Monday, July 19, 2010

]
Salam,

Empat hari nekwan tak masuk ke blog ni! Sibuklaaa…. Hari ni nekwan nak bagi tau, pasal nak nyambut Ramadhan ni! Bulan puasa bulan yang menguji kesabaran, peperangan nafsu dan iman, bagi anak cucu nekwan yang berkerja… selalunye mereka beli makanan bukak puasa di baza-baza ramadhan, dan ade gak yang masak! Pada sang isteri-isteri tu cubalah masak di rumah untuk suami-suami tercinta, masak sendiri di rumah ni banyak faedahnye, bersih, jimat, dan pahala menyediakan makanan bagi orang-orang yang berpuasa.

Yang peniaga-peniaga tu pulak! Tolonglah menjual makanan-makanan yang baru dan segar, maksud nekwan! Bukan baki makanan semalam di jual semula, dan ade pulak yang dah hamper basi… ini pengalaman anak cucu nekwan pada taun-taun yang lepas! Sian deorang beli mahal tapi tak de rezeki memakannye, perkara begini penah belaku kat nekwan jugak! Anak dan menantu nekwan datang bebuka kat umah, deorang beli la apepe yang patut untuk bebuka puasa reramai… tapi sayang! Benda yang dibeli tak leh makan! Basiii…
Bulan puasa ni bia lah mencari rezeki yang halal dan di berkati Allah! Kalau menipu tuu… akan di hisab dan di hitung di akhirat nanti! Arrr… cammane nak jawab ngan Allah anti? Pesan nekwan pada peniaga-peniaga.. tak kisah laa bulan puasa ke bulan tak puasa ke… bia lah jujur dan ikhlas dalam perbuatan dan perniagaan maupun pertuturan. Jangan mengejar keuntungan, kekayaan dan kemewahan yang belum tentu jadi rezeki kita.

Yang nak bebuka tu pun! Jangan laa telalu khairah ngan makanan-makanan yang terjual di baza Ramadhan tuh! Hingga membazir, hmmm… cakap pasal makan mesti banyak pulak laa yang berpenyakit, kolestrol tinggi laaa… toksit berlebihan laa… gula dalam darah naik laaa darah tinggi naik laa… cam macam lah! Arrr… sape yang berpenyakit tu, tolong seimbangkan makanan.

Ni nekwan nak bagi petua:

Cuci buah pinggang – Makan lobak putih, boleh di jadikan sup dan sebagainye.

Mengawal gula dalam darah – minum jus peria dan apple hijau.

Membersih pundi kecing – minum banyak Barli.

Kencing berasid – banyakkan memakan durian belanda.

Badan berbau disebabkan peluh yang tak sehat - jadi… amalkan minum tea.
1 sudu daun tea yang di masakkan bersama 1 inc kulit manis, 7 biji bunga cengkeh dan sedikit jintan manis dan 2 sudu gula perang 500ml air rebuskan bersama 1 gelas susu lembu segar hingga mendidih, minum sewaktu tea masih panas, jangan minum tea yang sudah sejuk kerana ianya mengandungi angin. Selamat mencuba.

1 comment:

  1. Salam,
    Yastro! nape blog kamu tak leh masuk lam blog list nekwan ni yerk?

    ReplyDelete