insan... adalah hamba Allah yang hidup diatas muka bumi ini sementara menanti hari kepulangan masing-masing. Dunia ini hanya untuk tempat persinggahan bagi mereka yang mencari jalan pulang... jalan menuju ke akhirat. Perjalan hidup bagi setiap insan yang penuh dengan pacaroba, yang menduga keimanan dan ketaqwaan hambaNya.
Saturday, March 31, 2012
Friday, March 30, 2012
Watak Yakjuj dan Makjuj di dalam Tafsir al-Quran
M. Quraisy Shihab dalam Tafsir Al-Mishbah, menyebutkan tentang susuk Yakjuj dan Makjuj sebagai berikut:
“Kata Yakjuj dan Makjuj diperselisihkan bukan sahaja tentang siapa mereka, tetapi juga tentang pengertian bahasanya. Sementara sarjana Islam berpendapat kata itu berasal daripada kata al-aujah, iaitu bercampur.
Ada juga berpendapat daripada kata al-auj, iaitu kecepatan berlari. Penamaan itu lahir kerana mereka adalah suku yang bercampur baur. Jika demikian, nama itu adalah terjemahan bahasa Arab daripada satu kata yang digunakan oleh suku penyerang itu. Ada juga yang berpendapat kata itu asli daripada bahasa Cina yang berubah pengucapannya ke dalam bahasa Arab. Thabathaba’i menulis dalam bahasa Cina kata itu adalah Monkuk atau Moncuk. Mereka adalah keturunan putra Adam, iaitu Yafist, keturunan orang Turki. Demikian satu pendapat. Ada juga yang berpendapat mereka adalah seorang Mongol. Salah seorang penganut fahaman ini adalah Thabathaba’i. sedang Thahit Ibni ‘Asyur cenderung memahami Yakjuj dan Makjuj adalah aneka suku, atau satu bangsa yang memiliki dua suku besar iaitu Tatar dan Mongol. Atau asal mereka ialah Yakjuj dan Makjuj lalu suku-sukunya di sebut berbagai nama, antara lain Yakjuj, Tatar, Turkuman dan Turki. Demikian sedikit daripada banyak pendapat tentang mereka.
Tafsir al-Quran yang diterbitkan Departemen Agama RI (1985-1986) menyebut tentang Yakjuj dan Makjuj sebgai berikut:
Adapun Yakjuj dan Makjuj yang di maksudkan dengan Yakjuj adalah suku bangsa Tatar dan yang dimaksudkan dengan Makjuj adalah bangsa Mongol. Kedua-duanya berasal dari seorang ayah yang bernama Turk. Mereka mendiami bahgian utara dari benua Asia yang terbentang diantara negara China sebelah timur, wilayah Tibet sebelah selatan, laut beku sebelah utara, dan negara Turkistan sebelah barat. Ahli-ahli sejarah Arab dan barat menerangkan suku bangsa ini sering mengadakan penyerbuan pada
bangsa-bangsa di sekitarnya, pada saat-saat berlainan. Mereka sering menimbulkan kerusakkan di muka bumi dan membinasakan beberapa bangsa. Mereka adalah satu bangsa yang biadab yang pernah turun kebukit-bukit yang tinggi di Asia Tengah dan terus mengadakan serangan ke benua Eropah, di antara bangsa-bangsa Thihith, Sumarian dan bangsa Hunt. Dan sering pula mereka mengadakan serangan di negeri Tiongkok dan benua Asia sebelah barat yang menjadi tempat kediamannya para Nabi ….Yakjuj dan Makjuj iaitu bangsa Tatar dan Mongol yang mendiami Asia Tengah.
As-Sa’di menyebut Yakjuj dan Majuj adalah sebuah bangsa yang besar berasal daripada keturunan Yafits bin Nuh, termasuk wilayah Turki dan yang lain-lainnya. Begitu juga disebutkan dalam Tafsir al-Maraghi sebagai berikut:
Yakjuj adalah Tatar dan Makjuj adalah Mongol. Mereka berasal daripada satu bapa yang bernama Turk, dan bertempat tinggal di bahgian utara Asia negara mereka memanjang dari Tibet ke China sampai kelaut Baku Utara; barat sampai ke negeri Turkistan.
Para pakar sejarah Arab dan Perancis mengatakan, dalam berbagai zaman, bangsa-bangsa ini sering menyerang bangsa-bangsa tetangga. Mereka sering mengadakan kerusakkan di muka bumi dan menghancurkan bangsa-bangsa. Di antara mereka ada bangsa-bangsa buas, turun dari bukit dari Asia Tengan dan pergi ke Eropah pada masa dulu, seperti bangsa Smith, Sumeria dan Hun. Mereka banyak menyerang negeri-negeri China dan Asia Barat yang merupakan tempat menetap para Nabi.
Maulana Yusuf Ali (1983) dari tafsir al-Qurannya mengatakan Yakjuj dan Makjuj adalah bangsa Asia Tengah, mereka membuat jalan dan menetap membentuk kerajaan. Suku-suku ini yang berpindah ke arah barat dikenal oleh bangsa Yunani dan Romawi sebagai Scythian (nenek moyang orang Rusia atau ras Slava), suku yang dikenal sebagai sakasun (Saxon). Baik Scythian mahupun Saxon adalah nenek moyang orang Eropah. Suku bangsa Asia Tengah yang berpindah kearah timur di kenali sebagai bangsa Cina dan Mongol.
Abu Kalam Azad dalam bukunya yang berjudul Yas’alunakan Min Zulqarnain, menyebut suku Scythian/Scythia dengan sebutan ‘Sitahin’. Abu Kalam azad menyebut pada tahun 700 SM, muncul suku Sitahin di atas panggung sejarah, lalu menyerang daerah-daerah di Asia Barat. Di antaranya serangan yang terjadi pada tahun 20 SM. Mereka melewati celah-celah Darial di pergunungan Kaukasus sebagai tanda garisan depan dari pasukan yang kejam itu sampai Ninoi (mungkin Ninive) dan seperti biasa, memusnahkan Azerbaizan, Mazandran, Jailan dan Kurdistan.
