Kepercayaan tentang ‘Nabi Akan Datang’ begitu membekas dalam setiap hati orang Yahudi yang berada dalam cengkaman Rom pada abad pertama Masihi. Seorang nabi daripada bangsa Israel muncul iaitu Nabi Yahya (John Pembabtis), putera Nabi Zakariah. Keturunan para imam-imam Yahudi, iaitu keturunan Nabi Harun. Orang Yahudi menyebut Harun atau Aaron saudara Nabi Musa. Nabi Yahya diutuskan bagi mengingati Bani Israel di Jerusalem supaya mereka kembali kepada hukum Taurat dengan percaya pada akibat, apabila bangsa Israel tidak lagi menjalankan hukum Taurat, generasi mereka akan dihapuskan, Jerusalem dengan kota yang dibangga-banggakan itu juga akan diratakan. Namun, dakwah Nabi Yahya didolak-dalikan oleh para pendeta Yahudi. Suara-suara Nabi Yahya tidak dihiraukan sama sekali.
Ini adalah kesaksian Nabi Yahya pada waktu orang Israel dari Jerusalem mengutus beberapa imam dan orang Lewi bertanya kepadanya, “Siapakah engkau?” Beliau mengaku dan tidak menyangkal, “Aku bukan al-Masih. ”Mereka bertanya kepadanya, “Kalau begitu, siapakah engkau? Nabi Ilyaskah?” Jawabnya. “Bukan!” “ Engkaukah nabi yang akan datang?” Jawabnya “Bukan!” lalu kata mereka kepadanya, “Siapakah engkau? Kami perlu memberi jawapan kepada orang yang mengutus kami. Apa katamu tentang diri kamu sendiri?” jawab Nabi Yahya , “Akulah orang yang suaraku menyeru-nyeru di padang gurun, ‘Luruskan jalan bagi Tuhan,’ sebagaimana yang disampaikan melalui Nabi Yahya.” (KSI, John 1:19-23)
Hal ini membuktikan dalam ajaran Yahudi pada abad pertama Masihi, sudah ada kepercayaan tentang ‘nabi akan datang’. Kepercayaan ini terus dipegang teguh oleh para keturunan Yahudi yang berpindah ke Tanah Arab, khususnya di kota Yathrib (Madinah) sebelum zaman Nabi Muhammad.
No comments:
Post a Comment