Wednesday, August 17, 2011

Solat Sunat Ramadhan Malam Ke-21, ke -22 dan Ke-23.

SEMBAHYANG MALAM KE-21

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatal lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Disunatkan juga pada malam ini mandi dan bersedekah, serta menghidupkannya dengan beribadah, kerana ia mungkin termasuk malam Lailatul Qadar sebagaimana yang terdapat dalam banyak riwayat.

Juga sembahyang lapan rakaat dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah apa saja yang mudah , agar terbuka pintu-pintu langit dan dikabulkan doa.

Juga sembahyang dua rakaat sebagaimana yang disebutkan pada malam yang ke 19, serta melakukan amalan-amalan yang berlaku untuk ketiga malam Lailatul Qadar.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-22

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Disunatkan mandi dan sembahyang lapan rakaat dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah apa saja yang mudah baginya, agar ia dapat masuk syurga dari mana-mana pintu sahaja yang dikehendakinya.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-23

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Banyak riwayat menunjukkan bahawa mungkin malam ini adalah malam Lailatul Qadar. Tanda-tandanya adalah bahawa udaranya berbau harum, jika hawa sebelum malam itu panas , maka malam itu menjadi sejuk, bila hawa sebelumnya biasanya sejuk, maka malam itu menjadi hangat. Dalam riwayat umum, hawanya tidak panas dan tidak sejuk.

Disunatkan dengan kuat (mu’akkad) untuk mandi di awal dan di akhir malam. Juga sembahyang lapan rakaat dengan membaca surah apa saja agar terbuka pintu-pintu langit , bersedekah , menghidupkan dengan beribadah, membaca istighfar, membaca surah ar-Rum dan al-Ankabut agar yang membacanya dapat masuk syurga tanpa pengecualian, dan membaca surah ad-Dukhan. Begitu juga disunatkan membaca surah al-Qadr seribu kali, agar dipagi hari ia bangun dengan iman yang kuat.

Disunatkan juga untuk berdoa pada malam ini dengan berdiri, duduk, rukuk, sujud dan sebagainya. Amalan lainnya pada malam ini adalah sembahyang seratus rakaat dengan membaca al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas sepuluh, tujuh, lima, tiga atau sekali. Sembahyang ini dilaksanakan pada malam ke19 dan ke-21.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.

2 comments:

  1. salam selamat pagi

    nak menjelang raya ni dah banyak beli belah?

    ReplyDelete
  2. Wahai anak cucu nekwan, betapa Allah itu Maha Penyayang, diberikannya banyak peluang untuk kita menebus dosa-dosa kita dengan macam-macam cara beramal dan ibadah. Seperti yang kita dapati dari solat-solat sunat dari bulan Rejab hingga ke Ramdhan dan seterus hari-hari biasa.

    Rebit lah! dan gunakan peluang yang ada selagi hayat masih bernyawa.

    ReplyDelete