Sunday, August 14, 2011

Solat Sunat Ramadhan Malam Ke-18, ke -19 dan Ke-20.

SEMBAHYANG MALAM KE-18

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatal lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Kauthar 25 kali pada setiap rakaatnya, maka malaikat maut akan membawa khabar gembira baginya bahawa Allah telah redho kepadanya

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-19

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang lima puluh (50) rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah az-Zilzalah lima puluh kali pada setiap rakaatnya, maka ia seperti orang yang berhaji seratus kali dan berumrah seratus kali dan diterima seluruh amalannya.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.

Al-Majlisi - semoga Allah merahmatinya – berkata bahawa mungkin yang dimakusdkan adalah membaca surah az-Zilzalah sekali pada setiap rakaat. Sebab, kalau tidak, maka membaca surah az-Zilzalah sebanyak 2,500 kali dalam satu malam merupakan sesuatu yang hampir mustahil.

Yang paling utama dilakukan pada malam ini, juga malam 21, dan 23, adalah melakukan sembahyang dua rakaat dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al- Ikhlas tujuh kali pada setiap rakaatnya, setelah selesai, beristighfar, bertasbih dan amalan-amalan lainnya yang berkenaan dengan ketiga malam Lailatul Qadar, iaitu malam ke 19, ke 21, dan ke 23.


SEMBAHYANG MALAM KE-20

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang lapan rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah apa saja yang mudah baginya, ia akan diampuni.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.



No comments:

Post a Comment