Mohammad Khair Ramadan Yusuf dalam bukunya yang berjudul Sejarah Otentik Zulqarnain: Panglima Panakluk dan Raja yang Shalih, (1986,h.252) dennagn mengutip pendapat Dr. Abdul ‘Alim Hidhir, menyebut tentang bangsa Barbar yang sering menyerang peradaban lembah Sungai Kuning China. Gerombolan penyerang itu bernama ‘Hiongno’ atau biasa disebut ‘Xiongno’ iaitu:
“…keamanan negeri China digoncangkan oleh munculnya pasukan baru dari Mongol yang bengis. Orang china menamakan orang bengis itu dengan nama Hiongni.. dan raja China tidak menemukan jalan selain membangunkan Benteng China yang besar (The Great Walls) yang diperbuat daripada batu bagi mencegah serangan suku Sitahin yang menuju daratan China dengan menyeberangi Gurun Ghobi…dengan begitu berhentilah serangan suku Sitahin kerana adanya Benteng (tembuk) China itu. Tetapi, akhirnya mereka menuju kearah Asia Tengah.
Sunday, March 25, 2012
Samb: ‘Lembu Jantan Bertanduk Dua’ di dalam Kitab Daniel.
8:14 Maka ia menjawab: “Sampai lewat dua ribu tiga ratus petang dan pagi, lalu tempat kudus itu akan dipulihkan dalam keadaan wajar.”
8:15. Sedang aku, Daniel, melihat penglihatan itu dan berusaha memahaminya, maka tampaklah seorang berdiri di depanku, yang rupanya seperti seorang lelaki.
8:16. Dan aku mendengar dari tengah sungai Ulai itu suara manusia yang berseru: “Gabriel, buatlah orang ini memahami penglihatan itu!’
8:17. Lalu datanglah ia ketempat aku berdiri, dan ketika ia datang, terkejut aku dan jatuh tertelungkup, lalu ia berkata kepadaku: “Fahamilah anak manusia, penglihatan itu mengenai akhir masa!”
8:18 Sementara ia berbicara dengan aku, jatuh pengsalah aku tertelungkup ketanah; tetapi ia menyentuh aku dan membuat aku berdiri kembali.
8:19. Lalu berkatalah ia: “Ku beritahukan kepadamu apa yang akan terjadi pada akhir murka ini, sebab hal itu mengenai akhir zaman.
8:20. Lembu jantan yang kau lihat itu, dengan kedua tanduknya, ialah raja-raja orang Media dan Parsi.
8:21. Dan kambing jantan yang berbulu kesat itu ialah raja negeri Yunani, dan tanduk besar yang di antara kedua matanya itu ialah raja yang pertama.
8:22. Dan tanduk itu patah, dan pada tempatnya itu muncul empat buah, bererti; empat kerajaan akan muncul daripada bangsa itu, tetapi tidak sekuat yang terdahulu.
8:23. Dan pada akhir kerajaan mereka, apabila orang fasik telah penuh kejahatannya, maka akan muncul seorang raja dengan muka yang garang dan yang pandai menipu.
8:24. Kekuatan akan menjadi hebat, tetapi tidak sekuat yang terdahulu, dan ia akan mendatangkan kebinasaan yang mengerikan, dan apa yang dilakukannya berhasil; orang berkuasa kan dibinasakannya, juga umat yang kudus.
8:25. Dan oleh kerana akalnya, penipuan yang dilakukannya akan berhasil; ia akan membesarkan dirinya dalam hatinya, dan dengan tidak disangka-sangka, banyak orang akan dibinasakannya; juga ia akan bangkit melawan Raja segala raja. Tetapi tanpa perbuatan tangan manusia, ia akan dihancurkan.
8:26. Adapun tentang penglihatan petang dan pagi itu, apa yang dikatakn tentang itu adalah benar. Tetapi engkau, sembunyikanlah penglihatan itu, sebab hal itu mengenai masa depan yang masih jauh.
8:27. Maka aku, Daniel, lelah dan jatuh sakit beberapa hari lamanya; kemudian bangunlah aku dan melakukan pula urusan raja, dan aku tercenggang-cenggang tentang penglihatan itu, tetapi tidak memahaminya.
Begitu juga dalam sember Inskripsi Yahudi yang lainnya, kisah Alexander tidak digandingkan dengan kisah Yakjuj dan Makjuj. Dalam kisah Talmud Babylon juga terdapat kisah Alexander, akan tetapi tidak ada wacana tentang Alexander dalam menghadapi Yajuj dan Majuj. Di dalam Bible baik Perjanjian Lama mahupun Perjanjian Baru terdapat kisah Gog dan Magog, akan tetapi tidak dihubungkan sama sekali dengan kisah Alexander atau Cyrus (yang keduanya disangkakan Zulqarnain ). Dalam Inskripsi Yahudi, baik Alexander maupun Cyrus ditulis dalam kisah sendiri; dan Gog Magog pula dalam kisahnya sendiri. Sekali lagi hal inilah membezakan al-Quran dengan berbagai sumber lainnya, al-Quran memberikan wacana baru yang tidak diketahui oleh orang/pendeta/kaum terpelajar Yahudi dan Nasrani terdahulu, iaitu al-Quran mengisahkan dua profil dalam satu kisah, iaitu Zulqarnain dan Yakjuj dan Makjuj dalam surah al-Kahfi.
Begitu juga dalam Inskripsi Yahudi berupa buku sejarah yang ditulis Flavius Josephus, sejarahwan Roman berdarah Yahudi, pada abad pertama Masihi. Josephus dalam bukunya yang berjudul Antiquiti of the Jews, terdapat infomasi tentang Gog Magog, iaitu:
(Magog didirikan oleh Magogians (orang Magogia), dan diberi nama menurut namanya, oleh seorang Yahudi/Greek disebut Scythians (orang Scythia).
Teks tentang “Magog”/Makjuj ini hanya terletak pada Buku I Chapter 6 saja, setelah itu, tidak diceritakan lagi. Dalam bab ini Magog tidak dikisahkan bertemu dengan Alexander.
Thursday, March 22, 2012
‘Lembu Jantan Bertanduk Dua’ di dalam Kitab Daniel
Di dalam kitan Daniel: 8, memang terdapat kata ‘Lembu jantan bertanduk dua’ dan ‘Kambing jantan bertanduk satu’. Namun, komentar Bible menyebut ‘lembu jantan bertanduk dua’ adalah Cyrus the Great Raja Parsi; sementara ’kambing jantan bertanduk satu’ adalah Alexander the Great dari Macedonia. Lembu jantan bertanduk dua tidak di sematkan pada Alexander the Great.
