Thursday, August 4, 2011

Solat Sunat Ramadhan Malam Ke-6, ke -7 dan Ke-8.

SEMBAHYANG MALAM KE-6

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatal lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Sesiapa sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan Tabarak, maka seakan-akan ia telah menemukan malam Lailatul Qadr.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-7

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Disunatkan mandi malam ini.
Nabi s.a.w. bersabda:

Sesiapa sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Qadr tiga belas kali, maka Allah akan membangunkan istana di syurga Aden yang terbuat dari emas, dan ia akan berada dalam keamanan dari Allah hingga tahun depan.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-8

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-ikhlas sebelas kali, lalu setelah salam ia bertasbih seribu kali, maka ia akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yang ia kehendaki.


No comments:

Post a Comment