Wednesday, December 7, 2011

Korean Syifon & Korean Silk

Baju kurung moden sepasang yang siap dijahit (Ready Made) dengan coraj dan warna-warna yang menarik. Korean Syifon tanpa lining dan Korean Silk.



Monday, December 5, 2011

Mencari Pemborong Kain...

Ingin jadi pemborong kain potong dan baju kurung? Hubungi kami




Sila... sila... jemput masuk!


Memboronglah disini dengan harga yang rendah dan hubungi kami
Kain-kain cotton yang berbagai jenis, arrr... boleh buat pilihan.

Saturday, December 3, 2011

Marhaban dan Berzanji di Pinggiran Batu Cave

Jemputan majlis Marhaban dan berzanji dari Puan Norliza kumpulan wanita Muslimah Zon Gombak untuk majlis berkhatan beramai-ramai 2011

Terima kasih kerana menjemput kami muslimah Al-Wardah Wangsa Maju Seksyen 4.


PuanNorliza dari wanita muslimah Gombak







Lebih kurang 30 ahli kumpulan Musilamah Al-Wardah yang hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut.

Friday, December 2, 2011

Mendidik Anak Perempuan Bermula Dari Sejak Memilih Calon Isteri.

Bismillahirahmanirahim.


Pendidikkan bagi anak perempuan sebenarnya bermula sejak seseorang memilih calon isteri yang bakal menjadi ibu kepada anak-anaknya. Sekiranya isteri adalah seorang yang baik perlilakunya, diharap anak-anak yang bakal dilahirkan mewarisi sikap ibunya. Tidak dapat dinafikan ibu adalah pengaruh yang besar dalam proses pembesaran dan kehidupan anak.

Bab ini turut di bincangkan hal-hal yang perlu suami laksanakan sewaktu isteri mengandung. Antara lain, suami perlu mendoakan kebaikan dan keberkatan kepada bayi yang berada dalam kandungan isterinya. Kebaikan itu termasuk kebaikan akhlak, akal dan agamnya.

Allah berfirma: “Sesungguhnya wanita hamba yang mukmin itu adalah lebih baik daripada wanita musyrik walaupun dia menarik hatimu.” Surah al-Baqarah, ayat 221
.
Nabi Muhammad bersabda: “Adakah kamu mahu mengetahui berkenaan lelaki penghuni syurga? Mereka adalah nabi-nabi, orang yang mati syahid, para ulama, bayi dan orang yang mengujungi saudaranya di tempat yang jauh. Adakah kamu tahu siapa wanita penghuni syurga? Mereka adalah wanita yang penuh kasih sayang, yang melahirkan ramai anak dan apabila dia menzalimi ataupun dizalimi dia berkata, ‘Diriku berada dalam genggaman tanganmu (maksudnya dia pasrah sepenuhnya kepada suaminya), aku tidak berasa lega sebelum kamu redho kepadaku’.” Hadis laporan at-Thabrani.

Nabi berkata, ”Seorang wanita dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, nasabnya, kecantikkannya, dan agamanya. Dengan itu, nikahilah wanita kerana agamanya supaya kamu mendapat keuntungan.” Hadis Mutaqfa’Alaih.

Dalam hadis lain, Nabi berkata, ”Pilih demi benih-benihmu, nikahi wanita yang sekufu dan nikahkan wanita dengan lelaki yang sepadan. ”Hadis laporan Ibnu Majah dan al-Hakim.

Bersambung….

Thursday, December 1, 2011

Langsir Eklusive English Concept

Langsir-langsir yang bercorak menarik dan berkonsep English yang dibawa khas untuk rumah anda. Hiasilah rumah anda dan dapatkan rasa keselesaan dengan kain-kain langsir yang bermutu tinggi















Bagaimana untuk mendapatkan tempahan? sila hubungi kami dan kami memberikan perkhidmatan dari rumah kerumah.


Monday, November 28, 2011

Pilihan Kain Benang Yang menarik.

Kain benang yang jadi pilihan pada musin kini, halus dan lembut, sesuai untuk keadaan iklim negara kita dan kemana-mana saja.


