Sunday, May 1, 2011

Samb: ke 8 Hakikat Keenam

Tetapi masih ada lagi misteri besar dan unik yang belum terjawab oleh para peneliti dan sarjana. Bahkan, misteri ini juga belum terjawab oleh Pofesor Abraham Poulyex, Kitsler, Profesor An- Namsewy (Hogo F. K.) yang dianggap sebagai punca sumber handal dan pakar dalam sejarah Khazar (Yahudi) sendiri. Misteri itu berupa pertanyaan yang mengeliat dan membangkitkan rasa ingin tau, iaitu, “ Mengapakah orang-orang Mesir yang kuat-kuat berubah menjadi pemeluk agama orang-orang yang terusir Yahudi yakni, mengikuti ajaran Yahudi?”

Sesungguhnya, perubahan beragama dengan mengikuti agama Yahudi dan meninggalkan penyembahan berhala telah terjadi sejak tahun 740 M. Apakah Dajjal terkutuk itu mempunyai kegiatan dan peranan di dalamnya sehingga lahir kondisi seperti itu? Bahkan, Profesor Pury dalam bukunya. ‘Sejarah Pemerintahan Romania Timur’, pernah mencuba mengembalikan problem itu pada faktor politik.

Penguasa Khazar tidak pernah memeluk Islam dan tidak pernah mahu tunduk kepada seorang sultan atau Khalifah Muslim. Ia juga tidak memeluk agama Masehi atau Kristian, sehingga tidak pernah mengikuti Gereja Pemerintahan Romania Timur. Ia hanya merasa cukup mengikuti ajaran Yahudi. Sebab, ajaran Yahudi tidak mempunyai negara atau kekuasaan. Agama Yahudi juga mempunyai kitab suci yang dihormati umat Islam dan dimuliakan oleh orang-orang Masehi.

Perkataannya kedengaran halus dan lembut, tetapi tidak bermanfaat sama sekali. Sebab, memeluk sesuatu agama di antara waktu ‘Isya’ dan dhuha, tanpa pemahaman atau pendalaman atas asal-usul dan akidah atau keyakinannya, sungguh merupakan satu hal yang harus diberi sejuta tanda tanya. Tetapi mengingatkan buku ini tidak membahas sejarah Khazar (Yahudi) dan tidak menghuraikan mengenai urusan orang-orang Yahudi, maka saya akan kembali kepada inti pembahasan buku ini.

Genggaman burung helang yang kuat atas lembaran wang dolar Amerika merupakan lambang genggaman, cengkaman dan kekuasaan Dajjal yang dikutuk Allah. Angka tiga belas merupakan lambang yang sangat jelas bagi setiap orang yang mengerti bahawa hal itu adalah lambang asal usul Yahudi.

Segala sesuatu yang tertulis dalam lembaran wang satu dolar Amerika itu menguatkan bukti masalah air yang diliputi oleh piramid. Itulah air pada Segel Dajjal yang dipergunakan untuk protokol dan surat-surat rasminya.

Sesungguhnya, Iblis manusia ini telah mengisytiharkan atau memperkenalkan ehwal dirinya sendiri secara diam-diam. Dan yang demikian itu akan disusul pengumuman rasmi ketika ada kesempatan yang tepat untuk melakukannya. Tetapi, bagaimanapun, ia akan gagal menentukannya. Mari kita perhatikan firman allah s.w.t.,

“Dan kamu tidak dapat menghendaki (Menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki oleh Allah, Tuhan semesta alam. (Erti surah At-Takwir: 29).



No comments:

Post a Comment