Apabila para Orientalis menyebut Zulqarnain (pemilik dua tanduk) daripada al-Quran sebagai Alexander? Mengapa istilah ‘lembu jantan dua tanduk’ di dalam Daniel disematkan pada Cyrus, dan bukan pada Alexander dan Alexander disematkan untuk istilah ‘kambing jantan bertanduk satu’? hal ini menjadi tidak konsistan. Dari sini menimbulkan kemungkinan, adakah para penyususn/penulis kitab Daniel keliru dalam menulis berta-berita Nabi Daniel?
Hal ini berbeza sama sekali dengan istilah di dalam al-Quran ‘Zu’ (Pemilik) ‘al-Qarnain’ (Dua tanduk), yang lansung menyematkan gelaran itu pada raja pembebas barat-timur. Perlu diingat penafsiran tentang Zulqarnain adalah Alexander atau individu lainnya, tidak akan sedikit pun menjatuhkan kewibawaan al-Quran. Penafsiran apapun tidak akan mengubah teks asli al-Quran. Maksudnya, boleh saja orang mnyebut Zulqarnain adalah Alexander the Great dari Macedonia ataupun Cyrus the Great dari Parsi, atau Akhenaton Raja Mesir Kuno. Dalam kontek ini, pengetahuan tentang sejarah yang akan membuktikan kebenarannya.
Kalaupun benar Daniel:8 adalah tentang Zulqarnain, mengapa dalam kisah itu tidak diceritakan tentang Yakjuj dan Makjuj atau Gog Magog hal inilah yang membezakan kisah Zulqarnain al-Qurani dengan sumber-sumber Inskripsi Yahudi.
Berikut adalah Teks kitab Daniel 8: 1-27.
8:1 Pada tahun yang ketiga pemerintahan Raja Belsyazar, nampaklah kepadaku, Daniel, suatu penglihatan sesudah yang tampak kepadaku dahulu itu.
8:2 Aku melihat dalam penglihatan itu, dan sementara aku melihat, aku berada di puri susan, yang ada di wilayah Elam, dan aku melihat dalam penglihatan itu, aku sedang berdiri di tepi sungai Ulai.
8:3 Aku mengangkat muka ku dan melihat, tampak seekor lembu jantan berdiri di depan sungai itu; tanduknya dua dan kedua tanduk itu tinggi, tetapi yang satu lagi lebih tinggi dari yang lain, dan yang tinggi itu tumbuh terakhir.
8:4 Aku melihat lembu jantan itu menanduk ke barat, ke utara dan ke selatan dan tidak ada seekor binatang pun yang tahan menghadapinya, dan tidak ada yang dapat membebaskan daripada kuasanya; ia berbuat sekehendak hatinya dan membesarkan diri.
8:5. Tetapi sementara aku memperhatikannya, tampak seekor kambing jantan datang dari sebelah barat, yang melintasi seluruh bumi tanpa menginjak tanah dan kambing jantan itu mempunyai satu tanduk yang aneh di antara kedua matanya.
8:6. Ia datang pada lembu jantan yang dua tanduknya dan yang kulihat berdiri di depan sungai itu, lalu menyerangnya dengan keganasan yang hebat.
8:7. Aku melihatnya mendekati lembu jantan itu; ia menggeram, lalu ditanduknya lembu jantan itu, dipatahkan kedua tanduknya, dan lembu jantan itu tidak berdaya untuk tahan menghadapi dia; dhempaskan dia kebumi, diinjak-injaknya, dan tidak ada yang melepaskan domba jantan itu daripada kuasanya.
8:8. Kambing jantan itu membesarkan dirinya, tetapi ketika ia sampai pada puncak kuasanya, patahlah tanduk yang besar itu, lalu pada tempatnya tumbuh empat tanduk yang aneh, sejajar dengan keempat mata angin yang dari langit.
8:9. Maka daripada salah satu tanduk itu tumbuh tanduk kecil, yang menjadi besar ke arah selatan, ke arah timur dan ke arah Tanah Permai.
8:10. Ia menjadi besar, bahkan sampai kepada bala tentera langit, dan daripada bala tentera itu, dari bintang-bintang, dijatuhkan beberapa ke bumi, dan diinjak-injaknya.
8:11. Bahkan terhadap Panglima bala tentera itupun ia membesarkan dirinya, dan daripadaNya diambil korban persembahan sehari-hari, dan tempatNya yang kudus dirobohkannya.
8:12. Satu kebaktian diadakan secara fasik mengantikan korban sehari-harian, kebenaran dihempaskan ke bumi, dan apapun yang dibuatnya, semuanya berhasil.
8:13. Kemudian ku dengar orang kudus berbicara dan seorang kudus lain berkata kepada yang berbicara itu: “Sampai beberapa lama berlaku penglihatan ini, iaitu korban sehari-hari dan kefasikan yang membinasakan, tempat kudus yang diserahkan dan bala tentera yang diinjak-injakkan.
Bersambung….
Monday, March 19, 2012
Samb: Karekter Zulqarnain
Riwayat lain mengatakan Zul-Qarnain itu adalah Isakandar, anak Philips Raja Macedonia. Murid daripada ahli palsafah terkenal Aristoteles. Sebagai makluman, Iskandar Macedonia hidup 333 tahun sebelum Nabi Isa.
Ada pula laporan yang mengatakan Zul-Qarnain adalah gelar daripada seorang Raja Arab Abdullah bin adh-Dhahhak. Laporan lain; nama-namanya Mush’ab bin Abdullah, keturunan daripada Kahlan bin Saba!” jika ini benar nescaya orang ini bukan orang Yunani dan bukan orang Romawi, tetapi orang Arab.
Majority mempertahankan Zulqarnain adalah Iskandar Macedonia, orang Yunani, anak Philips, murid Aristoteles. Ar-Razi di dalam tafsirnya menguatkan ini,
“Sekiranya Iskandar dikatakan nabi, nescaya kita perlu mengakui falsafah Aristoteles sebahgian daripada agama. Ini tidak mungkin! Tetapi Annaisburi mempertanyakannya.
