Tuesday, June 28, 2011

AMALAN PADA BULAN SYAABAN

Bismillahirahman nirrahim

Allahummasali’ala saiidina muhammad, wa‘ala alihi wasahbihi wasalam.

Sambil bertawakal kepada s.w.t. dan beramal dengan amalan-amalan pada bulan Syaaban ini, dan sebagaimana yang telah disebut pada bahgian sebelum ini, bulan Syaaban adalah bulan yang mulia, bulan yang dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. di mana beliau mengisi bulan mulia ini dengan berpuasa hingga Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Syaaban adalah bulanku. Sesiapa berpuasa sehari sahaja dalam bulanku ini, ia berhak mendapat syurga.”

Diriwayatkan pula dari Imam Ja’far Shadiq a.s bahawa jika mulai terlihat hilal bulan Syaaban maka Rasulullah menyuruh seorang itu menyerukan diMadinah, “Wahai warga Madinah, Syaaban adalah bulanku, Allah merahmati orang yang membantuku dalam bulanku.”

Imam Shadiq selanjutnya meriwayatkan bahawa Imam ‘Ali a.s mengatakan: “Sejak adanya seruan dari Rasulullah tersebut, aku tidak pernah meninggalkan puasa pada bulan Syaaban dan aku tidak akan meninggalkannya sepanjang hidupku, Insya-Allah.”

Para pembaca yang budiman, amalan-amalan dalam bulan Syaaban berdasarkan riwayat-riwayat yang ada, terdiri atas dua macam. Pertama, amalan umum, yang berlaku untuk seluruh hari-hari dibulan Syaaban. Kedua, amalan khusus yang berlaku untuk hari-hari dan malam-malam tertentu dari bulan Syaaban.


AMALAN UMUM

1. Membaca: Astaghfirulah waasluhu aluhu taubat.
Ertinya: Aku meminta ampunan dari Allah dan aku betaubat kepada-Nya.

2. Membaca: Astaghfirulah allazii lailaahailla huwarrahman nurahimul haiyulqayyum waatubuilayhi.

Ertinya: Aku mohon ampunan dari Allah Yang tiada tuhan selain Dia, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang Tegak dan Hidup, dan aku bertaubat kepada-Nya.

Tujuh puluh (70) kali setiap hari. Riwayat-riwayat menyebutkan bahawa beristighfar lebih utama daripada membaca doa dan zikir di bulan ini, dan barangsiapa beristighfar tujuh puluh kali setiap hari di bulan ini, maka ia seperti beristighfar tujuh puluh ribu di bulan lainnya.

3. Bersedekah, walaupun dengan separuh biji kurma, agar dapat mengharamkan jasadnya dari api neraka.

4. Membaca: laailaahaillallahu wala na’bud illaa eiyahu muhklisiinaalahuddiin walau karihal mushrikun.

“Tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dengan mengikhlaskan agama bagi-Nya, walaupun orang-orang kafir benci.”

Seribu kali, dan pahalanya bagaikan beribadah seribu tahun.

5. Mengerjakan sembahyang dua rakaat setiap hari Khamis dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan membaca al-Ikhlas seratus kali pada setiap rakaatnya. Setelah salam, berselawat keatas Nabi dan keluarganya seratus kali. Dengan amalan ini, Allah akan memenuhi keperluan agamanya dan dunianya.

Dianjurkan untuk berpuasa. Dalam hadis disebutkan:

“Langit mendandan dirinya pada setiap Khamis bulan Syaaban, dan para malaikat mengatakan: ‘Wahai Tuhan kami, ampuni dosa orang yang berpuasa di dalamnya dan kabulkanlah doanya.’

6. Memperbanyakkan selawat atas Nabi s.a.w. dan keluarganya.


Marilah kita lakukan amalan-amalan mulia ini dan merebut peluang yang diberikan pada kita diatas muka bumi ini sebelum kita di panggil pulang. Jangan menangguh-naggguhkan lagi, kerana pada tahun hadapan, belum tentu kita akan ketemu lagi. Lakukanlah semampu kita dan buatlah pilihan yang terbaik untuk bekalan kita disana nanti.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.

No comments:

Post a Comment