Sunday, November 27, 2011

Kebaikan Anak adalah kebaikan Orang Tuanya.

Bismillahirahmanirahim

Nabi berkata, ”Apabila seorang itu mati, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya.”

“Apabila Allah mengangkat seseorang di syurga, dia bertanya, ”Dari mana kau mendapatkan pahala ini?’ Allah menjawab, ’Anakmu beristighfar untukmu’.”

“Tahukah kamu dirimu dan hartamu adalah hasil usaha orang tuamu.”

“Anak adalah hasil orang tuanya, malah dia adalah hasil usaha yang bersih.”

“Anak-anak adalah sebahgian daripada usaha ibu bapa, bahkan mereka adalah hasil usaha yang baik. Dengan itu, makanlah daripada harta mereka.”

“Harta yang baik yang engkau makan adalah hasil usahamu dan anak-anakmu adalah sebahgian daripada hasil usahamu.”

Imam Gahzali berkata, usaha ibu bapa dalam mendidik dan anak-anakmu adalah suatu yang penting kerana anak-anak adalah amanah bagi orang tuanya. Hati seorang bayi yang baru lahir bersih bagaikan berlian yang tidak terpahat dan tidak terbentuk. Hatinya dapat menerima apa saja jenis pahatan. Apabila hatinya dibentuk supaya cenderung kearah kabaikan, pasti dia membesar dengan kebaikan itu. Anak seperti itu nescaya berbahgia di dunia dan akhirat serta kedua-dua orang tuanya turut beroleh pahalanya. Begitu juga dengan semua guru dan orang yang mendidiknya.

Sebaliknya, bagi orang tua yang mensia-siakan anaknya dan membiarkan anaknya tenggelam dalam keburukan, nescaya anak itu binasa dan ibu bapanya bertanggungjawab atas dosa-dosa yang dilakukan.

Allah berkata, “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah batu dan mausia.” Surah al-Tahrim, ayat 6.

Nabi menjelaskan hadis atas dalam hadis-hadis beliau.

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah dan kedua orang tuanya yang menjadikan Yahudi, Nasrani ataupun Musyrik. Ada orang yang bertanya, ‘Bagaimana dengan orang-orang yang binasa sebelum itu?’ Nabi menjawab, ‘Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan’.” Setiap anak pasti dilahirkan dalam keadaan fitrah….


No comments:

Post a Comment