Saturday, December 4, 2010

Salam,

Tiga hari lagi kita akan berhijrah ketahun baru Islam 1 Muharram 1432 bersamaan 7 Dis 2010. Anak cucu nekwan yang nak berpuasa sunat tu bolehlah mula bersahur pada hari Isnin malam Selasa ni! Selain dari puasa wajib iaitu Ramadhan! Banyak lagi hari-hari dan bulan yang boleh kita berpuasa selain dari Isnin dan Khamis.
Di bawah ni nekwan senaraikan, Jika ada anak cucu nekwan yang berhajat ntuk melakukannya.

Puasa sunat:
1. Hari ‘Arafah (dalam bulan Zulhijah)
2. Hari ‘Ashura
3. 10 hari pertama bulan Zulhijah
4. 10 haro pertama bulan Muharram
5. Seberapa banyak hari bulan Rejab dan Sya’aban
6. Hari awal bulan
7. Hari pertengahan bulan (13,14 dan 15 haribuan)
8. Hari akhir bulan
9. Hari Khamis, Jumaat dan Isnin
10. Puasa selang sehari sepanjang tahun

Dilarang berpuasa pada hari-hari Aidil Fitri dan Aidi Adha serta setiap hari sepanjang tahun.

Puasa: Ubat paling baik – Setiap amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu dilakukan untuk AKU. AKU akan beri ganjaran kepadanya sebanyak mana yang AKU sukai. Allah Yang Maha suci dan Maha Tinggi.

Lagipun puasa ni adalah diet yang paling baik untuk kesihatan, selain dari niat kita berpuasa kerana Allah dan mendapat pahala.

Cakap pasal tahun baru hijrah ni! Ape pembaharuan yang akan dilakukan untuk masa depan kamu sekelian? Tambah pendapatan dan kekayaan? Tingkatkan keimanan dan ketaqwaan? Atau berubah menjadi yang terbaik dan bertanggungjawab pada diri sendiri? Pada negara, bangsa dan agama? Buatlah kesimpulan dan jangan bazirkan masa… kerana masa tu dah telalu singkat, dan dah semakin dekat ngan hari kiamat.

Disini nekwan nak sentuh siket pasal tingkah laku anak-anak akhir zaman, anak-anak yang tidak menghormati jiran dan agama orang lain tiada pengangan hidup sebagai manusia… orang begini nekwan anggap sudah dirasuk syaitan! Kerana, setahu nekwan tiada agama yang mengajar pengikutnya menjadi yang tak baik…menghina dan meperlekehkan agama lain walau ape pun ikutan mereka, melainkan suruhan dan hasutan iblis dan syaitan serta finah dajjal.

Agama itu datang dari satu… yang diturunkan Allah kepada Nabi-nabi kita sebelun ini, untuk di lengkapkan dan disempurnakan sebagai agama Islam. Disebabkab tipu muslihat iblis dan syaitan serta fitnah dajjal yang mendorong dan menyesatkan pengangan umat-umat dizaman itu. Maka, seperti yang kita tahu adenye agama Hindu, Yahudi dan Kritian. Yang terakhirnye agama Islam, yang telah dilengkapkan oleh Nabi besar kita Rasulluah s.a.w. seperti yang diwahyukan Allah keatas Nabi junjungan kita Rasulullah s.a.w.

Dengan itu tak perlulah kita mengutuk, menghina dan mencaci setiap agama itu. Ianya seperti sungai aliran datang dari satu punca… setiap agama mempunyai ajaran yang baik dan menghalang kejahatan! Mereka juga mempercayai syurga dan neraka, mereka juga tahu akan dosa dan pahala. Akan tetapi nekwan amat kesal dan kecewa dengan tingkah laku tindakan sebahgian dari remaja-remaja yang tak pasti dari mane? Yang jelas, bahasa dan loghatnye menunjukkan mereka orang dari seberang yang mengejek dan mempersendakan agama Islam! Boleh dilihat dalam Facebook! Nekwan akan cuba upload ke sini. Insyaallah!

Gambaran begini… pihak yang berkuasa mesti ambik tindakan tegas! Kerana ini melibatkan maruah orang Islam! Kalau hari ni kita mengambil sikap “tak peeee!” satu hari nanti mereka akan lebih berani membuat hal-hal yang lain. Nekwan harap pihak yang berkuasa jangan pandang rengan akan hal demikian. Kalau kita terlalu sabar… takut nanti orang pijak pale… kalau kita tegas! Memang ramai orang tak suka… tapi biaq pi laa… depa suka ka! Tak suka ka? Ni ghomah kita… dia mai sini dia kena ikut undang-undang kita… kalau depa tak suka.. pi balik tempat meika.

Nekwan harap anak cucu nekwan harus berusaha lebih… dan jangan kita bergantung dengan kudrat dan usaha orang lain, bila kita terlalu bergantung dan berharap pada orang lain. kita akan jadi lemah!! Buat sendiri!!! Ini negeri kita! Hasil usaha nenek moyang kita! Tanah tumpah darah kita! Jangan bagi orang asing overight kita!! Bukan kita tak suka deorang datang kesini…. ini bumi Allah, sape saja boleh mencari rezeki disini… tapi deorang ni harus tahu menyesuaikan dan membawa diri ke tempat orang! Jangan nak beraja dan berkuasa di tempat orang! Kalau mereka rasa mereka tidak mendapat layanan yang baik disini… jangan datang!! Nekwan tak nafikan mereka2 yang kena dera dan mereka-mereka yang mendera… nekwan tak ambik pusing pasal tu? Sebab dua belah pihak ade sifat aggressive! Tu yang kena balun tu… kalau dua-dua pihak sabar dan berbudi bahas … perkara cam tu! tentu tak belaku…

Wallahualam!

2 comments:

  1. Perkara tersebut dilakukan oleh bebudak yang tak siuman! mereka mengejek-ngejek cara orang islam solat sambil memekik-mekik sebagaimana orang Islam melaungkan azan! mereka mempersendakan dan menghina agama islam, mereka mengayakannye didalam gereja mereka dan ditontoni oleh beberapa orang anak gadis. dari cara dan bahasa yang digunakan, mereka ni orang dari seberang yang bersikap kurang ajar!!

    Nekwan ingatkan.... mengapa orang Malysia suka menyokong dan membantu mereka dalam banyak hal... sedangkan mereka tidak menghargai dan memandang rendah pada kita???

    Hentikan dari mengambil orang mereka bekerja dan berniaga disini! walaupun pihak berkuasa mengizinkan... kuasa penguna terletak di tangan orang ramai...

    ReplyDelete
  2. Maaf! kerana tidak berjaya upload vedio tersebut disini.

    Tontoni gelagat mereka di www.facebook.com/sabariah yusof (dalam profile)

    ReplyDelete