Kod No. EC13


Kod No. EC11


English Cotton sesuai untuk semua perengkat usia dan semua cuaca. Keluasan bidang kain 60" RM48.00 Kod No. EC12


Kod No.EG21

Kod No. EG23
Egypt Cotton dengan warna corak yang menarik. Keluasan bidang 60" RM48.00 Kod N0.EG25


Japanese Cotton yang berwarna lembut.

keluasan bidang kain 60" RM43.00 Kod No. JC26

untuk pesanan sila ke ruangan niaga


Sunday, November 27, 2011

Kebaikan Anak adalah kebaikan Orang Tuanya.

Bismillahirahmanirahim

Nabi berkata, ”Apabila seorang itu mati, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya.”

“Apabila Allah mengangkat seseorang di syurga, dia bertanya, ”Dari mana kau mendapatkan pahala ini?’ Allah menjawab, ’Anakmu beristighfar untukmu’.”

“Tahukah kamu dirimu dan hartamu adalah hasil usaha orang tuamu.”

“Anak adalah hasil orang tuanya, malah dia adalah hasil usaha yang bersih.”

“Anak-anak adalah sebahgian daripada usaha ibu bapa, bahkan mereka adalah hasil usaha yang baik. Dengan itu, makanlah daripada harta mereka.”

“Harta yang baik yang engkau makan adalah hasil usahamu dan anak-anakmu adalah sebahgian daripada hasil usahamu.”

Imam Gahzali berkata, usaha ibu bapa dalam mendidik dan anak-anakmu adalah suatu yang penting kerana anak-anak adalah amanah bagi orang tuanya. Hati seorang bayi yang baru lahir bersih bagaikan berlian yang tidak terpahat dan tidak terbentuk. Hatinya dapat menerima apa saja jenis pahatan. Apabila hatinya dibentuk supaya cenderung kearah kabaikan, pasti dia membesar dengan kebaikan itu. Anak seperti itu nescaya berbahgia di dunia dan akhirat serta kedua-dua orang tuanya turut beroleh pahalanya. Begitu juga dengan semua guru dan orang yang mendidiknya.

Sebaliknya, bagi orang tua yang mensia-siakan anaknya dan membiarkan anaknya tenggelam dalam keburukan, nescaya anak itu binasa dan ibu bapanya bertanggungjawab atas dosa-dosa yang dilakukan.

Allah berkata, “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah batu dan mausia.” Surah al-Tahrim, ayat 6.

Nabi menjelaskan hadis atas dalam hadis-hadis beliau.

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah dan kedua orang tuanya yang menjadikan Yahudi, Nasrani ataupun Musyrik. Ada orang yang bertanya, ‘Bagaimana dengan orang-orang yang binasa sebelum itu?’ Nabi menjawab, ‘Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan’.” Setiap anak pasti dilahirkan dalam keadaan fitrah….


Friday, November 25, 2011

Keutamaan Mendidik Anak Perempuan.

Bismillahirahmanirahim.

Nabi Muhammad berkata, “Sesiapa daripada umatku yang menanggung kehidupan tiga orang anak perempuan atau pun tiga orang saudara perempuan dan beliau berlaku baik kepada mereka, mereka kelak menjadi benteng baginya daripada api neraka. ”Hadis laporan Ahmad daripada Aisyah.

Nabi juga berkata, “Sesiapa yang mempunyai tiga anak perempuan dan bersabar dengan mereka memberi mereka makan, minum dan pakaian daripada jerih payahnya, nescaya anak-anak itu menjadi penjaga baginya daripada api neraka pada hari kiamat.”

Nabi juga menegaskan bahawa setiap tugas mendidik anak perempuan adalah cubaan yang besar. Sekiranya orang tuanya banyak bersabar dan berbuat baik kepada anak-anak perempuan mereka, nescaya anak-anak itu menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Setiap orang tua yang bersabar dalam menjaga anak-anak perempuan sehingga dewasa, kelak mereka boleh masuk syurga bersama nabi. Ini sesuai dengan hadis nabi berikut, ”Siapa yang menanggung kehidupan dua anak orang perempuan sehingga mereka dewasa, nescaya aku dan dia masuk syurga seperti ini (lalu nabi menunjukkan isyarat dengan merapatkan dua jari beliau).” Hadis laporan Muslim dan at-Tarmizi.

“Siapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan dan dia menjaga mereka dengan baik, memenuhi semua keperluan mereka, nescaya syurgalah balasannya.”

Ada orang bertanya kepada nabi, ”Barangsiapa sekiranya kami hanya memiliki dua orang anak perempuan?”

Nabi menjawab, ”Dalam hal ini, memiliki dua orang anak perempuan sama seperti memiliki tiga orang anak perempuan.”

Dalam hadis-hadis di atas, kita dapat melihat keistimewaan yang diberikan kepada orang yang mendidik anak perempuan ataupun saudara perempuan. Bagi ibu bapa yang memiliki dua ataupun tiga orang anak perempuan, mereka kelak akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. Ibu bapa yang masuk syurga bersama-sama nabi dengan syarat mereka melayani anak-anak perempuan mereka dengan baik, memberikan mereka makan, minum dan pakaian yang secukupnya. Ibu bapa juga perlu sentiasa mencurah kasih sayang kepada anak-anak selama mereka berada dalam tanggung jawab tanpa rasa bosan sehingga mereka dewasa dan mampu berdikari.

Nabi pernah berkata, “Seandainya Usamah itu anak perempuan, nescaya aku memberikan pakaian, perhiasan dan aku biayai perkahwinannya.”


Thursday, November 24, 2011

Bersikap Adil Kepada Anak-anak.

Bismillahirahmanirahim.

Allah berfirman: “Barangsiapa, melakukan kejahatan, dia tidak menerima balasan melainkan dengan kejahatan yang sama. Barangsiapa melakukan amal soleh,baik lelaki atau perempuan dan dia adalah orang yang beriman, dia kelak masuk syurga dan memperoleh rezezki di syurga tanpa hisab.”Surah al-Mukmin, ayat 40.

Allah juga berkata: “Barang siapa mengerjakan amal soleh baik lelaki maupun perempuan dalam keadaan beriman, sesungguhnya kami memberikan kepadanya kehidupan yang baik. Kami memberikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.” Surah an-Nahl, ayat 97.

Nabi Muhammad bersabda: “Bertaqwalah kepada Allah dan berlaku adil kepada anak-anakmu.”Hadis Muttafaq ‘Alaih.

Nukman bin Basyir melaporkan, orang tuanya pernah memberikan hadiah kepada salah seorang anaknya yang juga seorang hamba sahaya. Kemudian beliau datang berjumpa nabi bagi memberikan kesaksian mengenai hal itu. Nabi bertanya kepada beliau, “Adakah engkau berikan hadiah yang sama kepada semua anakmu?” Beliau menjawab “Tidak” Mendengarkan jawapan itu, nabi berkata,”Kembalikan hadiah itu.”

Nabi berkata,”Pada hari kiamat kelak, orang-orang yang berbuat adil berada diatas mimbar-mimbar daripada cahaya yang terletak di sebelah kanan ar-Rahman. Merekalah orang-orang yang berbuat adil dalam menetapkan keputusan hukum serta keluarga dan apa yang menjadi tanggung jawabnya.” Hadis laporan Muslim.

Nabi turut berkata, ”Bersikap adil kepada anak-anakmu, bersikap adil kepada anak-anakmu.”
Hadis laporan Abu Daud, Ahmad dan Nasa’i

Anas melaporkan, ”Pada suatu hari, ramai orang berkumpul di dalam masjid nabi. Kemudian anak salah seorang daripada mereka mendekati bapanya. Bapa itu mencium anaknya dan mendudukkannya di atas paha. Tidak lama lepas itu seorang lagi anaknya datang. Bapa tadi mendudukan anak itu dihadapannya. Melihat perkara itu, nabi bertanya kepadanya, ”Mengapa kamu tidak menunjukkan sikap yang sama kepada kedua-dua anakmu?”