Katanya,
“Tidak semua yang dikatakan ahli falsafah salah. Mungkin diambilnya yang benar dan dibuangnya yang kotor,”
Dan sebagai kesimpulan dalam soal Zul-Qarnain ini, umat Islam adanya Zulqarnani, sebab ada kisahnya dalam al-Quran. Tetapi siapakah orangnya yang sebenar, al-Quran sendiri tidak menerangkan dan hadis yang sahih pun tidak menjelaskannya. Segala yang tersebut dalam kitab-kitab tafsir, hanya semata-mata tafsir, suatu kemungkinan bukan keyakinan.
Ungkapan HAMKA tentang Zulqarnain cukup bijak, Zulqarnain bukanlah lagenda. Zulqarnain adalah tokoh sejarah yang pernah mewarnai peradaban dunia. Pengetahuan sejarah manusia belum mampu menebus dan menemukan siapakah Zulqarnain itu. Hal ini bagi membantah pendapat para Orientalis Evangelis yang cuba mengaburkan siapakah Zulqarnain, di mana sebahgian mereka menganggap Zulqarnain hanyalah lagenda. Hingga mereka mengaggap adalah sia-sia apabila al-Quran memuatkan kisah Zulqarnain. Selain sebagai lagenda, kisah tersebut juga tidak mempunyai nilai teologi, kata mereka.
Daripada berbagai-bagai sumber tersebut di atas, terdapat beberapa calon yang cuba disematkan sebagai Zulqarnain, beberapa antara mereka yang terkenal dalam sejarah dan dapat dikaji sejarah adalah Akhenaton Raja Mesir (1370-1352SM); Cyrus the Great dari Parsi (560-530 SM). Alexander the Great dari Macedonia (356-323SM), Kedudukan para penafsir al-Quran tentang peribadi Zulqarnain, yang manafsirkan Zulqarnain adalah salah seorang daripada raja diatas, sedikiet pun tidak merendahkan martabat al-Quran sekaligus tidak menjatuhkan citra al-Quran. Al-Quran justeru mengistiharkan kepada para pembacanya supaya berusaha mengakaji siapa Zulqarnain itu. Al-Quran membuka kesempatan selebar-lebarnya bagi para pencintanya supaya mengekplorasi sejarah masa lalu. Dengan kajian ilmiah sejarah dan geografi, maka Zulqarnain al-Quran pasti dapat diketahui. Dan hal ini akan membongkar topeng para Orientalis tentang upaya mereka mengubah laporan sejarah.
Siapakah antara tiga calon ini yang paling hampir dinobatkan sebagai Zulqarnain al-Quran? Bagi mengetahuinya, terlebih dahulu perlu ditelusuri dahulu siapakah Yakjuj dan Makjuj itu. Dengan mengetahui Yakjuj dan Makjuj dalam sejarah, sejarah Zulqarnain pun dapat diketahui dengan jelas. Hal ini yang ingin diusahakan penulis.
Sumber-sumber Inskripsi Yahudi tidak menyebut rupa Zulqarnain. Bible hanya menyebut rupa Cyrus the Great atau Koreshi. Adakah Cyrus adalah Zulqarnain? Hal ini memerlukan explorasi sejarah yang cermat tentang kawasan Timur Tengah.
Sunday, March 18, 2012
Karekter Zulqarnain
Dalam teks al-Quran, dapat difahami Zulqarnain adalah seorang raja pembebas barat hingga timur yang dikurniakan oleh Allah sebab-sebab kemenangan (teknologi, kesempatan, keadaan sosio politik) yang mempermudah jalannya bagi melakukan pembebasan empayer. Hingga saat ini, para sarjana Islam masih berbeza pendapat tentang peribadi Zulqarnain ini. Terdapat beberapa calon Zulqarnain, iaitu:
1. Zulqarnain yang hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim. Pendapat ini didukung oleh Ubaid bin Umair (salah seorang tokoh di kalangan tabi’in).
2. Zulqarnain adalah Raja Parsi yang bernama Cyrus the Great / Koreshi. Pendapat ini di dukung oleh Abdul Kalam Azad dan Dr. Abdul Alim khidhir.
3. Ada juga yang berpendapat Zulqarnain adalah Alexander the Great dari Macedonia. Pendapat ini di dukung oleh Ibnu Ishak yang dikutip oleh Ibnu Hisyam, dimana Alexander mempunyai nama Marzaban bin Mardiyah atau Marziyah.
4. Dan teori yang terbaru, Zulqarnain adalah Akhenaton, Raja Mesir pencetus monoteisme. Pendapat ini di dukung oleh Syeikh Hamdi bin Hamzah Abu Zaid dalam bukunya yang berjudul ‘Fakk’asrar Dzi Al-Qarnain wa Yakjuj wa Makjuj.’
Tafsir al-Quran yang diterbitkan Departmen Agama Republik Indonesia (1985/1986) menyebut tentang kerekter Zulqarnain sebagai berikut:
Menurut sebahgian besar daripada sarjana sejarah, yang dinamakan Zulqarnain itu adalah Iskandar bin Philips, keturunan Yunani murid Aristoteles seorang ahli falsafah agung yang ajaran falsafahnya tersebar luas di kalangan umat Islam. Zulqarnain itu hidupnya kira-kira lebih kurang 330 tahun SM. Baginda berasal dari kota Macedonia, pernah memerangi Parsi, dan menguasai kerajaan Darius dan berkahwin dengan salah seorang putrinya. kemudian baginda menyerbu ke India dan menguasai dan melebarkan sayap kekuasaannya sampai ke negeri Mesir dan mendirikan kota di Iskandariah bagi memperingati jasa-jasanya. Alasan yang dikemukakan oleh para ‘Ulama Sejarah Zulqarnain itu adalah Raja Iskandar Makduni oleh kerana di dalam sejarah tidak ada raja yang dapat menguasai benua barat dan timur kecuali Baginda pada masa itu.
Menurut M. Ismail Ibrahim, Zulqarnain adalah seorang hamba baik yang dikurniakan ilmu, hikmah dan wibawa. Beliau diberi gelaran Zulqarnain (pemilik dua tanduk) kerana mempunyai tanduk yang diletakkan diatas kepala (mahkota kepala) yang menunjukkan atau melambangkan kekuatan, sebagaimana yang dilakukan oleh raja-raja kuno dengan mahkota kepala berhiaskan ukiran berupa tanduk, helang, ular.
