Monday, February 13, 2012

Nabi Isa Menyebut Nabi Muhammad Sebagai ‘Terang yang Besar’

Nabi Isa adalah nabi dan rasul yang memberi khabar gembira (Injil atau ‘Euangelion’). Nabi Isa adalah hamba Allah yang baik hidupnya, tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia ini menyebut Muhammad sebagai ‘Terang yang Besar’. Peristiwa ini bermula apabila Nabi Isa mendengar Nabi Yahya (John Pembabtis) ditangkap oleh tentera Herodes Antipas, seorang Yahudi, penguasa Galilie dan Perea, yang menjadi pro Rom, Nabi Isa berasa pilu kerana Nabi Yahya adalah kerabat terdekatnya. Nabi Isa pun menyendiri ke Gelilie, di Kapernaum daerah di tepi Danau Tiberia. Hatinya terasa sesak mendengar berita buruk itu. Nabi Isa pun mengadu kepada Allah, kenapa semua ini terjadi? Kenapa dunia begitu memusuhi orang yang baik?

Di tepi Danau Tiberia, Nabi Isa teringat bagaimana dahulu Nabi Yahya (John) dengan tangannya yang penuh roh imam memegang tubuhnya, kemudian memandikannya di Sungai Jordan, sebagai tanda penyucian diri atau ‘babtis’ dalam tradisi Semit. Nabi isa, masih ingat bagaimana Nabi Yahya menyuruh beberapa pengikutnya mengikuti ajaran Nabi Isa. Ingatan-ingatan ini begitu mendalam. Sekarang, Nabi Isa perlu menghadapi kenyataan Nabi Yahya ditahan oleh penguasa Rom.

Allah pun menguatkan hati Nabi Isa supaya beliau tidak terus bersedih. Allah pun melapangkan rasa gelisahnya, melapangkan dadanya. Allah memberikan khabar gembira kepada Nabi Isa tentang datang nya masa kemenangan iman. Apabila saat kemenangan itu datang, seluruh kegelapan dunia akan tumpas. Termasuk kepercayaan pagan bangsa Roman, dan kemenangan itu seudah dekat waktunya. Berita gembira itu membuat hati Nabi Isa berasa bersinar dan bergelora. Beliau pun memulakan dakwahnya, menyampaikan tentang dekatnya kemenangan iman, iaitu kemenangan kerajaan syurga yang bakal dibawa oleh nabi akhir zaman. Beliau adalah Muhammad yang berasal dari padang gurun Tanah Arab, yang terkenal dengan iklim panasnya hingga padang gurun Arab disebut sebagai ‘negeri yang dinaungi maut’, tempat dimana dulu Nabi Ibrahim menempatkan Hajar dan anaknya yang bernama Ismail.

Bersambung ....


No comments:

Post a Comment