Baihaqi menyatakan,”Kamu tidak bersikap adil kepada kedua-dua anakmu.”

Dalam memberi ulasan pada hadis Nukman bin Basir di atas, Ibnu al-Qayyim berkata, ”Kita perlu menilai kata-kata nabi, ’Bersikap adil kepada anak-anakmu’ sebagai satu perintah yang wajib kerana nabi menyatakannya dengan tegas dan mengulangnya tiga kali. Nabi juga menegaskan, tindakan yang bertentangan dengan keadilan adalah satu kezaliman. Ia tidak boleh dilakukan dan tidak benar. Selain kebenaran, hanya ada kebatilan. Keadilan adalah sesuatu yang wajib kita tegakkan dalam semua keadaan. “

Ibnu al-Qayyim turut mengingatkan,”Ulama salaf menyatakan bersikap adil pada anak-anak dalam memberi hadiah. Ada ulama yang berkata, ’Allah bertanya kepada seorang bapa mengenai anaknya pada hari kiamat sebelum dia bertanya kepada anak mengenai orang tuanya’. Sebagaimana seorang bapa mempunyai hak ke atas anaknya, anaknya juga mempunyai hak ke atas bapanya. Ini sesuai dengan ayat, ’Kami mewajibkan manusia melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.’ Surah al-Ankabut, ayat 8.

Allah memberikan peringatan, “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah batu dan manusia.” Surah al-Tahrim, ayat 6.


Wednesday, November 23, 2011

Memberi Wasiat Kepada Anak-anak.


Allah berfirman: “Allah mensyariatkan bagimu pembahgian harta pusaka untuk anak-anakmu iaitu bahgian seorang lelaki sama dengan bahgian dua anak perempuan.”Surah an-Nisak ayat 11.

“Jangan kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kepada kemiskinan. Kami memberi rezeki kapada kamu dan kapada mereka.”Surah al-An’am, ayat 151.

Nabi Muhammad bersabda: “Allah berwasiat kapada kamu supaya memperhatikan ibu kamu (diulang tiga kali) dan memperhatikan bapa kamu (diulang tiga kali). Allah berwasiat kepada kamu supaya memperhatikan orang-orang yang dekat denganmu.”

Ibnu al-Qayyim berkata: “Wasiat Allah kepada orang tua supaya mereka menjaga anak-anak mendahului wasiat anak-anak pada orang tua mereka. Allah berkata: “Jangan kamu membunuh anak-anakmu kerana takut pada kemiskinan .” Surah al-Israk, ayat 31.

Sesiapa yang mensia-siakan pendidikan anaknya nescaya anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya. Ramai anak-anak rusak kerana tindakan orang tua mereka yang mensia-siakan mereka dan tidak mengajar kewajipan dan sunah agama kepada mereka. Orang tua yang mensia-siakan anaknya sewaktu kecil, mereka tidak memperolehi manfaat daripada anak-anaknya itu setelah mereka besar. Anak-anak mereka itu kelak akan mengatakan, ibu bapa mereka mensia-siakan mereka sewaktu kecil dan kini apabila mereka besar, mereka pula yang mensia-siakan ibu bapa mereka.”

Tuesday, November 22, 2011

Bahaya Menyerahkan Tugas Mendidik Kepada Orang yang Tidak Soleh

Bismillahirahmanirahim


Nabi Muhammad Berkata: “Setiap bayi lahir dalam keadaan fitrah, Kedua-dua orang tuanya
yang menjadikannya Yahudi, Nesrani ataupun Majusi. Anak manusia yang baru lahir sama dengan anak haiwan yang lahir dengan anggota tubuh yang lengkap. Adakah kamu lihat anak haiwan yang lahir dalam keadaan telinganya terpotong?” Hadis Muttafiq ‘Alaih

Para salafus soleh melihat bahaya menyerahkan tugas mendidik anak-anak kepada orang yang tidak soleh dan dengan itu, mereka menentang para pendidik yang buruk. Hassan berkata: “Jangan biarkan kedua-dua telingamu mendengar kata-kata orang yang mengikut hawa nafsu kerana ia kelak merosakkan hatimu.”

