Saturday, July 31, 2010

sejauh mane kebenarannye produk yg tak halal...

melalui penelitian nekwan agak sukar untuk di terima, setelah mencari kepastian ini jawapannye yang nekwan dapat.


salam,sbnr ye emel ni pom ambe ade dpt sblm ni,ats rase ragu,ambe try chek no fon ni sape yg punye(ambe ade system utk chek sape pemilik no. tersebut)Dr Safurah Hj Jaafar ; Principal Assistant Director; Ministry of Health , Malaysia ; Tel: 03-2540088. (cube try dail no 2 kalu xcaye)malang nye no.terbut xdop dalam system senang citer no xberdaftar...pastu ade orang yg pergi tnye PA tersebut (Dr Safurah Hj Jaafar ),ye kater ye xpenah wt keluarkan kenyataan tersebut n beliau telah mmbuat laporan polis...p/s: ambe bkn berniat nk wt sape2 jd konpius,cume ambe kabo je la nape yg ambe tau..._________________flickr :http://www.flickr.com/photos/abutoq/YM :abutoq@yahoo.comHati yang kotor umpama kekotoran yang melekat pada sensor kamera (abu)...

Sejauh mane kebenarannye... walllahualam! terserahlah pada anak cucu sume semua, sama ada menghindarinye... atau menganggap ianya satu propaganda.

dunia skarang ni banyak sangat yang perlu difikekan dan perlu ambik tauu ... kalau tak? nanti tercicir dari arus zaman! arrr.... sape nak jawab tu!

Friday, July 30, 2010

Salam Ramadhan dan iktibar

Salam Ramadhan,

Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi Tuhan Pencipata Alam dan makhluknye, tak dapat nekwan nak gambarkan kesedihan dan kegembiraan yang nekwan rasai, setiap kali nak menyambut kedatang Ramadahan.

Kegembiraaannya… kerana nekwan masih bernafas dan dapat melihat kebesaran Allah hingga hari ni, dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik supaya dengan kesihatan yang baik ni dapat di menafaatkan ke jalan Allah dengan beramal dan membuat berkebajikkan.

Sedihnye pulak! Sebab, mengenangkan dosa-dosa lampau yang telah nekwan lakukan kerana kurang iman dan dorongan keghairahan usia remaja, dosa kepada ibu bapa…. Engkar kepada suruhan dan perentah Allah… nekwan tak nafikan, sume tu penah berlaku pada nekwan. Al maklum nekwan ni pun insan biasa penah lalui zaman remaja cam korang gak! Banyak larangan ibu bapa yang nekwan tak patuh! cam tu gak lah ngan suruhan Allah! Masa tu! Nekwan rasa… DUNIA INI ANA YANG PUNYAAAA, tu yang buat nekwan sedih sangat!

Nekwan di berikan kesihatan yang baik, tak penah belapar, tido selesa.. pantang letak pale kat bantal terus lelap! Lina… kekadang sampai terlepas subuh! Arrr gasaak ko!!, buat urusan peribadi setiap pagi dan petang … lanca jeer! Takde yang sangku-sangkut atau tersumbat! Makan ape pun boleh! Tolak batu ngan kayu…Kalau tak pantang-pantang! Mau dok spital kot? He he he …

Ni lah anugerah Allah pada nekwan! Walaupun masa silam nekwan tak penah besyukur padaNya dan melupakanNya, namun Allah tetap beri yang terbaik. Ni yang buat nekwan sedih dan kesal atas segala yang dah nekwan lakukkan! Nekwan ni memang hambaNya yang tak kenang budi… skang ni Alhamdulillah! Sume nya dah baik! Mata nekwan dah terang! Dah Nampak jalan lurus, sume ni petunjuk dari Allah.

Kalau nekwan nak share ceita pasal petunjuk ni! Panjang … takut anak cucu nekwan bosan lak! Tapi… ntuk iktibar, leh la nekwan ceitakan sikit-sikit ye?

Satu ketika, sewaktu nekwan kerja di Genting Highlands, supervisor nekwan Puan Halimah mengajak nekwan gi majlis doa selamat untuk pembukaan Highland Hotel, doa tu di buat selepas magrib dan solat isyak skali kat sana, entah nape! tetiba nekwan setuju nak gi sama, selalunya…banyak alasan… tak nak pegi, kali ni lain pulak!

Hari tu nekwan off duty awal! Semata-mata nak gi bersama baca doa ngan Halimah, nekwan balik ke hostal mandi dan bersiap-siap nak kesurau Genting Higland, macam lah dah expert dan biasa buat keja nih! Tapi habuk pun taraaak!.nasib baek telekong nekwan ade dan sentiasa tersangkut di kerusi dekat meja solek nekwan.

Waaaah! Kalau orang tak tau.. deorang ingat nekwan ni tak tinggal solat! Puh! Tak penah buat puuunn… tujuan nekwan letak telekong kat situ bukan nak menunjuk! Tapi… nekwan buat sebagai peringatan ntuk diri nekwan, Bila nekwan masuk je kebilik! yang pertama nekwan nampak telekong dan sejadah dulu, tu ntuk mengingatkan nekwan bila lagi nekwan nak dirikan solat.

