Wednesday, July 21, 2010

Masak sendiri

Salam,

Cuba masak sendiri dirumah! Mungkin bulan puasa ni kita boleh save belanja dengan memasak sendiri kan?

Mai nekwan kongsi cara buat sambal tumis nasi lemak! Nak post gamba…. nekwan lum ade gamba lagiii… He he he…

20 batang cili kering, di rendam
2 labu bawang yg sederhana besarnya.
2 keping asam gelugur. asam keping la tu!
Segenggam ikan bilis, suka bilis banyak, tambah la lagi
Blacan sebesar ibu jari tangan. Atau secubit
¾ cawan minyak 2 sehelai daun pandan.
1 sudu tea gula, garam secukup rasa

Kisar cili kering yang telah direndam dengan bawang besar dan blacan.
Panaskan minyak tumiskan cili yang sudah dikisar tadi, tumis selama 3 minit, bila dah naik baunya masukkan bilis dan asam keping, daun pandan dan ½ cawan air, biarkan mendidih sampai kering kuahnya, kemudian masukkan gula dan garam.


Cam tu la cara nekwan wat sambal tumis… lagi pedas lagi bagus! Kalau bulan puasa gini nekwan suka benda-benda manis! Nekwan suka pengat pisang atau pisang sira.

Pisang sira yang nekwan buat senang jerrr… selalunye nekwan guna pisang nipah atau pisang abu, cari yang betul-betul masak nyer, dah tu buang kulit belah dua dan goring, masa pepanas tu tabor gula kat atasnye, gula nye akan cair… tu yang sedap!! Lagi satu cara yang paling senang, gula Melaka atau gula kabung! Sama la tu kan?
Atur pisang dalam periuk, tabo gula Melaka yang sudah diracek atau hiris kecil2 dan buh air sikit, agak-agak terendam pisang tu…tabo bunga cengkeh dan kulit kayu manis serta daun pandan, rebuslah samapi likat pekat ngan api yang sederhana.

Arrr… ni resepi mee kongfu yang nekwan blaja dari jiran nekwan dulu, bahan-bahannye.

1 peket mee kuning.
15 ekor udang sederhana besarnya, buang kulit dan belah belakang.
200gm daging lembu dihiris nipis, dan perap ngan tepung selama 20minit.
2 batang sawi manis , sawi batang besar atau sawi biasa, pastikan sawi tu lembut batangnye kalau suka boleh campo toge gak!
3,4 ulas bawang putih dicincang.
1 sudu tea serbuk lada sulah.
½ sudu serbuh cendawan.
1 cawan stock ayam, garam secukupnye. ½ cawan minyak masak.

Panaskan minyak, masukkan bawang putih, bila bawag putih layu kekuningan masukkan daging, kacau sampai daging berubah warna dan masukkan udang kacau lagi kemudian masukkan sawi, bila sawi agak layu je masukkan mee, stock ayam dan serbuk cendawan, lada sulah dan garam kacau rata, kemudian sekali masukkan toge, balik-balik sekejap, angkat! Jangan telalu lama, nanti toge lecur dan hidangkan dengan cili hijau jeruk,

Cili hijau di potong dan rendam dalam cuka, masukkan sedikit garam dan gula simpan selama 4,5 jam atau semalaman.

Nekwan ni bukan laa pandai sangat masak, setakat nak lepas selera sendiri tu boleh laa…
Orang zaman dulu-dulu anak gadis mereka mesti pandai masak! Sekurang-kurangnye… menanak nasi menyambal dan mengulai sebelanga tu wajib tau!

Kalau tak tau memasak, mengurus rumahtangga, Alamat tak belaki laa sampai tua!
Tapi zaman dah berubah, sume tu tak penting bagi mereka… sebab tu lah banyak sangat penceraian! Tak cukup ilmu rumahtangga!! Lelaki tu serupa je… sejak dari zaman dulu hingga sekarang! Mereka mau isteri yang bersifat perempuan… he he he… cam ceita P.Ramlee lam Musang Berjanggut tu laaa…. Nak membezakan betina ngan perempuan… arr.. kat mane letaknye nilai perempuan? Kat bodynye kah? Kat makeup tebalnye kah? Kat pakaian jenamenye kah? Kah… kah… kah… dah macam Nujum Pak Belalang la pulok!

Astagfirullah! Ape yang nekwan merapu ni?

No comments:

Post a Comment