Abu Qulabah berkata: “Jangan kamu menemankan dan duduk berdekatan dengan orang-orang yang suka mengikut hawa nafsu. Jangan berdebat dengan mereka kerana mereka akan menenggelamkanmu dalam kesesatan mereka ataupun menyelewengkan apa yang kamu ketahui.”

Mush’ab bin Sa’d berkata: “Jangan kamu duduk bersama orang yang difitnah kerana kamu pasti terkena salah satu daripada dua perkara, iaitu kamu juga difitnah sehingga kamu kelak mengikutinya ataupun dia menginayaimu sebelum kamu meninggalkannya.”

Banyak lagi pesanan seperti diatas yang disampaikan oleh kalangan salaf yang mengingatkan kita supaya tidak memberikan tugas mengajar anak-anak kaum muslimin kepada orang yang tidak soleh. Bahkan apabila mereka memilih orang-orang soleh sebagai pendidik, mereka tetap menasihatkan pendidik itu supaya menjadi tauladan yang baik bagi anak-anak mereka.

Dilaporkan, Harun ar-Rasyid berpesan kepada pendidik anaknya, “Wahai Ahmar, Amirul Mukminin mengamanahkan kepadamu sebahgian daripada dirinya iaitu buah hatinya. Tanganmu kini terbentang kepadanya dan kamu wajib taat kepadanya. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjalankan tugas yang dibebankan kepada kamu itu. Bacalah Quran kepada anakku, ajarkan hadis-hadis kepadanya, sampaikan kepadanya syair dan sunah-sunah serta tunjukkanlah kepadanya kata-kata yang baik dan bagaimana memulakan ucapan. Laranglah dia tertawa kecuali pada waktunya. Jangan lewati satu pun kesempatan kecuali engkau mengunakannya bagi memberi manfaat kepadanya tanpa membuatnya sedih hingga mematikan akalnya. Jangan berlebihan dalam memberi kelonggaran kepadanya sehingga dia berasa kosong dan menyenanginya. Luruskan dia semampumu dengan kelembutan. Sekiranya dia menolak, barulah engkau gunakan ketegasan dan kekerasan.”

Pesan Harun ar-Rasyid itu mengandungi dorongan dan ancaman dalam mendidik anak. Saya membincangkan hal itu secara terpirinci dalam bab-bab seterunya.


Monday, November 21, 2011

Sifat-sifat Pendidik.

Bismillahirahmannirahim

Allah Berfirman:”Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbani kerana kami selalu mengajarkan al-kitab kepadamu dan kamu perlu tetap mempelajarinya.” Surah Ali Imran, ayat 79.

Para pentafsir berkata: “Orang yang rabbani adalah orang yang bijak, mempunyai idea-idea baru dan mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan manusia dan kemasalahan mereka.”

Dengan demikian, dia mampu menjadi pendidik yang bijak seperti Luqman yang dikenali sebagai orang bijak pandai kerana kehandalannya dalam mendidik anaknya, memberikan nasihat kepadanya dan memperbaiki perilakunya.

Allah berfirman: “Sesungguhnya aku memberikan hikmah kepada Luqman iaitu dia bersyukur kepada Allah.” Surah Luqman, ayat 12.

“Ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya: ”Wahai anakku, janganlah kamu menyekutukan Allah. Sesungguhnya menyekutukan Allah adalah kezaliman yang besar.” Surah Luqman, ayat 13.

Bukhari berkata: “Rabbani adalah orang yang mendidik manusia dengan ilmu yang kecil dan lepas itu ilmu yang besar.”

Al-Ashmu’i dan al-Ismailli berkata: “Rabbani dinisbahkan kepada Allah, ertinya orang yang memperhatikan apa yang diperintahkan Allah dengan mendalami dan mengamalkannya. Dengan kata lain orang yang rabbani tidak melakukan sesuatu apapun tidak mempelajarinya kecuali apa yang diperintahkan oleh Allah.

