Sunday, August 8, 2010

Resepi rendang

Salam,

3hari lagi kita akan mula bepuasa… masa ni mengingatkan nekwan semasa nekwan masih kanak-kanak lagi, bila esok nak puasa… ari ni sibuk tok dan wan tangkap ayam nak wat rending ntuk besahor nanti.. hari petama puasa memang meriah, bila sahor je kul 3, 4pagi tu seluruh kampong riuh di buatnye ngan jeritan bebudak muda ‘sahoooo! sahooo! Deorang jerit tak henti sampai kul 4.30pg… bila dah ramai umah terang benderang ngan cahaya api lampu baru mereka berhenti, masa tu kampong baru kuala lumpo tu masih lagi pakai lampu pelita, kebait atau lampu gaslin…ikut kemampuan …dan tak ramai yang ade air paip, kebanyakkanye air perigi.

Sepanjang bulan Ramadhan tu banyak jaudah yang di beri oleh jiran tetangga sewaktu nak bebuka… saling bertukar juadah, sampai tak termakan-makan hingga waktu saho pun masih ade… tu lain pula yang di bawa pulang dari masjid atau surau… bulan puasa ni ..memang mewah dengan rezeki yang Allah kurniakan, lebih-lebih lagi ntuk anak-anak yang baru nak belaja puasa, deorang ni menunggu-nunggukan masa berbuka begini… pada masa tu bukan semua orang melayu cam skarang nih! hidup mewah ape nak pun senang dapat! Dulu… kalau tak raya atau puasa… susah nak makan ayam atau daging, cuma rumah orang kenduri kawin jee.. baru dapat makan daging, jadi… nikmat tu amat dirasai oleh anak-anak zaman tu!

Bila sampai waktu nak bebuka… si mamat jual air batu pun sibuk laaa ngan locing basikat dea… kring…kring.. kring… sepanjang jalan masuk kampung sambil jerit “Air batu! Air batu!.. nekwan dan sepupu nelwan pun belari kejar si mamat air batu tu, sambil ulur duit 20sen dan bawak balik seketul air batu sepanjang lengan lebih kurang 5,6 kati beratnya, berbalut ngan abuk kayu jee.. naik kebas tangan memegangnye, bukan ade surat kaba atau daun membalut air batu tu…plasti! Tak penah nampak dan tak tau pun!

Cam tu lah kemeriah zaman nekwan dulu, walaupun tak hidup senang dan mewah cam skang ni! Tapi kenikmatan dan keseronokkan itu tetap terasa.

Ni nak kongsi resepi keluarga Rendang Nekwan:

5,6 batang cili kering.
20biji cili padi. (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
6 batang serai (3batang dititik).
I inci halia.
5.6 ulas bawang putih. (Semua bahan ini dikisar)
½ kg santan
1biji kelapa di buat kerisik.
1kg daging.
2 helai daun kunyit atau 5 helai daun limau purut.

Daging dipotong ikut suka bersegi atau memanjang, gaulkan dengan bahan-bahan yang dikisar tadi berserta kunyi serbuk, boleh juga guna kunyit hidup sebesar ibu jari tangan, perap ngan api yang perlahan.

Bila daging sudah kecut, masukkan santan, didihkan dengan api yang sederhana, bila kuah dah nak hampir kering ¾ masak masukkan keresik dan garam, akhir sekali masukkan daun kunyit atau daun limau purut.

Ini nekwan pange rending raya, tak memerlukan minyak dan tahan lama, kalau rendang biasa gunakan 1 cawan minyak ntuk menumis dan sedikit kulit manis, tumis bahan-bahan yang dikisar. Itu je bezanya. Rending raya ni kering! Takde kuah kalau rending biasa nih! Basah sikit.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment