dalam bahasa Arab, berubah menjadi th, atau t sebagai penanda kes sensetif (menyatakan kepemilikan). Kata itu diambil daripada akar kata bahasa Ibrani kuno atau mungkin Arami-hmd (bunyi-bunyi konsonan yang diucapkan hemed). Dalam bahasa Ibrani, hemed biasanya digunakan dalam pengertian keinginan kuat, mengingini sesuatu, nafsu, dan syahwat. Perintah kesebelas dalam Kesepuluh Perentah Tuhan berbunyi “Lo tahmod ish reikha” (“Jangan inginkan isteri sesame kamu”). Dalam bahasa Arab, kata kerja Hamada, juga berasal daripada bunyi konsonan hmd, bererti “memuji” Maksud mana pun yang diambil, fakta kata Ahmad adalah terbentuk dalam bahasa Arab daripada kata Ibrani Himda sudah final dan tidak dibantah. Al-Quran (As-Saff (6):6) menyebut Isa putra Maryam mengkhabarkan kepada Bani Israel akan datangnya seorang nabi daripada Tuhan yang bernama Ahmad. Injil John yang ditulis dalam bahasa Yunani menggunakan kata Paraklektos, satu bentuk yang tidak dikenali dalam literature klasik Yunani. namunPericlytos yang memang berhubungan dengan Ahamad dalam pengertian “masyur, agung dan terpuji” dalam tingkat perbandingan superlative-pasti adalah terjemahan Yunani daripada kata Ibrani Himda atau mungkin Hemida dalam bahasa Arami, seperti yang digunakan oleh Jesus Kristus. Malangnya, tidak ada Injil asli yang ditulis dalam bahasa yang digunakan oleh Jesus!.

b. Shalom. Mengenai etimologi dan signifikasi antara kata shalom, shlama dan salam, islam dalam bahasa Arab, saya tidak perlu menyeret pembaca ke dalam penelitian inguistik. Pakar bahasa Semit mana tau kalau kata Shalom dan Islam berasal dari satu akar kata yanag sama dan kedua-duanya bermakna damai penyerahan diri dan tunduk.

Thursday, February 23, 2012

Muhammad, Benang Merah Senanadung Para Nabi

Semua berita yang disebut adalah ‘benang merah senandung para nabi Bani Israel‘ semua ini menjadi latar belakang bagi dunia Yahudi menjelang kedatangan Muhammad, nabi yang akan datang pada abad ke enam Masihi. Dengan sedalam pengetahuan tentang tanda-tanda kenabian ini, para pendeta Yahudi Madinag berani bertarung tentang kenabian Muhammad. Setelah cukup lama, para pendeta Yahudi menerima utusan Quraisy tentang peribadi Muhammad, garis keturunanya, sifatnya dan aktivitinya sehari-hari, tentang baris-baris al-Quran yang diucapkannya, para pendeta Yahudi itu memberikan suatu keputusan akhir kepada utusan pagan Quraisy dan berkata.

“Tanyakan kepada Muhammad tentang tiga perkara. Jika dia dapat menceritakann kepada kamu tentang tiga perkara itu, dia memang seorang nabi yang diutus, tetapi jika dia tidak dapat menjawabnya maka dia adalah seorang yang hanya mengaku-ngaku dirinya seorang nabi. Tanyakanlah kepadanya tentang pemuda-pemuda pada zaman dahulu kala yang berpergian dan apa yang terjadi pada diri mereka? Sesungguhnya hal ini termasuk perkara yang mengkagumkan. Tanyakan kepadanya tentang seorang lelaki pengembara yang berkeliling sampai ke timur dan barat dan apa yang terjadi padanya? Dan tanyakan kepadanya tentang Roh, apakah Roh itu?”

Dalam fikiran pada pendeta Yahudi itu, Muhammad yang tidak mampu membaca dan menulis itu, sebagaimana yang di ceritakan oleh utusan Quraisy, tentu tidak akan mampu menjawabnya. Sekiranya Muhammad mampu menjawab dengan tepat, sudah tentu kemampuannya menjawab itu terjadi dengan bantuan kuasa pencipta sekelian alam.

Bagi menghadapi ujian ini, Allah tidak membiarkan hambanya menjawab sendirian. Dia menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad bagi menjawab semua pertanyaan itu denga tepat. Ini menjadi bukti, betapa kisah benar yang terkubur sejak berabad-abad lamanya dapat diceritakan dengan baik oleh seorang yang buta huruf. Semua ini terjadi kerana wahyu daripada Allah. Ini yang menjadi pemahaman para pendeta Yahudi itu “Sekiranya Muhammad yang buta huruf mampu menjawab kisah purba itu, Muhammad benar-benar mendapat wahyu daripada Allah. Dan ini adalah tanda-tanda kenabian!”

Perkara yang memeranjatkan para cerdik pandai Yahudi Madinah adalah Nabi Muhammad mampu menceritakan kronologi kisah Zulqarnain secara lengkap dengan kisah Yakjuj dan Makjuj. Kaitan Zulqarnain serta Yakjuj dan Makjuj (Gog Magog dalam istilah Yahudi) ini tidak pernah sedikitpun tertulis di dalam Kitab suci Yahudi. Suatu hal yang ajaib, yang tidak pernah terfikir oleh para imam Yahudi. Para cerdik pandai Yahudi hanya mengetahui kisah Zulqarnain sahaja. Mereka sedikit pun tidak tahu bila Zulqarnain pernah berhadapan dengan Gog Magog. Walaupun Gog Magog tertulis di dalam kitab para nabi Bani Israel, tetapi sekali lagi, kisah Gog Magog berdiri sendiri dengan jawapan Nabi Muhammad.

Sunday, February 19, 2012

Samb: 3 Daniel Menyebut Muhammad sebagai ‘Batu yang Meremukkan Patung’


Itulah impian tuanku, dan sekarang maknanya akan kami katakan kepada tuanku, ‘Wahai tuanku, raja segala raja, yang kedatangannya diberikan kerajaan, kekuasaan, kekuatan dan kemulian oleh Allah semesta langit, dan di dalam tangannya diserahkanNya anak-anak manusia, di manapun meraka berada, binatang-binatang di padang dan burung-burung di udara, dan yang dibuatNya menjadi kuasa atas semuanya itu. Tuanku adalah kepala daripada emas itu. Tetapi sesudah tuanku, akan muncul suatu kerajaan lain, yang kurang besar daripada kerajaan tuanku; kemudian suatu kerajaan lagi, iaitu yang ketiga, daripada tembaga, yang akan berkuasa diatas seluruh bumi. Sesudah itu, akan ada suatu kerajaan yanag ke empat , yang keras seperti besi , tepat seperti besi yang di remukkan dan menghancurkan segala sesuatu; dan seperti besi yang menghancurkan, maka kerajaan ini akan menghancurkan dan meremukan semuanya. Dan seperti tuanku lihat kaki dan jari-jarinya sebahgian daripada tanah liat tukang periuk dan sebahgian lagi daripada besi, itu bererti, kerajaan itu terbahagi; memang kerajaan itu juga keras seperti besi, sesuai dengan yang tuanku lihat besi itu bercampur dengan tanah liat. Tetapi bagaimana jari-jari kaki itu sebahgian daripada besi dan sebahgian lagi daripada tanah liat, demikianlah kerajaan itu akan menjadi keras sebahgian dan rapuh sebahgian. Seperti tuanku lihat besi bercampur dengan tanah liat, itu bererti: mereka akan bercampur disebabkan perkahwinan, tetapi tidak akan menjadi satu kesatuan , seperti besi tidak akan bercampur dengan tanah liat. tetapi pada zaman raja-raja, Allah semesta langit akan mendirikan suatu kerajaan yang tidak akan binasa sampai selama-lamanya. Dan kekuasaan tidak akan beraleh lagi kepada bangsa lain kerajaan itu akan meremukkan segala kerajaan dan menghabiskannya, tetapi kerajaan itu sendiri akan tetap untuk selama-lamanya, tepat bererti yang tuanku lihat, tanpa perbuatan tangan manusia sebuah batu terungkit lepas dari gunung dan meremukkan besi, tembaga, perak, tanah liat dan eams itu. Allah yang Maha Besar memberitahu kepada tuanku raja apa yang akan terjadi di kemudian hari; mimpi itu adalah benar dan maknanya dapat dipercayai.”( Daniel2: 31-45)

Sejak saat itu dengan keyakinan kerajaan syurga sudah dekat, Nabi Isa menghampiri masyarakat keturunan Bani Israel lalu berdakwah kepada mereka dan menjadi pengikutnya. Beliau meneruskan tugas Nabi Yahya. Berdasarkan pengalaman Nabi Yahya . Nabi Isa banyak belajar, semasa berdakwah, Nabi Isa lebih konservetif lebih berhati-hati dalam mengunakan perkataan dan perbuaan serta menjauhi bidang kuasa dan politik. Sekiranya beliau poerlu berkata tentang politik/kuasa, beliau sering mengunakan perumpamaan-perumpamaan. Dengan sikap seperti ini, Nabi Isa terselamat daripada berbagai-bagai ancaman licik orang yang ingin menjerumuskan beliau ke dalam perangkap maut, iaitu perangkap syaitan yanag selalu berusaha menghasut beliau dengan Penguasa Rom.

Bebagai-bagai helah dilakukan oleh orang Yahudi yang tidak senang kepada Nabi Isa. Mereka selalu berusaha mencari helah-helah.yang boleh digunakan bagi mengheret Isa ke dalam penjara Rom. Walaupun mereka mencuba pelbagai usaha, Allah tetap melindunginya sehingga segala tipu daya yang ditujukan kepada Nabi Isa kembali pada si pelakunya. Ini adalah jaminan jagaan Allah untuk orang-orang bertaqwa.

Daripada kitab Daniel ini, dapat diketahui para imam Yahudi percaya ramalan tentang datangnya kemenangan besar, akan muncul suatu kerajaan yang hanya menyembah Allah. kerajaan yang akan menghancurkan segala paganisme Rom dan Parsi. Apabila kemengan itu datang, hanya Allah yang akan disembah. Ini yang ditunggu-tunggu para pendeta Yahudi. Sejarah mencatatkan kehancuran Rom dan Parsi adalah disebabkan oleh perluasan empayer kaumMuslimin, iaitu satu kaum yang mencintai Allah dan membenci paganisme. Kaum yang membawa kalimah “Laa ilaha illaAallah” Tiada Tuhan selain Allah. Kaum ini yang membawa kerajaan syurga. Kedatangannya menyebabkan api yang di sembah di Parsi padam. Empayer Parsi pun tidak akan bangkit lagi. Kedatangannya menyebabkan Kota Jerusalem yang dipenuhi oleh patung-patung Empayer Rom pun menjadi bersih dan suci daripada berhala-berhala..

Saturday, February 18, 2012

Samb: 2 Daniel Menyebut Muhammad sebagai Batu yang Meremukkan Patung

Jesus Christ tidak di tugaskan bagi menghancurkan binatang buas ini. Beliau tidak terlibat dalam urusan-urusan politik, membayar ufti kepada Caesar dan melarikan diri ketika mereka ingin menobatkannya sebagai raja. Beliau dengan jelasnya menyatakan Sang Pemimpin Dunia ini akan datang; kerana sang Periqlyte akan mencabut sampai ke hujung akar-akar syirik (paganisme) yang buruk sekali, semua ini ditunaskan hanya untuk Muhammad dalam beberapa tahun.

Islam adalah kerajaan dan pengadilan atau agama, ia mempunyai kitab hukum iaitu al-Quran. Ia mempunyai Tuhan sebagai Hakim dan Rajanya yang tertinggi dan Muhammad sebagai pahlawannya bakal meraih kebahgian dan keagungan yang abadi.

Begitu juga menurut Agustinus Sriurip Ragil Wibawa yang menyebut tentang kitab Daniel di atas, ramalan Daniel bukan ditujukan untuk Isa. Ini kerana Isa masih berketurunan Israel. Apabila ramalan Daniel di atas di sematkan pada Isa, kenyataan ini bertentangan dengan Taurat itu sendiri, Taurat sendiri merasakan. Seperti Musa yang dikenali Tuhan dengan berhadapan muka tidak ada lagi nabi yang bangkit di kalangan orang Israel. (Ulangan 34:10) ini maksudnya, selepas Nabi Musa, tidak ada lagi nabi daripada keturunan Israel yang diajak bicara lansung oleh Allah.

Jadi, siapakah nabi selain Nabi Musa yang berhadapan muka dengan Allah? Agustinus menghuraikan kata-kata Daniel,

“Aku terus melihat dalam penglihatan malam itu, tampak datang dengan awan-awan dari langit seorang seperti anak manusia; datanglah ia kepada Yang Lanjut Usianya itu, dan ia dibawa kehadapannya,”

Adalah episod ramalan atau peristiwa perjalanan malam. Israq dan Mikraj yang dilakukan Nabi Muhammad bagi bertemu lansung dengan Allah dalam rangka menerima perintah sembahyang lima waktu.

Ramalan Daniel tentang datangnya kerajaan syurga sekaligus membawa kehancurkan empat kerajaan besar dunia, termasuk Empayer Rom yang menguasai Jerusalem. Ramalan Nabi Daniel ini berkait rapat dengan mimpi yang dialami oleh Raja Babilon yang bernama Nebukadnezar. Daniel dipanggil bagi menjelaskan maksud disebalik mimpi itu, sebagaimana disebutkan dalam Daniel 2: 31-45:

“Wahai tuanku, tuanku melihat suatu penglihtan, iaitu sebuah patung yang amat besar! Patung ini tinggi, kilauannya luar biasa, tegak dihadapan tuanku, dan kelihatan dahsyatkan. Adapun patung itu, kepalanya daripada emas tua, dada dan lengannya daripada perak, perut dan pinggangnya daripada tembaga, sedang pehanya daripada besi dengan kakinya sebahgian daripada besi dan sebahgian daripada tanah liat. Sementara tuanku melihatnya, terungkit lepas sebuah batu tanpa perbuatan tangan manusia, lalu menimpa patung itu, tepat pada kakinya yang diperbuat daripada besi dan tanah itu sehingga remuk. Dengan sekaligus diremukannya juga besi, tanah liat, tembaga, perak dan emas itu, semuanya menjadi seperti sekam di tempat pengeringan pada musim panas, lalu angin menghembuskannya. Sehingga tidak ada bekas-bekasnya yang ditemukan. Namun, batu yang menimpa patung itu menjadi gunung besar yang memenuhi seluruh bumi.

Bersambung…

Thursday, February 16, 2012

Daniel Menyebut Muhammad sebagai ‘Batu yang Meremukkan Patung’

Nabi Isa dikenali sebagai orang yang berpegangan teguh pada hukum Taurat dan tulisan nabi-nabi Israel. Beliau tentu pernah membaca kitab Daniel tentang ramalan kehancuran kerajaan-kerajaan dunia termasuk Empayer Rom yang dilambangkan oleh Daniel sebagai empayer bintang besar (Daniel 7: 1-28).

Di dalam sumber yang lain, ia dilambangkan sebagai sebuah patung besar yang terbuat daripada emas, perak, tembaga, besi dan tanah liat (Daniel 2: 31-45). Kerajaan-kerajaan dunia itu hancur, ‘dihakimi’ dengan kedatangan manusia kudus, seorang ‘Anak Manusia’ milik Allah Yang Maha Tinggi, yang membawa kerajaan syurga, dan zaman pemerintahannya adalah selama-lamanya (Daniel 7:17-18).

Dengan datangnya ramalan nabi akan datang itu, kesedihan Nabi Isa akibat pembunuhan Yahya semakin terubat. Nabi Isa semakin segar dan yakin menghadapi hari depan.

Ramalan Daniel tentang kedatangan kerajaan syurga sekaligus bakal menyaksikan kehancuran kerajaan dunia, termasuk kehancuran Empayer Rom yang menguasai Jerusalem.

Berkata Daniel, “Pada malam hari aku mendapat penglihatan, jelas keempat-empat angin dari langit mengoncang laut besar, dan empat binatang besar naik dari laut, yang satu berbeza dengan yang lain.” (Daniel; 7:2-3)

…. Juga kuasa binatang-binatang yang lain dicabut, dan jangka hayat mereka ditentukan sampai pada waktu dan saatnya. Aku terus melihat dalam penglihatan malam itu, tampak datang dengan awan-awan dari langit seorang seperti anak manusia; datanglah ia kepada Yang Lanjut Usia itu, dan ia dibawa kehadapanNya. Lalu diberikan kepadanya kuasa dan kemulian dan kuasa sebagai raja, orang daripada segala bangsa, suku bangsa dan bahasa mengabdi diri kepadanya. Kuasanya adalah kuasa yang kekal, yang tidak akan lenyap, dan kerajaannya adalah kerajaan yang tidak akan musnah (Danile 7: 12-14).

……binatang-binatang besar yang empat ekor itu ialah empat raja yang akan muncul dari dalam bumi; sesudah itu orang kudus milik Yang Maha Tinggi akan menerima pemerintahan, dan mereka akan memegang pemerintahan itu selamanya, bahkan kekal selama-lamanya”. (Daniel 7:17-18).

Berkaitan denga teks yang disandarkan kepada Nabi Daniel itu, Prof. David Benjamin Keldani, pendeta Katolik Rom kumpulan United Chaldean (1895) menjelaskan:

“Saya perlu menarik perhatian yang baik daripada para pembaca saya kepada Fasal Ketujuh Kitab Daniel yang tertulis dengan dialek Aramia atau Babilon. Disana, digambarkan bagaiamana ‘mahkota (kursawan) dana ‘penghakiman’ (Dina) di tegakkan dan ‘buku-buku’ (siphrin) dibukakan.

Dalam bahasa Arab, perkataan ‘Dinu’ bererti seperti bahasa Aramia ‘Dina’ bererti ‘penghakiman’. Namun, umumnya ia digunakan dalam makna ‘agama’ Al-Quran boleh menggunakan ‘Dina’ atau Daniel sebagai ungkapan penghakiman dan agama yang lebih penting. Menurut pendapat saya yang sederhana, ini adalah suatu tanda dan bukti secara lansung daripada kebenaran yang diturunkan oleh Roh Kudus yang sama Jibrail kepada Daniel, Jesus dan Muhammad, Muhammad tidak mampu memalsukan atau mengarang ayat-ayat ini meskipun ia sepandai ahli falsafah Aristoteles.

Pengadilan yang digambarkan dengan segala keagungan, kemuliaannya, di tegakkan bagi menghakimi syaitan dalam bentuk ‘Binatang Buas Keempat’ yang menakutkan oleh Hakim Tertinggi, Yang Maha Kekal. Kemudian, muncul seorang ‘seperti anak manusia’ (Kbarinish atau barnasha), yang dihadapkan kepada Yang Maha Kuasa. Beliau diberi kuasa, kehormatan dan kerajaan buat selamanya. Beliau ditugaskan bagi membunuh binatang buas itu dan menegakkan kerajaan orang suci, milik Yang Maha Tinggi.

Bersambung….


Wednesday, February 15, 2012

Samb: Nabi Isa Menyebut Nabi Muhammad Sebagai ‘Terang yang Besar’

Kepedehan hati Nabi Isa selepas Nabi Yahya di tangkap terubat dengan dua perkara: Adanya berita gembira daripada Allah tentang munculnya “Terang yang Besar” dari arah semenanjung Arab, iaitu bangsa yang mendiami dalam kegelapam (Jahiliah). Kerajaan syurga sudah dekat; kedua, perentah bagi memulakan dakwah menyebarkan khabar gembira. Ini adalah detik awal Isa al-Maseh segera memulakan dakwahnya. Dengan aktiviti dakwah, beliau mengajak setiap keturunan Israel supaya kembali kepada Allah. Dengan itu semua kepedihan menjadi sirna, bahkan berganti dengan rasa gembira. Apabila Nabi Isa semakin sibuk menyebarkan khabar gembira, hati beliau semakin terisi dengan kebesaran Allah. Apabila kebesaran Allah masuk ke dalam hati, dengan sendirinya rasa gelisah dan pedih menjadi sirna.

Keghairahan yang meluap-luap mengenai janji tentang munculnya “Terang yang Besar” daripada keturunan Nabi Ismail bin Ibrahim di Tanah Arab kuasa-kuasa besar dunia akan jatuh, Empayer Rom akan menghilang, waktunya terlalu dekat dengan zaman Nabi Isa lebih mengembirakannya berbanding kepedihan terbunuhnya Nabi Yahya. Sejak saat itu, Nabi Isa dengan yakin memberitahu kerajaan syurga sudah dekat. Di dalamnya terkandung maksud, apabila munculnya kerajaan syurga ini, kuasa-kuasa Empayer Rom akan jatuh, Nabi Isa paham akan hal ini. Namun, beliau tidak memberitahu nasib Empayer Pagan Rom secara terang-terangan di khalayak ramai. Ini kerana risikonya besar sebagaimana yang dialami Nabi Yahya. Beliau berpendapat, dengan menghebahkan dekatnya kerajaan syurga tanpa perlu menghebohkan kehancuran Rom adalah lebih selamat baginya dan para pengikutnya. Ia adalah janji Tuhan yang tercatat di dalam kitab-kitab Samawi.

Di dalam teks Injil diatas, penulis injil Matius menyelitkan kata-kata Nabi Isailah, “Tanah Zebulon dan tanah Naftali, jalan ke laut, daerah seberang sungai Jordan, Galilie, wilayah bangsa-bangsa lain.”

Kemudian di lanjutkan dengan ayat:

Bangsa yang berjalan dalam kegelapan itu melihat ‘terang yang besar’; mereka yang mendiami negeri kelam, di atasnya terang dan bersinar.

Engkau menimbulkan banyak sorak-sorai pada waktu menuai, seperti orang bersorak-sorai pada waktu membahagi-bahagikan harta pampasan.

Sebab beban yang menekannya dan gandar yang di atas bahunya serta tongkat si penindas telah kau pecahkan seperti pada hari kekalahan Midian.

Sebab setiap sepatu tentera yang berderap-derap dan setiap jubah yang berlumuran darah akan menjadi unggun api.

Sebab seorang anak lahir untuk kita, seorang putra diberikan untuk kita; lambang pemerintahan ada di atas bahunya, dan namanya disebutkan orang, ‘Penasihat Ajaib’ Allah yang Perkasa’, ‘Bapa yang Kekal’, ‘Raja Damai’.

Besar kuasanya dan damai sejahtera tidak akan berkesudahan di atas tahta Daud dan di dalam kerajaannya, kerana ia mendasarkan dan mengukuhkannya dengan keadilan dan kebenaran dari kini hingga selama-lamanya. Kecemburuan Tuhan semesta alam akan melakukan hal ini.

Inilah yang difahami oleh Isa Al-Masih tentang janji kemenangan. Dengan khabar gembira yang lama terpendam ini, dada dan hati Isa menjadi lapang. Rasa pedih pun bertukar menjadi gembira yang di sertai dengan rindu kepada yang akan datangnya si pembawa ‘terang yang besar’ dari bangsa yang hidup dalam kegelapan, iaitu padang gurun Tanah Arab. Muhammad ini yang difahami Nabi Isa sebagai pembawa kerajaan syurga. Muhammad ini ‘Berita Gembira’ yang diusung Isa.

Monday, February 13, 2012

Nabi Isa Menyebut Nabi Muhammad Sebagai ‘Terang yang Besar’

Nabi Isa adalah nabi dan rasul yang memberi khabar gembira (Injil atau ‘Euangelion’). Nabi Isa adalah hamba Allah yang baik hidupnya, tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia ini menyebut Muhammad sebagai ‘Terang yang Besar’. Peristiwa ini bermula apabila Nabi Isa mendengar Nabi Yahya (John Pembabtis) ditangkap oleh tentera Herodes Antipas, seorang Yahudi, penguasa Galilie dan Perea, yang menjadi pro Rom, Nabi Isa berasa pilu kerana Nabi Yahya adalah kerabat terdekatnya. Nabi Isa pun menyendiri ke Gelilie, di Kapernaum daerah di tepi Danau Tiberia. Hatinya terasa sesak mendengar berita buruk itu. Nabi Isa pun mengadu kepada Allah, kenapa semua ini terjadi? Kenapa dunia begitu memusuhi orang yang baik?

Di tepi Danau Tiberia, Nabi Isa teringat bagaimana dahulu Nabi Yahya (John) dengan tangannya yang penuh roh imam memegang tubuhnya, kemudian memandikannya di Sungai Jordan, sebagai tanda penyucian diri atau ‘babtis’ dalam tradisi Semit. Nabi isa, masih ingat bagaimana Nabi Yahya menyuruh beberapa pengikutnya mengikuti ajaran Nabi Isa. Ingatan-ingatan ini begitu mendalam. Sekarang, Nabi Isa perlu menghadapi kenyataan Nabi Yahya ditahan oleh penguasa Rom.

Allah pun menguatkan hati Nabi Isa supaya beliau tidak terus bersedih. Allah pun melapangkan rasa gelisahnya, melapangkan dadanya. Allah memberikan khabar gembira kepada Nabi Isa tentang datang nya masa kemenangan iman. Apabila saat kemenangan itu datang, seluruh kegelapan dunia akan tumpas. Termasuk kepercayaan pagan bangsa Roman, dan kemenangan itu seudah dekat waktunya. Berita gembira itu membuat hati Nabi Isa berasa bersinar dan bergelora. Beliau pun memulakan dakwahnya, menyampaikan tentang dekatnya kemenangan iman, iaitu kemenangan kerajaan syurga yang bakal dibawa oleh nabi akhir zaman. Beliau adalah Muhammad yang berasal dari padang gurun Tanah Arab, yang terkenal dengan iklim panasnya hingga padang gurun Arab disebut sebagai ‘negeri yang dinaungi maut’, tempat dimana dulu Nabi Ibrahim menempatkan Hajar dan anaknya yang bernama Ismail.

Bersambung ....


Saturday, February 11, 2012

Kenyataan Nabi Yahya Kepada Pendeta Yahudi Tentang ‘Nabi Akan Datang’

Kepercayaan tentang ‘Nabi Akan Datang’ begitu membekas dalam setiap hati orang Yahudi yang berada dalam cengkaman Rom pada abad pertama Masihi. Seorang nabi daripada bangsa Israel muncul iaitu Nabi Yahya (John Pembabtis), putera Nabi Zakariah. Keturunan para imam-imam Yahudi, iaitu keturunan Nabi Harun. Orang Yahudi menyebut Harun atau Aaron saudara Nabi Musa. Nabi Yahya diutuskan bagi mengingati Bani Israel di Jerusalem supaya mereka kembali kepada hukum Taurat dengan percaya pada akibat, apabila bangsa Israel tidak lagi menjalankan hukum Taurat, generasi mereka akan dihapuskan, Jerusalem dengan kota yang dibangga-banggakan itu juga akan diratakan. Namun, dakwah Nabi Yahya didolak-dalikan oleh para pendeta Yahudi. Suara-suara Nabi Yahya tidak dihiraukan sama sekali.

