Sunday, September 25, 2011

Jamuan Raya di Surau Wangsa Maju Sek.4

Petang tadi, Jamuan Hari Raya di Surau Seksyen 4, Wangsa Maju.
Alhamdulillah banyak rezeki yang Allah beri, disamping menghubungkan siratulrahim sesama insan.

Semalam mereka ni bergotong royong memasak makanan lauk pauk dan nasi putih serta laksa Penang, nasi impet, kuah kacang sup giar box. arr.. memacam lagiii.. Nekwan tak dapat nak nolongnya, sebab nekwan sakit lutut.
Kata doktor: tempurung lutut nekwan dah lari dari positionnya.. arrr bayangkan? luutut pun boleh lari... ha ha haaa... sampai dah bengkak! .. doktor marah nekwan kaw-kaw nyeeerr... dok lah nekwan cam orang bodoh bagi doktor tu marah! lepas kelua dari pintu klinik nekwan lepas geram tunjuk buku lima... kat pintu klinik tu... kah kah .. nasib baik doktor tu tak nampak! kalau nampak!? nekwan tak gi lagi dah!...
Memang orang tua ni tak tau beterima kasih.... eh eh eheeeee....


Hmmmm.... berselera Cik kak ni makan sup giar box... sampai ketib bibeeeerrrr...


Arrr... Ni laa Puan Azizah. Bilal wanita Kumpulan Muslimah Al-Wardah Wangsa Maju! Uiik! suara dea poweeeeerr... baca doa dan ngaji tak yah pakai microphone. Vocal! baek punyaaa...


Yang ni Cik Pah kita.. lenggang Mak Limah kao! dari jauh... senyum nampak macam belasan tahun tuuuu... mengancam lagik!

Kak Pah dan Kak Ina kita sempat possing lagii.. walaupun dah letih! dari semalam bertungkus lumus menyiapkan makan untuk hari ni.




Cik Kiah, Cik Timah, Cik Yah sempat juga bergaya.... biarpun dah keletihan.

Tak banyak gambar yang dapat nekwan rakamkan, sebab nekwan dah lambat sampai.. kebanyakkan tetamu dah beransur pulang.

Monday, September 19, 2011

30110831 Humanitarian aids Somalia - Bubur lambok Somalia



Kesengsaran dan Keperitan Hidup Rakyat Somalia.

Mendengar berita dari Somalia, bagaimana penderitaan yang di hadapi oleh rakyat negera itu, sungguh menyayat hati. Yang mana diberitakan 3,000 rakyatnya yang akan menghadapi kematian akibat kebuluran. Sungguh pilu… terbit rasa keinsafan dalam hati nekwan, betapa azab dan sengsaranya hidup ini jika tiada makanan dan tempat perlindungan.

Segala yang berlaku adalah cermin diri kepada seluruh umat manusia yang ada diatas muka bumi ini supaya mengambil iktibar dari apa yang terjadi di Somalia, dan betapa besarnya kekuasaan Allah yang menghendaki sesuatu itu berlaku. Dengan itu selalulah kita bersykur dengan apa yang dikurniakan Allah pada kita hari ini.

Di Negara kita Malaysia, makanan melimpah ruah dan rezeki yang Allah kurniakan amat luas. Jika ada yang perihatin. Kongsikanlah rezeki kita kepada mereka yang amat memerlukan, disini kami berpakaian berharga berates ringgit malah ada yang beribu ringgit, sedangkan saudara seagama dan jiran Negara kita ada yang mati kebulurun.

Malam ini masjid2 di seluruh Malaysia akan mengadakan solat hajat untuk warga Negara Somalia, selain dari bantuan, kami rakyat Malaysia mendoakan semoga Allah melindungi rakyat Somalia dari segala keperitan hidup dan kedhaifan yang melanda Negara itu. Amin.

Sunday, September 18, 2011

Jamuan Raya di Dewan Umno Wangsa Maju...

Majlis jamuan hari raya yang di adakan di Dewan Umno Wangsa Maju seksyen 4 semalam.

wah! sepanjang bulan Syawal ni, makan free aje lah kita ye? ha! sana sini open house... sampai tak termakan-makan lagi... Alhamdulillah syukurrrrr.. murah rezeki rakyat Malaysia, makanan melimpah ruah.


Dalam keadaan begini tak lupa juga kita kepada yang tiada dan yang amat memerlukan, seperti insan-insan di Somalia, yang menghadapi kebuluran...


Pada yang mampu, yang dikurniakan rezeki yang mewah, derma-dermalah siket kat insan-insan yang kurang bernasib baik di Somalia, semoga Allah menggandakan lagi rezeki kita dan aman makmur negara kita. Amin!