Daripada perbincangan diatas, kita dapat menyimpulkan yang seorang pendidik perlu memiliki lapan sifat seperti berikut:

1. Hikmah.
2. Soleh.
3. Mempunyai kemahiran dalam pengurusan manusia.
4. Mengujudkan kemaslahatan manusia.
5. Melakukan kebaikan.
6. Berpengetahuan, mengamalkan ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain.
7. Mengajar secara berperengkat iaitu dimulakan daripada yang kecil ataupun yang mudah.
8. Hanya mengamalkan dan mengajarkan ilmu yang diperintahkan oleh Allah.


Sunday, November 20, 2011

Mendidik Anak Perempuan

Assalamualaikum


Selamat pagi semua, dah lama nekwan tak buat post yang panjang, tak de bahan yang boleh dijadi ilmu pedoman…hari ni nekwan ade sediket info atau pelajaran untuk anak-anak nekwan yang bergelar ibu.

Disini nekwan nak kongsikan sediket ilmu pengetahuan yang mane nekwan ceduk!... ha ha ha….atau ertikata sebenarnya, cetak rompak! Heeeii! Na’uzubilaaaaahh….tidak terlintas di hati nekwan nak buat benda semacam ni… dan bukan tujuan nekwan untuk mencari untung dari hasil buah fikiran dan keringat orang lain. Nekwan ceduk sediket pelajaran dari bahgian buku ini semata-mata untuk dimanfaatkan bersama anak cucu nekwan yang akan bergelar ibu atau pun yang sudah bergelar ibu dan mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan anak perempuan mereka.

Sepanjang pengetahuan nekwan, tidak ramai orang kita yang suka membaca dan sanggup mengeluarkan wang ringgit semata-mata untuk sebuah buku, akan tetapi mereka sanggup .melapangkan masa berjam-jam dihadapan computer untuk melayan internet. Dengan itu, nekwan ambil kesempatan ini untuk mengabadikan ilmu pengetahuan yang nekwan ceduk dari buku yang bertajuk ‘Mendidik Anak Perempuan’ buku yang diedarkan oleh PTS Publication Sdn Bhd. Jika ade sesiapa yang berminat bolehlah dapatkan senaskah dari kedai-kedai buku dengan harga RM18.50.

Nekwan ambil beberapa perkara yang penting yang wajib ibu bapa tahu bagi mendidik anak-anak mereka dengan sempurna.



KEWAJIPAN MENDIDIK

Para ulama bedalil dengan ayat berikut.” Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka” Surah at-Tahrim, ayat 6.

Asy-Syafii mengulas ayat diatas dengan menyatakan ibu bapa wajib mengajar kepada anak-anak mereka mengenai perkara-perkara yang mereka ketahui sebagai bekalan apabila mereka baligh. Pendidikan bagi anak-anak perlu bermula dari kecil. Diantaranya, ibu bapa perlu mengajar mereka bagaimana cara bersuci, bersolat, dan perpuasa. Selain itu, ibu bapa juga perlu memberitahu anak-anak mereka perkara ataupun perbuatan yang diharamkan dalam islam, seperti zina dan liwat.

An-Nawawi menulis satu bab dalam kitab Riyadh Shaalihiin dengan judul Kewajipan Memerintah Keluarga dan Anak-Anak yang Remaja.

“Perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.” Surah Toha, ayat 132.

“Ajarlah anak-anak kamu solat ketika mereka masuk usia tujuh tahun. Pukullah mereka sekiranya mereka melalaikan solat apabila mereka berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka.” Hadis laporan Ahmad dan Abu Daud.

“Tidak ada pemberian yang lebih baik daripada seorang tua kepada anaknya melebihi adab yang baik”. Hadis laporan Ahmad dan Tarmizi.

“Apabila kamu mendidik anakmu, ia adalah lebih baik bagimu daripada kamu bersedekah setiap hari sebanyak setengah cupak kepada orang-orang miskin.” Hadis laporan Ahmad, Thabrani dan Baihaqi.