Ini adalah kesaksian Nabi Yahya pada waktu orang Israel dari Jerusalem mengutus beberapa imam dan orang Lewi bertanya kepadanya, “Siapakah engkau?” Beliau mengaku dan tidak menyangkal, “Aku bukan al-Masih. ”Mereka bertanya kepadanya, “Kalau begitu, siapakah engkau? Nabi Ilyaskah?” Jawabnya. “Bukan!” “ Engkaukah nabi yang akan datang?” Jawabnya “Bukan!” lalu kata mereka kepadanya, “Siapakah engkau? Kami perlu memberi jawapan kepada orang yang mengutus kami. Apa katamu tentang diri kamu sendiri?” jawab Nabi Yahya , “Akulah orang yang suaraku menyeru-nyeru di padang gurun, ‘Luruskan jalan bagi Tuhan,’ sebagaimana yang disampaikan melalui Nabi Yahya.” (KSI, John 1:19-23)

Hal ini membuktikan dalam ajaran Yahudi pada abad pertama Masihi, sudah ada kepercayaan tentang ‘nabi akan datang’. Kepercayaan ini terus dipegang teguh oleh para keturunan Yahudi yang berpindah ke Tanah Arab, khususnya di kota Yathrib (Madinah) sebelum zaman Nabi Muhammad.

Friday, February 10, 2012

Cubaan Membersihkan Diri dengan Mencemarkan Nama Nabi Ishak.

Usaha-usaha berikutnya, dalam rangka membersihkan sejarah bangsa Scythia ini, para Evagelis dan Zionis dengan tegas menyematkan maksud nama ‘Scythia’ dengan nama suku yang berasal daripada nama ‘Isaac’ (Nabi Ishaq bin Ibrahim dalam tradisi Islam). Hal ini dilakukan bagi mendapat sandaran sebagai bangsa yang superior dan daripada keturunan yang terhormat, sebagaimana yang ditulis oleh United Church of God (2001-2008) didalam bukunya yang berjudul “The United States and Britain in Bible Prophecy” chapter 4 – The Mysterious Scythia Burt Into History; Linguisic Links- What’s in a Name?, menyebut bangsa Scythia dipergayai berasal daripada keturunan Isaac (Ishaq). Satu usaha membela diri dengan mencemarkan nama baik Nabi Ishaq bin Ibrahim. Bagi memahami lebih jelas, baca Bab 16: Distorsi Evangelis Barat dan Zionis tentang Gog dan Magog.

Hubung Kait Kristian Ekstrem dan Zionis Yang Meletakan Gog Magog Sebagai Gabungan Negara Islam.

Usaha berikutnya, selepas mereka membersihkan nama Scythia daripada imej Gog Magog, para Evagelis Kristian ekstrem dan Zionis cuba menghuraikan bangsa Gog Magog sebagaimana bangsa-bangsa Muslim yang akan menghancurkan Israel. Dari sini, kelihatan pola berfikir mereka yang sarat dengan kepentingan sesat bahkan Kitab Bible Perjanjian Lama dan baru juga ditafsirkan sesuai dengan kepentingan politik sesat. Hujah mereka ini, memakan diri mereka pada masa akan datang.

Sebuah lama web milik Christian Churches of God, yang beralamat di Australia menulis artikal berbahasaMelayu berjudul “Peperangan Hamon-Gog”. Di-mana dalam artikal itu, disebut Negara-negara Islam dianggap sebagai sekutu-sekutu Gog Magog.

“Allah akan membawa Gog dari utara dan meninggalkan hanya sebahgian yang keenam daripada mereka hidup (Ezekiel 39: 1-2). Mereka akan menyerang Israel dan jatuh di padang yang terbuka. Allah juga akan menghantar api ke atas Magog dan semua mereka yang tinggal di kepulauan dengan semborono (ay.6). Dia akan membuat namaNya yang kudus diketahu ditengah-tengah Israel dan mereka tidak dibenarkan mencemar namanya yang kudus lagi. Justeru itu, kita sedang menanti kembalinya agama yang benar sebagai hasil akhir daripada peperangan ini. Kepercayaan yang paslu dari system utara akan dimusnahkan bersama dengan mereka dengan bangsa sekutu mereka. ini termasuk juga negara-negara Islam yang kita lihat dikatakan bersekutu dengan kuasa-kuasa utara. Dengan ini hubungan akhir dari system-system ini adalah seluruh system Trinitarian, Islam Hadis seperti yang kita lihat sekarang dan juga fahaman Ateisma dan Humanisme berikutan daripada system kominis. Fahaman Yahudi Rabinikal juga akan disingkirkan dengan tradisinya yang memillihara fahaman Yahudi. Daripada iman tersebut selama dua millennium.”

Lebih lanjut, laman Christian Chuches of God menyebut:

“Di mana Bab 37 Ezekiel berbicara tentang Lembah Tulang Kering. Seluruh keluarga Israel akan di singkirkan namun Allah akan membangkitkan umatNya. Keluarga Israel adalah Jemaat, yang merupakan kebun anggur Tuhan (Jews 5:7) dan Jemaat ini akan mati.

Selepas kebangkitan ini berlaku ,golongan kafir akan tahu Allah menyucikan Israel dan bait SuciNya akan berada di tengah-tengah mereka selamanya.

Bessambung…


Wednesday, February 8, 2012

Usaha Mengaburkan Identiti Bangsa Yakjuj dan Makjuj

Dengan menjelajah lebih jauh Inskripsi Yahudi ini, jelas para penyalin Bible cuba menutup peranan bangsa Gog dan Magog dalam sejarah sisio-politik di kawasan Timur Tengah. Pada masa sekarang, para evangelis barat dan timur juga berusaha menutup peranan bangsa Gog dan Magog di dalam Bible. Dengan mengunakan hasil-hasil penelitian sejarah yang jujur, dapat diketahui sebenarnya sebahgian bangsa Nabi-nabi Bani Israel, bermula dengan nabi Ezekiel, Yunus, Amos, Joel, Isaiah Nahum dan Jeremiah khusus diutus Allah bagi satu tugas besar iaitu, mengingatkan Bani Israel daripada bahaya datangnya Gog dan Magog . sebahgian besar kitab para nabi Bani Israel mengandungi bahaya datangnya Gog dan Magog. Tetapi para penyalin Bible pada masa lalu dan para evangelis moden masa kini, berusaha menutup tema serangan Gog dan Magog. Hal ini menimbulkan tanda tanya besar, untuk apakah semua itu dilakukan? Kepentingan apakah yang terkandung di dalamnya?

Dengan mengunakan analisis sejarah,jelas bangsa Gog dan Magog pernah keluar merlakukan perluasan kuasa ke kawasan Timur Tengah pada abad 8 hingga abad 4 SM.menurut Flavius Josephus. Magog adalah bangsa Scythian (orang Scythia). Siapakah bangsa Scythia ini.bagi mengetahui lebih jauh bangsa ini, bacalah Bab 4: bangsa Nomad Scythia adalah Gog Magog.

