Friday, May 6, 2011

Al-Qaeda leader Osama bin Laden killed in Pak



Pembunuhan keatas Osama bin laden telah menimbulkan spekulasi. di antara pecaya atau tidak! kerana ketiadaan bukit sahih dan tindakan Amerika Syarikat yang terlalu cepat mengkuburkan jenazah Osama kelaut, dan melakukan DNA secara segera.

Umat Islam mengutuk perbuatan A.S atas kematian Osama bin laden, kerana membunuh orang yang tidak bersenjata, dan kemudiannya membuang/ mengkuburkan jenazahnya ke laut adalah satu perbuatan tidak boleh dimaafkan yang tidak menghormati hak-hak asasi kemanusiaan.

1 comment:

  1. Banyak pihak yang mentaksirkan kematian Osama bin Laden adalah satu propaganda, kerana tiada bukti yang nyata, mentelah lagi gambar yang dikeluarkan pun telah di ubah suai dan tidak menyerupai wajah sebenar Osama dan ada pula yang mengatakan, kemungkinan pembunuhan keatas Osama bin Laden yang kejam yang membuatkan wajah mayat tersebut tidak dapat dikenal pasti! mungkin wajahnya telah hancur atau juga tubuhnya... jika disiarkan kedada akhbar akan membangkitkan kemarahan umat Islam dan berlakunya pemberontakan yang lebih dasyat lagi!dan menjadikan dunia huru hara.

    Hmmm... pendapat ini logik! boleh diterima akal. tapi, kenapa mereka perlu takut untuk menyiarkan rupa jasad Osama? jika berani melakukannya? tanpa memikirkan soal undang-undang dan hak-hak asasi manusia.

    Membunuh musuh yang tidak bersenjata adalah satu perkara yang mengaibkan. setiap hati dan akal yang didalam ketakutan akan membunuh siapa saja walau pun ianya sekeping papan tanda yang tidak bernyawa....

    Walau bagaimanapun Osama telah syahid dalam perjuangannya, biarpun ia di cap sebagai penganas. Dan siapakah yang memberi gelaran itu kepadanya? melainkan orang yang mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan bagi menutup kesilapannya, dan memindahkan segala keburukkan itu kepada Osama. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

    ReplyDelete