Wednesday, August 17, 2011

Solat Sunat Ramadhan Malam Ke-21, ke -22 dan Ke-23.

SEMBAHYANG MALAM KE-21

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatal lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Disunatkan juga pada malam ini mandi dan bersedekah, serta menghidupkannya dengan beribadah, kerana ia mungkin termasuk malam Lailatul Qadar sebagaimana yang terdapat dalam banyak riwayat.

Juga sembahyang lapan rakaat dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah apa saja yang mudah , agar terbuka pintu-pintu langit dan dikabulkan doa.

Juga sembahyang dua rakaat sebagaimana yang disebutkan pada malam yang ke 19, serta melakukan amalan-amalan yang berlaku untuk ketiga malam Lailatul Qadar.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-22

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Disunatkan mandi dan sembahyang lapan rakaat dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah apa saja yang mudah baginya, agar ia dapat masuk syurga dari mana-mana pintu sahaja yang dikehendakinya.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-23

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Banyak riwayat menunjukkan bahawa mungkin malam ini adalah malam Lailatul Qadar. Tanda-tandanya adalah bahawa udaranya berbau harum, jika hawa sebelum malam itu panas , maka malam itu menjadi sejuk, bila hawa sebelumnya biasanya sejuk, maka malam itu menjadi hangat. Dalam riwayat umum, hawanya tidak panas dan tidak sejuk.

Disunatkan dengan kuat (mu’akkad) untuk mandi di awal dan di akhir malam. Juga sembahyang lapan rakaat dengan membaca surah apa saja agar terbuka pintu-pintu langit , bersedekah , menghidupkan dengan beribadah, membaca istighfar, membaca surah ar-Rum dan al-Ankabut agar yang membacanya dapat masuk syurga tanpa pengecualian, dan membaca surah ad-Dukhan. Begitu juga disunatkan membaca surah al-Qadr seribu kali, agar dipagi hari ia bangun dengan iman yang kuat.

Disunatkan juga untuk berdoa pada malam ini dengan berdiri, duduk, rukuk, sujud dan sebagainya. Amalan lainnya pada malam ini adalah sembahyang seratus rakaat dengan membaca al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas sepuluh, tujuh, lima, tiga atau sekali. Sembahyang ini dilaksanakan pada malam ke19 dan ke-21.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.

Sunday, August 14, 2011

Solat Sunat Ramadhan Malam Ke-18, ke -19 dan Ke-20.

SEMBAHYANG MALAM KE-18

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatal lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Kauthar 25 kali pada setiap rakaatnya, maka malaikat maut akan membawa khabar gembira baginya bahawa Allah telah redho kepadanya

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-19

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang lima puluh (50) rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah az-Zilzalah lima puluh kali pada setiap rakaatnya, maka ia seperti orang yang berhaji seratus kali dan berumrah seratus kali dan diterima seluruh amalannya.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.

Al-Majlisi - semoga Allah merahmatinya – berkata bahawa mungkin yang dimakusdkan adalah membaca surah az-Zilzalah sekali pada setiap rakaat. Sebab, kalau tidak, maka membaca surah az-Zilzalah sebanyak 2,500 kali dalam satu malam merupakan sesuatu yang hampir mustahil.

Yang paling utama dilakukan pada malam ini, juga malam 21, dan 23, adalah melakukan sembahyang dua rakaat dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al- Ikhlas tujuh kali pada setiap rakaatnya, setelah selesai, beristighfar, bertasbih dan amalan-amalan lainnya yang berkenaan dengan ketiga malam Lailatul Qadar, iaitu malam ke 19, ke 21, dan ke 23.


SEMBAHYANG MALAM KE-20

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang lapan rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah apa saja yang mudah baginya, ia akan diampuni.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.



Friday, August 12, 2011

Solat Sunat Ramadhan Malam Ke-15, ke -16 dan Ke-17.