Setelah dibandingkan dengan para penafsir Bible Moden, ramai para Evangelis Barat menyimpulkan bangsa Scythia ini berasal daripada keturunann Israel, iaitu daripada keturunan 10 suku Israel yang hilang (The Ten Tribes of Israel)

Setelah kaum Evagelis dan Zionis menyimpulkan bangsa Scythia adalah keturunan Israel dan daripada Scythia ini lahirlah bangsa-bangsa Eropah dan Amerika Syarikat, mereka cuba membersihkan sejarah Scythia supaya mereka dikenali sebagai bangsa yang beradab, mereka mengantikan rupa sejarah Scythia yang nomad barbar menjadikan bangsa yang beradab. Suatu kesalahan sejarah yang fatal. Lebih malang lagi apabila mereka menyalahkan kenyataan Flavius Joshepus yang menyebut Scythia adalah keturunan daripada Magog. Ia adalah putar belit fatka yang mengelirukan.

Tuesday, February 7, 2012

Analisis Tentang Yakjuj dan Makjuj

Dengan eksplorasi inskripsi Yahudi, dapat diperolehi maklumat tentang garis keturunan Yakjuj dan Makjuj. Keturunan Yakjuj dan Makjuj berasal dari garis keturunan Yafits, Yafet atau Japheth bin Nuh, iaitu dalam kitab Kejadian/ Genesis 10:1-2. Begitu juga dalam Inskripsi Laut Mati, terdapat beberapa ayat yang menyebut Magog. (Majuj atau Makjuj) adalah anak daripada Yafet, bin Noah. Bagi mengetahui lebih jauh tentang siapa bangsa Magog ini, perlu dilihat tulisan-tulisan penafsiran Perjanjian Lama serta para sejarawan pada zaman yang lampau.

Bagi memahami apa yang tertulis atau tekstualnya, tentu kita perlu mempelajari juga apa yang pernah terjadi atau kontekstualnya, sejarah yang berlaku pada masa itu. Salah satu Inskripsi Yahudi berupa kitab nabi-bani Bani Israel, khususnya kitab Ezekiel, menyimpan infomasi tentang Gog Magog. Oleh itu, perlu ditelusuri masa kehidupan nabi Ezekiel ( di dalam tradisi Islam disebut Nabi Zulkifli). Berkaitan dengan hal ini, analisis yang digunakan adalah dengan metode Analisis Sinkronik-Diakronik. Analisis Sinkronik adalah bagi mengsinkronisasikan teks-teks Yahudi, kemudiasn dibandingkan dengan Analisis Diakronik, iaitu sejarah yang dilingkupi teks-teks tersebut (sejarah Yahudi dan sejarah Timur Tengah). Dengan analisis itu, baru dapat diketahui dengan jelas rupa sejarah Yakjuj dan Makjuj atau Gog Magog.

Oleh itu, kita perlu telusuri sejarah masa lampau, memasuki lorong-lorong peradaban Mesopotamia dan kawasan Fertile Crescent di Timur Tengah bagi menyingkap kembali sejarah yang terkubur selama berabad-abad lamanya. Hanya dengan menyusuri sejarah, kita mampu membongkar rahsia bangsa barbar Yakjuj dan Makjuj.


Monday, February 6, 2012

Talmud

Inskripsi Yahudi yang lain adalah Talmud. Perkataan “Talmud” ini bermakna pengajaran atau ajaran. Karya- karya yang disebut begitu adalah hasil kerja beberapa penganut mazhab Yahudi. Isinya mengenai kelakuan. Para ahli itu mendakwa mereka memberi kepada Taurat Musa ‘pagar’ supaya ditepati dengan baik. Talmud-talmud itu sebenarnya adalah hasil beberapa angkatan ahli. Oleh kerana tempoh menyiapkannya lama, bahan-bahan itu disampaikan oleh guru secara lisan sahaja lalu dihafalkan oleh murid. Di dalamnya terkandung diskusi-diskusi, keterangan-keterangan, tafsiran serta penerpaan dan contoh yang diberikan oleh ahli-ahli dari zaman dahulu dan terus bertambah banyak. Dapat difahamkan bahan itu umumnya bercorak kasuistri. Ia ditetapkan seperti apa yang boleh dilakukan ataupun tidak boleh dilakukan, perbuatan sah, batal dan sebagainya. Talmud-talmud itu hampir sedikit serupa dengan hadis Islam yang menghuraikan mengenai ilmu fikah. Tetapi kandungannya di dalam Talmud tidak merujuk sumbernya kepada Nabi Musa sebagaimana hadis Islam merujuk semua sumber kandungannya kepada Nabi Muhammad. Di dalamnya terdapat berbagai-bagai pendapat yang pernah dikemukakan oleh ahli tersohor dengan merujuk kepada Kitab Cuci.

Setelah beberapa kali bahan tradisional itu dikumpulkan dan direkodkan, hanya dua edisi akhir terpelihara dan berpengaruh hingga kini. Kedua edisi ini adalah hasil susah payah dua pusat ilmu perundangan Yahudi, satu di Jerusalem di kenali Talmud Yerushalmi ( Talmud Jerusalem), yang lain di Mosopotamia dikenali sebagai Talmud Bavli (Talmud Babilon). Jadi, ada dua Talmud, yang pertama memuatkan tradisi dari Jerusalem, manakala yang kedua dari tradisi daripada Mesopotamua. Anehnya, di dalam tiga buku tulisan Falvius Josephus yang ditulis pada abad pertama Masihi, tidak ada satu pun sebutan tentang Talmud. Ini menguatkan hujah, tradisi penulisan Talmud hanya bermula jauh melepasi zaman pemberontakan itu.

Talmud mengandungi bahgian diskusi para Rabi Yahudi tentang hukum, etika atau perilaku, tradisi dan sejarah Yahudi. Talmud terdiri daripada dua bahgian, ia itu lisan yahudi, khususnya di kalangan mazhab Farisi. Ia menjadi bahan perdebatan sepanjang tahun 70-200 M. oleh kelompok Rabi Yahudi yang disebut “Tanaim”(Tanakh). Tanakh, adalah rabi yang berugas sebagai guru, pembuat hukum dan penghubung dengan kerajaan Rom pada zaman 70-200 M. kumpulan para Tanakh disebut ‘Tanaim’, begitu juga aman mereka disebut zaman Tanaim.

Gemara tidak lain adalah Mishnah yang dihangatkan kembali, disajikan secara lisan dalam bahasa Aramic, ditimbang dalam bahasa Ibrani dan disamarkan sebagai pindan-pindaan terhadap Mishnah.

Ada dua Talmud yang Berjaya dikumpul; Talmud Jerusalem dan Talmud Babilon yang mendapat kedudukan lebih besar. Walau bagaimanapun, ketetapan yang pasti masih diperdebatkan. Contohnya, Talmud Babilon mempunyai empat tarikh yang berbeza yang perlu diputuskan iaitu 400, 500, 600 dan 700 M. ini bermaksud, tidak ada kepastian dan bukti, meskipun tarikh yang diberikan Neusner adalah benar, penyelesaian pada suntingan akhir ini terjadi pada zaman Peradaban Islam di Iraq dengan bantuan sarjana fikah. Hakikatnya, komentar dan penjelasan tentang Minsah ini terus-menerus berlaku dan berlajutan. Ia sebuah projek penulisan Talmud yang terus berjalan, bahkan pada abad 13 M. projek ini masih belum berhenti. Peradaban Islam yang jelas memainkan peranan yang dominan dalam membantu keupayaan Yahudi ini.