Prof. Dr, Hamka di dalam Tafsir Al-Azhar menyebut tentang Zulqarnain,
“Zul-Qarnain bukanlah nama, melainkan gelaran kebesaran dan kehormatan yang diperlambangkan oleh penguasa itu dengan memakai mahkota yang bertanduk dua. Biasanya tanduk dua itu, yang dilambangkan sebagi tanduk lembu liar terpisah ke kiri dan ke kanan dan diperbuat daripada emas. Dan hanya raja itu saja yang memakainya. Ketika sesorang memohon ampun atau menghadap kepadanya, tidaklah orang menyebut namanya melainkan memanggilkan mahkota yang merangkap gelaran kebesarannya, “Wahai Zul-Qarnain! Wahai Yang Empunya Dua Tanduk!” Hingga pada zaman kita yang mutakhir ini, pun kebiasaan demikian masih banyak dipakai raja-raja besar, masing-masing dengan susunan katanya sendiri. Malah Yang Dipertuan Minangkabau di zaman bahari disebut, “ Daulat Yang Dipertuan, Yang bersemayam di Pagarruyung, yang empunya mahkota si Kual-Qamat, yang mempunyai tenun Sang Seta, yang Empunya Tubuh Pulut-pulut, yang Empunya Tambang Emas di Selida dan sebagainya.
Secara lebih lanjut Hamka menyebut sifat Zulqarnain sebagai berikut:
“Maka kita bukalah kitab-kitab tafsir. Setelah dibuka kitab-kitab tafsir barulah kita payah mencari dan menyisihkan laporan yang berbagai rona tentang peribadi yang besar ini. Ada riwayat yang mengatakan Zul-Qarnain ini hidup dalam zaman Nabi Ibrahim dan tawaf bersama dengan beliau di keliling Kaabah didirikan oleh Ibrahim dan putranya Ismail. Dikatakan dalam laporan itu. Wazir daripada Zulqarnain itu adalah Nabi khidir. Riwayat ini rupanya bagi menguatkan Nabi Khidir bertemu dengan Nabi Ibrahim, kerana khidir hidup sepanjang masa.
Bersambung….
Tuesday, March 13, 2012
Samb: ke-2 Adakah Bangsa yang Buta Huruf Mampu Membaca Kisah Alexande?
Bukti kisah yang dibaca oleh seorang nabi dari lembah Makkah ini adalah wahyu dari langit, wahyu daripada Allah. Susunan redaksinya begitu jelas apabila sumber kisah Zulqarnain daripada Allah, di mana Allah berfirman, “Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain, Katakanlah ‘Aku akan bacakan sedikit tentang perihalnya, ‘Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya. Bandingkan redaksi ini dengan redaksi Inskripsi Yahudi. Jelas jauh berbeza. Redaksi al-Quran, menjadikan pembaca seakan-akan di ajak berbicara lansung oleh Allah. Sementara redaksi inskripsi Yahudi bersifat seperti manusia yang bercerita. Lebih ke arah kitab sejarah, iaitu sejarah Bani Israel yang ditulis dan dibuat oleh pendeta atau penyair Yahudi, dan kadang kala disandarkan kepada nama orang baik atau nabi tertentu yang dianggap mempunyai autoriti. Oleh kerana ia bersifat sejarah, ia bergantung pada ketepatan dan cara pandangan penulisnya. Kadang-kadang perkataan Nabi Bani Israel ditulis oleh penulis berikutnya tambahan bagi maksud tertentu.
Indikasi adanya penambahan atau penyisipan dalam Perjanjian Lama, terutama dalam Kitab Para Nabi disebut oleh Prof. S. Wimoyo Wahano, Ph.D dalam bukunya yang berjudul Di Sini Kutemukan: Petunjuk Mempelajari dan Mengajarkan Al-Kitab.
”Ucapan-ucapan lansung daripada para Nabi biasanya mengambil bentuk tertentu. Dan kalau kita mengetahui hal ini, kita mungkin dapat membezakan ucapan-ucapan yang lansung daripada nabi sendiri dengan cerita atau hal-hal lain yang disisipkan atau ditambahkan kemudian.
Begitu juga menurut Arnold Toynbee (1976/2004) di dalam bukunya yang berjudul Mankind and mother Earth A Narrative History or the World (diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dengan judul Sejarah Umat Manusia):
Sumber Yahudi (Kitab Perjanjian Lama) boleh menyesatkan jika diterima begitu saja, ada dua alasan mengapa demikian:
Pertama: Kitab-kitab tersebut menyajikan keterangan-keterangan dari sudut pandang komuniti pembentuk peradaban Syria, dan;
Kedua: Kitab-kitab itu cenderung tidak menunjukkan versi asalnya. Sejak kitab-kitab tertua Perjanjian Lama ditulis, agama orang Yahudi mengalami perubahan-perubahan secara kumulatif bersifat revolusioner, dan teks-teksnya diperbaiki dan kembali diperbaiki (diubah) supaya sesuai dengan tesis perubahan-perubahan itu tidak bererti inovasi tetapi dikembalikan pada keyakinan dan praktik aslinya.
Lebih lanjut A. Toynbee menyebut:
“Sebagaiamana di dalam kitab para nabi, di mana ucapan-ucapan para nabi Bani Israel itu mungkin ditulis oleh para pengikutnya, bukan oleh nabi itu sendiri. Misalnya kitab yang berisi ucapan Isaiah, mungkin ditambah-tambah secara terus-menerus oleh para pengarang anonim yang mengunakan nama asli sang nabi.”
Dengan adanya fakta ini, lebih sukar bagi mengetahui kisah Yakjuj dan Makjuj dalam Inskripsi Yahudi. Oleh itu, satu pendekatan dari sudut sejarah perlu dalam menelusuri Yakjuj dan Makjuj dalam iskripsi Yahudi.
Dalam Bible ada cerita tentanag Gog Magog. Namun, hanya kisah ini sahaja yang berdiri sendiri tanpa ada sebarang kaitan sama sekali dengan Zulqarnain. Ketiadaan kisah Zulqarnain di dalam Bible, menimbulkan persoalan yang banyak kepada orang Yahudi. Adakah para pendeta Yahudi sengaja menyembunyikan kisah ini, hanya kerana Zulqarnain bukan keturunan Israel? Atau memang zaman Zulqarnain hidup terlalu jauh setelah selesainya penulisan Bible (Perjanjian Lama) zaman Ezra (Nabi Uzair), sehingga tidak tertulis dalam Bible.