Wajah yang ceria terbit dari hati yang bersih. perhubungan siratulrahim malam ini sungguh bermakna.

Saturday, September 10, 2011

Rescuing Cat in Petknode



Lihatlah! betapa mereka menderita dan mengharapkan belas kesian dan bantuan dari wajah-wajah mereka jelas kelihatan kesedehan yang tak dapat disuarakan melainkan menanti pertolongan dan kerehdaan Allah.

Sayu hati nekwan menitis airmata, memandang wajah setiap kucing ini, mata mereka bagaikan menceritakan kesusahan dan seksa yang mereka alami. Dan ada diantara mereka yang sedang menunggu ajalnya. Tubuh mereka yang semakin merangka. terbaring lemah dan tak berdaya.

Alangkah kejamnya manusia. Semoga Allah berikan balasan dan seksaan yang belipat kali ganda atas si pelaku. Amin!

Wednesday, August 31, 2011

Beraya Dengan Sufi & Shirah

Lepas solat Aidilfitri, bersarapan dan beraya bersama anak cucu dulu, kemudian baru mengunjungi Taman Abadi. Pusara arwah-arwah yang bersemadi disini, dengan meyedekahkan Al-Fatihah dan Yassin untuk yang tersayang.



Tanah Perkuburan Islam Cheras


" Maii! sufi bukak" wah! shirah tak saba-saba lagiiii.. Dahaga sangat laa tuu...


Berebut-rebut arrr.. nak tengok gamba dengan Pak long deaaa...


Tengok tu! dah begaduh laa pulak! pening! peniiiing! pale melayan kerenah deorang niiii.



Ape yang dea tengok tu?



Sufi dan Shirah senyum sempoi.



Senyum ceria dipagi Aidilfitri



Shirah sempat menjeling lagiii...


Haa.. ni lah hero Malaya. Cam Tokoh Politik zaman dulu...


Nekwan rasa sungguh terhibur raya tahun ni, dua-dua anak cucu dan menantu nekwan ada bersama beraya dengan nekwan, Alhamdulillah, segalanya ketentuan Allah Yang Maha Pemberi.


Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya

Allaaahu akbar Allaaah hu akbaar Allaahu akbarrr…
Laaaillaaahaillallaah walllaaahu akbarrrr..

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatu.

Allahuma solli ‘ala saidina Muhammad wa’ala alihi Muhammad

“Selamat Hari Raya Adilfitri”

Kepada semua anak cucu nekwan yang setia mengikuti laman blog nekwan yang tak sepertinya ini.
Ribuan terima kasih nekwan ucapkan pada anak cucu nekwan dan sekelian para pembaca budiman yang nekwan hormati. Yang berada di mana saja diatas muka bumi ini. Di Indonesia, di India, Jepun , China Thailand, dan juga yang berada di negara-negara Eropah yang merantau mencari ilmu, kerana sudi meluangkan masa untuk melawati blog nekwan ini.

Dengan adanya sokongan dan kesetiaan anak cucu nekwan yang melewati laman ini, ia telah memberi semangat bagi nekwan untuk terus menulis dan berkongsi ilmu, ilmu yang nekwan kutip dari buku-buku, maupun dari pengalaman ataupun perkongsian dari teman-teman.

Nekwan berharap laman ini dapat memberi menafaat kepada yang membaca, nekwan juga alu-alukan sebarang komen atau ilmu pengetahuan yang boleh kita kongsikan bersama
disini.

Sebelum mengundur diri, nekwan menyusun jari sepuluh mohon maaf, sekiranya ada pertuturan bahasa dan susunan ejaan tulisan nekwan yang kurang disenangi atau tidak dihahami serta perkataan-perkataan nekwan yang di luar bahasa. Nekwan memohon ampun maaf dari dalam lubuk hati sanubari hingga ke lidah dan bibir nekwan yang berkata-kata dan disertai minda yang meraka cipta segala sesuatu, hingga terlahirnya di laman blog ni.semoga laman
www.nekwan-insan.blogspot.com ini akan berterusan menyumbang info-info dan ilmu untuk kebaikan umat sejagat.

Sekian dari Nekwan.

Wasalam.

Saturday, August 27, 2011

Pineapple Roll Untuk Hantaran


HOMEMADE PINEAPPLE ROLL
Tiada bahan pengawet... fresh dari pasar kedapur nekwan.

Pineapple Roll untuk hantaran permintaan dari pelanggan nekwan. Tiada stok simpanan, melainkan ianya dibuat bila ada permintaan. tempahan mestilah dibuat 7hari sebelum tarikh dan mengikut banyak jumlah yang dikehendaki.


Hantaran Ke Gombak


Hantaran Ke Kelantan