Thursday, November 24, 2011

Bersikap Adil Kepada Anak-anak.

Bismillahirahmanirahim.

Allah berfirman: “Barangsiapa, melakukan kejahatan, dia tidak menerima balasan melainkan dengan kejahatan yang sama. Barangsiapa melakukan amal soleh,baik lelaki atau perempuan dan dia adalah orang yang beriman, dia kelak masuk syurga dan memperoleh rezezki di syurga tanpa hisab.”Surah al-Mukmin, ayat 40.

Allah juga berkata: “Barang siapa mengerjakan amal soleh baik lelaki maupun perempuan dalam keadaan beriman, sesungguhnya kami memberikan kepadanya kehidupan yang baik. Kami memberikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.” Surah an-Nahl, ayat 97.

Nabi Muhammad bersabda: “Bertaqwalah kepada Allah dan berlaku adil kepada anak-anakmu.”Hadis Muttafaq ‘Alaih.

Nukman bin Basyir melaporkan, orang tuanya pernah memberikan hadiah kepada salah seorang anaknya yang juga seorang hamba sahaya. Kemudian beliau datang berjumpa nabi bagi memberikan kesaksian mengenai hal itu. Nabi bertanya kepada beliau, “Adakah engkau berikan hadiah yang sama kepada semua anakmu?” Beliau menjawab “Tidak” Mendengarkan jawapan itu, nabi berkata,”Kembalikan hadiah itu.”

Nabi berkata,”Pada hari kiamat kelak, orang-orang yang berbuat adil berada diatas mimbar-mimbar daripada cahaya yang terletak di sebelah kanan ar-Rahman. Merekalah orang-orang yang berbuat adil dalam menetapkan keputusan hukum serta keluarga dan apa yang menjadi tanggung jawabnya.” Hadis laporan Muslim.

Nabi turut berkata, ”Bersikap adil kepada anak-anakmu, bersikap adil kepada anak-anakmu.”
Hadis laporan Abu Daud, Ahmad dan Nasa’i

Anas melaporkan, ”Pada suatu hari, ramai orang berkumpul di dalam masjid nabi. Kemudian anak salah seorang daripada mereka mendekati bapanya. Bapa itu mencium anaknya dan mendudukkannya di atas paha. Tidak lama lepas itu seorang lagi anaknya datang. Bapa tadi mendudukan anak itu dihadapannya. Melihat perkara itu, nabi bertanya kepadanya, ”Mengapa kamu tidak menunjukkan sikap yang sama kepada kedua-dua anakmu?”

Baihaqi menyatakan,”Kamu tidak bersikap adil kepada kedua-dua anakmu.”

Dalam memberi ulasan pada hadis Nukman bin Basir di atas, Ibnu al-Qayyim berkata, ”Kita perlu menilai kata-kata nabi, ’Bersikap adil kepada anak-anakmu’ sebagai satu perintah yang wajib kerana nabi menyatakannya dengan tegas dan mengulangnya tiga kali. Nabi juga menegaskan, tindakan yang bertentangan dengan keadilan adalah satu kezaliman. Ia tidak boleh dilakukan dan tidak benar. Selain kebenaran, hanya ada kebatilan. Keadilan adalah sesuatu yang wajib kita tegakkan dalam semua keadaan. “

Ibnu al-Qayyim turut mengingatkan,”Ulama salaf menyatakan bersikap adil pada anak-anak dalam memberi hadiah. Ada ulama yang berkata, ’Allah bertanya kepada seorang bapa mengenai anaknya pada hari kiamat sebelum dia bertanya kepada anak mengenai orang tuanya’. Sebagaimana seorang bapa mempunyai hak ke atas anaknya, anaknya juga mempunyai hak ke atas bapanya. Ini sesuai dengan ayat, ’Kami mewajibkan manusia melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.’ Surah al-Ankabut, ayat 8.

Allah memberikan peringatan, “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah batu dan manusia.” Surah al-Tahrim, ayat 6.


1 comment:

  1. Salam,

    Kepada ibu bapa yang bertanggungjawab menguruskan perkahwinan anak perempuan mereka.... ingatlah! jangan mengambil kesempatan untuk meletakkan harga hantaran yang berlebihan,sehingga boleh membebankan pihak lelaki, semata2 inginkan kemeriah yang terlampau dan meraih nama serta pujian...

    Pembiayaan perkahwinan anak perepuan itu wajib ditanggung oleh ibu bapa perempuan itu sendiri.

    ReplyDelete