Max I Dimon merekodkan kekhuatiran para Rabi Yahudi semasa pergolakan abad 5 hingga 7 Masihi, iaitu masa perang antara Muslim dengan Parsi dan Rom. Pergolakan ini membawa pengaruh kepada hilangnya tradisi lisan Yahudi. Para Rabi Yahudi saat itu mula mengizinkan penulis-penulis bagi merekodkan bahgian-bahgian Mishnah dan Gemara. Usaha-usaha penyusunan ini diletakkan atas para pelajar yang di kenali sebagai Saboraim. Mereka adalah golongan yang cukup faham bahasa Ibrani dan Aramic. Teks hasil kombinasi mereka ini kemudiannya disebut sebagai Talmud. Tugas ini memakan waktu hingga 200 tahun bahkan lebih.

Daripada keterangan ini,jelas penulisan Talmud bermula setelah berlakunya perluasan Empayer Islam sehingga gaya penulisan Talmud diinspirasikan oleh sistem fikah Islam. Ia adalah kekusutan yang jelas dapat dibuktikan. Maksudnya, pencerahan yang dibawa oleh orang Islam mempergaruhi pada pencerahan bangsa Yahudi. Jadi, adalah tidak logik apabila para Orientalism menuduh al-Quran menciplak kitab-kitab sebelumnya.

Daripada cara menyusun kaedah-kaedahnya, juga jelas penyusunan bentuk akhir Talmud oleh Rabi Yahudi diilhamkan oleh metode penyusunan fikah Islam didalam Talmud, ada bab tentang Tohoroth (Bersuci), Nashim (Kewanitaan), Sabbath (Peribadatan Hari Sabtu), Kodashim (Ritual Haiwan Korban), Nazikim (Kehancuran) dan lain-lain. Hanya di dalam penyusunan Talmud, tidak diperkenalkan kaedah-kaedah dalam mengeluarkan sesuatu hukum. Akibatnya, banyak ayat Talmud bertentangan dengan sumber asli, iaitu kitab Taurat dan kitab para nabi Bani Israel. Hal ini pernah dikritik Nabi Isa ribuan tahun yang lampau.

Beberapa bahgian Talmud dalam tradisi lisan memang sudah ada sejak zaman Nabi Isa (jesus). Terdapat banyak kesalahan Rabi Yahudi dalam mengeluarkan kesimpulan hukum-hukum Nabi Musa yang mana hal ini dikritik oleh Nabi Isa pada waktu itu. Misalnya tentang aktivi pada hari Sabtu atau Sabat.

Sunday, February 5, 2012

Macam Mane Rupa Yakjuj dan Makjuj


Yakjuj dan Makjuj makhluk perosak di akhir zaman.



Inikah rupa Yakjuj dan Makjuj?


Apakah spesis Yakjuj dan Makjuj itu? Haiwan ataupun manusia?
makhluk ini di kurung di dalam sebuah gua ghaib hingga sampai waktunya, spesis makhluk ini akan keluar merusakkan dunia.


Saturday, February 4, 2012

Naskah Laut Mati ‘The Dead Sea Scroll'

Ketika Jerusalem di hancurkan oleh tentera Rom, beberapa kumpulan moderat Essenes selamat dan mereka dikatakan berlindung di dalam gua-gua di Qumran. Mereka kemudiannya membentuk komuniti Yahudi di Qumran. Mereka juga mungkin daripada kalangan Yahudi murid-murid Nabi Yahya atau John Pembabtis.

Naskah-naskah Laut Mati adalah kumpulan naskah-naskah agama koleksi kaum Essenes, yang tinggal di Qumran dan berasal dari abad 1SM. Naskah ini mengandungi antara lain salinan-salinan naskah Perjanjian Lama, tafsiran nas-nas Perjanjian Lama dan naskah-naskah komuniti itu sendiri. Gua Qumrah berkait rapat dengan tinggalan Khirbet Qumran yang dihancurkan pada tahun 68 M pada Pemberontakan Yahudi Pertama. Penelitian ahli arkeologi tentang baranag-barang peninggalan yang di dapati di dalam gua secara umum menunjukan Fasa Zaman; contohnya, sepotong linen yang diuji mengunakan carbon-14 menunjukan tarikh antara 167 SM dan 233 M. Peninggalan-peninggalan di tempat itu menyimpul sebuah tarikh yang memungkinkan manuskrip- manuskrip di Qumran ditempatkan pada zaman Pemberontakan Yahudi Pertama ini, 66.70 M.

Rangkaian gua yang kedua, di Wadi Murabba’at memiliki sejarahnya tersendiri. Kisah ini bermula pada musim gugur 1951, ketika orang Badwi menemui empat gua di sebuah kawasan hampir 20 kilometer dari selatan gua Qumran. Penggalian berikutnya mengungkapkan, “Gua-gua itu dihuni beberapa kali sejak tahun 4000 SM hingga zaman Arab.”Beberapa dokimen-dokimen yang ditemui di dalamnya mengidintifikasikan gua-gua itu berfungsi sebagai tempat perlindungan dan pemberontakan sepanjang tempoh Pemberontakan Yahudi Kedua. Petikan-petikan skrol Perjanjian Lama juga ditemui disini. Walaupun tulisannya lebih maju daripada yang ditemukan di Qumran; secara kebetulan, teks di dalam skrol-skrol ini sama dengan teks Masaro (sejenis teks yang pada akhirnya menggantikan seluruh teks yang lain lalu membentuk dasar bagi Perjanjian Lama seperti yang ada sekarang ini). Sarjana Barat bersetuju menetapkan manuskrip-manuskrip ini dapat ditentukan tarikhnya dengan pasti pada zaman Pemberontakan Yahudi Kedua (132-135 M). berkait dengan ketetapan ini, ada beberape pendapat yang masih meragukan ketepatannya.

Daripada petikan Naskah Laut Mati yang berjudul ‘Ratapan untuk Zion’ (4Q179) jelas mengandungi puisi ratapan tentang kehancuran Jerusalem tahun 70 M oleh kerana dosa-dosa Israel sendiri. Dari sini, jelas inskripsi ini serta Naskah Laut Mati lainnya dibuat setelah tahun 70 M.

Dalam kedudukan serba mencengkam ini, Kristian pun berpecah kepada Kristian Pauline yang bermahzab Helenis yang di pelopori Paulus, dan Kristian Yahudi ysng dipelopori saudara Nabi Isa yang bernama Yakobus bin Yusuf. Dalam perkembangannya, Kristian Yahudi (Yudeo Kristian) di kalahkan oleh Kristian Pauline yang hampir dengan penguasaan. Hingga sekitar tahun 300-an Kaisar Rom menjadikan agama Kristian mahzab Pauline menjadi agama rasmi. Dalam latar belakang dunia yang seperti ini, terbentuk kitab Perjanjian baru.


