Sunday, November 20, 2011

Mendidik Anak Perempuan

Assalamualaikum


Selamat pagi semua, dah lama nekwan tak buat post yang panjang, tak de bahan yang boleh dijadi ilmu pedoman…hari ni nekwan ade sediket info atau pelajaran untuk anak-anak nekwan yang bergelar ibu.

Disini nekwan nak kongsikan sediket ilmu pengetahuan yang mane nekwan ceduk!... ha ha ha….atau ertikata sebenarnya, cetak rompak! Heeeii! Na’uzubilaaaaahh….tidak terlintas di hati nekwan nak buat benda semacam ni… dan bukan tujuan nekwan untuk mencari untung dari hasil buah fikiran dan keringat orang lain. Nekwan ceduk sediket pelajaran dari bahgian buku ini semata-mata untuk dimanfaatkan bersama anak cucu nekwan yang akan bergelar ibu atau pun yang sudah bergelar ibu dan mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan anak perempuan mereka.

Sepanjang pengetahuan nekwan, tidak ramai orang kita yang suka membaca dan sanggup mengeluarkan wang ringgit semata-mata untuk sebuah buku, akan tetapi mereka sanggup .melapangkan masa berjam-jam dihadapan computer untuk melayan internet. Dengan itu, nekwan ambil kesempatan ini untuk mengabadikan ilmu pengetahuan yang nekwan ceduk dari buku yang bertajuk ‘Mendidik Anak Perempuan’ buku yang diedarkan oleh PTS Publication Sdn Bhd. Jika ade sesiapa yang berminat bolehlah dapatkan senaskah dari kedai-kedai buku dengan harga RM18.50.

Nekwan ambil beberapa perkara yang penting yang wajib ibu bapa tahu bagi mendidik anak-anak mereka dengan sempurna.



KEWAJIPAN MENDIDIK

Para ulama bedalil dengan ayat berikut.” Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka” Surah at-Tahrim, ayat 6.

Asy-Syafii mengulas ayat diatas dengan menyatakan ibu bapa wajib mengajar kepada anak-anak mereka mengenai perkara-perkara yang mereka ketahui sebagai bekalan apabila mereka baligh. Pendidikan bagi anak-anak perlu bermula dari kecil. Diantaranya, ibu bapa perlu mengajar mereka bagaimana cara bersuci, bersolat, dan perpuasa. Selain itu, ibu bapa juga perlu memberitahu anak-anak mereka perkara ataupun perbuatan yang diharamkan dalam islam, seperti zina dan liwat.

An-Nawawi menulis satu bab dalam kitab Riyadh Shaalihiin dengan judul Kewajipan Memerintah Keluarga dan Anak-Anak yang Remaja.

“Perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.” Surah Toha, ayat 132.

“Ajarlah anak-anak kamu solat ketika mereka masuk usia tujuh tahun. Pukullah mereka sekiranya mereka melalaikan solat apabila mereka berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka.” Hadis laporan Ahmad dan Abu Daud.

“Tidak ada pemberian yang lebih baik daripada seorang tua kepada anaknya melebihi adab yang baik”. Hadis laporan Ahmad dan Tarmizi.

“Apabila kamu mendidik anakmu, ia adalah lebih baik bagimu daripada kamu bersedekah setiap hari sebanyak setengah cupak kepada orang-orang miskin.” Hadis laporan Ahmad, Thabrani dan Baihaqi.

Ibnu Umar berkata: “Ajar anakmu kerana kelak Allah bertanya kepadamu mengenai apa yang kamu ajarkan kepadanya. Allah juga akan bertanya kepada anakmu berkenaan bakti dan ketaatannya kepadamu.”

Ibnu Said dan Ibnu Abbas menyatakan, Nabi Muhammad berkata: ”Siapa yang mendapat anak berikan dia nama yang baik kepada anaknya dan mendidiknya dengan baik. apabila anak itu mencapai usia baligh, hendaklah dia dikahwinkan kerana sekiranya anak mencapai usia baligh tetapi tidak berkahwin dan kemudian dia berzina, orang tuanya yang menanggung dosa”.

Para pendidik yang mulia, ulama salaf tidak menganggap pendidikan itu sebagai suatu yang mudah. Sebaliknya, mereka melihat mendidik sebagai suatu kewajipan agama dan statusnya sama dengan solat dan kewajipan-kewajipan agama yang lain. Sewaktu mereka membincangkan mengenai rukun-rukun agama dan kewajipannya, mereka turut menekankan masalah pendidikan. Pendidik dan orang tua tidak boleh menganggap pendidikan sebagai perkara yang sunnah iaitu sesuatu yang mereka laksanakan ataupun tinggalkan mengikut kehendak hati semata-mata.

Apabila ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mendidik dengan baik, bererti mereka menjaga diri sendiri dan anak-anak mereka daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah batu dan manusia. Sekiranya mereka melalaikan ataupun mensia-siakan tugas mendidik, nescaya mereka tidak terhindar daripada api neraka. Oleh sebab itu, kita perlu berhati-hati dalam melaksanakan tugas mendidik kerana mensia-siakannya adalah bahaya yang besar.


No comments:

Post a Comment