Ibnu Umar berkata: “Ajar anakmu kerana kelak Allah bertanya kepadamu mengenai apa yang kamu ajarkan kepadanya. Allah juga akan bertanya kepada anakmu berkenaan bakti dan ketaatannya kepadamu.”

Ibnu Said dan Ibnu Abbas menyatakan, Nabi Muhammad berkata: ”Siapa yang mendapat anak berikan dia nama yang baik kepada anaknya dan mendidiknya dengan baik. apabila anak itu mencapai usia baligh, hendaklah dia dikahwinkan kerana sekiranya anak mencapai usia baligh tetapi tidak berkahwin dan kemudian dia berzina, orang tuanya yang menanggung dosa”.

Para pendidik yang mulia, ulama salaf tidak menganggap pendidikan itu sebagai suatu yang mudah. Sebaliknya, mereka melihat mendidik sebagai suatu kewajipan agama dan statusnya sama dengan solat dan kewajipan-kewajipan agama yang lain. Sewaktu mereka membincangkan mengenai rukun-rukun agama dan kewajipannya, mereka turut menekankan masalah pendidikan. Pendidik dan orang tua tidak boleh menganggap pendidikan sebagai perkara yang sunnah iaitu sesuatu yang mereka laksanakan ataupun tinggalkan mengikut kehendak hati semata-mata.

Apabila ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mendidik dengan baik, bererti mereka menjaga diri sendiri dan anak-anak mereka daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah batu dan manusia. Sekiranya mereka melalaikan ataupun mensia-siakan tugas mendidik, nescaya mereka tidak terhindar daripada api neraka. Oleh sebab itu, kita perlu berhati-hati dalam melaksanakan tugas mendidik kerana mensia-siakannya adalah bahaya yang besar.


Saturday, November 12, 2011

Majlis Berkhatam Quran dan Berselawat.

Jemputan Berselawat di majlis Pn. Shidah di Dewan serbaguna seksyen 4, Wangsa Maju, malam tadi. Majlis persandingan akan berlansung pada hari ini di tempat yang sama.
kami seluruh kumpulan keluarga Muslaimah Al Wardah mengucapkan "Selamat Pengantin Baru Semoga berkekakalan dan berbahgia hingga ke akhir hayat" Terima kasih kami kepada Pn. Shidah kerana telah sudi dan bermurah hati mengundang kami ke majlis tersebut.


Wajah ceria pengantin yang diapit oleh nendanya disebelah kiri dan bondanya di kanan.

Lebih kurang 40 orang ahli Kumpulan Muslimah yang hadir di majllis ini

Masing-masing ambil peluang untuk bergambar dengan pengantin.

Majlis berkhatam Quran. Alhamdulillah ....

Sementara menanti majlis berkhatan di mulakan....

Alhamdulillah! semuanya berjalan lancar... majlis selesai hampir jam 11mlm.


Sunday, November 6, 2011

Pagi Hari Raya Korban di Wangsa Maju


Pagi selepas solat subuh nekwan bersiap sedia pergi ke surau untuk menunaikan solat sunat Aidiladha, selepas selesai solat sunat, kami semua sekumpulan Muslimah serbu rumah MakWan dan bersarapan pagi disini dan inilah rumah pertama kami beraya.

Tengok tu! tiada siapa pun yang senyum! semuanya tutup mulut rapat-rapat, takut rezeki terlompat kelua dari mulut! ha ha haaa... lapar laa tuuuu... maklumlah! sebelum tunai solat Aidiladha tidak disunatkan minum dulu kan? kalau Aidilfitri? kita di sunatkan mejamah sedikit makan dahulu sebelum bersolat...

Lepas sarapan.. terkenyang lah pulaaaaak! sampai terdudok di tangga rumah Mak Wan.. disini sajalah mereka buat bermesyuarat tingkap! Oppss!!!! mesyuarat tangga.... haa... sempat nekwan snap gamba deorang ni.. tersenyum sempoiii....sengeh-sengeh.. loh! maneh-maneh belako weh!

Jom! kita bergaya kat bawah pokok ni jap!