Bagi orang-orang yang jauh dari Allah cam nekwan ni! Memang beeeerrrat sangat nak mulakannya… setiap bulan nekwan basuh telekong sebab dah kuning di hinggap abuk dimakan ari, buatnya… tidak jugak! Nekwan tetap basuh dan gantung dikerusi, basuh… gantung… Basuh… Gantung… dekat nak 2 taun cam tu! nekwan percaya mesti ade satu hari nanti nekwan akan solat.

Maka sampailah hari yang berikutnya, hari yang di pelawa oleh Halimah pada nekwan ntuk bersolat di surau tu…Wah! Nekwan rasa besemagat lak! Sampai kesurau kita sume dok di barisan blakang jemaah yang ramai tu, lepas baca Yasin dan doa nekwan ikut Halimah dan beberape teman nekwan yang lain gi ambik uduk, nekwan berdiri disebelah Halimah, nekwan tak tau cam mane nak mula ambik uduk! Supprise betul… tak tau cam ne nak beruduk! Na’uzubilaaaah… Umat islam jenis ape ni? name je islam tapi hakikatnye….

Nekwan peratikan cara Halimah beruduk! Nekwan ikut… lepas tu kita sume dok saf barisan tengah blah tepi skali, nekwan tak tau nak wat ape! Nak baca ape! Tengah-tengah gelabah tu nekwan tengok orang sume ruku’ nekwan dah jadi cam kanak-kanak yang baru blaja sembahyang, hati nekwan mula sayu dan rasa hina sbb tak leh baca ape pun melainkan Al Fatihah! Tu pun ntah betul ke tidak! Allah saja yang tauu. Bila masuk rekaat kedua… nekwan mula syadu dan airmata berderai cam nak banje, bukan sikit-sikit sendu… sepanjang solat tu nekwan tak baca ape pun! ikut je ruku’ , sujud dan bediri.. ya Allah! Tak dapat nekwan bayangkan betapa berdosanye nekwan dan hina nye nekwan disisi Allah pada saat tu! Dalam hati nekwan becelaru, gementar dan berdebar-debar, fikiran nekwan berkata ” Ya Allah! dah setua ini aku tak boleh sembahyang!?! Tu saje yang terdetik lam hati nekwan! Terasa hina yang amat sangat sehingga nekwan menangis teresak-esak, sampai habis bagi salam… masa tu nekwan tekup muka ngan kain telekong dan tak henti menangis teresak-esak cam anak kecil… nekwan tak leh bagun dari tempat solat.. telalu sedih, rendah diri, hina, malu pada Allah dan cam macam lagi lah!

Halimah, saripah dan teman nekwan yang lain datang rapat pada nekwan, betanya nape dan deorang ingat nekwan sakit! Masa ni nekwan tak leh nak cakap apepun, lepas 30minit lebih kurang, nekwan di teman oleh halimah balik ke hostel, disini nekwan bagi tau halimah perkara sebena nyeee… halimah bersyukurrr sambil menadah dua tangan kelangit, Halimah ni supervisor nekwan dan dea juga teman baik nekwan yang memahami nekwan,
Selepas tu , sepanjang malam nekwan tak leh tido memikirkan hal tadi, kata hati nekwan “nape aku nangeh bagai nak gile? Ape masaalahnye aku ni? Hanya tak leh baca? Blaja la?” sendiri cakap sendiri jawab.

Cuti minggu itu, nekwan gi ke jalan masjid india gi cari buku-buku agama yang oleh dijadikan panduan ntuk nekwan blaja sembahyang… sejak tu nekwan mula diri sembahyang, walaupun tak lengkap lima waktu, nekwan Berjaya meningkatkannya… lebih-lebih lagi bila nekwan dah bersara dari kerja dan terus bertudung. Alhamdulilah! Segalanye ketentuan Allah yang Maha Pemberi, walaupun nekwan tidak mempunyai kekayan dan kemewahan… nekwan amat bersyukur atas petunjuk yang Allah berikan pada nekwan, ianya yang amat berharga dan lebih beharge dari segala kekayaan yang tak dapat dinilaikan dengan wang ringget dan harta benda.
Nekwan harap ceita ni boleh di jadikan iktibar ntuk anak cucu nekwan diluar sana, kita tak tau bagaimana dan dimana petunjuk yang akan diberikan kepada hamba-hambaNya dan segalanya adalah ketentuan-Nya juga. Maka bersyukurlah dan ingatlah padaNya disetiap saat, setiap waktu dan dimana jua kita berada.

“Subhanallah walhamdulillah walaa illahaillallah wallahuakbar”

Thursday, July 29, 2010

Produk-produk yang mengandungi bahan-bahan yang tidak halal.

KIRIMAN INI NEKWAN TERIMA DARI SAHABAT NEKWAN PADA MUNGGU LALU 20/07/10 YANG MESTI DI KOGSIKAN BERSAMA DENGAN ANAK CUCU NEKWAN, SUPAYA PERKARA-PERKARA BEGINI TIDAK MELUNTURKAN KEIMANAN KITA ORANG ISLAM.

INGAT!!! IBLIS DAN SYAITAN SENTIASA MENCARI RUANG UNTUK MENYESATKAN ANAK ADAM DAN TALIAN URUSANNYA ADALAH KAUM KAFIR DAN ORANG-ORANG YANG TIDAK BERIMAN.

BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INIDIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUANPENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA .KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3. Ajinomoto ( Thailand )
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
5. Semua tauhu buatan Orang Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
7. Sabun FAB berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow. NO 12 tu baca bebetul...wallahuaa lam

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4.Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
7. Mee Kering ( sanggol )
8. Semua sabun mandi yang diimport
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam
15. Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAKHALAL )

1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim dalam bekas plastik
14. Gula-gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16 .Coklat Cake
17 .Tepung Kastard Lady's Choice
18 .Semua jenis Jelly
19 .Semua jenis gincu bibir
20 .Keseluruhan Jenis Sheisedo
21 .Lady's Choice Jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA

1. BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
2. PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
3. MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
4. RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
5. SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
6. KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
7. TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu perkara diatas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.
TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARAISLAM KITA.

Dr Safurah Hj Jaafar
;Principal Assistant Director
;Ministry of Health, Malaysia
;Tel: 03-2540088

Tuesday, July 27, 2010

Pakaian muslimah yang di gayakan ni! dibekalkan oleh Az Naz Resources, syarikat yang dimiliki oleh tuan punya blog PDKM, jika a berminat boleh lah hubungi nekwan ditalian 0163158487.



Ni baju kelawar!
Jubah kontemperari

Jubah berwarna



Sunday, July 25, 2010

Peniaga dan pemiutang

Salam,

Pagi ni nekwan nak bawak ceita pasal pemberi hutang dan yang berhutang, terutama pada yang berniaga dari rumah kerumah, beniaga barang-barang yang menjadi kegilaan surirumah, cam baju, kain tudung, kain ela , kerosang, pinggan mangkok dan cam macam lagi.
Biasanye, beniaga cam ni kebanyakannye berutang, kekadang ade surirumah yang ambik utang lebih dari kemampuan… ni sume pasal dorongan keghairahan nafsu, ade yang sampai beratus-ratus ringget tu! Nak begaya nyee pasal! hal cam ni tak leh nak tahan! sebab… nafsu perempuan melebihi segalanye.

Pesan nekwan! Buat benda dalam segala perkara biarlah berpada-pada, ukur baju badan sendiri. Janagnsampai membebankan suami atau diri sendiri.

Pada yang memberi hutang pulak! Arrr… ni nekwan nak cadangkan dan bagi contoh, kalau deorang ambik sepasang baju atau satu set pinggan mangkok berharge RM250.00, kata lah utang 3bulan! Waktu deorang ambil barang, mesti bayar pendahuluan sebanyak 100 ringget dan bakinye bayar 50.00 ringget sebulan, kalau dea kata: “tunggu cukup bulan baya boleh?”, aarrr…suh dea letak booking deposit, RM50.00 so! Barang tu leh simpan ntuk dea..cukup bulan tak datang ambik! Bagi lagi satu minggu advance! Tak datang jugak! deposit burn! Tapi. Kalau cakap ngan air liur je… ishk! Ishk! Ishk!… banyak susa laaa… meniaga tak leh pegi jauh, tinggal la takad tu je sampai tua…meniaga kena tegas! Jangan takut tak de pembeli, rezeki kurniaan Allah selagi kita berusaha… Insyaalah!
Asal saje kita jujur dalam perniagaan dan jangan ade sifat tamak atau penipuan.

Nekwan rasa… ape yang nekwan cadangkan tu boleh save laa sikit dari kena kelentong oleh orang yang suka ambik kesempatan dan tak bertanggungjawab! Kalau sume peniaga cam ni, urusan peniagaan akan lebih baik.

Contoh yang paling baik, seperti peniaga – peniaga di Mekah! Deorang punya harga sume sama.. tak de can nak buat pebandingan harge, barang pun sama quality dan mereka meniaga sebelah menyebelah ajeerr. Kelebihan mereka … service! Layanan yang diberikan, tapi… sume kedai ade pelanggan! Tak de kedai yang tak de pelanggannye… nak beurusan jual beli pun senang. Tak de traffic jem! tak sibuk dan tak perlu menunggu lama.

Nekwan tak nafikan, peniaga-peniaga di sana tu pun manusia hamba Allah yang banyak kelemahan dan kekurangan… bila buat urus niaga ngan deorang! Sentiasa sebut dan mintak halal… kalau kita kata haram! deorang pulang duit semula atau menghalalkan pembelian tu! Hah! Itulah kuasa Yang Maha Pencipta… orang yang beriman, takut akan azab-Nya dikemudian hari.

Friday, July 23, 2010

Aktiviti Utan Belom

Salam,

Kali ni nekwan nak kongsi pengalaman nekwan selepas bersara…
Minggu pertama lepas persaraan, memang boring giler, masa tu terlalu panjang… lambat ianya berlalu… maklum sajee … hampir 30 tahun nekwan menjauhkan diri dari suami dan anak-anak kerana keluar berkerja untuk menambah rezeki keluarga.

Nekwan ni bukan lah well aducated nyer orang! Setakat boleh membaca je dan tak buta huruf ! pekerjaan pertama nekwan ialah sebagai dispenser di Cempaka Restoren berhampiranan hotel regent lama Bukit Bintang.

Nekwan bersara pada taun 1998, hotel terakhir nekwan berkerja di Redisson Plaza hotel Jalan Ampang , sampai gak la hajat nekwan nak bukak hotel ( pre opening) walaupun bukan hotel nekwan sendiri. He he he .. perasan laa pulak!

Lepas bersaraaa... e eh! Bukan bersara…kena tendang!.... he he he … nekwan dok kat umah! cam orang putus cinta, seminggu nekwan melamun melayan perasaan... temenung sana …temenung sini… tak tau ape nak buat.

