Tuesday, August 9, 2011

Solat Sunat Ramadhan Malam Ke-12, ke -13 dan Ke-14.

SEMBAHYANG MALAM KE-12

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatal lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang lapan rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Qadr tiga puluh kali, maka Allah akan beri pahala orang-orang yang bersyukur dan di hari kiamat ia tergolong orang yang menang.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-13

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 25 kali, maka ia akan melalui shirath bagaikan kilat yang menyambar.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-14

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang enam rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah az-Zilzalah tiga puluh kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan memudahkannya saat sekarat dan saat berhadapan dengan Munkar dan Nakir.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.

Juga disunatkan sembahyang empat rekaat dengan membaca pada setiap dua rakaatnya surah al-Fatihah sekali dam surah Yassin sekali pada rakaat pertama, dan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas masing-masing sekali pada rakaat kedua.



No comments:

Post a Comment