Melapah tulang temulang untuk disedekahkan... buak suk sedak weh!

Tekunnyeee.. dema buat kejaa...


Dari pagi tadi, selepas solat raya.. disini lah kami berkampong, bergotong royong memasak dan menyediakan makan tengah hari.. beginilah setiap tahun dan jika ada apa-apa aktiviti yang di jalankan. Seronok! meriah! sambil bersiraturahim.

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha


Assalamualaikum

Selawat serta salam buat Nabi junjungan Rasulullah S.A.W.

Selamat Hari Raya Aidiladha

Kepada semua anak cucu nekwan dan para pembaca yang budiman, dimana saja anda sekalian berada.


Monday, October 17, 2011

Pemakanan Nabi Muhammad S.A.W

Mentega
Mentega sedikit panas dan lembab. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega dicampur madu dan kurma untuk dijadikan sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan yang hamil.


Biji Kopi
Kopi baik untuk mengubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Lobak Merah
Menaikkan ransangan jantina. Ia panas darjah kedua. Gunanya menggalakkan aliran haid dan kencing.


“Basil” manis (rayhan)
Menghidu “basil” Menguatkan hati. Memudahkan tidur dengan menyapu kepala dengan basil dan air.

Saturday, October 15, 2011

Bayam pasir atau bayam bunga.

Khasiat Bayam Bunga atau ada yang kata Bayam Pasir. Sedap di buat sup dan elok bagi membuang angin dalam tubuh. Cara masaknya amat mudah.




Basuh dan rendam bayam dengan sedikit garam selama beberapa saat. kemudian didihkan sediket air ikut seberapa cukup yg diperlukan. Masukkan bilis yg sudah digoreng, bawang putih, serbuk lada, garam dan beberapa titik minyak sesame oil. Bila sudah mendidih masukkan bayam dan biarkan ia mendidih beberapa saat, kemudian angkat dan hidangkan.

Sunday, September 25, 2011

Jamuan Raya di Surau Wangsa Maju Sek.4

Petang tadi, Jamuan Hari Raya di Surau Seksyen 4, Wangsa Maju.
Alhamdulillah banyak rezeki yang Allah beri, disamping menghubungkan siratulrahim sesama insan.

Semalam mereka ni bergotong royong memasak makanan lauk pauk dan nasi putih serta laksa Penang, nasi impet, kuah kacang sup giar box. arr.. memacam lagiii.. Nekwan tak dapat nak nolongnya, sebab nekwan sakit lutut.
Kata doktor: tempurung lutut nekwan dah lari dari positionnya.. arrr bayangkan? luutut pun boleh lari... ha ha haaa... sampai dah bengkak! .. doktor marah nekwan kaw-kaw nyeeerr... dok lah nekwan cam orang bodoh bagi doktor tu marah! lepas kelua dari pintu klinik nekwan lepas geram tunjuk buku lima... kat pintu klinik tu... kah kah .. nasib baik doktor tu tak nampak! kalau nampak!? nekwan tak gi lagi dah!...
Memang orang tua ni tak tau beterima kasih.... eh eh eheeeee....


Hmmmm.... berselera Cik kak ni makan sup giar box... sampai ketib bibeeeerrrr...


Arrr... Ni laa Puan Azizah. Bilal wanita Kumpulan Muslimah Al-Wardah Wangsa Maju! Uiik! suara dea poweeeeerr... baca doa dan ngaji tak yah pakai microphone. Vocal! baek punyaaa...


Yang ni Cik Pah kita.. lenggang Mak Limah kao! dari jauh... senyum nampak macam belasan tahun tuuuu... mengancam lagik!

Kak Pah dan Kak Ina kita sempat possing lagii.. walaupun dah letih! dari semalam bertungkus lumus menyiapkan makan untuk hari ni.




Cik Kiah, Cik Timah, Cik Yah sempat juga bergaya.... biarpun dah keletihan.

Tak banyak gambar yang dapat nekwan rakamkan, sebab nekwan dah lambat sampai.. kebanyakkan tetamu dah beransur pulang.