Friday, February 3, 2012

Kenapa Kita Perlu Mengkaji Yakjuj dan Makjuj Melalui Inskripsi Yahudi?

Sejarah Islam melaporkan sebab turunnya ayat-ayat al-Quran tentang Yakjuj dan Makjuj adalah jawapan balas Allah kepada soalan orang Yahudi Madinah tentang Zulqarnain. Orang Yahudi melalui orang kafir Quraisy Makkah menguji bukti kenabian Muhammad dengan soalan tentang Zulqarnain.

Allah pun menjawab pertanyaan Yahudi tentang Zulqarnain sekaligus menceritakan cabaran Zulqarnain mengatasi bangsa Yakjuj dan Makjuj. Kisah ini boleh dirujuk dalam al-Quran surah al-Kahfi ayat 83-98.

Merujuk kepada pertanyaan pendeta-pendeta Yahudi itu, dapat diduga pengetahuan mereka tentang Zulqarnain cukup mendalam. Oleh sebab itu, jejak Yakjuj dan Makjuj perlu diterokai di dalam kitab-kitab Yahudi, adakah di dalamnya dicatatkan kisah Yakjuj dan Makjuj serta Zulqarnain.

Setelah dikaji secara mendalam, ada beberapa perbezaan antara huraian al-Quran menyatukan kisah Yakjuj dan Makjuj dengan episod pemgembaran Zulqarnain. Sementara sumber-sumber Bible hanya menceritakan tentang Yakjuj dan Makjuj atau Gog Magog sahaja tanpa mengaitkan dengan kisah pengembaraan Zulqarnain. Kedua, di dalam Bible tidak mengesahkan secara jelas tentang sifat dan peribadi Zulqarnain. Padahal turunnya al-Quran surah al-Kahfi kepada Nabi Muhammad, menjelaskan sifat perlakuan Zulqarnain. Ia sebagai jawapan kepada pertanyaan orang Yahudi. Logiknya adalah semestinya para pendeta atau Rabi Yahudi cukup kenal tentang sifat peribadi Zulqarnain yang kisahnya terkubur sebelum kelahiran Nabi Isa lagi. Tentu infomasi ini bukan sekadar dari mulut ke mulut, bahkan di rekodkan secara teks di dalam kitab-kitab Bani Israel, sebagaiman disebut di atas. Di dalam Bible, sama ada di dalam Perjanjian Lama (Old Testament) ataupun Baru (New Tastament), tidak di jumpai sedikitpun tentang sifat Zulqarnain. Yang ada di dalm Bible hanya kisah Gog dan Magog.

Peristiwa ini menjadi satu tanda tanya yang besar yang memerlukan jawapan. Pada satu sudut Rabi Yahudi pada zaman Nabi Muhammad adalah orang Yahudi, melalui lidah orang kafir Quraisy, mereka menguji bukti kenabian Muhammad dengan persoalan tentang Zulqarnain, penjelajah dunia yang jarak masanya dengan Nabi Muhammad melangkau ribuan tahun.namun, pada sisi yang lain, sifat Zulqarnain ini tidak disebut secara jelas dalam Old Testament dan New Tastament. Hal ini menimbulkan persoalan, adakah hanya kerana Zulqarnain bukan daripada keturunan Israel, maka ia terus direkodkan dan diabadikan dalam inskripsi-inskripsi Yahudi? Suatu hal pelik yang memerlukan jawapan yang tidak mudah.

Terdapat beberape tujuan dalam eksplorasi inskripsi Yahudi tentang Yakjuj Makjuj iaitu:

1. Mengetahui dan memahami teks-teks Yahudi tentang Yakjuj Makjuj.

2. Mengetahui kronologi sejarah bangsa Yakjuj dan Makjuj. (Siapakah mereka? Di Mana lokasi kediaman mereka? Bilakah mereka keluar menyerang?).

3. Mengetahui hubung kait sejarah antara bangsa Yahudi dengan bangsa Yakjuj dan Makjuj.

4. Menjawab tuduhan Orientalis dan Evangelis yang menuduh kisah Yakjuj Makjuj dalam al-Quran adalah plagiat daripada kitab-kitab Yahudi dan kitab sejarah.

5. Menjawab tuduhan Orientalis, Evangelis (misionaris) dan Zionis yang menuduh Gog dan Magog atau Yakjuj dan Makjuj adalah suatu bangsa dari negara-negara Islam.

Thursday, February 2, 2012

Ini Nama-Nama Nabi Dalam Inskripsi Yahudi

Anak cucu nekwan yang ingin memilih nama bagi bayi mereka atau pun remaja ramaji yang nak tuka nama glamer, hati2 jangan sampai guna nama yang sebutannya dalam inskripsi Yahudi.

Senarai Nama Nabi-Nabi dan Sebutannya Di dalam Inskripsi Yahudi.

1. Adam (Adam)

2. Idris (Enoch)

3. Nuh (Noah)

4. Saleh (Shelah)

5. Ibrahim (Abraham)

6. Lut (Lot)

7. Ismail (Ishmael)

8. Ishak (Isaac)

9. Yaakub (Jacob)

10. Yusuf (Joseph)

11. Aiyub 9Job)

12. Syuaib ( Jethro)

13. Hud (Eber)

14. Musa (Moses)

15. Harun (Aaron)

16. Daud (David)

17. Sulaiman (Solomon)

18. Ilyas (Elijah)

19. Ilyasa’ (Elisha)

20. Yunus (Jonah)

21.Zulkifli (Ezekiel)

22. Zakaria (Zechariah)

23. Yahya (John the Baptist)

24. Isa (Jesus)

25. Muhammad

Mengenali Inskripsi Yahudi

Hingga detik-detik waktu ketika pembaca membaca buku ini, persoalan Yakjuj dan Makjuj masih diselimuti oleh kabus misteri. Kitab-kitab Samawi yang diturunkan dari langit seperti Taurat, Injil dan al-Quran, masing-masing menyebut mengenai Yakjuj dan Makjuj. Al-quran menyebut Yakjuj dan Makjuj adalah bangsa yang membuat kerusakan di atas muka bumi. Dengan tercatatnya nama Yakjuj dan Makjuj di dalam ketiga-tiga kitab Samawi ini, kehadiran Yakjuj dan Makjuj dalam panggung sejarah dilihat begitu menggemparkan dunia.

Banyak buku yang ditulis membahaskan tentang bangsa yang kejam. Ini isu-isu yang sering menjadi persoalan misteri adalah, apakah sepsis Yakjuj dan Makjuj ini? Haiwan atau manusia? Dimana kediaman mereka? Sejak bilakah kali pertama mereka di temui? Negeri-negeri manakah yang pernah diserang oleh Yakjuj dan Makjuj? Benarkah mereka akan keluar lagi bagi merusakkan dunia?.