Monday, October 25, 2010

Daun Sepuleh

Nni laa daun sepuleh, banyak kegunaannyee... ia diperlukan dalam majlis-majlis tertentu jeee,
majlis perkahwinan, cukur jambul dan pemulihan rumah baru... tapi, la ni orang dah tak pakai lagiii cara cam tu! jadi.. daun i pun tak diperlukan lagi! ade gak anak cucu nekwan yan tak kenal daun sepuleh.

Petua

KETUMBIT

Rasa sakit, gatal, pedih dan radang sebelum ketumbit menjadi. ia berlaku di hujung atau di pangkala mata.

Cara Merawatnya:

Lilit benang hitam di jari manis 3kali lilitan dan disertai dengan selawat keatas Nabi pada setiap lilitan dan ikat mati, jika ketumbit di mata kiri ikat benang hitam di jari manis tangan kiri, jika ketumbit di mata kanan, ikatlah jari tangan kanan , InsyaAllah dengan izin Allah akan sembuh.

TERKEHEL BANTAL

Sakit tengkuk bila memaling kekiri atau kekanan, disebabkan tidur salah bantal.

Cara merawatnya:

Tegakkan atau dirikan bantal dikepala katil dimana tempat anda tidur, lakukan setiap pagi selepas bangun tidur, InsyaAllah sakit akan beransur sembuh, Dengan IzinNya juga.

Friday, October 22, 2010

Teman setia nekwan.

simanja nekwan! nampak tak tulang kaki nye lekok!
akibat jatuh dari tingkat 5 blakang umah nekwan.
Bonie ku sayang penghibur hati nekwan

Lena di buai mimpi...



Bonie ku sayang...

Salam.

Sejak beberape hari ni nekwan diliputi mendung kesedehan…. Teman setia nekwan Bonie telah hilang selama 2 minggu, dah tak balik-balik keumah! Setiap malam nekwan sediakan makanannye didepan muka pintu dan setiap subuh nekwan lihat makanan tak dijamah! Menandakan Bonie tak balik malam tadi! Hati nekwan sayu bila terkenang dan tebayangkan bonie, yang selalunye subuh pagi dah datang mendakap nekwan dengan manjanye siap picit -picit lagiiii..

Dea suka makan ikan pelaling rebus! Kalau newkan dok depan computer dea akan duduk sebelah key board nekwan belunjur belanja nak tarik perhatian nekwan, kekadang menghalang nekwan nak buat keja… malam, kalau nekwan sedang tido, dea datang kebirai katil nekwan dan meletakkan tangannye kepipi nekwan beberape kali hingga nekwan bangun dan bukakan pintu ntuk dea kelua, selagi nekwan tak bangun bukak pintu ntuk dea… dea akan naik kedada nekwan mengiau manja… berape kali air mata nekwan menitis bila teingatkan dea.

Bonie teman setia nekwan yang sangat memahami nekwan! Sedeh! Sayu dan pilu hati nekwan atas kehilangannye. Entah digiget anjing liar? Anjing liar yang sentiasa bekeliaran di malam hari dikawasan tempat tinggal nekwan ni! Ntah dilanggar kereta ke? Puas nekwan cari merata.. tapi tak jumpa…

Bonie dilahirkan pada November 2007, dea dibawak kepada nekwan oleh anak lelaki nekwan ntuk jadi teman… sewaktu usia bonie setahun, bonie jatuh dari tingkat 5 belakang umah nekwan ni, sebab mengejar burung gagak, bila burung gagak tu terbang, dea pun ikut terbang kebawah, mengakibatkan tulang pinggul kaki kirinye patah, hingga disaat kehilangnye bonie bejalan tak lurus, bila usianye 1 taun 8 bulan, bonie jatuh di kaki lima depan umah nekwan dari tingkat lima kebawah, mulutnye pecah dan lelagitnye retak! luka teruk, darah berbueh-bueh kelua dari idung dan mulutnye, nekwan meraong melihat keadaannye yang parah, kesakitan yang ditanggung bonie hingga menyebabkan tekelua najis dan kencing sebab telalu sakitnyeee…

Nekwan bawak dea kedoktor dan dokto berikan suntikan ubat tahan sakit dan penenang. Bonie terbaring tak begerak, nekwan nampak air matanye meleleh… matanye memandang nekwan seakan mengadu atas kesakitan yang di alaminye, masa tu nekwan pun ikut menangis, nekwan dapat rasakan kesakitan yang di tanggung oleh bonie, walaupun dea hanya sekor haiwan yang tidak boleh berkata-kata! Pada nekwan bonie adalah anggota keluarga nekwan juga.