Monday, March 12, 2012
Samb: Adakah Bangsa yang Buta Huruf Mampu Membaca Kisah Alexander?
Ini yang diketahui dan difahami oleh para pendeta Yahudi pada masa itu, nabi Akhir Zaman adalah seorang yang buta huruf. Tidak mampu membaca huruf Arab, Ibrani, Yunani, Parsi, mahupun huruf-huruf lainnya.
Sebagaimana yang disebut dalam al-Quran dengan kata “Ummi”. Jika seorang Muhammad yang buta huruf dapat menjawab dengan benar, maka Muhammad benar-benar nabi yang mendapat wahyu dari Allah, inilah nabi yanag diramalkan di dalam Taurat dan Injil. Muhammad ini adalah pembawa kerajaan syurga yang diwartakan oleh Isa al-Masih, iaitu Muhammad ini ‘berita gembira’ yang ditunggu-tunggu.
Tentang ‘orang buta’ yang akan terpilih ini, Isaiah menegaskan dan mengingatkan Bani Isarel:
Nyanyikanlah nyanyian baru untuk Tuhan dan pujilah Dia dari hujung bumi! Baiklah laut bergemuruh serta segala isinya dan pulau-pulau dengan segala penduduknya. Baiklah padang gurun menyaringkan suara dengan kota-kotanya dan dengan desa-desa yang didiami Kedar! Baiklah bersorak sorai penduduk Bukit Batu, baiklah mereka berseru-seru dari puncak gunung-gunung! Baiklah mereka member penghormatan kepada Tuhan, dan memberitakan pujian kepadaNya di pulau-pulau. Tuhan keluar berperang seperti pahlawan, seperti orang perang. Ia membangkitkan semagatNya untuk bertempur; Ia bertempek sorak, ya, ia memekik terhadap musuh-musuhNya Ia membangkitkan kepahlawananNya. Aku membisu dari sejak dahulu kala, Aku berdiam diri, Aku menahan hatiKu, sekarang aku mahu mengerang seperti perempuan yang melahirkan, Aku mahu mengah-mengah dan mengap-mengap. Aku mahu membuat tandus gunung-gunung dan bukit-bukit, dan mahu membuat layu segala tumbuhan-tumbuhannya; Aku mahu membuat sungai-sungai menjadi kering dan mahu membuat kering telaga-telaga. Aku mahu memimpin orang buta dijalan yang mereka tidak kenal, dan mahu membawa mereka berjalan di jalan-jalan yang tidak mereka kenal. Aku mahu membuat kegelapan yang di depan mereka menjadi terang dan tanah yang berkeluk-keluk menjadi tanah rata. Itulah hal-hal yang hendak Ku lakukan kepada mereka, yang pasti akan Ku laksanakan. Orang yang percaya pada patung pahatan akan berpaling kebelakang dan mendapat malu, iaitu orang yang berkata kepada patung tuangan “Kamulah Allah kami!”. (Isaiah 42: 10-17 berjudul ‘Hamba Tuhan’).
Terdapat tiga kata kunci: Kadar, Penduduk Bukit Batu, dan Orang Buta. Semua ini mempunyai benang merah hubungan yang realistik dengan bangsa Kedar, bangsa yang tinggal di padang pasir dengan bukit batu Paran Tanah Arab, mereka yang di maksudkan sebagai orang yang buta, bangsa yang buta akan membebaskan dan membersihkan dunia dari paganisme yang menyembah patung berhala. Dari kalangan mereka kegelapan menjadi terang, “Kegelapan yang di depan mereka menjadi terang”. Dari Kedar lahir Anak Manusia bernama Ehmed, Ahmad, Utusan Allah yang akan memimpin bangsa buat iaitu melewati jalan-jalan dan membebaskan negeri-negeri yang belun di kenal, membawa mereka berjalan di jalan-jalan yang tidak mereka kenal“. Hingga semua jenis Pagan Tanah Arab, Parsi, dan Romawi menjadi malu. Orang yang percaya kepada patung pahatan dan berpaling ke belakang dan mendapat malu, iaitu orang yang berkata kepada patung tuangan, “Kamulah Allah kami!”
Daripada penjelasan ini, dapat difahami para Oreitalis dan Evengelis melakukan kesilapan besar dan tidak mengetahui sejarah, apabila mereka menuduh kisah Zulqarnain di dalam al-Quran adalah hasil karya Nabi Muhammad yang mencedok sumber-sumber terdahulu (Inskripsi Yahudi dan sebagainya). Muhammad sebagaimana dalam la-Quran dan Bible digambarkan sebagai orang yang tidak mampu membaca dan menulis. Bagaimana mungkin orang yang tidak mempunyai ekses terhadap sumber-sumber inskripsi Yahudi ini mampu mencedoknya? Semua ini terjadi kerana wahyu dari Allah.
Beberapa waktu setelah itu, turun surah al-Kahfi sebagaimana yang disebut diatas, sebagai jawapan daripada Allah. Allah memberi beberapa jawapan yang tuntas kepada Nabinya tentang tiga hal itu sesuai dengan sebahgiannya. Kemudian Nabi membacakan kepada para sahabatnya. Dengan jawapan ini, kisah yang terkubur berabad-abad lamanya terbongkar, al-Quran membersihkan kisah tentang Zulqarnain, “Seorang yang penjelajah hingga mencapai timur dan barat bumi,’ lengkap denga kisah tentang Yakjuj dan Makjuj. Hal ini tidak ada di dalam Bible dan inskripsi Yahudi, al-Quran, menggandingkan kisah Zulqarnain sekaligus dengan bangsa Yakjuj dan Makjuj dalam satu kisah, suatu hal yang tidak ada dalam Bible.
Bersambung….
Saturday, March 10, 2012
Majlis Berselawat di Alfa Villa Wangsa Maju.
Friday, March 9, 2012
Adakah Bangsa yang Buta Huruf Mampu Membaca Kisah Alexander?