Satu hari tu! Nekwan nak gi Jalan TAR lalu kat Jalan Ampang… tetiba nekwan Nampak! Sebuah rumah “Outdoor aktivitie” nekwan terus pusing balik dan masuk ke umah tu! Waowww ! banyak barang peralatan aktivit luaran, nekwan pun kepo-kepo la… kot-kot ade ape yang nekwan leh buat! Tour guide tu explain ngan panjang lebar… nekwan stuck kat situ berjam-jam… nekwan memang minat ngan aktivitie luaran nih!

At last nekwan setuju nak joint deorang gi Utan Belom ikut U.B.A.T team. Wah! seronoknyeee..seminggu sebelum pegi nekwan dah buat persiapan! Nekwan ni paling takut ngan pacat! Kalau ade sekor yang hinggap kat kaki nekwan! Mau pengsan di buat nye! He he he .. Dah cam tu pun masih ade hati nak buat aktivit luaran!

Nekwan ade petua… sebab tu la nekwan berani! Kalau tak!?... ya ampunnn… tobat! Aku tak pegi, arrr… nak tau ape petuanye? Nekwan siapkan 1 botol air 1000ml tu! Rendam ngan 5 peket tembakau semalaman, pas tu tapis dan masuk lam spray gun bottle buat bekal kat utan nanti, yang lebihnye nekwan spray kat kaki dan badan sebelum tu nekwan rendam stokin, jungle boot dan cap ngan air tembakau dan jemor kering… Korang nak tau? Pacat tu nye hebat! Dea boleh tembus kasut dan stokin! Kawan nekwan buka stoking dea… empat lima ekor tergolek-golek kekenyangan… eeiiii! Geli nerkwan, tapi, Insyaalah! nekwan takde seko pun yang hinggap! Mane tak nyeee.. air tembakau tu buklan saje membunuh pacat! Nekwan sendiri pun rasa cam nak mabuk ngab baunyee… tapi, tahan ajelaaa … sbb dah minat! Cam orang jatuh cinta ape pun sanggup buat!

Dalam kumpulan U.B. A.T Team tu! Kebanyakannye, peserta dari Korea, seorang dari Scotland dan U K, dua dari Singapura lainye pelajar dari U dan nekwan yang paling senior, Viska peserta dari Scotland, tak pandai berbahasa English, dea boleh geng ngan nekwan… bayangkan cam mane kami berkomunikasi! Ha ha ha… satu ayam! Satu iktek!...
Viska siap pakai short dan T shirt shot sleve masuk utan! Kata hati nekwan “ siap ko di ratah dek pacat!” dea tengok nekwan pun cam kelaka kot? Berbungkus sumenye… dalam kembara tu! Viska yang jadi teman nekwan! Dea ni peramah! Usianye dalam lingkungan 40an.

Sepanjang perjalanan tu, nekwan sentiasa berada di barisan depan! Takut tercicir dalam kumpulan! maklum lah umo dah tua,… jalan lambat kang kena tinggal!.. arr baru padan muka! Tuor guide nekwan tu prehatin, ambil berat tentang kumpulan… tambah pulak hari ujan jalan licin dan ini membuatkan perjalanan menjadi sukar!

Bagi nekwan tiada yang mudak untuk mencari ilmu dan pengalaman, mesti tempoh! Baru boleh berjaya! Kalau tak mampu berjalan! Bertongkat! Tak boleh bertongkat! Merangkak! Mesti lengkapkan misi ni!

Kumpulan mula mendaki kul 8pagi berjalan menuju kedestinasi…2kilo meter dah berjalan …nekwan Nampak pacat berkerumun bila di dengar kaki manusia melintasi… Eeiiii!!! Besa-besa dan panjang! Almost 2-3 inc, menari-nari di ranting kayu berbaris 7, 8 eko, uii! ramai geng dea datang nak attact kitorang! Nekwan kecut perut… tegak bulu rome di buatnye! Tak boleh berdiri lama di satu tempat! Dea panjat kaki cam marathon! Budak U menjerit-jerit di hinggap pacat!

Stop center 1 kita berenti makan dan berehat jam 4 petang sambung balik jalan… kata tour Guide tu! Jalan yang dea bawa tu agak jauh, sebab… permulaan perjalan tadi dea tunjuk pada kumpalan sume, kesan tapak kaki rimau dan babi utan! Wah! Satu tapak jari kaki rimau tu sebesar duit lima puluh sen! T.G suh kami sume jangan bising!! Berjalan dalam kumpulan satu ikut T.G depan satu lagi ikut T.G belakang,

Kul 8 malam ujan mula turun… semakin lewat malam semakin lebat! Sampai kekemuncak dah 2. 30pagi, kami berehti buat tempat perlindungan ntuk tunggu subuh! Sepanjang perjalanan dalam ujan tu nekwan dah tak pike ape pun! Rimau ke! Babi utan ! pacat ke! Melainkan melawan kesejukkan ntuk tumpukan perjalanan nekwan, takut tergelincer… laluan pinggir jurang tu bahaya gak! Agaknye T.G ni memang saje bawak kami jalan jauh ni! Jalan yang penuh cabaran, sbb masa turun tu sekejap je! Dua peserta dari Singapura… girlfriend dea merapu! Meracau dan tetiba demam panas badan.. kami sume kena buat strackture ntuk bawak dea turun! baru19 tahun, boyfriend dea coooool aje! Dalam utan tebal gini…meracau menjerit tengah malam buta! Memang takut dibuatnye! Marah makhluk rimba… mengganggu ketenteraman mereka!

semakin rumit! T.G ambil keputusan ntuk bawak turun masa tu gak! Sampai ke pondok penginapan jam 9 pagi.. wah! Leggaaaaa… lepas mandi dan sarapan pagi masing-masing kira point! Berapa banyak mereka dapat dah dari derma darah kat sang pacat!
He he he … tu lah pengalaman nekwan! Takde kerja cari kerja… baya duit gi cari susah! Hmmm… kekadang nekwan fike…bodohnye aku ni! kelua duit ntuk susahkan diri sendiri…tapi! Pengalaman tak dapat dibeli dimana-mana… melainkan melaluinye dalam hidup kita!

