Friday, March 9, 2012

Adakah Bangsa yang Buta Huruf Mampu Membaca Kisah Alexander?

Orang Yahudi Madinah tahu majoriti masyarakat Arab pada masa itu, adalah masyarakat atau bangsa buta huruf. Nabi Muhammad juga buta huruf. Hanya para Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) sahaja yang mejoritinya celik huruf. Dengan mengetahui situvasi ini, para Pendeta Yahudi yakin apabila seorang yang buta huruf dapat menjawab, tentu dia benar-benar seorang nabi yang diutus Allah. berdasarkan kitab-kitabnya, para pendeta Yahudi tahu nabi yang akan diutus pada akhir zaman adalah manusia yang buta huruf. Hal ini sudah diramalkan di dalam kitab-kitab Yahudi. Baca Kitab Isaiah 29:9-12 yang berjudul ’Bangsa yang buta’ dan semua ini hanya tepat dengan sifat Muhammad:

Tercenggang-cengganglah, penuh kehairanan, biarlah matamu tertutup, buta semata-mata! Jadilah mabuk,tetapi bukan kerana anggur, jadilah pusing, tetapi bukan kerana arak! Sebab Tuhan membuat kamu tidur nyenyak: matamu-iaitu para nabi-telah dipejamkanNya dan mukamu-iaitu para pemerhati ditutupNya .

Maka bagimu penglihatan dari semuanya itu seperti isi sebuah kitab yang termeteri, apabila itu diberikan kepada orang yang tahu membaca dengan mengatakan “Bacalah ini”, maka dia akan menjawab, “Aku tidak dapat, sebab kitab ini termetari”, dan apabila kitab itu diberikan kepada orang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan: “Bacalah ini”, maka dia akan menjwab, “Aku tidak dapat membaca.”

Hubungkan dengan al-Quran surah al-Jumu’ah 11:1-7 yang menyebut tentang Nabi yang diutus untuk bangsa yang buta huruf serta kesombongan Ahli Kitab (Yahudi) yang tidak mengakui kenabian Muhammad:

1. Segala yang ada dilangit dan yang dibumi sentiasa bertasbih kepada Allah Yang Menguasai, Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

2. Dialah yang telah mengutuskan di kalangan orang yang ‘Ummi’ (buta huruf), seorang Rasul daripada bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan membersihkan mereka, serta mengajarkan mereka Kitab Allah (al-Quran) dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

3. Dan juga orang yang lain dari mereka, yang masih belum menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bujaksana.

4. Demikianlah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya; dan Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.

5. Bandingan orang yang dipikulkan kepadanya Kitab Taurat, kemudian mereka tidak memikul Kitab-kitab besar. Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

6. Katakanlah: Wahai orang2 yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang yang dikasihi Allah tidak termasuk manusia yang lain, maka harapkanlah kematian, jika betul kamu orang yang benar!

7. Dan mereka tidak akan mengharapkan mati itu selama-lamanya, disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan; dan Allah mengetahui akan orang yang zalim.

Hal ini diperkuat lagi dalam al-Quran surah Al-A’raaf 7:157, yang menyebut sebagai,

Iaitu orang yang mengikut Rasulullah Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada disisi mereka. Ia menyuruh mereka mengerjakan yang baik, dan melarang yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka yang baik-baik, dan mengharamkan yang buruk; dan ia mengahapuskan daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut Nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang yang berjaya.

Kalimat dalam Isaiah 29:12, tentang orang yang tidak dapat membaca, “Dan apabila kitab itu diberikan kepda seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan, “Baiklah baca ini,” maka ia akan menjawab, “Aku tidak dapat membaca”.

Hubungan dengan sejarah turunnya al-Quran surah al-Alaq ayat 1-5, di mana ayat-ayat ini merupakan ayat pertama turunnya al-Quran:

1. Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekelian makhluk.

2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.

3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.

4. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.

5. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Teks ayat Isaiah 29:9-12 serta didukung ayat-ayat lainnya, di dalam inskripsi Yahudi, menunjukkan berita tentang datangnya Nabi Muhammad sudah tertulis secara jelas dalam Taurat dan Kitab para nabi Israel. Semua nabi Bani Israel, termasuk nabi Yahya (John Pembabtis) dan Nabi Isa, mereka semua mampu membaca dan menulis. Sementara nabi akhir zaman yang di ramalklan dalam kitab Isaiah secara jelas menyebut nabi beliau sebagai nabi yang buta huruf. Allah memilih bangsa yang buta huruf, iaitu bangsa Arab keturunan Nabi Ismail bin Ibrahim, menjadikan semua kaum terpelajar Yahudi zaman Isaiah menjadi tercenggang-cenggang, hairan, dan sekali gus takjub.


Bersambung….


No comments:

Post a Comment