Orang Yahudi Madinah tahu majoriti masyarakat Arab pada masa itu, adalah masyarakat atau bangsa buta huruf. Nabi Muhammad juga buta huruf. Hanya para Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) sahaja yang mejoritinya celik huruf. Dengan mengetahui situvasi ini, para Pendeta Yahudi yakin apabila seorang yang buta huruf dapat menjawab, tentu dia benar-benar seorang nabi yang diutus Allah. berdasarkan kitab-kitabnya, para pendeta Yahudi tahu nabi yang akan diutus pada akhir zaman adalah manusia yang buta huruf. Hal ini sudah diramalkan di dalam kitab-kitab Yahudi. Baca Kitab Isaiah 29:9-12 yang berjudul ’Bangsa yang buta’ dan semua ini hanya tepat dengan sifat Muhammad:
Tercenggang-cengganglah, penuh kehairanan, biarlah matamu tertutup, buta semata-mata! Jadilah mabuk,tetapi bukan kerana anggur, jadilah pusing, tetapi bukan kerana arak! Sebab Tuhan membuat kamu tidur nyenyak: matamu-iaitu para nabi-telah dipejamkanNya dan mukamu-iaitu para pemerhati ditutupNya .
Maka bagimu penglihatan dari semuanya itu seperti isi sebuah kitab yang termeteri, apabila itu diberikan kepada orang yang tahu membaca dengan mengatakan “Bacalah ini”, maka dia akan menjawab, “Aku tidak dapat, sebab kitab ini termetari”, dan apabila kitab itu diberikan kepada orang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan: “Bacalah ini”, maka dia akan menjwab, “Aku tidak dapat membaca.”
Hubungkan dengan al-Quran surah al-Jumu’ah 11:1-7 yang menyebut tentang Nabi yang diutus untuk bangsa yang buta huruf serta kesombongan Ahli Kitab (Yahudi) yang tidak mengakui kenabian Muhammad:
1. Segala yang ada dilangit dan yang dibumi sentiasa bertasbih kepada Allah Yang Menguasai, Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
2. Dialah yang telah mengutuskan di kalangan orang yang ‘Ummi’ (buta huruf), seorang Rasul daripada bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan membersihkan mereka, serta mengajarkan mereka Kitab Allah (al-Quran) dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
3. Dan juga orang yang lain dari mereka, yang masih belum menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bujaksana.
4. Demikianlah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya; dan Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.
5. Bandingan orang yang dipikulkan kepadanya Kitab Taurat, kemudian mereka tidak memikul Kitab-kitab besar. Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
6. Katakanlah: Wahai orang2 yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang yang dikasihi Allah tidak termasuk manusia yang lain, maka harapkanlah kematian, jika betul kamu orang yang benar!
7. Dan mereka tidak akan mengharapkan mati itu selama-lamanya, disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan; dan Allah mengetahui akan orang yang zalim.
Hal ini diperkuat lagi dalam al-Quran surah Al-A’raaf 7:157, yang menyebut sebagai,
Iaitu orang yang mengikut Rasulullah Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada disisi mereka. Ia menyuruh mereka mengerjakan yang baik, dan melarang yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka yang baik-baik, dan mengharamkan yang buruk; dan ia mengahapuskan daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut Nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang yang berjaya.
Kalimat dalam Isaiah 29:12, tentang orang yang tidak dapat membaca, “Dan apabila kitab itu diberikan kepda seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan, “Baiklah baca ini,” maka ia akan menjawab, “Aku tidak dapat membaca”.
Hubungan dengan sejarah turunnya al-Quran surah al-Alaq ayat 1-5, di mana ayat-ayat ini merupakan ayat pertama turunnya al-Quran:
1. Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekelian makhluk.
2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.
3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.
4. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.
5. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Teks ayat Isaiah 29:9-12 serta didukung ayat-ayat lainnya, di dalam inskripsi Yahudi, menunjukkan berita tentang datangnya Nabi Muhammad sudah tertulis secara jelas dalam Taurat dan Kitab para nabi Israel. Semua nabi Bani Israel, termasuk nabi Yahya (John Pembabtis) dan Nabi Isa, mereka semua mampu membaca dan menulis. Sementara nabi akhir zaman yang di ramalklan dalam kitab Isaiah secara jelas menyebut nabi beliau sebagai nabi yang buta huruf. Allah memilih bangsa yang buta huruf, iaitu bangsa Arab keturunan Nabi Ismail bin Ibrahim, menjadikan semua kaum terpelajar Yahudi zaman Isaiah menjadi tercenggang-cenggang, hairan, dan sekali gus takjub.
Bersambung….
Thursday, March 8, 2012
Epistemology Bijak yang Dikongkong oleh Kesombongan.
Mengapa para pendeta Yahudi berani membuat epistomologi ujian atau hipotesis ilmiah seperti ini? Orang Yahudi di kota Madinah tentu mempunyai alasan parameter yang kuat. Hal ini dapat difahami apabila para pendeta Yahudi cukup tahu tentang sifat-sifat para nabi. Kerana dalam metode ilmiah, mereka mempunyai dasar teori yang kuat dan tinjauan teori tentang tanda-tanda kenabian. Para pendeta Yahudi pada masa itu sudah mempunyai parameter-parameter tertentu bagi menguji kenabian seseorang dalam Metode ilmiah mereka sudah mempunyai metodologi dalam menguji kenabian seseorang. Daripada pertanyaan orang Yahudi ini pula dapat difahami mereka pada masa itu masih mempunyai kepercayaan tentang akan datangnya seorang nabi. “Sekiranya orang Yahudi tidak percaya dan tidak berharap akan datangnya Mesias atau nabi, tentu mereka terus menjawab Muhammad itu pendusta, tamat. Tetapi, ternyata para pendeta Yahudi itu tidak berkata seperti itu. Dengan hati-hati mereka memberikan solusi bijak seperti diatas.
Dalam perkembangannya, walaupun nabi Muhammad mampu menjawab tiga hal yang diujikan tersebut, orang kafir Arab Quraisy dan para pendeta Yahudi tetap tidak percaya pada kenabian Muhammad. dalam kontek ini, hipotesis ilmiah pendeta Yahudi kepada Muhammad dapat dipenuhi atau hipotesis/ujian dapat diterima, iaitu benar dan sesuai dengan kaedah-kaedah dasar teori. Serta, metodologi yang dikembangkan dengan parameter yang ilmiah sudah dilalui dengan sempurna oleh nabi Muhammad. Jadi, kesimpulan yang dapat ditarik daripada hipotesis itu adalah, “Muhammad mampu menjwab tiga pertanyaan itu dengan sempurna. Jadi, Muhammad benar-benar seorang nabi yang diutus.” Tetapi, hasil akhir daripada ujian ini tinggal hanya kesimpulan saja. Sedikit pun tidak diendahkan bagi dilaksanakan. Orang kafir Quraisy dan pendeta Yahudi tetap tidak mempercayai kenabian Muhammad. Para pendeta Yahudi itu sudah mengembangkan metode pengambilan keputusan dengan benar, tetapi mereka tidak melaksanakan hasil daripada metodenya sendiri. Inilah yang dimaksudkan dengan kesombongan, iaitu tidak mahu menerima dan mengakui kebenaran.