Thursday, July 22, 2010

Mejahit

Ni la hasil tangan nekwan ntuk cucu perempuan nekwan! pakaian lelaki nekwan tak pandai, jadi... cucu lelaki kena beli jee! ni nekwan tengah jait baju kurung dea...
Nekwan bukan pandai sangat! ntuk lepas diri sendiri tu o.k laaa, boleh la berjimat sikit!










Wednesday, July 21, 2010

Masak sendiri

Salam,

Cuba masak sendiri dirumah! Mungkin bulan puasa ni kita boleh save belanja dengan memasak sendiri kan?

Mai nekwan kongsi cara buat sambal tumis nasi lemak! Nak post gamba…. nekwan lum ade gamba lagiii… He he he…

20 batang cili kering, di rendam
2 labu bawang yg sederhana besarnya.
2 keping asam gelugur. asam keping la tu!
Segenggam ikan bilis, suka bilis banyak, tambah la lagi
Blacan sebesar ibu jari tangan. Atau secubit
¾ cawan minyak 2 sehelai daun pandan.
1 sudu tea gula, garam secukup rasa

Kisar cili kering yang telah direndam dengan bawang besar dan blacan.
Panaskan minyak tumiskan cili yang sudah dikisar tadi, tumis selama 3 minit, bila dah naik baunya masukkan bilis dan asam keping, daun pandan dan ½ cawan air, biarkan mendidih sampai kering kuahnya, kemudian masukkan gula dan garam.


Cam tu la cara nekwan wat sambal tumis… lagi pedas lagi bagus! Kalau bulan puasa gini nekwan suka benda-benda manis! Nekwan suka pengat pisang atau pisang sira.

Pisang sira yang nekwan buat senang jerrr… selalunye nekwan guna pisang nipah atau pisang abu, cari yang betul-betul masak nyer, dah tu buang kulit belah dua dan goring, masa pepanas tu tabor gula kat atasnye, gula nye akan cair… tu yang sedap!! Lagi satu cara yang paling senang, gula Melaka atau gula kabung! Sama la tu kan?
Atur pisang dalam periuk, tabo gula Melaka yang sudah diracek atau hiris kecil2 dan buh air sikit, agak-agak terendam pisang tu…tabo bunga cengkeh dan kulit kayu manis serta daun pandan, rebuslah samapi likat pekat ngan api yang sederhana.

Arrr… ni resepi mee kongfu yang nekwan blaja dari jiran nekwan dulu, bahan-bahannye.

1 peket mee kuning.
15 ekor udang sederhana besarnya, buang kulit dan belah belakang.
200gm daging lembu dihiris nipis, dan perap ngan tepung selama 20minit.
2 batang sawi manis , sawi batang besar atau sawi biasa, pastikan sawi tu lembut batangnye kalau suka boleh campo toge gak!
3,4 ulas bawang putih dicincang.
1 sudu tea serbuk lada sulah.
½ sudu serbuh cendawan.
1 cawan stock ayam, garam secukupnye. ½ cawan minyak masak.

Panaskan minyak, masukkan bawang putih, bila bawag putih layu kekuningan masukkan daging, kacau sampai daging berubah warna dan masukkan udang kacau lagi kemudian masukkan sawi, bila sawi agak layu je masukkan mee, stock ayam dan serbuk cendawan, lada sulah dan garam kacau rata, kemudian sekali masukkan toge, balik-balik sekejap, angkat! Jangan telalu lama, nanti toge lecur dan hidangkan dengan cili hijau jeruk,

Cili hijau di potong dan rendam dalam cuka, masukkan sedikit garam dan gula simpan selama 4,5 jam atau semalaman.

Nekwan ni bukan laa pandai sangat masak, setakat nak lepas selera sendiri tu boleh laa…
Orang zaman dulu-dulu anak gadis mereka mesti pandai masak! Sekurang-kurangnye… menanak nasi menyambal dan mengulai sebelanga tu wajib tau!

Kalau tak tau memasak, mengurus rumahtangga, Alamat tak belaki laa sampai tua!
Tapi zaman dah berubah, sume tu tak penting bagi mereka… sebab tu lah banyak sangat penceraian! Tak cukup ilmu rumahtangga!! Lelaki tu serupa je… sejak dari zaman dulu hingga sekarang! Mereka mau isteri yang bersifat perempuan… he he he… cam ceita P.Ramlee lam Musang Berjanggut tu laaa…. Nak membezakan betina ngan perempuan… arr.. kat mane letaknye nilai perempuan? Kat bodynye kah? Kat makeup tebalnye kah? Kat pakaian jenamenye kah? Kah… kah… kah… dah macam Nujum Pak Belalang la pulok!

