Sunday, March 18, 2012

Karekter Zulqarnain

Dalam teks al-Quran, dapat difahami Zulqarnain adalah seorang raja pembebas barat hingga timur yang dikurniakan oleh Allah sebab-sebab kemenangan (teknologi, kesempatan, keadaan sosio politik) yang mempermudah jalannya bagi melakukan pembebasan empayer. Hingga saat ini, para sarjana Islam masih berbeza pendapat tentang peribadi Zulqarnain ini. Terdapat beberapa calon Zulqarnain, iaitu:

1. Zulqarnain yang hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim. Pendapat ini didukung oleh Ubaid bin Umair (salah seorang tokoh di kalangan tabi’in).

2. Zulqarnain adalah Raja Parsi yang bernama Cyrus the Great / Koreshi. Pendapat ini di dukung oleh Abdul Kalam Azad dan Dr. Abdul Alim khidhir.

3. Ada juga yang berpendapat Zulqarnain adalah Alexander the Great dari Macedonia. Pendapat ini di dukung oleh Ibnu Ishak yang dikutip oleh Ibnu Hisyam, dimana Alexander mempunyai nama Marzaban bin Mardiyah atau Marziyah.

4. Dan teori yang terbaru, Zulqarnain adalah Akhenaton, Raja Mesir pencetus monoteisme. Pendapat ini di dukung oleh Syeikh Hamdi bin Hamzah Abu Zaid dalam bukunya yang berjudul ‘Fakk’asrar Dzi Al-Qarnain wa Yakjuj wa Makjuj.’

Tafsir al-Quran yang diterbitkan Departmen Agama Republik Indonesia (1985/1986) menyebut tentang kerekter Zulqarnain sebagai berikut:

Menurut sebahgian besar daripada sarjana sejarah, yang dinamakan Zulqarnain itu adalah Iskandar bin Philips, keturunan Yunani murid Aristoteles seorang ahli falsafah agung yang ajaran falsafahnya tersebar luas di kalangan umat Islam. Zulqarnain itu hidupnya kira-kira lebih kurang 330 tahun SM. Baginda berasal dari kota Macedonia, pernah memerangi Parsi, dan menguasai kerajaan Darius dan berkahwin dengan salah seorang putrinya. kemudian baginda menyerbu ke India dan menguasai dan melebarkan sayap kekuasaannya sampai ke negeri Mesir dan mendirikan kota di Iskandariah bagi memperingati jasa-jasanya. Alasan yang dikemukakan oleh para ‘Ulama Sejarah Zulqarnain itu adalah Raja Iskandar Makduni oleh kerana di dalam sejarah tidak ada raja yang dapat menguasai benua barat dan timur kecuali Baginda pada masa itu.

Menurut M. Ismail Ibrahim, Zulqarnain adalah seorang hamba baik yang dikurniakan ilmu, hikmah dan wibawa. Beliau diberi gelaran Zulqarnain (pemilik dua tanduk) kerana mempunyai tanduk yang diletakkan diatas kepala (mahkota kepala) yang menunjukkan atau melambangkan kekuatan, sebagaimana yang dilakukan oleh raja-raja kuno dengan mahkota kepala berhiaskan ukiran berupa tanduk, helang, ular.

Prof. Dr, Hamka di dalam Tafsir Al-Azhar menyebut tentang Zulqarnain,

“Zul-Qarnain bukanlah nama, melainkan gelaran kebesaran dan kehormatan yang diperlambangkan oleh penguasa itu dengan memakai mahkota yang bertanduk dua. Biasanya tanduk dua itu, yang dilambangkan sebagi tanduk lembu liar terpisah ke kiri dan ke kanan dan diperbuat daripada emas. Dan hanya raja itu saja yang memakainya. Ketika sesorang memohon ampun atau menghadap kepadanya, tidaklah orang menyebut namanya melainkan memanggilkan mahkota yang merangkap gelaran kebesarannya, “Wahai Zul-Qarnain! Wahai Yang Empunya Dua Tanduk!” Hingga pada zaman kita yang mutakhir ini, pun kebiasaan demikian masih banyak dipakai raja-raja besar, masing-masing dengan susunan katanya sendiri. Malah Yang Dipertuan Minangkabau di zaman bahari disebut, “ Daulat Yang Dipertuan, Yang bersemayam di Pagarruyung, yang empunya mahkota si Kual-Qamat, yang mempunyai tenun Sang Seta, yang Empunya Tubuh Pulut-pulut, yang Empunya Tambang Emas di Selida dan sebagainya.

Secara lebih lanjut Hamka menyebut sifat Zulqarnain sebagai berikut:

“Maka kita bukalah kitab-kitab tafsir. Setelah dibuka kitab-kitab tafsir barulah kita payah mencari dan menyisihkan laporan yang berbagai rona tentang peribadi yang besar ini. Ada riwayat yang mengatakan Zul-Qarnain ini hidup dalam zaman Nabi Ibrahim dan tawaf bersama dengan beliau di keliling Kaabah didirikan oleh Ibrahim dan putranya Ismail. Dikatakan dalam laporan itu. Wazir daripada Zulqarnain itu adalah Nabi khidir. Riwayat ini rupanya bagi menguatkan Nabi Khidir bertemu dengan Nabi Ibrahim, kerana khidir hidup sepanjang masa.

Bersambung….

No comments:

Post a Comment