Friday, November 25, 2011

Keutamaan Mendidik Anak Perempuan.

Bismillahirahmanirahim.

Nabi Muhammad berkata, “Sesiapa daripada umatku yang menanggung kehidupan tiga orang anak perempuan atau pun tiga orang saudara perempuan dan beliau berlaku baik kepada mereka, mereka kelak menjadi benteng baginya daripada api neraka. ”Hadis laporan Ahmad daripada Aisyah.

Nabi juga berkata, “Sesiapa yang mempunyai tiga anak perempuan dan bersabar dengan mereka memberi mereka makan, minum dan pakaian daripada jerih payahnya, nescaya anak-anak itu menjadi penjaga baginya daripada api neraka pada hari kiamat.”

Nabi juga menegaskan bahawa setiap tugas mendidik anak perempuan adalah cubaan yang besar. Sekiranya orang tuanya banyak bersabar dan berbuat baik kepada anak-anak perempuan mereka, nescaya anak-anak itu menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Setiap orang tua yang bersabar dalam menjaga anak-anak perempuan sehingga dewasa, kelak mereka boleh masuk syurga bersama nabi. Ini sesuai dengan hadis nabi berikut, ”Siapa yang menanggung kehidupan dua anak orang perempuan sehingga mereka dewasa, nescaya aku dan dia masuk syurga seperti ini (lalu nabi menunjukkan isyarat dengan merapatkan dua jari beliau).” Hadis laporan Muslim dan at-Tarmizi.

“Siapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan dan dia menjaga mereka dengan baik, memenuhi semua keperluan mereka, nescaya syurgalah balasannya.”

Ada orang bertanya kepada nabi, ”Barangsiapa sekiranya kami hanya memiliki dua orang anak perempuan?”

Nabi menjawab, ”Dalam hal ini, memiliki dua orang anak perempuan sama seperti memiliki tiga orang anak perempuan.”

Dalam hadis-hadis di atas, kita dapat melihat keistimewaan yang diberikan kepada orang yang mendidik anak perempuan ataupun saudara perempuan. Bagi ibu bapa yang memiliki dua ataupun tiga orang anak perempuan, mereka kelak akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. Ibu bapa yang masuk syurga bersama-sama nabi dengan syarat mereka melayani anak-anak perempuan mereka dengan baik, memberikan mereka makan, minum dan pakaian yang secukupnya. Ibu bapa juga perlu sentiasa mencurah kasih sayang kepada anak-anak selama mereka berada dalam tanggung jawab tanpa rasa bosan sehingga mereka dewasa dan mampu berdikari.

Nabi pernah berkata, “Seandainya Usamah itu anak perempuan, nescaya aku memberikan pakaian, perhiasan dan aku biayai perkahwinannya.”


2 comments:

  1. Salam,

    Perkahwinan yang mengikut cara Rasulullah S.A.W. adalah lebih berkat dan bahgia.

    Rasulullah s.a.w. menyempurnakan mas kawinnya dengan senaskah Al-Quran. Adakah sesiap dari umatnya yang mengikuti sunnah ini? dan berape ramai yang mengamalkannya?.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Kepada ibu bapa yang bertanggungjawab menguruskan perkahwinan anak perempuan mereka.... ingatlah! jangan mengambil kesempatan untuk meletakkan harga hantaran yang berlebihan, sehingga boleh membebankan pihak lelaki, semata2 inginkan kemeriah yang terlampau dan meraih nama serta pujian...

    Pembiayaan perkahwinan anak perepuan itu wajib ditanggung oleh ibu bapa perempuan itu sendiri.

    ReplyDelete