Astagfirullah! Ape yang nekwan merapu ni?

Amalan Sya'aban

Salam,

Hari ni dah 9 hari kita lalui bulan Sayaban, ini bererti tinggal 21 hari lagi kita akan menjalani ibadah puasa, sukur kehadrat Ilahi hingga hari ni kita diberikan kesihatan yang baik dan dapat bertemu lagi Ramadhan tahun ini, mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan ibadah kita di bulan mulia ini.

Malam ni malam ke 10 bulan Syaaban, esok… lusa malam ke 13, arrrr!... malam ni elok benarlaa kalau kita dapat buat solat sunat Syaaban 2 rekaat! Anak cucu nekwqan yang ingin melakukannyee! Arrr.. ni cara mengerjakannye.

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatal lillahi ta’ala “ Segaja aku sembahyang dua rekaat sunat kerana Allah Ta’ala

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan di lanjutkan dengan surah at-Tin pada setiap rakaatnya, maka ia seperti telah membebas dua ratus hamba keturunan Nabi Ismail disucikan dari dosanya seperti saat ia baru lahir dari rahim ibunya dan Allah s.w.t. akan membebaskannya dari api neraka serta mengakrabkannya dengan Muhammad s.a.w dan Ibrahim a.s.

Arrr…. Solat ni mesti buat jangan tak buat!
Zaman sakrang ni! Kalau nak akrab ngan artis terkenal atau Yb-Yb tau pun menteri-menteri… kan main lagiii lagi-lagi kalau dapat klua tv! Menyelit muka kat celah-celah pun jadi! Cam tu laa! Punyeee laa nak Nampak akrab….erk! ahak hak.. tersasul la pulak! Ahak…hak…

Sepatutnye semalam nekwan kena postkan solat sunat malam ke 9 yang perlu kita lakukkan! Tapi…. Alaaa… nekwan terlupa lah pulak! Maklum laaa dah tua-tua ni banyak system yang dah lumpuh! He he he… jangka hayat puuunn dah pendeeeek… tapi walau cam mane pun nekwan postkan jugak lah kat sini yerk? Kalau nak lebih lengkap… nekwan dah sediakan lama web yang khas ntuk solat-solat sunat, bukak ajee www.sb.myportal.my kat situ leh dapat solat-solat yang di inginkan.

Lafaz niat sama seperti biasa.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah al-Fath sebanyak sepuluh kali pada setiap rakaatnya; maka Allah s.w.t. akan mengharamkan jasatnya dari api neraka dan memberinya untuk setiap ayat yang dibaca, pahala dua belas syahid Badar dan pahala ulama.
Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.

Jangan lupe bebanyak bersedekah! Besedekah tak semestinyee wang ringget dan pada manusia jeee… nekwan suka bagi air kat pokok-pokok dan bagi haiwan makan!!! ini pun sedekah He he he…

Monday, July 19, 2010

]
Salam,

Empat hari nekwan tak masuk ke blog ni! Sibuklaaa…. Hari ni nekwan nak bagi tau, pasal nak nyambut Ramadhan ni! Bulan puasa bulan yang menguji kesabaran, peperangan nafsu dan iman, bagi anak cucu nekwan yang berkerja… selalunye mereka beli makanan bukak puasa di baza-baza ramadhan, dan ade gak yang masak! Pada sang isteri-isteri tu cubalah masak di rumah untuk suami-suami tercinta, masak sendiri di rumah ni banyak faedahnye, bersih, jimat, dan pahala menyediakan makanan bagi orang-orang yang berpuasa.

Yang peniaga-peniaga tu pulak! Tolonglah menjual makanan-makanan yang baru dan segar, maksud nekwan! Bukan baki makanan semalam di jual semula, dan ade pulak yang dah hamper basi… ini pengalaman anak cucu nekwan pada taun-taun yang lepas! Sian deorang beli mahal tapi tak de rezeki memakannye, perkara begini penah belaku kat nekwan jugak! Anak dan menantu nekwan datang bebuka kat umah, deorang beli la apepe yang patut untuk bebuka puasa reramai… tapi sayang! Benda yang dibeli tak leh makan! Basiii…
Bulan puasa ni bia lah mencari rezeki yang halal dan di berkati Allah! Kalau menipu tuu… akan di hisab dan di hitung di akhirat nanti! Arrr… cammane nak jawab ngan Allah anti? Pesan nekwan pada peniaga-peniaga.. tak kisah laa bulan puasa ke bulan tak puasa ke… bia lah jujur dan ikhlas dalam perbuatan dan perniagaan maupun pertuturan. Jangan mengejar keuntungan, kekayaan dan kemewahan yang belum tentu jadi rezeki kita.

Yang nak bebuka tu pun! Jangan laa telalu khairah ngan makanan-makanan yang terjual di baza Ramadhan tuh! Hingga membazir, hmmm… cakap pasal makan mesti banyak pulak laa yang berpenyakit, kolestrol tinggi laaa… toksit berlebihan laa… gula dalam darah naik laaa darah tinggi naik laa… cam macam lah! Arrr… sape yang berpenyakit tu, tolong seimbangkan makanan.

Ni nekwan nak bagi petua:

Cuci buah pinggang – Makan lobak putih, boleh di jadikan sup dan sebagainye.

Mengawal gula dalam darah – minum jus peria dan apple hijau.

