Wednesday, November 23, 2011

Memberi Wasiat Kepada Anak-anak.


Allah berfirman: “Allah mensyariatkan bagimu pembahgian harta pusaka untuk anak-anakmu iaitu bahgian seorang lelaki sama dengan bahgian dua anak perempuan.”Surah an-Nisak ayat 11.

“Jangan kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kepada kemiskinan. Kami memberi rezeki kapada kamu dan kapada mereka.”Surah al-An’am, ayat 151.

Nabi Muhammad bersabda: “Allah berwasiat kapada kamu supaya memperhatikan ibu kamu (diulang tiga kali) dan memperhatikan bapa kamu (diulang tiga kali). Allah berwasiat kepada kamu supaya memperhatikan orang-orang yang dekat denganmu.”

Ibnu al-Qayyim berkata: “Wasiat Allah kepada orang tua supaya mereka menjaga anak-anak mendahului wasiat anak-anak pada orang tua mereka. Allah berkata: “Jangan kamu membunuh anak-anakmu kerana takut pada kemiskinan .” Surah al-Israk, ayat 31.

Sesiapa yang mensia-siakan pendidikan anaknya nescaya anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya. Ramai anak-anak rusak kerana tindakan orang tua mereka yang mensia-siakan mereka dan tidak mengajar kewajipan dan sunah agama kepada mereka. Orang tua yang mensia-siakan anaknya sewaktu kecil, mereka tidak memperolehi manfaat daripada anak-anaknya itu setelah mereka besar. Anak-anak mereka itu kelak akan mengatakan, ibu bapa mereka mensia-siakan mereka sewaktu kecil dan kini apabila mereka besar, mereka pula yang mensia-siakan ibu bapa mereka.”

No comments:

Post a Comment