Hal ini turut dialami oleh Nabi Isa, seorang anak manusia yang baik, seorang guru dan utusan daripada Allah. Ketika beliau memulakan dakwah kenabinnya, ramai para pendeta Yahudi yang mengujinya. Nabi Isa mampu menjawab dan melalui semua pertanyaan orang Yahudi itu. Namun, hasilnya tetap sama iaitu para pendeta Yahudi dan pengikutnya tetap tidak percaya kenabian Isa al-Masih (orang Yunani menyebut Jesus, daripada kata Isa, Esou, Jesou, Jesus manakal bahasa Arab Isa yang bererti ‘harapan’).
Hal ini menunjukkan hati mereka sudah dipenuhi oleh hawa nafsu. Ini bermakna, pola pemikiran ilmiah sahaja tidak cukup menjadi seseorang menjadi baik apabila tidak didukung dengan hati yang bersih, yang bersedia menerima kebenaran. Sifat yang sedia menerma kebenaran inilah yang disebut ‘Muslim’ Lawan kepada sifat ‘sombong’ iaitu tidak mahu menerima kebenaran walaupun sudah terbukti secaar ilmiah, sia-sia sahaja metode sepistimologi bijak yang dikembangkan, apabila pada akhirnya tidak didukung oleh kerelaan hati bagi menerima kebenaran. Hal ini, yang sampai saat ini terus dan sering melekat pada para orientalis iaitu tidak mahu menerima kebenran. Golongan ini adalah orang jumud itu, beku pemikiran. Mereka seperti keldai yang membawa banyak buku-buku (teori-teori dan metodologi), tetapi si keldai itu hanya tahu membawanya saja tanpa memahami apa yang dibawanya.
Dengan terbongkarnya ujian ini, dapat difahami kepercayaan akan datangnya Mesias masih menggelora dalam kehidupan orang Yahudi yang masih hidup dalam buangan. Apa dasarnya apabila dikatakan orang Yahudi pada masa itu masih percaya tentang datangnya nabi akhir zaman? Buktinya dapat dijejak dalam teks-teks inskripsi kitab mereka sendiri serta bukti-bukti sejarah. Di dalam teks Yahudi (Perjanjian Lama dan beberapa dari Perjanjian Baru) ada infomasi tentang akan datangnya nabi akhir zaman, ‘Nabi yang Akan Datang’ (John1:21, 25) yang disebut ‘Adonai’.
Sunday, March 4, 2012
Majlis Berzanji di Taman Setapak
Friday, March 2, 2012
Seputar Asbabun Nuzul
Sebelum membahaskan tema utama tentang Yakjuj dan Makjuj, ada baiknya sekiranya Asbabun Nuzul (sebab-sebab turun ayat) surah al-Kahfi ini dibahas. Menurut pertanyaan orang Yahudi di atas, yang menjadi persoalan adalah mengapa para pendeta Yahudi itu begitu berani membuat pertaruhan, “Jika dia (Muhammad) mampu menjawab pertanyaanmu maka dia adalah nabi. Jika tidak, terserah apa yang kamu katakan,”Atau di dalam teks hadis yang lain, “Tanyakan kepadanya (Muhammad) tentang tiga perkara. Jika dia dapat menceritakan kepada kamu tentang tiga perkara itu, maka dia adalah seorang nabi yang diutus tetapi jika dia tidak dapat menjawabnya, dia adalah orang yang hanya mengaku-ngaku diri sebagai seorang nabi.”
Daripada teks hadis diatas dapat disimpulkan beberapa kesimpulan seperti berikut:
1. Para pendeta Yahudi sudah mengetahui tentang sifat ‘pengembaran timur-barat’ (Zulqarnain)
2. Kisah tentang ‘lelaki pengembara timur-barat adakah kisah benar dalam sejarah bukan sekadar mitos.
3. Para pendeta Yahudi (berdasar kitab-kitabnya) masih percaya akan datangnya seorang nabi .
4. Para pendeta Yahudi beranggapan orang Arab yang masih jahiliyah (gelap,’ummi’ yang tidak mampu membaca dan menulis dan tidak mempunyai al-kitab) tidak akan mengetahui kisah tentang Zulqarnain.
5. Para pendeta Yahudi mempunyai anggapan sekiranya Muhammad mampu menceritakan kisah Zulqarnain, Muhammad benar-benar nabi yang diutus, iaitu seorang yanag mendapat wahyu dari Allah.
Pertaruhan Yahudi itu begitu adil, ilmiah dan mengandung erti yang cukup bijak sehingga logik dapat berfikir seperti ini:
“Apabila Muhammad seorang bangsa Arab, suatu bangsa yang hidup dalam alam kegelapan, mampu menjawab kisah tentang ‘lelaki pengembara timur-barat’ maka dia memang benar-benar nabi yang di utus, sebagaimana yang di ramalkan di dalam kitab-kitab Taurat dan kisah para nabi. Oleh itu, kamu perlu beriman kepadanya. Tetaspi, jika Muhammad tidak mampu menjawabnya, dia adalah pendusta (bukan Nabi) Janganlah kamu mempercayainya!”
Kenyataan yang ada:
“Muhammad mampu menjawab dan mengisahkan kisah tentang “lelaki pengembara timur-barat’ yang disebut oleh Zulqarnain,” Dalam kesimpulan-kesimpulan di atas, apabila ternyata Nabi Muhammad mampu menjawab semua pertanyaan pendeta Yahudi, dapat dibangunkan kesimpulan:
“Muhammad yang ummi ternyata tahu dengan jelas kisah Zulqarnain. Hal ini bererti Muhammad benar-benar nabi yang diutus itu, iaitu seorang yang mendapat wahyu daripada Allah.