Riwayat lain mengatakan Zul-Qarnain itu adalah Isakandar, anak Philips Raja Macedonia. Murid daripada ahli palsafah terkenal Aristoteles. Sebagai makluman, Iskandar Macedonia hidup 333 tahun sebelum Nabi Isa.
Ada pula laporan yang mengatakan Zul-Qarnain adalah gelar daripada seorang Raja Arab Abdullah bin adh-Dhahhak. Laporan lain; nama-namanya Mush’ab bin Abdullah, keturunan daripada Kahlan bin Saba!” jika ini benar nescaya orang ini bukan orang Yunani dan bukan orang Romawi, tetapi orang Arab.
Majority mempertahankan Zulqarnain adalah Iskandar Macedonia, orang Yunani, anak Philips, murid Aristoteles. Ar-Razi di dalam tafsirnya menguatkan ini,
“Sekiranya Iskandar dikatakan nabi, nescaya kita perlu mengakui falsafah Aristoteles sebahgian daripada agama. Ini tidak mungkin! Tetapi Annaisburi mempertanyakannya.
Katanya,
“Tidak semua yang dikatakan ahli falsafah salah. Mungkin diambilnya yang benar dan dibuangnya yang kotor,”
Dan sebagai kesimpulan dalam soal Zul-Qarnain ini, umat Islam adanya Zulqarnani, sebab ada kisahnya dalam al-Quran. Tetapi siapakah orangnya yang sebenar, al-Quran sendiri tidak menerangkan dan hadis yang sahih pun tidak menjelaskannya. Segala yang tersebut dalam kitab-kitab tafsir, hanya semata-mata tafsir, suatu kemungkinan bukan keyakinan.
Ungkapan HAMKA tentang Zulqarnain cukup bijak, Zulqarnain bukanlah lagenda. Zulqarnain adalah tokoh sejarah yang pernah mewarnai peradaban dunia. Pengetahuan sejarah manusia belum mampu menebus dan menemukan siapakah Zulqarnain itu. Hal ini bagi membantah pendapat para Orientalis Evangelis yang cuba mengaburkan siapakah Zulqarnain, di mana sebahgian mereka menganggap Zulqarnain hanyalah lagenda. Hingga mereka mengaggap adalah sia-sia apabila al-Quran memuatkan kisah Zulqarnain. Selain sebagai lagenda, kisah tersebut juga tidak mempunyai nilai teologi, kata mereka.
Daripada berbagai-bagai sumber tersebut di atas, terdapat beberapa calon yang cuba disematkan sebagai Zulqarnain, beberapa antara mereka yang terkenal dalam sejarah dan dapat dikaji sejarah adalah Akhenaton Raja Mesir (1370-1352SM); Cyrus the Great dari Parsi (560-530 SM). Alexander the Great dari Macedonia (356-323SM), Kedudukan para penafsir al-Quran tentang peribadi Zulqarnain, yang manafsirkan Zulqarnain adalah salah seorang daripada raja diatas, sedikiet pun tidak merendahkan martabat al-Quran sekaligus tidak menjatuhkan citra al-Quran. Al-Quran justeru mengistiharkan kepada para pembacanya supaya berusaha mengakaji siapa Zulqarnain itu. Al-Quran membuka kesempatan selebar-lebarnya bagi para pencintanya supaya mengekplorasi sejarah masa lalu. Dengan kajian ilmiah sejarah dan geografi, maka Zulqarnain al-Quran pasti dapat diketahui. Dan hal ini akan membongkar topeng para Orientalis tentang upaya mereka mengubah laporan sejarah.
Siapakah antara tiga calon ini yang paling hampir dinobatkan sebagai Zulqarnain al-Quran? Bagi mengetahuinya, terlebih dahulu perlu ditelusuri dahulu siapakah Yakjuj dan Makjuj itu. Dengan mengetahui Yakjuj dan Makjuj dalam sejarah, sejarah Zulqarnain pun dapat diketahui dengan jelas. Hal ini yang ingin diusahakan penulis.
Sumber-sumber Inskripsi Yahudi tidak menyebut rupa Zulqarnain. Bible hanya menyebut rupa Cyrus the Great atau Koreshi. Adakah Cyrus adalah Zulqarnain? Hal ini memerlukan explorasi sejarah yang cermat tentang kawasan Timur Tengah.
No comments:
Post a Comment