Hamper 3 bulan bonie tak leh makan dan minum! Nekwan suntikkan jus ikan, susu yang becampur madu dan jelly gamat kemulutnye, bonie nak menjilat air pun dea tak mampu… nekwan menjaganye seperti anak nekwan, walaupun bonie dah sembuh tapi, tulang tengkorak kepalenye senget sediket, akibat keretakan lelagitnye.

Sehingga hari ni nekwan masih terpandang-pandang dan terbayang-bayang gelagat bonie yang manja. Pandai tarik perhatian… pandai memahami… pandai begurau dan pandai ngadu gak! Kalau jiran sebelah usir dea dari tido dimuka pintu jiran, dea mengiau panjang seakan-akan nak begaduh! Pas tu! datang ngadu ngan nekwan, kuuuat dea mengiau, muka dan matanye menghala ke pintu jiran yang memarahinye. Ekornya begerak ligat, menunjukkan dea sedang marah! Tapi hari ni! Bonie dah tiada… dea dah tinggal dalam kenangan nekwan.


Tengok! matanye sedang memandang nekwan!

Tuesday, October 19, 2010

Salam,

Selamat pagi anak cucu nekwan sume? Nekwan minta maaf sebab tak dapat post artikal ni pada petang dulu semalam sebagaimana janji nekwan, ganguan teknikal laaa, ntah nape blog ni tak leh bukak lak sampia bepuloh kali cuba pun gagal! Alhamdulillah! Hari ni dah o .k

Arrr… ni nekwan nak ceita pasal bab kematian dan bagaimana ngerinye, bila roh meninggalkan jasad. Bagi yang beriman dan banyak amalan! Mungkin satu nikmat bagi mereka, wallahualam!
Ape yang nekwan tuliskan disini nekwan petik dari Dari kitab Tanbihul Ghafilin Peringatan Bagi Yang Lupa Bab Siksa Kubur dan dasyatnya.

Bismillahi rahman nirahim.

Abul-Lait meriwayatkan dengaln sanadnya dari Albaraa’bin Aazib r.a berkata: kami bersama Nabi s.a.w keluar menghantar jenazah saorang sahabat anshar, maka ketika sampai ke kubur dan belum masuk keliang lahad, Nabi s.a.w duduk dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung di atas kepala kami, sedang Nabi s.a.w mengorek-ngorek dengan dahan ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksa kubur, 2,3 kali diulang lalu bersabda: Sesungguhnya orang mu’min jika meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati) turun padanya Malaikat yang putih – putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kain kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malakulmaut dan duduk dekat dikepalanya dan memanggil. Wahai ruh yang tenanag baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan redhoNya.Nabi s.a.w bersabda: maka keluar ruhnya mengalir bagaikan titisan air darimulut kendi, maka lansung diterima dan lansung dimasukkan kafan dan dibawa keluar semerbak bau bagaikan kasturi yang harum diatas bumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan Malaikat, melainkan ditanya:Ruh siapakah yang harum? Dijawab: Ruh fulan bin fulan, sehingga sampai kelangit dan disana dibukakan pintu langit, dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap langit dihantar oleh Malaikat Muqarrabun dibawa naik kelangit yang atas hingga sampai kelangit yang ketujuh. Maka Allah berfirman: catatlah suratnya di Illiyyin, kemudian kembalikan ia kebumi, sebab daripadanya kami jadikan dan kedalamnya aku kembalikan dan daripadanya pula akan aku keluarkan pada saatnya. Maka kembalilah Ruh kejasad dalam kubur,kemudian datang padanya dua Malaikat untuk menanya: siapakah Tuhanmu, maka jawab: Allah Tuhanku.lalu ditanya: Apakah agamamu? Dijawab: Agamaku Islam. Ditanya: Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutus di tengah-tengah kamu itu? Dijawab: Dia utusdan Allah. Lalu ditanya: Bagaimana kau mengetahui itu.Dijawab: Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya. Maka terdengar suara: Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju syurga supaya ia mendapat bau dan hawa syurga, lalu duluaskan kuburnya sepanjang pandangan mata kemudian datang kepadanya saorang yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata: Terimalah kabar gembira, ini saat yang tlah dijanjikan Allah kepadamu lalu ditanya: siapakah kau? Jawabnya: saya amalmu yang baik, lalu ia berkata: Ya tuhan segerakanlah hari Qiamat supaya segera aku bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku.

Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Abuhurairah r.a berkata: mRasulullah bersabda:

Saorang mu’min jika sakaratimaut didatangi oleh dua Malaikat dengan membawa sutra yang berisi misik (Kasturi) dan tangkai-tangkai bunga, lalu dicabut Ruhnya bagai mengambil rambut didalam adunan tepung sambil dipanggil: Ya ayyatuhannafsul muth ma’innatur ji’i ita robbiki rodhiyatan mardhiyah. ( Hair uh yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan perasaan rela dan di redhoi. Kembalilah kepada rahmat dan keredhohan Allah . Maka jika telah keluar ruhnya lansung ditaruh keatas misik dan bunga-bunga itu dan dilipat dengan sutra lalu dibawa ke illiyin.

Adapun orang kafir jika sakarulmaut didatangi oleh dua Malaikat yang membawa kain bulu didalamnya ada api, maka dicabut ruhnya dengan kekerasan sambioldikatakan padanya: Hai ruhyang jahat keluarlah menuju murka Tuhanmu ketempat rendah hina dan siksaNya. Maka bila telah keluar ruhnya diletak keatas api dan bersuara seperti sesuatu yang mendidih kemudian dilipat dan dibawa ke sijjin.

Sampai sini dulu, ada waktu nekwan sambung lagi, ok? Insyaallah!

Sunday, October 17, 2010

Kursus semalam...

Salam,

16th October nekwan dan beberape orang teman nekwan berpeluang menghadiri kursus pengurusan jenazah di masjid Syedina Hamzah di Kg. Batu Muda di sini semalam, wah! Ramai gak yang berminat ngan kursus ni! Lebih kurang 500 peserta dari segenap kawasan seluruh Wilayah Persekutuan temasuklah lelaki dan perempuan.

Nekwan nampak ramai gak anak cucu nekwan yang masih remaja turut mengambil bahgian dalam kursus ni! Alhamdulillah, lebih ramai lagi anak muda seperti ini yang mau melibatkan diri dalam urusan keagamaan, akan lebih aman lagi dunia ni dari perkara-perkara yang terlarang oleh agama. Nekwan bangga dengan mereka yang mempunyai rasa tanggung jawab pada masyarakat sekeliling dan keluarga.

Ceramah yang diberikan amat mudah dan senang difahami, penceramah pun pandai menarik perhatian peserta ntuk mendengar ceramah yang disampaikan, sebagaimana yang dikatakan oleh penceramah. Mengambil tugas sebagai pengurus jenazah, mestinya saorang yang sabar dan amanah! Amanah dalam penyimpan rahsia keburukkan dan kekurangan simati, dalam masa pengurusan memandikan jenazah, urusan memandikannye dengan berlemah lembut dan bersopan dan tidak mengasari jenazah. Banyak lagi perkara-perkara yang tak dapat nekwan huraikan kat sini.

Cakap pasal kematian. Nekwan tingat…. Bagaimana roh yang kelua dari jasad sewaktu ajal menemui kita! Arrr…nak denga tak? Ni yang nekwan nak ceita! Tapi…. Nekwan nak kelua gi pasa dulu dan siap-siap keja umah dulu yerk? Kalau sume dah siap baru leh dok lame siket depan P.C ni!

Petang nanti nekwan ceita yerk? Bye! Bye! Jumpa lagiiiii assalamualaikuuuummm.
BB

Saturday, October 16, 2010

Kursus Pengurusan Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PERDANA 2010
Anjuran Bersama JAIS dan YAYASAN TAQWA
Bertempat di Masjid Syedina Hamzah Kg. Batu muda, Kuala lumpur

Ustazah Hjh.Siti Razhiyah Bt.Rejab tenaga pengajar pegurusan jenazah.
Peserta dari kawasan Wangsa Maju yang turut menyertai kursus tersebut.
Perserta-peserta dari seluruh kawasan Wilayah Persekutuan, KualaLumpur yang menghadiri kursus tersebut,dan dari semua peringkat usia.

Lebih kurang 500 perserta yang mengambil bahgian dalam kursus pengurusan jenazah yang diadakan di Masjid Syedina Hamzah Kag. Batu Muda K.L

Alhamdulillah! anak cucu nekwan yang muda-muda ni pun turut serta... masih studdy, dan mempunyai semagat dan rasa tanggung jawab untuk mempelajari dan menjalankan fardu kifayah dalam masyarakat hari ini. satu contoh yang patut anak cucu nekwan yang lain ikuti.