Tuesday, November 22, 2011

Bahaya Menyerahkan Tugas Mendidik Kepada Orang yang Tidak Soleh

Bismillahirahmanirahim


Nabi Muhammad Berkata: “Setiap bayi lahir dalam keadaan fitrah, Kedua-dua orang tuanya
yang menjadikannya Yahudi, Nesrani ataupun Majusi. Anak manusia yang baru lahir sama dengan anak haiwan yang lahir dengan anggota tubuh yang lengkap. Adakah kamu lihat anak haiwan yang lahir dalam keadaan telinganya terpotong?” Hadis Muttafiq ‘Alaih

Para salafus soleh melihat bahaya menyerahkan tugas mendidik anak-anak kepada orang yang tidak soleh dan dengan itu, mereka menentang para pendidik yang buruk. Hassan berkata: “Jangan biarkan kedua-dua telingamu mendengar kata-kata orang yang mengikut hawa nafsu kerana ia kelak merosakkan hatimu.”

Abu Qulabah berkata: “Jangan kamu menemankan dan duduk berdekatan dengan orang-orang yang suka mengikut hawa nafsu. Jangan berdebat dengan mereka kerana mereka akan menenggelamkanmu dalam kesesatan mereka ataupun menyelewengkan apa yang kamu ketahui.”

Mush’ab bin Sa’d berkata: “Jangan kamu duduk bersama orang yang difitnah kerana kamu pasti terkena salah satu daripada dua perkara, iaitu kamu juga difitnah sehingga kamu kelak mengikutinya ataupun dia menginayaimu sebelum kamu meninggalkannya.”

Banyak lagi pesanan seperti diatas yang disampaikan oleh kalangan salaf yang mengingatkan kita supaya tidak memberikan tugas mengajar anak-anak kaum muslimin kepada orang yang tidak soleh. Bahkan apabila mereka memilih orang-orang soleh sebagai pendidik, mereka tetap menasihatkan pendidik itu supaya menjadi tauladan yang baik bagi anak-anak mereka.

Dilaporkan, Harun ar-Rasyid berpesan kepada pendidik anaknya, “Wahai Ahmar, Amirul Mukminin mengamanahkan kepadamu sebahgian daripada dirinya iaitu buah hatinya. Tanganmu kini terbentang kepadanya dan kamu wajib taat kepadanya. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjalankan tugas yang dibebankan kepada kamu itu. Bacalah Quran kepada anakku, ajarkan hadis-hadis kepadanya, sampaikan kepadanya syair dan sunah-sunah serta tunjukkanlah kepadanya kata-kata yang baik dan bagaimana memulakan ucapan. Laranglah dia tertawa kecuali pada waktunya. Jangan lewati satu pun kesempatan kecuali engkau mengunakannya bagi memberi manfaat kepadanya tanpa membuatnya sedih hingga mematikan akalnya. Jangan berlebihan dalam memberi kelonggaran kepadanya sehingga dia berasa kosong dan menyenanginya. Luruskan dia semampumu dengan kelembutan. Sekiranya dia menolak, barulah engkau gunakan ketegasan dan kekerasan.”

Pesan Harun ar-Rasyid itu mengandungi dorongan dan ancaman dalam mendidik anak. Saya membincangkan hal itu secara terpirinci dalam bab-bab seterunya.


3 comments:

  1. Mendidik itu satu perkara yang amat rumit dan perlu masa yang panjang. ianya perlu perhatian,pengawasan,membimbing,tunjuk ajar, menerangkan, penceritaan, pengenalan, kasihsayang, kelembutan,kesabaran dan ketegasan.

    Dapatkah para pendidik menyempurnakan semua ini dengan lengkap? terutamanya ibu bapa?

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Mendidik itu satu perkara yang amat rumit dan perlu masa yang panjang. ianya perlu perhatian, pengawasan, membimbing, tunjuk ajar, menerangkan, penceritaan, pengenalan, kasihsayang, kelembutan, kesabaran dan ketegasan.

    Dapatkah para pendidik menyempurnakan semua ini dengan lengkap? terutamanya ibu bapa?

    ReplyDelete
  3. Kebanyakan ibu bapa,bulat-bulat menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada pengasuh, dan anak-anak terdidik dengan cara dan warna hidup pengasuh itu sendiri.

    Berapa jam dalam sehari ibu bapa melapangkan masa dengan anak-anak mereka?

    Apakah didikkan yang dapat disalurkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka dalam masa yang singkat itu?

    Adakah ibu bapa merasakan dan memahami perasaan anak-anak mereka?.

    ReplyDelete