Membersih pundi kecing – minum banyak Barli.

Kencing berasid – banyakkan memakan durian belanda.

Badan berbau disebabkan peluh yang tak sehat - jadi… amalkan minum tea.
1 sudu daun tea yang di masakkan bersama 1 inc kulit manis, 7 biji bunga cengkeh dan sedikit jintan manis dan 2 sudu gula perang 500ml air rebuskan bersama 1 gelas susu lembu segar hingga mendidih, minum sewaktu tea masih panas, jangan minum tea yang sudah sejuk kerana ianya mengandungi angin. Selamat mencuba.

Friday, July 16, 2010

amboi! dah dapat mama dea.. tak nampak owang len lagi!
arr ni la dea model nekwan! dea punya possingggg...


arrr... ni satu lagi! cucu lelaki nekwan, aksi rempit tuH!!...

Ape laaa yang seronok sangat!...

ha ha haa... konsentrat nampak!





Wednesday, July 14, 2010

Salam,

Petua kali ni, nekwan nak bagi tau pasal semput atau nafas berbunyi… al maklum laaa kalau dah tua-tua ni! banyak benda yang dah nak expire… sebab tak penah sevis obehol!
Yang paling tak menyenangkan bunyi menciut direngkong, lebih-lebih lagi bila malam nak tido, Fiiuuutt, fffiiiiuuuutttt… bunyinyeee
Aha ha haa… bunyi ni memang tak selesa.. dea ikut pernafasan! Setiap kali kita tarik nafas dea ikut berbunyi! Nak tido pun tak leh! Dea bising! Pegi jumpa dokto pun tak leh baik! Ape cara nak hilangkan nye?

Aaarr… ni boleh cuba! Insyaallah dengan izin-Nya yang Maha Penyembuh! Gini cara nyeee! Malam sebelum masuk tido, ambik 3 sudu halia tua yang dah di kisar dan bancuh dengan 3 sudu madu lebah kacau dalam segelas air dan minum berselawat 3x sebelum meminumnye dan mengadap kiblat , pada yang suka meminum halia boleh lebihkan halia dalam minuman ni! Setelah meminumnyee anda akan rasa sesuatu yang menjalar di dada dan telinga anda! bagus tu! Menandakan Jus halia dan campuran madu tu bertindak… lakukan 3 hari berturut-turut dan amalkan setiap dua minggu sekali, berhenti! Bila nafas kembali seperti sediakala.

Pada yang tak tahan dengan kepanasan halia! Boleh di kurangkan sukatannye ikut kemampuan sendiri! selamat mencuba

Setiap penyakit ade penawarnye! Berusahalah untuk mencari dan mencubanye.

Jodoh orang lama...

salam,
Dah berape hari nekwan tak masuk kesini! sbb kompute ni kena serang vires... tak leh bukak lansung... kejong! tergantung ! ah! geram betul dibuatnyeee, kalau tak dapat operet kompute ni! nekwan mati kutu laaa... jemu bosan ... cam macam lagi lah! dok la ngadap tv, sampai ngatuk! ni! Alhamdulillah anak nekwan dah buatkan semula, dah boleh operasi dah ni!

kali ni nekwan nak kongsi cerita pasal jiran nekwan yang dah jatuh cinta ngan lelaki pakistan! masaalahnye... kawan nekwan tu segan laa jugak sbb lelaki tu lebih muda dari usia nye! kata nekwan usia bukan penghalang! lagi pun usia satu angka saja.. yang penting hati... jujur dan ikhlas! bukan bertujuan yang sesuatu yang di harapkan! kalau masih ragu-ragu .. buatlah solat istikharah, mohon pertolongan dari Allah.

selain dari tu! nekwan nasihatkannye supaya berhati-hati tektik lelaki asing dalam zaman ni... jangan tergoda ngan ayat-ayat powe deorang! nekwan faham ngan keadaan kawan nekwan ni! hidup seorang diri... anak-anak sume dah berumahtangga! dan ade pula anak yang tak ambik indah ngan orang tua... tak de tempat nak mengadu... sunyi ... rasa terbuang... dan banyak la masaalah orang lama cam kiatorang ni! takde sape yang tau.. melainkan orang yang senasib dengan nyeee.

pendapat nekwan! lelaki yang memilih perempuan yang lebih tua darinya, adalah salah satu sebab: inginkan perempuan yang bertanggung jawab mengalas tugas sebagai seorang isteri, setia dan hormat pada suami, layanan dan perhatian sepenuhnye, sedar diri dan menyanyangi, menjaga makan minum dan rumahtangga dengan teliti. lelaki suka di sanjung dan dimuliakan. ade jugak lelaki yang bertujuan nak ambik kesempatan! mengikis harta... sbb selalunye orang dah berumur ni banyak simpanan dan harta....

tapi kawan nekwan ni malu lah pulak pasal umo jauh berbeza! takut di kata orang! kata nekwan: peduli ape ngan kata orang, lagi pun perkara yang baik ape salahnye? wanita yang tidak berkahwin! seumpama rumah yang berhantu! ha ha ha ... tu kata arwah nenek nekwan dulu! betulah kot? banyak fitnah dan godaan kan?

segalanye kita berserah pada Allah yang akan menentukannye dan syukurilah setiap kurniaan-Nye. dan jangan sekali-kali menolak pemberian-Nye.

