Monday, June 6, 2011

Solat Sunat Rejab Malam Ke - 6, 7 dan 8

SEMBAHYANG MALAM KE – 6

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala.
Ertinya : Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.


Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan diikuti dengan Ayat Kursi sebanyak tujuh kali pada setiap rakaatnya, maka ia akan dipanggil dari langit dengan panggilan “Wahai hamba Allah, engkau adalah wali Allah yang sesungguhnya. Untuk setiap huruf yang engkau baca, engkau mendapat syafaat dari kaum Muslimin dan bagimu 70,000 kebaikan yang lebih baik di sisi Allah daripada gunung- ganang yang ada di dunia".


Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, sekali salam.


SEMBAHNYANG MALAM KE – 7

Lafaz niat seperti biasa.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas tiga kali dan dilanjutkan lagi dengan surah an-Nas dan al-Falaq sekali setiap surah pada setiap rakaatnya, kemudian selesai sembahyang ia membaca selawat sebanyak sepuluh kali dan membaca:

Subhanallah walhamdulillah walaillaha illallah wallahu akhbar.
Ertinya: Maha Suci Allah, segala puji bagi-Nya, tiada Tuhan selain Allah, Maha Besar Allah.

Sebanyak sepuluh kali juga, maka Allah akan menaunginya dengan ‘Arasy-Nya, memberinya pahala orang yang berpuasa di bulan Ramadhan, para malaikat meminta ampun untuknya sampai sembahyangnya selesai, Allah meringankan tekanan-tekanan dan seksaan dalam kuburnya, ia tidak akan keluar dari dunia ini sebelum melihat tempatnya di syurga dan Allah memberinya keamanan di hari yang paling menakutkan.

Sembahyang ini di lakukan dua-dua rakaat dengan sekali salam.



SEMBAHYANG MALAM KE - 8

Lafaz niat seperti biasanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang dua puluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan diikuti dengan surah al-Ikhlas, al-Kafirun, an-Nas dan al-Falaq masing-masing tiga kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan memberinya pahala orang-orang yang bersyukur, yang sabar serta memasukkannya ke dalam kelompok shidiqqin.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, sekali salam.

No comments:

Post a Comment