SEMBAHYANG MALAM KE-15

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatal lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Nabi s.a.w bersabda:
Sesiapa sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas seratus kali pada dua rakaat pertama, dan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas lima puluh kali rakaat ketiga dan keempat, maka Allah akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak garam dilaut, bintang-bintang di langit, dan daun-daun pepohonan secepat kerdipan mata.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-16

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang dua belas rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Kauthar dua belas kali pada setiap rakaatnya, maka ia akan bangkit dari kuburnya dan diseru seakan-akan ia mati syahid, ia dimasukkan ke syurga tanpa hisab.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-17

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah apa saja yang dikehendaki pada rakaat pertama dan pada rakaat kedua membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas seratus kali, kemudian setelah salam ia betahlil (yakni ia membaca La ilaha illallah) sebanyak seratus kali, maka ia akan di beri pahala beribu-ribu haji, beribu-ribu umrah, dan seakan-akan ia telah ikut berperang ribuan kali.

Tuesday, August 9, 2011

Solat Sunat Ramadhan Malam Ke-12, ke -13 dan Ke-14.

SEMBAHYANG MALAM KE-12

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatal lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang lapan rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Qadr tiga puluh kali, maka Allah akan beri pahala orang-orang yang bersyukur dan di hari kiamat ia tergolong orang yang menang.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-13

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 25 kali, maka ia akan melalui shirath bagaikan kilat yang menyambar.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-14

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang enam rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah az-Zilzalah tiga puluh kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan memudahkannya saat sekarat dan saat berhadapan dengan Munkar dan Nakir.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.

Juga disunatkan sembahyang empat rekaat dengan membaca pada setiap dua rakaatnya surah al-Fatihah sekali dam surah Yassin sekali pada rakaat pertama, dan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas masing-masing sekali pada rakaat kedua.



Saturday, August 6, 2011

Solat Sunat Ramadhan Malam Ke-9, ke -10 dan Ke-11.

SEMBAHYANG MALAM KE-9

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatal lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Disunatkan mandi pada malam ini.

Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang enam rakaat pada malam ini antara Magrib dengan Isyak dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan Ayat Kursi tujuh kali,pada setiap rakaatnya, setelah salami a membaca selawat kepada Nabi dan seluruh ahli keluarganya sebanyak lima puluh kali, maka amalnya akan meningkat seperti amal para shadiq, shadiqqin dan orang-orang soleh.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-10

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang dua puluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas tiga puluh kali, maka Allah akanmeluaskan rezekinya, dan ia termasuk orang-orang yang menang.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-11

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-kauthar dua puluh kali, maka ia tidak akan diiringi dosa pada hari itu.


Thursday, August 4, 2011

Solat Sunat Ramadhan Malam Ke-6, ke -7 dan Ke-8.

SEMBAHYANG MALAM KE-6

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatal lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Sesiapa sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan Tabarak, maka seakan-akan ia telah menemukan malam Lailatul Qadr.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-7

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Disunatkan mandi malam ini.
Nabi s.a.w. bersabda:

Sesiapa sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Qadr tiga belas kali, maka Allah akan membangunkan istana di syurga Aden yang terbuat dari emas, dan ia akan berada dalam keamanan dari Allah hingga tahun depan.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-8

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-ikhlas sebelas kali, lalu setelah salam ia bertasbih seribu kali, maka ia akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yang ia kehendaki.


Monday, August 1, 2011

Solat Sunat Ramadhan Malam Ke-3, ke -4 dan Ke-5.

SEMBAHYANG MALAM KE-3

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatal lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Di sunatkan mandi pada malam ini kerana ia salah satu malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Barangsiapa yang sembahyang sepuluh rakaat pada malam ketiga bulan Ramadhan ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas lima puluh (50)kali pada setiap rakaatnya, maka di hari kiamat akan ada seruan yang mengatakan bahawa ia bebas dari api neraka.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-4

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa barangsiapa sembahyang lapan rakaat dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Qadr dua puluh kali pada setiap rakaatnya, maka amalannya diangkat menyamai darjat tujuh Nabi dan orang-orang yang menyebarkan risalah Tuhannya.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat setiap dua rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-5

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Di sunatkan mandi pada malam ini kerana ia salah satu malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa sembahyang dua rakaat dengan membaca al-Fatihah sekali dan al-Ikhlas lima puluh kali, kemudian setelah sembahyang ia berselawat untuk Nabi sebanyak seratus kali, maka Nabi s.a.w. akan menerimanya di pintu syurga.