Tuesday, July 13, 2010

Si kecil molek...

tengok nih! dea pun sama laa nak pakai tudung...
Aar! ni laa model nekwan ! baru setahun 6 bulan usianyee..


Friday, July 9, 2010

Salam,

Ade 32 hari lagi kita umat Islam akan nyambut Ramadhan! laa ni dah mula orang tempah baju dan yang buat kueh pun dah mula buat sample kuah ntuk di jual... jiran nekwan pun dah sibuk shopping beli kain nak tempah wat baju raya, hmm... bagus! bagus! merancang lebih awal lagi bagus ntuk ekonomi rumahatangga! he he he.. kalau salah rancang.... lain pulak jadinye! kena fike dan lihat keupayaan sendiri ye? jangan terover atau ikut hati! nanti sendiri rugi.....

Nekwan tak buat apepe persediaan raya ni, cukuplah ape yang ade, kalau ada rezeki buat lah ala kada jee... yang penting puasa, zakat, sedekah dan ibadah tu mesti cantik dan diterima Allah.

Oh ye! cakap pasal ibadah ni nekwan nak share sikit tentang solat-solat sunat untuk malam -malam yang tertentu di bulan Syaaban, akan nekwan postkan kat sini nanti ye? Kalau ade sesape yang nak tahu lebih tentang amalan solat-solat sunat ni gi ke laman web www.sb.myportal.my
aar... kat situ lengkap solat setiap malam yang dari hari petama hingga ke hari yang ke 30.
cari laa dalam ruangan Amalan Harian.

Tapi... kalau ade yang nak kongsi ilmu ngan kita sume! boleh post comment kat sini! you're welcome

Thursday, July 8, 2010

Petua

Salam,

Pagi ni nekwan nak kongsi petua ngan anak cucu nekwan, cara nak buang toksit dalam badan! badan kita kalau banyak toksit akan selalu rasa ngantuk dan lemah tak bertenaga... buat ape puuunn malasss!!

Pemakanan ni kena jaga gak! kalau main hentam jee.. asal boleh! hmmm... tak lama lah! rusak badan! masuk workshop la jawabnyeee, he he he... nak suh pantang! memang ramai yang tak sanggup kan? lebih-lebih lagi kalau badan tak sakit...

Aarr...sesape yang suka nak jaga kecantikkan atau nak sihat selaluu... amalkan cara nih!!

Bancuh 2 sudu makan madu lebah ngan 3 sudu cuka buah (apple veniger) dalam 250ml air dan minumlah dalam keadaan perut kosong, yang baiknye selepas solat subuh lebih elok, sebab...
awal pagi sebelum ambik sarapan pagi semua jentera dalaman kita masih lembut setelah rehat semalaman waktu kita tido... jadi prosesnye lebih berkesan.

Selepas 20 minit! barulah boleh ambik makanan sarapan pagi, amalankan setiap dua minggu sekali 3 hari berturut-turut, Insyaalah dengan izin-Nya jua.

Selamat mencuba.

Tuesday, July 6, 2010

Buah Tunjuk Langit

Sesiapa yang belum pernah tengok pokok buah tunjuk langit?

aar ... ni lah dia! pokok buah tunjuk langit! tinggi pokoknya lebih kurang 5 meter, tu lah rupa bentuk buah tunjuk langit sebelum matang, bentuk buahnya kembang di bahgian pangkal! tirus ke hujung.



Ni dia buah yang sudah matang, dia akan gugur sendiri tanpa perlu di kait atau di jolok.


Rupa bentuk yang berkelopak seperti bunga dan setiap kepingan tu ada biji yang berisi seperti kuaci.


beginilah hasilnya setelah di kopek dari setiap kelopak dan di isinya seakan-akan kuaci, ianya amat pahit dan mereka yang mengambilnya sebagai menurunkan gula dalam darah, amat berkesan.

Kalau ade sesape yang minat boleh tanya ngan nekwan!

Monday, July 5, 2010

Aarr.. yang ni bekas yang besa tu isinye 40biji lebih kurang 400gm dan yang kecik tu 24biji lebih kurang 250gm

Gamba yang kat atas tu! isinyee 40 biji gak beratnye pun lebih kurang 400gm.

Gamba yang kat bawah ni, rupa bentuk Tart Pineapple Roll tuh!





Rancang raya dulu sebelum puasa...


Salam semua,


Wah! lama betul nekwan tak masuk posting... skang ni sume orang sibuk nak buat promosi jualan ntuk raya.. baju, langsir, kueh mueh cam macam lagiii. nekwan pun tak terkecuali... nak promote tart pineapple roll nekwan ni!


Nampaknyeee... taun ni barang-barang semakin melambung naik harge nyee... tak kira laa yang boleh makan ke! tak boleh makan ke! semuanyee... Hai pening gak pale nekwan nak pikekan bagaimana nak teruskan penghidupan bagi deorang yang begaji bawah dari 1500.00 hengget.


Makin mahal barang... makin banyak rasuah, jenayah dan penipuan... makin lama makin hilang rasa perikemanusia... makin ramai yang berkepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain... last-last skali jatuh pada kezaliman dalam hidupan, ha ha ha.. aarrr... tu lah! nekwan kalau dah becakap tak leh brenti!! melaut ceitanyee.. menceceh jeee.


Hmmmm... puasa dah qada ke? dah bersedekah ke di bulan yang penuh rahmat ni?

jangan lupa ! raya, raya gak! yang wajib mesti buat ye!?